Anda di halaman 1dari 3

Cerita

Cerita ni pasal seorang guru yang mati dilempang. dia dilempang oleh bapak seorang anak murid.
Bapak anak murid tu lempang cikgu tu (cikgu aminah) sebab bapak dia diberitahu oleh anaknya
bahawa anak dia kene lempang dengan cikgu aminah 10 kali sampai lebam, padahal muka anak dia
lebam di sebabkan anak dia bergaduh ngan kawan-kawan dia. Akibatnya cikgu tu koma pastu mati.
Anak murid tu menyesal sebab telah "mengkambing hitamkan" cikgu dia. Ketika tengah menguruskan
mayat cikgu tu... tiba-tiba mai seorang pengawal 1 yang marah depa.. sebab bising dan tak tidor... dia
pon betuikan signboard Hospital sakit jiwa... rupa-rupanya semua yang berlaku tu hanyalah lakonan
pesakit-pesakit hospital sakit jiwa... ketika sedang pengawal 1 mengarahkan pesakit2 tu kemas balik
tempat tidok.. mai lagi seorang pengawal 2... yang turut marah pengarah 1. Rupa2nya pengawal 1
jugak merupakan pesakit jiwa.. ceh!

Skrip pentomin (suara latar)

Effect: Lagu starting berita:

PEMBACA BERITA
Dunia jam 10.
Assalamualaikum,
Sari berita penting.
Seorang guru wanita koma kerana dilempang oleh dua lelaki.
Berita sepenuhnya.
Seorang guru wanita dari sekolah kebangsaan taman rambutan telah didapati koma kerana
dilempang oleh dua lelaki dipercayai ibubapa kepada seorang murid tahun 6 sekolah tersebut.
Kejadian ini dikatakan berpunca daripada salah faham yang telah ditimbulkan oleh murid tersebut.
Murid tersebut dikatakan telah memfitnah mangsa dengan mengatakan mangsa telah menamparnya
sebanyak 10 kali. Hasil siasatan mendapati, cerita bahawa murid tersebut dilempang oleh si mangsa
adalah rekaan semata-mata. Ia direka semata untuk menutup cerita bahawa kecederaannya adalah
disebabkan pergaduhannya dengan rakannya di sekolah. Rentetan rekaan fitnah tersebut, ibu bapa
kepada murid tersebut telah melempang si mangsa kononnya sebagai membalas dendam telah
menyebabkan beberapa saraf si mangsa putus dan mangsa dikatakan dalam keadaan koma tahap
kritikal. orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi balai
polis berdekatan.

Berita sukan: Pasukan Myteam telah mengalahkan pasukan bola sepak kumpulan


++Effect: Lagu Kitaro yang diedit dengan bunyi sungai

SUARA ANAK MURID CIKGU AMINAH:

Hari ini hari guru.. semua sibuk merayakannya
Tapi aku guruku kini sedang berjuang antara hidup dan maut
Ini semua salahku. Kerana nak mengelak dari ibu dan ayahku tahu yang aku terlibat dalam
pergaduhan aku sanggup menfitnah Cikgu Aminah aku tak sangka nak jadi macam nih aku
menyesal sangat Cikgu aminah bersusah payah mendidik aku tapi aku tidak pernah hargai..
aku masih teringat akan bisikan cikgu aminah membacakan puisi karya usman awang.

++ACTION
watak dalam puisi keluar ke tengah pentas

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa..
Dengan lembut sabarnya,
Mengajar tulis-baca.

Babak 2

++ ACTION
Cikgu aminah berjalan di tengah pentas. Datang sepasang ibu bapa. Marah.. tengking lempang
cikgu aminah jatuh

++ Effect: Bunyi ambulan
Orang ramai papah cikgu aminah keluar.

++ACTION:
doktor keluar dan kekatil. Buat kejutan elektrik geleng kepala dan tutup mayat cikgu aminah
dengan kain putih.

SUARA ANAK MURID CIKGU AMINAH

++Effect: Lagu Kau sahabat kaulah Teman (Hijjaz) minus one.
Cikgu aminah.. maafkan saya cikgu.. kerana ingin menyelamatkan diri saya telah memfitnah
cikgu.. saya telah menjadi anak murid derhaka. Maafkan saya cikgu

++ACTION
orang kampung siap nak kebumikan mayat cikgu aminah. Tiba tiba masuk seorang pengawal 1
menjerit memarahi kerana bising!. Pengawal suruh semua pergi tidur semua bertempiaran lari
meninggalkan mayat pi ambil bantai dan tilam.. then tido.. pengawal 1 membebel2 .. membetulkan
signboard WAD 12- WAD PESAKIT MENTAL

Masuk pengawal 2 memarahi pengawal 1 kerana menyamar jadi pengawal sedangkan pengawal 1
juga merupakan pesakit mental wad 12. pengawal 2 menerangkan keadaan sebenar.

Tamat.

Anda mungkin juga menyukai