Anda di halaman 1dari 9

ANALISIS TEKS SYAIR RAKIS KARANGAN AL-MARHUM PENGIRAN

SHABANDAR

Matakuliah : kajian teks melayu klasin

Oleh kelompok

1. Aulia al majid : 200702009

2. Samsul Arifin : 200702016

3. Balqis fauziah nur silalahi : 200702020

4. Aidisty ayu wandira : 200702021

PROGRAM STUDI SASTRA MELAYU

FALKULTAS ILMU BUDAYA

UNIVERSITAS SUMATERA UTARA

MEDAN

2023
PENDAHULUAN

KEMASYHURAN SYAIR RAKIS ini memang tidak asing kepada orang- orang
Brunei sejak dari mula tersibarnya syair ini ke seluruh masyarakat Brunei dan
sambutan dari masyarakat Brunei terhadapnya juga sangat meriah sehingga menjadi
rujukan perbualan hari-hari. Isi karangan yang mengandungi tamsil ibarat dan tajam
ambat perkataannya adalah suatu perkara yang menarik perhatian pembacanya dan
menjadikan nilai syair ini tinggi. Di antaranya pula ada yang terus mengupas isi
kandungan itu untuk dijadikan perbahasan dan garis pandu berfikir. Maka dari petikan
pendapat, pandangan dan kupasan masyarakat Brunei terhadap syair ini dari semasa
ke semasa tafsiran ini disusun untuk dihidangkan semula kepada masyarakat dengan
harapan semoga tafsiran ini mendatangkan faedah dan menimbulkan pendapat yang
lebih meluas lagi terutama bagi generasi muda yang ingin hendak menyelidik untuk
mengetahui bagaimana keadaan pemikiran datuk nenek mereka orang-orang Brunei di
zaman yang silam itu.

Syair ini dan tafsirannya mula dicetak pada T.M. 1965 dengan secara ringkas sebagai
kenangan kepada istiadat penanaman batu asas Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk mengambil sempena baik hasil karya Pengiran Shahbandar Pengiran
Muhammad Salleh yang masyhur itu. Pada kali ini pula sambil mengusai kejanggalan
yang ter- dapat di dalam tafsiran yang terdahulu itu maka dicetak sekali lagi untuk
menjadi ristaan kepada pengembalian kemerdekaan Brunei yang akan datang ini.
Mudah-mudahan isi Syair Rakis yang telah disusun oleh Pengiran Shahbandar
Pengiran Muhammad Salleh ini terus menjadi suatu benih yang bernilai kepada
penulis tanahair dan akan tersemai tumbuh dengan subur mekarnya semangat yang
terkandung di dalamnya untuk menjadi balan semangat kebangsaan bangsa Brunei
Darussalam ini. Begitu juga semangat perwira dan gagah perkasa kebruneian beliau
yang taat setia kepada Sultan dan kasih kepada bangsa dan tanahair itu akan dicontohi
oleh bangsa kita.
PENGENALAN

SYAIR RAKIS ini ialah hasil karya Pengiran Shahbandar Md. Salleh, seorang
keluarga Diraja Brunei yang hidup di antara akhir K.M. 18 hingga K.M. 19. Ayah
beliau bernama Pengiran Sharmayuda ibnu Pengiran Indera Mahkota ibnu Pengiran
Abdul Rahman ibnu Pengiran Temanggong Dakula ibnu Sultan Abdul Mubin (Sultan
Brunei XIII)'

Beliau adalah salah seorang daripada keluarga Diraja yang terpelajar. Menurut
riwayat yang mengisahkannya, beliau bersekolah di Betawi (Jakarta) dan setengah
riwayat lain lagi mengatakan bahawa beliau ini per- nah melanjutkan pelajarannya ke
Negeri Belanda. Walaupun keterangan- keterangan yang membuktikan riwayat-
riwayat itu hanya didapati dari cerita orang tua-tua, dari mulut ke mulut namun
demikian memandang kepada isi-isi karangannya itu beliau memang seorang yang
terpelajar, luas pandangannya dan berani berterus-terang menghadapkan buah fikiran
dan pandangannya terhadap Negara Brunei dengan menggunakan penanya.

Naskhah asal syair ini bukan sahaja dibaca oleh Sultan Abdul Momin, bahkan telah
disalin oleh pembesar-pembesar negara dan orang ramai se- bagai satu bacaan yang
istimewa pada masa itu. Sungguhpun susunan syair itu terdiri dari untai dan
rangkapan sahaja, tetapi kata-kata yang di- susunnya itu dapat mempengaruhi jiwa
rakyat seluruhnya. Bolehlah dikatakan bahawa masa itu kata-kata hikmat yang
terkandung di dalamnya telah menjadi rujukan mengenai masalah-masalah yang
tertentu.

Memandang kepada kebijaksanaan Pengiran Indera Mahkota Md. Salleh itu (sebelum
bergelar Pengiran Shahbandar) maka Sultan Abdul Momin pun menganugerahi
gelaran Pengiran Shahbandar kepadanya dan cadangan-cadangan yang terkandung di
dalam rakis itu telah dibawa ke majlis mesyuarat pembesar negara untuk
diperbincangkan.
Bolehlah dikatakan semua pembesar Negara Brunei menerima baik cadangan yang
dihadapkan oleh Al-Marhum Pengiran Shahbandar di dalam Syair Rakisnya ini
terutama sekali berhubung dengan mendirikan sekolah-sekolah dan dalam hal
pentadbiran Negara Brunei pada masa itu.

RIWAYAT HIDUP PENGARANG

SEBELUM MENELITI isi kandungan Syair Rakis ini ada baiknya latar belakang
sejarah hidup pengarangnya diketahui supaya isi kandungan syair ini dapat menjadi
dorongan kepada para pembaca yang mengikuti maksudnya dan hasrat pengarangnya
itu dapat difahamkan termasuk sebab-musabab pengarang itu mengeluarkan
madahnya sedemikian rupa. Maka dari latar belakang sejarah itu juga pembaca-
pembaca akan dapat menggambarkan lebih jelas peristiwa yang berlaku di tanahair
kita di zaman silam itu.

Dalam masa Sultan Omar Ali Saifuddin I memerintah, dua orang anak Pengiran
Indera Mahkota Pengiran Sulaiman bin Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran
Temanggong Dakula telah melarikan diri ke Sambas kerana merajuk. Seorang
bernama Pengiran Serail dan seorang bernama Pengiran Sharifuddin. Khabarnya,
peristiwa ini berlaku kerana suatu perselisihan faham di antara mereka dengan pihak
Sultan Omar Ali Saifuddin I mengenai dengan pertunangan di antara Pengiran Serail
dengan Pengiran Anak Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Kasim yang telah
putus kerana direbut oleh Pengiran Muda Muhammad Kanzul Alam (Sultan
Muhammad Kanzul Alam). Pengiran Saleha ini bondanya Pengiran Isteri Pengiran
Anak Puteri Bungsu ibnu Sultan Husain Kamaluddin. Dia men- jadi puteri tiri kepada
Sultan Omar Ali Saifuddin I (sesudah Pengiran Pemancha Pengiran Kasim mangkat).

Di Sambas kedua-dua mereka ini dipelihara oleh Sultan Sambas yang bernama Sultan
Omar Aqamaddin dan dijadikan menantu. Pengiran Serail dikahwinkan baginda
dengan puteri baginda Radin Fatimah dan selepas itu digelar pula menjadi Pengiran
Kesuma Ningrat; manakala Pengiran Sharifuddin dikahwinkan baginda juga dengan
puteri baginda yang ber- nama Puteri Kenchana dan digelar menjadi Pengiran
Sharmayuda. Maka Pengiran Sharmayuda inilah yang beranakkan Pengiran Md.
Salleh (Pengiran Shahbandar).

Pada masa kecilnya Pengiran Md. Salleh ini telah disekolahkan di Betawi (Jakarta)
oleh ayahnya dengan bantuan Gabenor Belanda di Betawi (Jakarta). Khabarnya,
setelah menamatkan pengajiannya di Betawi, ia terus menyambungkan pelajarannya
ke Negeri Belanda, tetapi pengesahan beritanya ke Negeri Belanda itu belum didapati
Walau bagaimanapun, beliau adalah diakui sebagai seorang cendekiawan.

Lebih kurang dalam T.M. 1820, tatkala Sultan Muhammad Kanzul Alam menjadi
Sultan Brunei, maka Pengiran Md. Salleh ini dipanggil balik ke Brunei oleh baginda
dan dikurniakan gelaran untuk diangkat menjadi Pengiran Indera Mahkota. Kemudian
setelah beberapa lama ia di Brunei iaitu lebih kurang dalam T.M. 1824 ia pun
diaturkan menjadi Gabenor di Sarawak. Pemergiannya itu diikuti oleh Pengiran Anak
Muhammad Yusuf ibnu Sultan Muhammad Tajuddin. Apabila Sultan Muhammad
Kanzul Alam jahat nyawa dalam tahun 1826, anaknda baginda Pengiran Muham- mad
Alam mengambil kuasa memerintah Brunei dengan menamakan dirinya Sultan
Muhamad Alam. Pemerintahan baginda sangat keras. Baginda lindung pada tahun
1828 dan digantikan oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II.

Pada T.M. 1834 Pengiran Muda Hashim ibnu Sultan Muhammad Kan- zul Alam telah
berangkat ke Sarawak untuk memerhatikan keadaan di sana. Keberangkatan Pengiran
Muda Hashim ke Sarawak telah dialu- alukan oleh Pengiran Indera Mahkota dengan
suatu Istiadat. Beliau telah menyabdakan pegawainya supaya menghantar rombongan
khas untuk menjunjung Pengiran Muda Hashim berangkat ke Balai Penghadapan dan
Pengiran Indera Mahkota sendiri menunggu di Balai Penghadapan itu. Pengiran Muda
Hashim tidak bersetuju dengan sambutan yang diberikan secara itu. Ini telah
menimbulkan kemurkaan kepada Pengiran Muda Hashim kerana pada sangkaannya
Pengiran Indera Mahkota tidak menghormati ia. Menurut Pengiran Muda Hashim
sepatutnya Pengiran In- dera Mahkota sendiri menjunjung beliau untuk berangkat ke
Balai Penghadapan itu.

Pada pendapat Pengiran Indera Mahkota pula, oleh kerana ia dilantik menjadi
Gabenor, maka ia berkuasa penuh di Sarawak sebagai men- jalankan kuasa Sultan.
Selagi lantikan Sultan terhadapnya itu belum lagi dibatalkan maka kuasanya di
Sarawak itu masih berjalan lagi. Manakala Pengiran Muda Hashim berfikir pula, oleh
kerana ia seorang anak raja bukan hanya ia boleh menguasai Sarawak, tetapi juga
boleh menjadi Sultan Brunei; apatah lagi Pengiran Indera Mahkota ini dikurniakan
gelaran untuk diangkat menjadi Cheteria itu oleh ayahandanya (Sultan Muhammad
Kanzul Alam). Menurut adat istiadat sepatutnya Pengiran In- dera Mahkota datang
mengadap Pengiran Muda Hashim kerana tarafnya (Pengiran Muda Hashim), lebih
tinggi. Perselisihan faham ini akhirnya berlanjutan sehingga menjadi satu perbalahan
yang kusut dan menjadi suatu kesempatan kepada bangsa asing yang ingin
mendapatkan kuasa di Sarawak.
INILAH SYAIR RAKIS DUA BELAS
KARANGAN
AL-MARHUM PENGIRAN SHAHBANDAR PENGIRAN MUHAMMAD SALEH

BISMILLAH itu mula karangan


Gurindam bayu nama timangan
Kisah rancana dagang buangan
Nestapa lara di gunung larangan
Di gunung larangan asmara guna
Segenap desa pantai saujana
Membawa nasib untung sendiri
Masuk segenap desa dan negeri
Seperti burung lepas tangkapan
Bunga dan buah tiada dimakan
Menyamar jadi papa kelana
Membawa nasib tiada berguna
Meninggalkan rumah anak isteri
Seperti orang hendak mencari
Terbangnya tiada hinggap-hinggapan
Daripada bagas kemasygulan
Sebut namaku dagang asmara
Tiada tentu desa negara
Bercarai (bercerai) dengan sanak saudara
Membawa nasib untung ketara
Namaku Misa Panji Larangan
Dari kecil timang-timangan
Sudah sekarang buang-buangan
Di negeri orang keseorangan

Anda mungkin juga menyukai