Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Mengajar Harian Sekolah Menengah

Pendekatan Pembelajaran Koperatif dan Didik Hibur

Kemahiran
ASPEK SENI BAHASA
bahasa

Tingkatan 1

Masa 60 minit

Tema/Tajuk Bahasa dan Kesusasteraan/ Cerpen Oren

Standard 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan


Kandungan memberikan respons peribadi.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan


Standard memberikan respons peribadi tentang sinopsis, tema dan
Pembelajaran persoalan dengan betul, rasional dan penuh penghayatan.

Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:


Pengajaran &
Pembelajaran 1. Menyusun peristiwa yang terkandung dalam cerpen
2. Menyatakan dan menghuraikan tema dan tiga persoalan
beserta contoh peristiwa yang terdapat dalam cerpen
Oren.
3. Melagukan sinopsis cerpen oren dalam bentuk nanyian.

Ilmu: Kemanusiaan

Nilai: Kasih sayang, bertanggungjawab, prihatin

Kemahiran:
Elemen
Merentas a) KBAT - Menganalisis, mencipta
Kurikulum
b) TMK - Mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran asas
TMK

c) EMK - Bahasa, Nilai murni

Bahan Bantu Antologi Kuingin Berterima Kasih,Video, Kad pakau, Kertas sebak,
Belajar Pen marker.
Perkembangan Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
pembelajaran

i. Guru menayangkan rakaman video Si Video


Tanggang.
https://www.you
https://www.youtube.com/watch? tube.com/watch
v=RGpJptVJJvM ?v=RGpJptVJJvM

ii. Sumbang saran murid mengenai video


tersebut.

iii. Guru bertanya soalan yang membawa


kepada perbincangan lebih lanjut:
Set Induksi - Apakah yang anda faham mengenai
(5 minit) video yang dipaparkan?

- Nyatakan peristiwa yang menyentuh


perasaan anda?

- Apakah peristiwa yang menarik dan


memberi kesan pada diri anda?

iv. Guru mengaitkan pembelajaran hari ini


mengenai sinopsis,tema dan persoalan
cerpen Oren.

Langkah 1 Aktiviti 1: Menganalisis dan menyusun peristiwa


yang terkandung dalam cerpen.
15 minit
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan kad pakau Didik Hibur:
yang mengandungi kad pembayang dan Permainan Bahasa
kad peristiwa. Teknik Perang
3. Ketua kumpulan memulakan permainan Pakau
Perang Pakau dengan mengocok kad.
4. Setiap ahli kumpulan menerima 5 kad. Kad Pakau
5. Murid perlu memadankan kad yang ( Pembayang dan
mengandungi pembayang dengan kad Peristiwa )
perisitiwa.
6. Secara bergilir, murid mengeluarkan kad i-Think : Peta Alir
yang tidak diperlukan dan mengambil kad Kertas Sebak
yang dikeluarkan oleh rakan atau kad
Perkembangan Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
pembelajaran

baharu. Gam
7. Semua murid perlu menghabiskan kad.
8. Kumpulan yang dapat memadankan Kemahiran Berfikir:
semua kad dengan tepat dan
Memahami dan
melengkapkan susunan peristiwa
menganalisis
mengikut carta alir dengan betul dikira
sebagai pemenang.
9. Hasil aktiviti kumpulan dinilai oleh rakan
daripada kumpulan lain. ( AFL )
10.Aktiviti pemulihan: Murid yang belum
menguasai kemahiran dalam aktiviti
pertama dibimbing oleh rakan dengan
menggunakan pengurusan grafik
berpandu. ( Lembaran 1 ).

Langkah 2 Aktiviti 2: Menganalisis, menyatakan dan


menghuraikan tema dan tiga persoalan berserta
(15 minit) contoh peristiwa yang terdapat dalam cerpen
Oren. Teknik Stesen
i. Guru menyediakan 2 stesen wajib dan 3 Lembaran 2 - 6
stesen bonus ( Teknik Stesen ).
Stesen 1: Tema Koperatif &
Stesen 2: Persoalan
Kolaboratif
Stesen 3 ( Bonus ) : Watak dan
perwatakan Kemahiran Berfikir:
Stesen 4 ( Bonus ) : Nilai dan pengajaran
Menganalisis
Stesen 5 ( Bonus ) : Latar
Peta Minda Tony
ii. Ketua kumpulan menugaskan ahli
Buzan
kumpulan bergerak ke stesen lain yang
telah ditetapkan.

iii. Setiap ahli kumpulan yang baharu


dibentuk dalam stesen masing-masing
diberikan lembaran kerja dan perlu
berbincang, menganalisis, menyatakan,
menghuraikan dan memberikan respons
peribadi tugasan stesen masing-masing
berserta contoh peristiwa.

iv. Ahli kumpulan kembali ke kumpulan asal


Perkembangan Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
pembelajaran

untuk berkongsi dapatan maklumat


daripada setiap stesen dan menghasilkan
peta minda berdasarkan dapatan
maklumat kumpulan.

v. Murid memaparkan hasil kerja pada


dinding kelas.

vi. Setiap wakil kumpulan dikehendaki


menerangkan hasil perbincangan mereka
semasa aktiviti Gallery Walk.

Langkah 3 Aktiviti 3: Mencipta dan melagukan sinopsis


cerpen oren dalam bentuk nanyian.
(20 minit)
i. Murid membentuk 3 kumpulan baharu.
Kemahiran Berfikir:
ii. Berdasarkan hasil dapatan maklumat Mencipta
dalam aktiviti 1 dan aktiviti 2, setiap
kumpulan diberikan masa selama 5 minit Didik Hibur :
untuk mencipta sinopsis cerpen Oren Aktiviti
dalam bentuk lagu berdasarkan melodi Menyanyikan Cerita
lagu-lagu popular masa kini.

iii. Setiap kumpulan membuat persembahan


dengan melagukan cerita Oren yang telah
digubah.

iv. Kumpulan yang dapat menghasilkan lagu


yang menepati dan menggambarkan
sinopsis cerpen Oren dengan indah dan
puitis dikira sebagai pemenang.
Perkembangan Catatan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
pembelajaran

v. Rakan menilai dengan ganjaran bintang


dan memberikan respons terhadap karya
dan persembahan setiap kumpulan.

i) Murid merumuskan topik dan kemahiran


Penutup yang telah dipelajari.

( 5 minit ) ii) Guru dan murid menilai keberhasilan


pembelajaran pada hari ini dengan
merujuk objektif pembelajaran.

Penilaian PdP / Murid memahami dan mengapresiasi karya


Pentaksiran
prosa dengan memberikan respons peribadi
tentang sinopsis, tema dan persoalan dengan
betul, rasional dan penuh penghayatan.

( Rujuk Aktiviti 2 dan 3 )


Atau
Pentaksiran SP 4.1.1 dilaksanakan ( rujuk
aktiviti 3 dan standard prestasi dalam DSKP )

Refleksi / Pengajaran hari ini berjaya mencapai


Impak / Kerja objektif kerana keseluruhan /
Rumah sebilangan besar / separuh daripada
bilangan / amat sedikit murid dapat
menguasai kemahiran yang dipelajari.
Terdapat 4 orang murid yang masih tidak
menguasai kemahiran dan akan dibimbing
dengan bahan bantu yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai