Anda di halaman 1dari 7

13/4/2020

KELAS 3: PT3
13 APRIL 2020
KATA ADJEKTIF
DAN KATA
PENGUAT DALAM
PENTAKSIRAN

CIKGU TAN CL

PUNCA KESILAPAN
DALAM FRASA ADJEKTIF

PENGARUH MEDIA TIDAK MENGINGATI KURANGNYA LATIH


MASSA FORMULA TUBI

1
13/4/2020

Jenis Kata Adjektif


Jenis Kata adjektif sifatan atau keadaan
Kata Kata adjektif warna
Adjektif Kata adjektif ukuran
Kata adjektif bentuk
Kata adjektif waktu
Kata adjektif jarak
Kata adjektif cara
Kata adjektif perasaan
Kata adjektif pancaindera

Kata adjektif boleh didahului dan diikuti oleh tiga jenis kata penguat: kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata
penguat bebas.
Contoh:

Kata Penguat Contoh


Penguat Hadapan paling sedap, cukup ranum, agak dalam, kurang manis, makin sejuk
Penguat Belakang besar sekali, buruk betul, berat benar, indah nian
Penguat Bebas amat kurus, kurus amat, sangat gagah, gagah sangat, sungguh mesra, mesra sungguh

Contoh dalam Ayat:


1. Istana yang indah nian itu istana baginda sultan. (FN+FN)

2. Sumur yang agak dalam itu di belakang rumahku. (FN+FS)

3. Pesakit batuk kering di wad hospital ini amat kurus. (FN+FA)

4. Pemuda yang sihat amat boleh berkhidmat sebagai tentera negara. (FN+FK)

2
13/4/2020

Darjah Penghabisan
Bandingan yang dinyatakan melalui 6 cara berikut:
1. se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
2. ter- + kata adjektif
3. paling + kata adjektif

4. kata adjektif + sekali

𝑎𝑚𝑎𝑡
5. ter- + { 𝑠𝑎𝑛𝑔𝑎𝑡 } + kata adjektif

𝑎𝑚𝑎𝑡
6. { 𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ } + kata adjektif + sekali
𝑠𝑎𝑛𝑔𝑎𝑡

PERHATIAN
Binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali kerana binaan
ter- dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan
Contoh:
* terbaik sekali seharusnya terbaik atau baik sekali
* tertinggi sekali seharusnya
Salah tertinggi atau tinggi sekali Betul
1. Peserta yang menghasilkan kerja yang terbaik sekali 1. Peserta yang menghasilkan kerja yang terbaik (atau
dipuji oleh guru. baik sekali) dipuji oleh guru.
2. Afendi terpilih menjadi pemain bola keranjang kerana
2. Afendi terpilih menjadi pemain bola keranjang kerana dia murid yang tertinggi (atau tinggi sekali).
dia murid yang tertinggi sekali.

•Terdapat binaan yang seolah-olah berbentuk ter- + kata adjektif + sekali seperti
terkenal sekali. Binaaan ini sebenarnya terdiri daripada ter- + kata kerja + sekali.
•Contoh lain: tersusun sekali; terkemuka sekali

3
13/4/2020

Binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan


sekali kerana binaan paling dan sekali sudah membawa maksud
PERHATIAN
darjah penghabisan
Contoh:
* Paling lazat sekali seharusnya paling lazat atau lazat sekali

* Paling sempurna sekali seharusnya paling sempurna atau sempurna sekali

Salah Betul
1. Makanan yang paling lazat sekali di atas 1. Makanan yang paling lazat (atau lazat sekali)
meja makan. di atas meja makan.

2. Semua hasil kraf tangan sekarang paling 2. Semua hasil kraf tangan sekarang paling
sempurna sekali berbanding dengan yang sempurna (atau sempurna sekali) berbanding
lalu. dengan yang lalu.

Nyatakan penggunaan kata penguat belakang dalam ayat di bawah sama ada betul
(✓) atau salah (X).

1. Nian sejuk udara di Jepun selepas musim bunga. ( )


2. Buah rambutan itu manis sekali. ( )
3. Keputusan PT3 Badrul teruk betul. ( )
4. Lelaki tua itu baik benar kerana selalu menolong saudaranya. ( )
5. Panorama di tepi Pantai Sabak indah nian. ( )
6. Panas nian udara di Mesir ini. ( )
7. Sungai di hujung kampung itu betul dalam. ( )
8. Harga ikan di Bintulu betul mahal berbanding dengan di Miri. ( )
9. Keputusan perlawanan bola sepak itu sekali terburuk. ( )
10.Beg yang dibawa oleh murid itu berat sekali. ( )

4
13/4/2020

Nyatakan penggunaan kata penguat belakang dalam ayat di bawah sama ada betul
(✓) atau salah (X).

1. Nian sejuk udara di Jepun selepas musim bunga. (X)


2. Buah rambutan itu manis sekali. (✓)
3. Keputusan PT3 Badrul teruk betul. (✓)
4. Lelaki tua itu baik benar kerana selalu menolong saudaranya. (✓)
5. Panorama di tepi Pantai Sabak indah nian. (✓)
6. Panas nian udara di Mesir ini. (✓)
7. Sungai di hujung kampung itu betul dalam. (X)
8. Harga ikan di Bintulu betul mahal berbanding dengan di Miri. (X)
9. Keputusan perlawanan bola sepak itu sekali terburuk. (X)
10.Beg yang dibawa oleh murid itu berat sekali. (✓)

Chef yang sungguh amat popular


A B
itu sedang menunjukkan cara-cara

menyediakan serondeng.
C
Tiada Kesalahan
D

5
13/4/2020

TATABAHASA DEWAN
EDISI KETIGA

HALAMAN 411

6
13/4/2020

Nyatakan penggunaan kata penguat bebas dalam ayat di bawah sama ada betul (✓) atau
salah (X).

1. Lukisan yang dilukis oleh Pak Abu sungguh cantik sekali. ( )


2. Pisang goreng itu sedap sangat. ( )
3. Alina seorang budak yang sungguh cerdik. ( )
4. Harga telefon ini mahal amat jika dibandingkan dengan harga telefon itu. ( )
5. Dato’ Bukhari seorang usahawan yang amat hebat sekali. ( )
6. Jersi Manchester United itu sungguh menarik sekali. ( )
7. Suara Erra Fazira malam ini tersangat merdu sekali. ( )
8. Salih amat tidak yakin dengan kemampuan adiknya memandu kereta itu. ( )
9. Kanak-kanak yang sangat suka sangat melayari Internet perlulah dipantau oleh ibu bapa.
( )
10.Pencawang itu teramat tinggi sekali. ( )

Nyatakan penggunaan kata penguat bebas dalam ayat di bawah sama ada betul (✓) atau
salah (X).

1. Lukisan yang dilukis oleh Pak Abu sungguh cantik sekali. (✓)
2. Pisang goreng itu sedap sangat. (✓)
3. Alina seorang budak yang sungguh cerdik. (✓)
4. Harga telefon ini mahal amat jika dibandingkan dengan harga telefon itu. (✓)
5. Dato’ Bukhari seorang usahawan yang amat hebat sekali. (✓)
6. Jersi Manchester United itu sungguh menarik sekali. (✓)
7. Suara Erra Fazira malam ini tersangat merdu sekali. (X)
8. Salih amat tidak yakin dengan kemampuan adiknya memandu kereta itu. (✓)
9. Kanak-kanak yang sangat suka sangat melayari Internet perlulah dipantau oleh ibu bapa.
(X)
10.Pencawang itu teramat tinggi sekali. (X)

Anda mungkin juga menyukai