Anda di halaman 1dari 9

Raja Iskandar Zulkarnain Islam dan sejarah Melayu

Difailkan di bawah: Uncategorized jalanakhirat @ 2:13 pm

Sebelum ni saya pernah mengutarakan kenapa Rasulullah SAW bersabda, Tuntutlah


ilmu walau kenegeri China. Saya juga tertanya tanya kenapa lambang Silat Gayong
Malaysia menggunakan lambang 2 naga sebelum ditukar kepada satu Naga sahaja kini.
Saya juga tertanya-tanya siapa Panglima Hitam yang mengkhatamkan Ilmu Silat Gayong
kepada Allahyarham Dato Meor . Keris , senjata orang Melayu menurut firasat saya lebih
merupakan gambaran seekor NAGA.
Saya juga dapati Mursyid Haji Ibrahim Bin Haji Mohamad,Kampung Pulau Manis
Serada Terengganu telah mengizinkan dan mengamanahkan murid-murid
kepercayaannya untuk mengembangkan ilmu warisan para ulama sufi ni di seluruh
Malaysia dari segala segi baik dari segi ilmu agama, persilatan dan kaitannya dengan sains
metafizik.
Mungkin kini sudah sampai masanya untuk kita kembali berganding tenaga untuk
menegakkan kembali Syiar Islam, Agama Tauhid . Rupa-rupanya dulu ISLAM pernah
menguasai 2/3 dunia bermula dengan Nabi ALlah Sulaiman dan bersambung kepada Raja
Iskandar Zulkarnain.
>>RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN DALAM SEJARAH BANGSA MELAYU<<
Raja-raja Melayu seperti yang kita ketahui dikatakan berasal dari keturunan Raja
Iskandar Zulkarnain. Turut di kenali sebagai raja Rom, banyak tulisan-tulisan sejarah
merujuk kepada baginda sebagai asal bermulanya keturunan di raja ini. Setakat mana
kebenaran ini, kita perlulah merujuk kepada,
1) Al Quran, Surah Al Kahfi
2) Manuskrip Undang-Undang Kedah yang telah dibukukan.
3) Sulalatus Salatin
Al Quran, Surah Al Kahfi
Surah Al-Kahfi, Ayat 94
Mereka berkata: wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa
melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah
bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah
tembok di antara kami dengan mereka?
Surah Al-Kahfi, Ayat 95
Dia menjawab: (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya,
lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramairamai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Surah Al-Kahfi, Ayat 96


Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi; sehingga ketika besi-besi itu telah
menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu
telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga ,
supaya ku tuangkan diatasnya.
Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I
Kelantan, peristiwa ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang
meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali
sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda.
Sejarah Kelantan mengatakan bahawa baginda mati dibunuh dan tidak mempunyai zuriat
adalah karut. Apakah mereka ingat orang yang sudah mempunyai anak tidak boleh
mengambil anak angkat? Apakah mereka fikir sekiranya hari ini mereka berkuasa
mereka dengan mudah boleh menghapuskan sejarah dan salasilah orang lain? Semua ini
hanyalah fitnah demi menutup bukti sejarah, sepertimana kes Pahlawan Mat Kilau yang
di katakan telah meninggal dunia tiba-tiba muncul semula memperkenalkan dirinya.
Pada hal waris baginda Sultan Mohammad I Kelantan, Saudara Nik Bahadur Syah masih
berada di Kedah hari ini. Berusia sekitar 50an, bermisai tebal dengan rambut kemas
disikat, beliau turut hadir pada hari perjumpaan keluarga Syarif Yang Di Pertuan barubaru ini. Penjajah Inggeris memang menghapuskan bukti sejarah, contoh yang paling jelas
apabila William Farquhar cuba meletupkan Kota A Farmosa dahulu. Sekiranya kota
tersebut habis diletupkan, bolehkah kita bayang bagaimanakah rupabentuk kota Farmosa
itu hari ini?
Setelah diusir oleh tentera thai diketuai oleh anak angkatnya Long Senik, baginda kembali
menetap di Kedah (di Alor Pak Ngah) dan menjadi guru agama. Tentera Thai datang
mencari beginda, tetapi yang mereka jumpa hanyalah seorang Pak Ngah yang mengajar
agama sekolah pondok sahaja. Begitulah perlindungan dari Allah SWT. Ulamak Kedah
seperti Haji Naik Kayu, Abdullah Fahim dizaman Sultan Abdul Hamid dahulu adalah
juga anak murid baginda.
Inilah yang dikatakan Sultan sebagai pemerentah dan ulamak dizaman dahulu. Baginda
kembali ke Kedah kerana baginda adalah dari keturunan Tengku Long Putera, anak
saudara Syarif Yang Di Pertuan (anakanda Paduka Seri bongsu). Permaisuri baginda
Sultan mohammad I ialah Datuk Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif Al Fatani yang
membesarkan Tunku Badlishah setelah di usir dari istana oleh ayahandanya, Sultan Abdul
Hamid.
Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk
jadian dari Allah SWT iaitu Naga atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong (bahasa Tai
menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos)
menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan
kerajaan mereka.

Mural (Gambar tidak kelihatan) yang menggambarkan Raja Iskandar Zukarnain atau
lebih dikenali sebagai Cyrrus the Great. Bersayap untuk terbang? Walau pun 2 orang
yang berbeza, bukti-bukti baru lebih memihak kepada 'Cyrrus the Great'sebagai
Zulkarnain yang di maksudkan dalam Al Quran. Sejarah Melayu pula merujuk kepada
'Alexander the Great' sebagai iskandar Zulkarnain.
Kelebihan Sultan Iskandar Zulkarnain, sebagai anugerah Allah SWT kepada baginda
ialah baginda mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah
membantu baginda dalam setiap peperangan. Mungkin dengan inilah cerita-cerita dari
negeri China seringkali mengambarkan kebolehan seni mempertahankan diri
berkebolehan untuk terbang, salah satu dari sifat dan kebolehan makhluk jin ini. Tidak
ada dalam budaya bangsa lain yang menggambarkan kebolehan sebegitu rupa. Baginda
Raja Iskandar Zulkarnain juga dikatakan dapat memahami setiap bahasa suku kaum
yang bertemu dengannya.
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, ms 49 ada disebut mengenai Raja Iskandar
Zulkarnain seperti berikut,"..dan pada majlis Raja iskandar Zulkarnain datang kepada
Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu (talan) akan
martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka
dihimpunkan hukum itu distas sembilan hukum." Secara ringkasnya kefahaman kami,
adat istiadat raja-raja hari ini berasal dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain yang
membawa adat istiadat, peradaban dan ketamadunan kepada Sheikh Huang Ti.
Pada masa yang sama kisah Sang Gerdembai bermaksud, Ger-kenderaan, demdahulukala, bai-muslim, pasti mempunyai cerita yang tersirat untuk kita hari ini menilai
semula kisah-kisah ini. Disamping itu Raja Iskandar Zulkarnain mempunyai dua orang
Ketua Panglima Tentera iaitu Nabi Allah Khidir dan Nabi Allah Elias. Semasa kecil pula,
selepas tawaf di hadapan Kaabah, Nabi Allah Ibrahim telah memegang bahu baginda dan
berdoa kehadrat Allah SWT agar pada suatu hari kelak baginda akan menjadi orang yang
terkenal. Inilah Iskandar Zulkarnain yang dikatakan mempunyai dua tanduk, simbol
kekuasaannya keatas Rom dan Parsi.
Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain ini telah membawa kepada Shih atau Sheikh Huang
Ti, Maharaja China yang pertama, dimana baginda dikatakan bertindak membakar bukubuku ajaran Confucius. Dikatakan juga bahawa Empayar Chin itu berasal dari
perkataan Empayar Jin sempena nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.**
Tindakan ini adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah (belum lagi islam) dan
dengan itu baginda dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam.
(**cara sebutan, rapatkan gigi atas dengan gigi bawah anda, cuba sebutkan chin dengan
menggunakan bibir anda, bunyinya bergema, seperti Jin bukan?)
During his reign, Shih Huang ti destroyed the existing feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized
administration. Networks of roads and canals were engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures,
coins, and written characters were standardized in a quest for

cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all


books that diverged from official Chin philosophy and history.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even though
it formed the model for all later dynasties.
Baginda sebenarnya sudah mengetahui mengenai kehidupan yang kekal abadi. Dengan itu,
sebelum meninggal dunia baginda bertindak (tanpa panduan kerana agama Allah belum
lengkap) dengan membina askar-askar terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah
Xian dinegeri China. Maklum sajalah, agama Allah ketika itu walaupun diterima oleh
Allah, ia masih belum lagi lengkap sepertimana agama Islam hari ini. Kisah ini
diperturunkan kepada setiap maharaja china hinggalah kepada Maharaja Sai tee Sung.
Kedatangan utusan baginda Rasulullah SAW adalah bertujuan untuk melengkapkan
agama dari Allah SWT sebagai agama yang diredhai oleh Nya disambut baik oleh
Maharaja Sai Tee Sung.
Walau bagaimanapun Sheikh huang Ti berjaya menyatukan negeri china dibawah satu
payong negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang
pertama, yang di mulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain dahulu. Tembok ini bukannya
tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua ketahui hari ini.
Diriwayatkan bahawa beberapa ratus tahun kemudian, ketibaan Saad bin Waqas ke
negeri China dalam tahun 650 masihi membawa ajaran agama islam bukanlah merupakan
satu kejutan baru kepada Maharaja China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Menurut
wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama islam ini dari mulut nenek moyang
mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari satu generasi ke satu generasi.
Manuskrip Undang Undang Kedah
Manuskrip Undang-Undang Kedah, bukan sebuah hikayat dan ia boleh dijadikan bukti
sejarah
Berbeza dengan buku-buku penulisan sejarah lain yang merupakan hikayat, riwayat dan
sebagainya, buku Undang-Undang Kedah adalah sebuah manuskrip melayu lama yang
merupakan undang-undang diguna pakai oleh raja-raja kita dizaman dahulu. Sebelum
pada ini Undang undang ini terdapat dalam pelbagai versi yang bercerai-cerai namun
versi ini adalah satu kompilasi yang lengkap. Ia telah di lenyapkan buat seketika
(dirampas Inggeris di Kota Bruas) dan digantikan oleh sejarah versi penjajah.
Teks ini telah dipulangkan dalam bentuk mikrofilem daripada perpustakaan School of
Oriental and African Studies dengan nombor rujukan MS 40329. Kompilasi yang lengkap
bermakna ia adalah satu salinan milik pemerentah atau penguatkuasa undang-undang
ketika itu. Setiap tajuk yang disenaraikan dibawah ini tidak bercerai berai malah lengkap
bagai sebuah buku.

1. Undang Undang Pelabuhan. Ia dikatakan menyebut tentang undang-undang


pelabuhan Melaka akan tetapi nama tempat yang disebut dalam teks hingga kini masih
ada di Kedah atau berhampiran Kedah (ms 13, ms 15, ms 17 dll).
2. Undang Undang Seri Paduka Tuan
3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar
4. Cara membuat Bunga Emas
5. Undang-Undang Hijrah seribu seratus sembilan puluh sembilan
(1199, zaman Syarif Yang Di Pertuan)
Di mukasurat 49
Disebutklan bahawa majlis yang beradat, digunakan oleh raja-raja kita hari ini bukanlah
ciptaan mereka semata-mata. Ia berasal dari majlis Raja Iskandar Zulkarnain lagi.
Baginda Raja Iskandar Zulkarnain adalah pengikut agama Allah yakni ahli kitab dari
seawal zaman Nabi Ibrahim. Pada majlis yang dimuliakan ini sudah ada jawatan-jawatan
dan tanggungjawab resmi yang mewakili pemerentah pada masa itu.
Di zaman dahulukala itu, Raja Iskandar Zulkarnain diberi kelebihan oleh Allah SWT iaitu
boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda singgah. Oleh itu penaklukan
wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam usaha baginda menyerapkan ketamadunan
mulia keatas manusia yang sebelum pada itu hidup tanpa arah, liar atau buas.
Di muka surat 33, UUK disebut mengenai lagu Ibrahim Khalilullah yang mana merupakan
sebuah lagu yang berasaskan rentak gendang (drum beat) bagi menaikkan semangat
tentera untuk pergi berperang (sepertimana rentak marching)
Salalatus Salatin
Menurut Salalatus Salatin pula, Raja Iskandar Zulkarnain setelah menyerang Benua
Keling telah berkahwin dengan Puteri Sharul Bariyah puteri kepada Raja Kida Hindi,
dikatakan telah menuju ke negeri matahari terbit dari Benua Keling, sudah pasti ke benua
China. Malah bangsa China mempunyai makna dalam bahsa Siam.
Perkataan Chey-Na bermaksud, datuk-petunjuk. Sudah pasti ada seorang ketua yang
hebat dizaman dahulu, datang memberi petunjuk pada suatu kaum. Di sana baginda telah
berperang dengan puak Yakjuj sepertimana tercatat dalam Al Quran, Surah Al Kahfi ayat
94 . Puak Makjuj pula dikatakan telah memelok agama Allah dan membawa kepada
bangsa Saimen yang bermaksud, kawasan dia.
Dalam sejarah bangsa Siam Islam, sebutan nama ke dua-dua bangsa ini sudah pun ada.
Mereka disebut seperti berikut, Nya Juj dan Ma Juj. Saya tidak mahu mengulas lebih
lanjut kerana negara kita masih lagi ketandusan penyelidikkan mengenai bahasa dan
bangsa siam ini.

Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin ada menyebut mengenai
Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain seperti
berikut,
Setelah itu maka Raja Suran
pun kembali ke benua Keling.
Telah sampailah ke negeri Keling
maka raja Suran pun berbuat
sebuah negeri terlalu besar
kotanya daripada batu hitam
tujuh lapis
serta dengan tebalnya
dan tingginya
sembilan depa
daripada pandainya segal utas berbuat dia itu
tiadalah kelihatan rapatannya lagi
rupanya seperti dituang
pintunya daripada besi melela bertatahkan emas bepermata.
Syahdan luasnya kota itu
tujuh gunung didalamnya
dan pada sama tengah negeri itu
ada sebuah tasik terlalu luasnya
seperti laut rupanya
jikalau gajah berdiri
diseberang tasik itu
tiada kelihatan dari seberangnya
dan serba ikan dilepaskannya
didalam tasik itu.
Maka ditengah tasik itu
ada sebuah pulau terlalu tinggi
sentiasa berasap
seperti disaput embun rupanya
maka diatas pulau itu
ditanaminya pelbagai kayu-kayuan
dan buah-buahan
dan bunga-bungaan
segala yang ada di dunia ini
semuanya adalah disana
dan apabila raja Suran
hendak bermain
kesanalah ia pergi.
Maka adalah di tepi tasik itu
diperbuatnya hutan besar
maka dilepaskannya

segala binatang yang liar


dan apabila raja Suran
hendak berburu atau menjerat gajah
pada hutan itulah ia pergi.
Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja iskandar
Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut,
Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran
raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan
jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta
beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh sultan
Mansur syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat
dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan
kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:
Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja
Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan
raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja iskandar zul-karnain, sebangsa
juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar
daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah
rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke
Melaka.
Hari ini sekiranya kita tidak menetapkan sempadan Benua keling itu sebagai hanya di
India, mungkin kata-kata dalam penulisan ini ada logiknya. Ini adalah kerana sempadan
yang ada sekarang ini, dahulunya belum ada dan mungkin dizaman itu, yang dikatakan
jajahan Benua Keling itu mungkin jauh lebih besar dari yang kita sangkakan pada hari
ini. Malah perkataan In-dia bermaksud, pusat pemerentahan. Adakah ini ada
hubungannya dengan Ayodhia di India yang mana perkataan Ayuthia bermaksud, tempat
bersemayamnya raja.
Pengkaji sejarah Islam hari pula, lebih memihak kepada Cyrus the Great berbanding
Alexander the Great dalam mengenali siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini.
Cyrrus The Great dikatakan mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di
Empayar Rom dan Parsi.
Begitulah serba sedikit untuk kita renungkan bersama. Wallahualambisawab.

Anda mungkin juga menyukai