Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KANTIN BERSIH, CERIA DAN BERINFORMASI

1.0 PENDAHULUAN
Kantin sekolah memainkan peranan yang penting dalam penyediaan pemakanan yang
berkhasiat kepada murid. Oleh itu, kantin di sekolah adalah sumber utama kepada murid
untuk mendapatkan makanan semasa waktu persekolahan. Sehubungan itu, kantin
sekolah juga merupakan suatu tempat yang penting dalam mendidik,
menyampaikan ilmu dan perkongsian pengalaman selain bilik darjah. Justeru itu, di sini juga
muridmembina pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan yang sihat,
kepentingan kebersihan serta tingkah laku sosial dan amalan-amalan murni yang lain. Oleh
yang demikian, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada
murid tentang tanggungjawab menjaga kebersihan, bekerjasama menceriakan kantin,
menghargai kemudahan yang disediakan dan berusaha menjadikan kantin sebagai tempat
yang penuh dengan pelbagai maklumat dan informasi serta kondusif.

2.0 RASIONAL
Program ini diharapkan akan dapat mempamerkan suasana kantin yang ceria, bersih dan
bermaklumat bagi melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab, berdisiplin dan
mengamalkan nilai-nilai murni dari aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Di
samping itu, dapat menanam dalam diri murid rasa bersyukur, berterima kasih dan
menghargai kemudahan yang disediakan kerana mempunyai kantin yang kondusif.

3.0 MATLAMAT
Memastikan kawasan kantin berada dalam keadaan bersih, ceria serta lengkap
dengan maklumat pembelajaran. Di samping itu, dapat membina rasa tanggungjawab
dan bekerjasama menjaga kebersihan, keceriaan, menghargai kemudahan yang
disediakan serta memupuk semangat satu Malaysia.

4.0 OBJEKTIF
1.Mempertingkatkan mutu keceriaan dan kebersihan kantin sekolah dari segi fizikal.
2.Melatih pelajar mematuhi peraturan kantin dan mendisiplinkan mereka ketika berada di
kantin.
3.Memperlengkapkan kantin sekolah dengan pelbagai kemudahan supaya kantin
kondusif.
4.Mempertingkatkan daya pemikiran dan infomasi muriddengan maklumat yang berguna
dan berfaedah.

5.0.SASARAN
Semua murid Sk Pusat Bandar Puchong 2 dan guru-guru.

6.0 TARIKH

Sepanjang tahun.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENGERUSI : PN.SITHA THANGAVALOO (GURU BESAR)


TIM.PENGERSI 1 : PN.PONMALAR A/P VELAYUTHAM (GPK HAL EHW
TIM.PENGERSI 2 : PN. ALLI CHELLAIAH (GPK TADBIR & KURIKULUM)
TIM.PENGERSI 3 : CIK.LATHA A/P SUBRAMANIAN (GPK KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA : PN.ROSNEE A/P JAYAMONY
BENDAHARI : EN.NANDA KUMAR

8.0 AJK PENGELOLA

1. PN.VANEE A/P MARIMUTHU


2. PN.VANI A/P APPALASAMY
3. PN.VIMALA A/P TEGERRAJU
4. PN.YOGESWARY A/P ARUMUGAM 9.0
5. PN.LOGAMBAL A/P PERUMAL
6. VIENASSRI A/P VENKETRAMANA

AKTIVITI

1. Kerja-kerja menambahbaik info di meja makan murid dan papan kenyataan di kantin.
2. Kerja-kerja menambahbaik sudut di kantin.

10.0 ANGARAN PERBELANJAAN BAHAN/ITEM

11.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan pihak PIBG 2) Sumbangan pihak kantin

12.0 PENUTUP

Projek ini diharapkan akan meningkatkan mutu pengurusan kantin sekolah melalui satu
jawatankuasa yang akan memantau keadaan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih,
ceria dan kondusif untuk kegunaan warga sekolah.

Anda mungkin juga menyukai