Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUTRAJAYA PRESINT 18 (2) Kod Sekolah: WBA 2012

NURUL NABILA FARHANA BINTI MUSAIDI


1. Nama Guru

2. Judul SULALATUS SALATIN/SEJARAH 3. Bidang: SEJARAH


MELAYU
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 10/07/2021
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Sinopsis Sejarah Melayu. Sejarah Melayu mengisahkan asal usul raja-raja melayu yang
dikatakan berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain. Diceritakan salah seorang anak
cucu Raja Iskandar Zul-Karnain yang bernama Raja Suran masuk ke dalam laut dan mengahwini
seorang puteri yang bernama Puteri Mahtabul Bahri dari negeri Barsam. Melalui perkahwinan
ini,Raja Suran dikurniakan tiga orang anak iaitu Nila Utama, Nila Pahlawan dan Kerisyna Pandita.
Ketiga-tiga orang putera ini telah keluar daripada negeri bawah laut dan pergi naik ke bumi serta
turun ke bukit Si Guntang Mahameru. Disini, mereka telah bertemu dengan Wan Empuk dan Wan
malini dan mereka telah dikahwini dengan Nila Pahlawan dan Kerisyna Pendita. Sementara Niala
Utama (sang sapurba) mengahwini anak Demang Lebar daun setelah mengadakan waad
antaranya.

Salah seorang putera Sang Sapurpa iaitu Sang Nila Utama menjadi raja di singapura yang
asalnya dikenali sebagai Temasik. Sebagai sebuah karya sastera sejarah ia tidak dapat dielakkan
daripada unsure mitos seperti asal usul pembukaan singapura. Kemudian sekaraj melayu
menceritakan kisah-kisah pemerintahan raja-raja Singapura yang seramai lima orang. Berbagai-
bagai cerita berlaku pada zaman kerajaan Melayu Singapura diceritakan daalam Sejarah Melayu.
Diceritakan juga unsur-unsur lagenda seperti kekuatan dan kegagahan badang. Semasa
pemerintahan Raja Iskandar syah, Singapura diserang oleh angkatan perang Majapahit sehingga
Raja Iskandar Syah terpaksa melarikan diri ke Melaka dan membuka kerajaan Melaka.

Sebelum Melaka dibuka, Sejarah Melayu juga menceritakan tentang kisah-kisah mitos
pembukaan Samudera-Pasai. Contohnyan pembukaan Samudera dikaitkan dengan peristiwa
terjumpanya seekor semut sebesar kucing dan pembukaan pasai dikaitkan dengan seekor anjing
yang bernama Si Pasai. Di Samudera-Pasai juga dikisahkan tentang kedatangan islam di alam
melayu memalui mimpi Merah Silu bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w serta mengajarnya
mengucap dua khalimah syahadat. Merah Silu memeluk islam dan menukar namanya kepada
Sultan malikul Salleh. Selepas itu, diceritakan juga peristiwa melibatkan dua putera Merah Silu
iaitu Malikul Mansur dan Malikul Tahir.

Sejarah Melayu juga menceritakan tentang raja-raja Melaka seramai sepuluh orang yang
memerintah Melaka. Tun Seri Lanang menceritakan seorang demi seorang daripada Melaka
mencapai zaman kegemilangan hinggalah Melaka menuju zaman kejatuhannya. Pada cerita
terakhir dikisahkan angkatan Peringgi yang diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque menyerang
Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi dan menyebabkan Sultan Mahmud lari ke negeri
Pahang.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sejarah Melayu adalah sebuah karya sastera lama yang dikategorikan dibawah karya sastera
sejarah. Semestinya Sejarah Melayu turut mempunyai unsur-unsur sastera. Kalau dihayati,
pengarang telah mencuba melihat Sejarah Melayu dari perspektif kesusasteraan. Dari segi tujuan
pengarang menulis Sejarah Melayu yang bertemakan kemegahan dan kesultanan melayu, dan
secara keseluruhan ceritanya berpusat kepada golongan raja-raja serta pembesar-pembesar
yang berlatar berlakangkan istana dan kawasan pemerintahan. Pengarang juga menyelitkan
kisah-kisah bercorak mitos, lagenda, cerita rakyat dan kisah-kisah sejarah yang dikatakan adalah
unsur-unsur sastera walaupun ada yang bercorak sejarah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai