Anda di halaman 1dari 7

Panduan Menulis Gurindam

1. Ditulis 2 baris serangkap


2. Setiap baris mengunakan 3 hingga 6 patah perkataan.
3. Sebagai latihan awal eloklah dicipta gurindam yang
dimulai dengan kata ‘jika, apabila, kalau, andai’.
Contoh :
Gurindam Rajin Belajar
Jika kita rajin belajar,
2 baris serangkap
Jadi berguna bila dah besar.
Apabila suka pergi sekolah, 3 hingga 6 patah perkataan
Ibu gembira bapa tak marah.
Panduan Menulis Gurindam
4. Pilih dan susun perkataan yang dirasakan tepat untuk
menggambarkan idea.
• Disaran menggunakan teknik medan kata / medan makna untuk mencari
kata-kata yang tepat dan berkaitan dengan idea. Contoh.
Gurindam Belajar
• Semua perkataan / diksi yang dipilih menjadi medan kata untuk perkataan
belajar adalah berkait rapat dan berada dalam lingkungan maksud serta
sifat perkataan berkenaan.
sekolah tekun ibu bapa

rajin berguna guru

gembira pelajaran membaca

ilmu ingat buku


Panduan Menulis Gurindam
5. Pilih kata-kata yang indah dan puitis. Seterusnya
bentuklah frasa atau ayat yang juga indah dan
puitis. Selalulah merujuk kamus untuk mencari
perkataan yang dirasakan sesuai.
6. Susun perkataan dengan skima rima hujung a;a.
Walaupun gurindam tidak mementingkan skima
rima tengah, namun jika dapat diusahakan,
pengucapannya akan menjadi lebih puitis.
Apabila suka pergi sekolah,
Ibu gembira bapa tak marah.
Panduan Menulis Gurindam
7. Namun adalah lebih elok andainya dapat
difikirkan skima rima yang serima baik di tengah
mahupun di hujung.
Apabila suka pergi sekolah,
Hilanglah duka betulkan salah
• ‘Suka’ dan ‘duka’ membentuk rima tengah
sementara ‘sekolah’ dan ‘salah’ membentuk rima
hujung; menjadikan skima rimanya bercorak
serima. Dengan ini pengucapannya menjadi lebih
harmonis.
Panduan Menulis Gurindam
8. Akhirnya bacalah berulang kali gurindam
yang diciptakan tersebut sambil membuat
suntingan agar tercipta gurindam yang
bermakna, indah dan puitis dari aspek
pemikiran dan bahasanya.
Panduan Mendendangkan Gurindam

Gurindam didendangkan Umumnya rentak gurindam


Suara beralun dan bertingkah
dengan pelbagai variasi melodi adalah perlahan (kerana mesej
(tinggi-rendah-mendatar)
lagu. cinta / nasihat)

Pelajar dan guru boleh


menghubungi Dewan Bahasa
dan Pustaka atau Bahagian
Antara lagu gurindam yang
Teknologi Pendidikan,
sering didendangkan adalah
Kementerian Pelajaran
versi (melodi) Bangsawan 30-
Malaysia atau Munsyi Sastera
an, versi Kedah – Perlis, versi
untuk mendapatkan Compac
Lagu Narasi (Johor-Riau).
Disc Puisi Tradisional untuk
mendengar contoh melodi
gurindam.
Beberapa contoh gurindum ciptaan bebas
Kalau hati sudah suka, Bagaimana boleh pandai,
Semua dilihat indah belaka. Kalau bodoh macam keldai.
Bagaimana boleh kaya,
Kalau hati sudah minat, Apa dibuat jarang berjaya.
Siang malam teringat-ingat.
Bagaimana boleh maju,
Kalau usaha kurang laju.
Kalau hati sudah sayang,
Di dalam hati terbayang-bayang. Bagaimana boleh selamat,
Kalau cakap tidak cermat.
Bagaimana nak jadi penyair,
Kalau bahasa kurang mahir.

Anda mungkin juga menyukai