Anda di halaman 1dari 2

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PATRIOTISME

1.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN SAJAK


1.1 Meningkatkan penguasaan penggunaan Bahasa Melayu dan memupuk kecintaan
terhadap Bahasa Melayu.

2.0 PENYERTAAN
2.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid tahap 2 sahaja.
2.2 Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya soerang (1) peserta.
2.3 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Julai 2021.

3.0 JENIS PERTANDINGAN


3.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN


4.1 Tema deklamasi sajak yang ditetapkan adalah sajak bertemakan “Patriotisme”.

TEMPOH MASA
4.2 Panjang sajak hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta
diberi masa untuk bersajak antara 6 minit hingga 8 minit.
4.3 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan telah
tamat.
4.4 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan
sajak kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08) minit. Pemotongan markah
hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


5.1 Setiap murid bebas memilih sajak yang ingin mereka deklamasikan termasuklah karya
sendiri.
5.2 Isi sajak mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat
yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
5.3 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bersajak
dengan gaya yang menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah
pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka.
5.4 Peserta digalakkan memakai kostum/pakaian tradisional yang sesuai.
5.5 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta;
5.5.1 Menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras dan agama;
5.5.2 Membaca teks sajak terlalu kerap atau bahan rujukan secara terus menerus;
5.5.3 Dibantu oleh orang lain.
5.6 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
5.7 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
5.8 Bilangan panel hakim akan ditentukan oleh pihak penganjur.
5.9 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

6.0 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN


6.1 Gaya Persembahan = 40%
6.2 Isi Kandungan Sajak= 40 %
6.3 Pemakaian/Kostum= 10%
6.4 Lain-lain= 10%
Jumah keseluruhan = 100 %

Anda mungkin juga menyukai