Anda di halaman 1dari 3

THERONIA TRESHABIELLA ANAK TOMMY

SK TEDUNGAN (BAMBANGAN)

GADIS BERJUBAH MERAH

Tolong-tolong!, tolong-tolong!. Eh kawan-kawan suara siapa itu?. Kalau kawan-


kawan nak tahu mari kita dengarkan cerita ini.

Di sebuah kampung, tinggal seorang gadis yang cerdik bersama ibunya.


Penduduk kampung memanggilnya gadis berjubah merah. Ini kerana setiap kali dia
keluar, dia memakai baju bersama penutup kepala merah.

Pada suatu pagi, ibu gadis berjubah merah meminta anaknya pergi ke rumah
nenek yang sedang sakit. Nenek gadis tersebut tinggal di hujung kampung. Ibunya
pula ada urusan di bandar.

Ingat nak, kamu mesti terus pergi ke rumah nenek. Jangan singgah di mana-
mana. Kedua, jangan berbual dengan orang tidak dikenali. Hutan yang kamu lalui
itu sangat bahaya. Pesan ibu kepada gadis berjubah merah. Jangan risau ibu,
saya akan ingat pesan ibu. jawab gadis berjubah merah.

Gadis berjubah merah pun pergi ke rumah neneknya. Dalam perjalanan, dia
lupa pesan ibunya. Dia leka melihat bunga yang bewarna warni. Gadis berjubah
merah turut berlari mengejar rama-rama yang terbang cantik di dalam hutan.

Tiba-tiba muncul serigala di sisinya. Serigala bertanya, ke mana kamu mahu


pergi? Saya mahu pergi ke rumah nenek saya di hujung kampung. Gadis berjubah
merah lupa akan pesan ibunya: supaya jangan berbual dengan orang yang tidak
dikenali. Apabila dia sedar dia sudah terlambat, dia segera meminta izin untuk
berlalu.

Tanpa diketahui oleh sesiapa, serigala pun berlari menuju ke rumah nenek
gadis berjubah merah. Sampai sahaja di sana, serigala terus mengetuk pintu. Nenek
gadis berjubah merah menyangka cucunya sudah sampai. Masuklah ke dalam,
pintu tidak berkunci kata nenek. Lalu serigala masuk ke dalam rumah nenek gadis
berjubah merah. Serigala pun terus menyembunyikan nenek di dalam almari. LALU,
Serigala terus berbaring dan berselimut di atas katil.
Selang beberapa minit kemudian, si gadis berjubah merah tiba di rumah
neneknya. Lalu, dia pun mengetuk pintu.. (tok, tok, tok, tok). Siapa itu? ujar
serigala. ini aku nek, jawab gadis berjubah merah. masuklah sayangku jawab
serigala dengan suara yang garang.

Si gadis berjubah merah berasa pelik lalu bertanya, nenek suaramu sangat
aneh. oh, aku hanya kesejukan jawab serigala dengan suara menggigil untuk
membuktikan bahawa ia betul-betul demam.

Tapi nenek, mengapa telinga kamu sangat besar? Tanya si gadis berjubah
merah, sambil menghampiri katil, tempat serigala berbaring. supaya dapat
mendengar suaramu dengan lebih jelas, sayang

besarnya mata kamu nenek supaya dapat melihat kamu dengan lebih baik lagi

tapi nenek, kenapa gigi-gigi kamu besar dan tajam?. Supaya aku dapat makan
kamu dengan baik sekali jawab serigala seraya melompat turun daripada katil.

Si gadis berjubah merah baru menyedari bahawa yang berbaring itu bukanlah
neneknya tapi, seekor serigala yang kelaparan. Dia terus berlari keluar rumah dan
menjerit meminta tolong. Tolong-tolong!, Tolong-tolong! ada serigala.

Seorang pemotong kayu di hutan berhampiran, mendengar jeritan gadis


berjubah merah. Dia berlari dengan cepat ke sana.

Sampai sahaja di sana, pemotong kayu terus membunuh serigala menggunakan


kapaknya. Lalu, dia mengeluarkan nenek daripada dalam almari.

Nenek terus memeluk gadis berjubah merah dengn erat. Mereka berdua bersyukur
kerana mereka berdua masih selamat.

Oh, aku sangat takut sekali ujar gadis berjubah merah sambil menangis. Aku
berjanji tidak akan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Aku juga berjanji
tidak akan bermain-main di hutan lagi.

Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini adalah, kita jangan mudah percaya
dengan orang yang tidak dikenali, dan kita mesti selalu berwaspada.

Kedua kita mestilah mendegar nasihat yang ibu bapa berikan. Setiap nasihat
mereka sangat bermakna.
Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian sahaja cerita saya pada kali ini. Saya sudahi dengan sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai