Anda di halaman 1dari 6

Tajuk : Seloka Mat Jenin Panjat kelapa sampai ke atas, Berhenti sebentar sambil berangan, Aku ingin nak

kaya lekas, Dapat duit nak buat modal. Jual kelapa nak beli ayam, Jual ayam nak beli itik, Kalau ada emas berkoyan, Rupa hodoh pun jadi cantik. Jual itik nak beli kambing, Jual kambing nsk beli lembu, Mat Jenin mula tersenyum sumbing, Duit disimpan beribu-ribu. Jual lembu nak beli bahtera, Pergi berniaga keluar negeri, Akhirnya Jenin dah kaya-raya, Ingin berkahwin Tuan Puteri. Jenin hanyut dalam angan-angan, Dia lupa buat seketika, Sambil mengangkat kedua tangan, Menggenggam kuat tanda gembira. Akibatnya ia hilang pertimbangan, Lalu jatuh tersembam ke tanah, Nafas berhenti, mulut berdarah, Angannya tidak berguna lagi. Inilah lagak orang dah kaya, Selalu sangat lupakan diri, Oleh itu hubaya-hubaya, Seloka Mat Jenin sampai di sini.

Maksud Rangkap 1 : Mat Jenin berangan-angan di atas pokok kelapa jika ada duit ingin buat modal kerana ingin menjadi kaya dengan cepat. Rangkap 2 : Mat Jenin berangan-angan ingin menjual kelapa dan ayam untuk membeli itik bagi menjadi kaya raya. Rangkap 3 : Angan-angan Mat Jenin ingin menjual itik dan membeli kambing. Setelah itu menjual kambing untuk membeli lembu. Sambil tersenyum sumbing Mat Jenin berangan duitnya ada beribu-ribu. Rangkap 4 : Mat Jenin berangan-angan menjual lembu untuk membeli bahtera dan pergi berniaga di Luar Negeri. Tujuannya untuk menjadi kaya-raya serta ingin berkahwin dengan Anak Raja. Rangkap 5 : Angan-angan tersebut akhirnya menyebabkan Mat Jenin lupa diri seketika dengan mengangkat tangannya tanpa disedari dirinya berada di atas pokok. Rangkap 6 : Akibat terlalu kuat berangan-angan, Mat Jenin menggadai nyawanya sendiri kerana terjatuh dari atas pokok. Rangkap 7 :

Inilah kesan kepada orang yang suka beranganangan sehingga lupa diri dan tergadai nyawa sendiri. ________________________________ Tema Angan-angan kosong ingin menjadi orang yang kaya raya dan akhirnya menggadai nyawa sendiri. Contoh : Angan-angan Mat Jenin yang ingin menjadi kaya-raya akhirnya meragut nyawa sendiri kerana terjatuh dari atas pokok. ________________________________ Persoalan

BIL.

PERSOALAN

CONTOH

1.

Sikap Suka Mat Jenin seorang yang berangan-angan suka memasang anganangan yang kosong.

2.

Sikap tidak sedar Mat Jenin suka beranganakan kedudukan angan tanpa menyedari diri yang sebenar akan kedudukan dirinya yang sebenar hanya seorang yang miskin.

3.

Kesan angan-angan Perbuatan angan-angan kosong kosong Mat Jenin yang ingin jadi kaya raya akhirnya memakan diri sendiri kerana dia meninggal dunia akibat jatuh dari atas pokok. ________________________________ Gaya Bahasa

BIL.

GAYA BAHASA Anafora

PENERANGAN

CONTOH

1.

Pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya berturutan agar memperoleh kesan tertentu.

Jual itik nak beli kambing Jual kambing nak beli lembu

2.

Responsi Pengulangan kata di tengah baris.

Jual kelapa nak beli ayam Jual ayam nak beli itik

3.

Asonasi

Pengulangan bunyi Berhenti vokal yang sama dalam sebentar satu ayat. sambil berangan

4.

Sinkof

Penyingkatan kata.

Dapat duit nak buat modal.

________________________________ Bentuk

1. Mempunyai sembilan hingga 10 suku. 2. Mempunyai tiga hingga enam patah perkataan. 3. Mempunyai empat baris.

4. Mempunyai tujuh rangkap. 5. Rima akhir separuh terikat. Contoh : Rangkap

Nilai dan Pengajaran yang tidak memberi apa-apa makna dalam hidup. Contoh : Angan-angan kosong Mat Jenin tidak memberi apa-apa faedah kepada dirinya malah menyebabkan Mat Jenin mati sia-sia. . Kita harus sedar akan kedudukan diri kita yang sebenarnya. Contoh : Mat Jenin suka memasang angan-angan kosong tanpa memikirkan dan menyedari hakikat dirinya yang sebenar hanyalah seorang yang miskin. dengan cepat. Contoh : Mat Jenin suka berlagak jadi kaya-raya dalam angan-angan kosongnya. 4. Kita mestilah ntuk menjadi kaya. Contoh : Angan-angan Mat Jenin yang ingin menjadi kaya-raya tanpa berusaha dan bekerja menyebabkan angan-angannya sekadar menjadi angan-angan kosong.

Anda mungkin juga menyukai