Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN RESENSI BUKU CERITA

“TEBU MANIS, KELAPA MUDA”

Selamat pagi dan salam sejahterah. Nama saya Eamily (nama penuh). Saya
merupakan seorang murid tahun 5 di sekolah kebangsaan Sungai Kapit. Kawan-
kawan, membaca itu jambatan ilmu. Dengan membaca, ilmu pengetahuan kita akan
terus bertambah. Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.
Baru-baru ini, saya ada membaca sebuah buku yang sangat menarik. Saya sangat
teruja apabila membaca setiap muka surat buku itu kerana terdapat banyak kisah
yang menarik, info yang berguna serta gambar-gambar yang menarik.

Oleh itu, pada hari ini, saya akan membuat resensi buku yang berjudul “Tebu
manis, kelapa Muda”. Buku ini dikarang oleh saudara Tomi Jefri. Beliau merupakan
seorang pengarang bagi siri sastera jambangan Kasih. Karya-karya beliau sangat
kaya dengan motivasi dan nilai moral yang tinggi. Buku ini diterbitkan pada tahun
2012 oleh Vital Star sendirian berhad. Buku cerita ini mengandungi 116 muka surat
yang terdiri daripada 11 bab berkaitan tajuk buku . Saya memilih buku ini kerana
bahasanya amat mudah difahami dan tidak berbelit. Bonus juga kepada saya
sebagai pembaca kerana penulis telah menyenaraikan beberapa perkataan berserta
maksudnya untuk dijadikan sebagai rujukan. Teknik penyampaian oleh penulis juga
amat baik dan sangat menarik. Baiklah saya akan menjelaskan serba sedikit
berkenaan sinopsis buku cerita ini.

Buku ini berkisarkan tentang kisah kehidupan para peniaga pasar malam
yang unik dan tersendiri. Sungguhpun tugas mereka nampak mudah, namun,
mereka tidak terkecuali daripada menempuh suka duka dalam kehidupan. Rashid
yang terpaksa membantu ayahnya menjual air tebu di pasar malam hampir setiap
hari, berasa terkejut apabila terlihat salah seorang daripada musuh ketatnya di
sekolah iaitu Asyraff telah membuka gerai menjual air kelapa muda di pasar malam
itu. Apa yang bermula sebagai suatu persaingan yang sihat hampir-hampir menjadi
malapetaka besar apabila perniagaan yang dijalankan oleh mereka turut disulami
perasaan iri hati, dendam dan kemarahan.
Perjalanan perniagaan mereka sering kali dipenuhi dengan hasrat dengki dan
juga persaingan yang tidak sihat sehingga menyebabkan pergaduhan.
Walaubagaimanapun, pertelingkahan itu telah berjaya diselesaikan selepas Rashid
dan keluarganya mengetahui kisah di sebalik kehidupan rakannya Asyraff. Kedua-
dua keluarga mereka akhirnya telah berdamai dan dapat berniaga semula dengan
aman dan damai.

Saya sangat suka dan sering berdebar-debar sepanjang membaca buku


cerita ini kerana penulis telah berjaya menimbulkan perasaan ingin tahu dan
persoalan pembaca tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Sebagai contoh,
mampukah rashid dan ayahnya menghadapi persaingan yang akhirnya menjadi
persengketaan itu, dan apakah hikmat dan rahsia di sebalik rentetan peristiwa yang
berlaku. Terdapat juga unsur saspen apabila pembaca tertanya tanya, apakah
kesudahan konflik di antara keluarga Rashid dan juga keluarga Asyraff di akhir cerita
ini.

Kekuatan buku ini pula adalah, penulis berjaya mengetengahkan kehidupan


di alam kanak-kanak beserta dengan situasi kehidupan pada Ketika itu. Pengajaran
yang saya perolehi setelah membaca buku cerita ini pula ialah “janganlah kita
tanamkan perasaan iri hati terhadap orang lain terutamanya dalam sesuatu
perniagaan”. Selain itu, “janganlah kita bersangka buruk terhadap seseorang dengan
melihat luarannya sahaja kerana sesungguhnya apa yang tersurat itu tidak
semestinya melambangkan apa yang tersirat”. Penulis akhirnya telah berjaya
mewujudkan motivasi dalam diri pembaca melalui buku cerita ini. Baiklah kawan-
kawan, jangan lupa dapatkan buku ini ya. Sekian sahaja resensi buku saya pada
hari ini yang bertajuk “tebu manis, kelapa muda”. Sekian ,Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai