Anda di halaman 1dari 1

KUIZ PENSEJARAHAN

1. TEMA PENULISAN KARYA SULALTUS SALATIN

Sulalatus Salatin merupakan sebuah karya yang bertemakan politik. Teks ini
menceritakan tentang jurai keturunan bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain yang
telah berkahwin dengan Puteri Syahrul Bahriah dan telah dikurniakan seorang
putera bernama Raja Suran. Raja Suran telah turun ke dasar laut dan berkahwin
dengan Puteri Makhtabul Bahri dan telah dikurniakan tiga orang putera. Tiga
keturunan ini telah memulakan jurai keturunan di Tanah Melayu dan yang berakhir
dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

2. KEUNIKAN KARYA SULALATUS SALATIN

(i) Jati Diri Bangsa Yang Taat kepada Raja

Jati diri bangsa pada ketika itu digambarkan sebagai sebuah bangsa yang
taat dan patuh kepada rajanya. Ketaatan orang melayu kepada rajanya
diikat dengan ikatan konsep daulat, iaitu orang melayu percaya bahawa raja
berasal daripada keturunan yang mulia dan sesiapa yang melanggar
perintahnya akan terkena tulah.

(ii) Jati Diri Bangsa yang Bersifat Animisme

Sejarah melayu telah menceritakan tentang raja dan seluruh masyarakat


Melaka telah memeluk Islam, namun jati diri mereka yang berpegang
dengan kepercayaan terhadap “semangat” masih dikekalkan. Mereka
masih mengamalkan ilmu mistik, ilmu ghaib dan semangat yang
sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka berpendapat
bahawa kepercayaan itu sukar untuk ditolak begitu sahaja.

(iii) Keunikan dari Aspek Pendidikan

Melaka diceritakan muncul sebagai sebuah pusat pendidikan Islm yang


terkemukadi alam melayu dengan kehadiran para ulama dari Tanah Arab
termasuklah Makhdum Saiyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan ramai
lagi. Telah digambarkan bahawa ada beberapa orang sultan yang
mencintai ilmu seperti Sultan Mansur Syah. Baginda berguru dengan
maulana Abu Bakar dan mengutus permasalahan agama ke Pasai.

Anda mungkin juga menyukai