Anda di halaman 1dari 12

HIMPUNAN CERITA LAWAK TERBAIK

1 KERETA ROSAK.
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

2. MATI SENYUM
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

3. DOSA SILAM
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang..
Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga
dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya..
"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat
kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab, "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah
mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku
keliru... jangan2 kamu adalah anakku."

4. DOKTOR SAKIT JIWA


Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para
pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan,
beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana
datangnya arah suara itu.
Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan
ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan
seolah-olah seorang penyanyi.
Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak
lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi
terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"
Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

5. GURU KAUNSELING
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang
sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara
satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab
bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama.
Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...
"... Saya adalah penjaga gol!"

6. CIKGU TADIKA
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak
mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia
mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.


Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya.
Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia
pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

7. Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)


Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu
sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.
Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?


Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung jagunglah hadiahnya, jika nelayan,
ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah macam-macam ada. Tersenyum
lebar cikgu .
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha.aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.
Cikgu: Eeeerkkkk.... okay mamat... : ))

8. TERBERANAK
Sorang pompuan TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang
doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hospital.
"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hospital". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"
Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!"..

9. WEARING A HIJAB
A British man came to Sheikh and asked:
Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
The Sheikh said:
Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British man said:
Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.
Sheikh replied:
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.
Then the British man asked the Sheikh:
Why do your girls cover up their body and hair?
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He
threw them both on the dusty floor and asked the British:
If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?
The British replied:
The covered one.
The Sheikh said:
Thats how we treat and see our woman...
Subhan Allah

10. CERMIN MATA


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain? Dah tentu, jawab doktor. Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca, kata lelaki
itu dengan riang.

11. KERETA
Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,
Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?
Tak boleh, jawab Ah Seng. Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan
penyangkut baju.
Kemudian Ah Beng pula berkata, Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.
Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.
Kan Cheong! jerit Ah Beng. Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!

12. RUMAH TANGGA


Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja
isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik
bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg
pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari
rumah ini ! "

13. PEJABAT POS


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
Atok buat apa tu?.
Atok bagi surat kat kawan atok,cu! jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, Apa ke bebal betul sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?

14. DINOSOR
Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah.
Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga
muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,
Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Komeng menjawab
Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat
bulan lima hari kat sini.

15. Mahkamah
Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.
Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan
dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.
"Baik, baik," kata Hakim.
"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam
perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah
'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."
16. NELAYAN
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk
rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke
kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."
CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

17. SAHABAT
Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui
rakan yg cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku
izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di
kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu.
Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf...panglima bagi kunci yg salah!

18. KAIN
LISA: Berapa harga semeter kain ni?
PENJUAL: Harga 1meter cuma 1ciuman
LISA: Baiklah..bagi saya 10meter..
PENJUAL: (gembira)...ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???
LISA: Jap,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)

19. TENGKORAK
Di sebuah muzium di Kaherah.
Pelancong : Ini tengkorak siapa ? ( sambil menunjukkan kearah sebuah kotak berkaca.)
Pemandu pelancong : Ini tengkorak Queen Cleopatra II
Pelancong : Tapi guard di luar kata, tengkorak kecil di pintu masuk tu tengkorak Queen Cleopatra II.
Pemandu pelancong : Oo... itu tengkorak semasa dia budak..( DGN KONFIDEN )
Pelancong : ????????????

20. KERJA KUAT


Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya... Dia terlalu tekun
dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum, malah sudah dua hari
tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..
"Abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan",
pesan isterinya.
"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.
"Di rumah saja lah bang..".
"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...".

21. KERETA API


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri ,
ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.
"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu
lakukan?," tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi
berlanggar."

22. POS MEN


Seorang posmen yang datang menghantar surat.
POSMEN : " Assalamualaikum "
PAK SAMDOL: " Walaikumsalam "
POSMEN: " Ni rumah encik Samdol ye?
PAK SAMDOL: " Ya saya"
POSMEN: " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
PAK SAMDOL: " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

23. ISTERI YANG BAIK


Suami : Ema.. abang pergi dulu ya
Isteri : Abang tak sarapan dulu?
Suami : Tidak.. abang nak cepat nie!
Lalu sisuami mencium bibir isterinya dengan mesra dan
berkata inilah sarapan pagi abang
Tengaharinya. . si suami pulang kerumah..
Isteri : Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?
Suami : Ada sesuatu yang tertinggal
Isteri : Marilah makan tengahari dulu
Suami : Tak pe lah.. abang nak cepat nie
Lalu dengan mesranya sisuami menghampiri isterinya dan
mencium dadanya sambil berkata inilah makan tengahari abang!
Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap
isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara..
lalu betanya..
Suami : Awak sedang buat apa tu?
Isteri : Panaskan makan malam bang

24. HARAM KAWIN PEREMPUAN 1 PEJABAT


HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT ! !
Mie : Aku nak kawin la Joi...
Joi : Dengan budak mana?
Mie : Satu pejabat...
Joi : Ish mana boleh kawin satu pejabatharam tuh!
Mie : Eh, apasal lak haram? Ko ni da terikut ajaran sesat ke ape?
Joi : Aku pun alim gak la...aku pon ada dengar ceramah gak kat masjid..
Mie : Ok, bagitaw aku..sebab apa sampai jadi haram?
Joi : Islam suruh kawin paling ramai 4 orang je... kalau dah satu pejabat ada 20,30 org perempuan,
tu kan ke haram..
Mie : $#@%^&* =.=" Podahh!

25. CINCIN
Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu
malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...
Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"
Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin
ini?".
Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau
harganya"
26. LOVING COUPLE
boy : syg..awk kt mana skrg?
gurl : kt dlm hati awk la bie
boy : ish..tol2 laa..awk kt mana ni?
gurl : betul la bie..syg kt hati bie kan..
boy : mangkok...aku tny elok2 nie..ko kt mana? aku terkunci dlm tandas awam nie!!!
gurl : @#$$$%^%^
27. DOKTOR VS MEKANIK
Fahmi adalah seorang pemilik sebuah bengkel kereta sedang sibuk memperbaiki sebuah kereta yang
rosak... tiba2 didatangi oleh seorang doktor bedah terkenal yang juga ingin memperbaiki keretanya
yang mengalami sekidit kerosakan..
"Assalamualaikum doktor..." tegur Fahmi... "Saya sangat mengenali doktor kerana wajah doktor
sering keluar majalah, suratkhabar dan TV..
Setelah doktor menerangkan masalah keretanya... Fahmi cuba bertanya...
"Cuba Doktor lihat, pekerjaan kita hampir sama. Mengambil sesuatu yang rosak, menggantinya
dengan yang baru dan "sembuhlah" ia." "Yang saya hairan, kenapa saya tidak boleh sekaya Doktor?"
tanya Fahmi.
Doktor itu menatap wajah Fahmi dan bertanya balik.. "Pernahkan awak mengerjakannya dalam
keadaan mesinnya masih hidup?"

28. KAHWIN
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, satu is one, dua is two, tiga isteri (is
three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang singular dan plural
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu Singular; dua atau lebih Plural
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh tambah huruf s untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS,
tambah s je,kan?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi

Anda mungkin juga menyukai