Anda di halaman 1dari 7

Kalau Tuan pergi ke kedai, Belikan saya buah keranji, Kalau tuan bijak pandai, Apa binatang keris

di kaki? Jawapan : AYAM

Ada sebiji roda pedati, Bentuknya bulat daripada besi, Bila bermain diikat sekuat hati, Dilempar hidup dipegang mati?

Jawapan : GASING

Buah budi bedara mengkal, Masak sebiji di tepi pantai, Hilang budi bicara akal, Buah apa tidak bertangkai? Jawapan : BUAH MELAKA

Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan, Cubalah teka wahai saudara, Semakin diisi makin ringan?

Jawapan : BELON

Bunga orkid indah warnanya, Penyeri taman dan juga hutan, Ramai orang datang bertanya, Bintang apa hidup di lautan?

Pak Pung Pak Mustafa, Encik Dollah dirumahnya, Ada tepung ada kelapa, Gula Melaka jadi intinya? Jawapan : BUAH MELAKA

Jawapan : TAPAK SULAIMAN

Budak-budak bermain batu, Batu dikira satu persatu, Badannya lurus bermata satu, Ekornya tajam apakah itu? Jawapan : JARUM

Jika tuan membeli tikar, Tikar anyaman dari mengkuang, Kalau tuan bijak pintar, Ular apa membelit pinggang?

Jawapan : TALI PINGGANG

Masak tumis sambal petai, Makan kenyang sambil sendawa, Anda menziarah sahabat handai, Buah apa yang akan dibawa?

Kelip-kelip kusangka api, Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib disangkakan mati, Kalau mati mana kuburnya?

Jawapan : BUAH TANGAN


Pokoknya bulat dan juga rendang, Masam dan hijau ketika muda, Buahnya berbentuk seperti bintang, Sudah masak, kuninglah ia.

Jawapan : KILAT

Belayar perahu dari Bentan, Menyusur tepi Selat Melaka, Lebar kepala dari badan, Apakah ikan cubalah teka? Jawapan : IKAN PARI

Jawapan : BELIMBING

Mak Minah menanak minyak, Kemenyan dibakar dengan setanggi, Dua peha beranak banyak, Untuk mendaki tempat yang tinggi? Jawapan : TANGGA
Gigi berduri tatah bersigai, Pembelah kayu ia berguna, Jika tuan orang yang pandai, Benda apakah makannya dua cara?

Orang bekerja diberikan upah, Hidangan disaji dalam talam, Gajah putih ditengah rumah, Layar terkembang di waktu malam?

Jawapan : KELAMBU

Jika ke kedai pergi berbelanja, Belikan saya sudu dan senduk, Jika pandai katakan ia, Semakin berisi semakin menunduk?

Jawapan : GERGAJI

Jawapan : PADI

Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah, Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah.

Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa dia tanduk di hidung? Jawapan : Badak Sumbu

Jawapan: Cili
Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu, Apa binatang darahnya hitam, Janggutnya lapan, tulangnya satu?

Dalam permainan selalunya ada, Ia ditiup bukannya dibedil; Cuba fikir apakah benda, Lambang kuasa kepada pengadil. Jawapan: PENGADIL

Jawapan: Sotong

Kalau dahulu gunakan buluh, Zaman sekarang banyak pilihan; Semasa susah tak perlu mengeluh, Di dalamnya ada wang tambahan. Jawapan : TABUNG

Pandai berenang seakan ikan, Kulitnya keras seakan topi; Labi-labi bukan,kura-kura pun bukan, Bertelur di pantai hatinya sepi. Jawapan: PENYU

Dari jauh nampak menjalar, Tempat dituju sudahlah pasti; Badannya panjang bukannya ular, Berhenti di stesen bukannya jeti. Jawapan : KERETA API

Dari mana asalnya kuah, Cair dan pekat seakan susu; Isi dimesin baru diperah, Silalah jawab janganlah membisu. Jawapan: SANTAN

Kalau tuan pakai lencana, Pakailah songkok di atas kepala, Kalau tuan bijak laksana, Binatang apakah tiada kepala?

Pisau lipat dimainnya kera, Tangannya luka lalu terjun, Makan kuat tidak terkira, Kenyangnya tiada tahi bertimbun?

Jawapan : KETAM

Jawapan : API Tuan puteri belajar menari, Tari diajar oleh Pak Harun, Kalau tuan bijak bestari, Apa yang naik tak pernah turun? Jawapan : UMUR

Minah ketawa terjerit-jerit, Melihat koyak pada seluar, Orang putih duduk sederet, Pagar di dalam tebing diluar? Jawapan : GIGI

Anda mungkin juga menyukai