Anda di halaman 1dari 3

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

SP: 4.2.1: Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat


dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks.

Baca pantun di bawah dengan teliti, tulis maksud yang terdapat dalam setiap
rangkap pantun di bawah. Kemudian, senaraikan kata-kata hikmat dan bahasa
berirama yang betul.

PANTUN MENUNTUT ILMU

Daun pintu kayu meranti,


Ditukang teman di petang redup;
Ilmu itu pelita hati,
Penyuluh jalan panduan hidup.

Duduk di titi ketika bertemu,


Pada waktu bulan
mengambang; Jangan berhenti
mencari ilmu, Kerana ilmu
selalu berkembang.

Parut kelapa buah melaka,


Lalu digulung kuih ketayap;
Ilmu jika tidak diteroka,
Umpama burung tidak bersayap.

Mengait kuini untuk berjamu,


Simpan seraga di dalam almari;
Alam ini jendela ilmu,
Banyak perkara kita pelajari.

Pohon mengkudu tanam sejajar,


Reput dahan kerana dedalu;
Pengalaman memandu kita belajar,
Daripada kesalahan masa lalu.

Merenung bulan jauh berangan,


Hajat bertemu di Danau
Toba; Jauh berjalan luas
pandangan, Banyak ilmu
boleh ditimba.

Dipetik daripada
halaman 24,
Tema 2: Menimba
Ilmu,
Buku Teks
Tingkatan 2, Dewan
Bahasa dan Pustaka

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2


SP: 4.2.1: Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat
dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks.
NO BAHAGIAN DALAM MAKSUD
. PANTUN
1 Ilmu itu pelita hati, Ilmu pengetahuan bagaikan cahaya yang
penyuluh jalan panduan dapat menerangi hati kita. Dengan adanya
hidup. cahaya pengetahuan tersebut, kita dapat
menjadikannya sebagai panduan dalam
kehidupan.
2 Jangan berhenti mencari Janganlah kita berhenti mencari ilmu dan
ilmu, kerana ilmu selalu pengetahuan yang ada di sekitar kita. Hal ini
berkembang. dikatakan demikian keran ilmu pengetahuan
sentiasa berkembang.
3 Ilmu jika tidak diteroka, Jika seseorang tidak rajin mencari ilmu
umpama burung tidak pengetahuan, dia diumpamakan seekor
bersayap. burung ang tidak bersayap. Hal ini
membktikan bahawa seseorang yang tidak
mencari ilmu akan sesat dalam kehidupan.
4 Alam ini jendela ilmu, Penulis pantun ini mengatakan bahawa dunia
banyak perkara kita ini bagaikan suatu tingkap ilmu yang besar.
pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak
perkara yang dapat kita pelajari daripada ilmu
pengetahuan.
5 Pengalaman memandu kita Setiap pengalaman dalam kehidupan
belajar daripada kesalahan memainkan peranan penting supaya kita
masa lalu. dapat insaf dan belajar daripada kesilapan
yang lalu.

Sudut pengayaan
Senaraikan kata-kata hikmat yang terdapat dalam jadual di bawah tersebut.
NO KATA-KATA HIKMAT BINA AYAT
.
1 ilmu pelita hati Kita boleh menggunakan semua ilmu dan
pengetahuan yang kita pelajari untuk
menyelesaikan masalah kerana ilmu pelita
hati.

2 membaca itu jambatan ilmu Orang tua-tua dahulu kala pernah


mengatakan bahawa membaca itu jambatan
itu kerana amalan membaca sangat penting
untuk memberikan pengetahuan kepada
masyarakat.

3 ilmu kunci kehidupan Dengan ilmu pengetahuan yang diperoleh


daripada amalan membaca, kita menjadi
manusia yang lebih yakin dan dapat menjamin
kehidupan pada masa depan kerana ilmu
kunci kehidupan.

4 alam ini jendela ilmu Setiap perkara yang berlaku di sekitar kita
boleh jadikan ilmu dan dipelajari dengan
baiknya kerana orang duludulu juga pernah
mengatakan bahawa alam ini jendela ilmu.
5 jauh perjalanan luas Ibu bapa saya sering berkata bahawa jauh
pemandangan perjalanan luas pemandangan kerana
mereka beranggapan bahawa pengalaman
daripada kehidupan amat bernilai dan dapat
memperluas pemikiran seseorang.

Anda mungkin juga menyukai