Anda di halaman 1dari 36

UAS IBB

Nama: Dinda Wulandari

Nim: 12201184

Kelas: 1F PAI

1.
A. Dalam masa pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin I, 2 orang anak Pg. Indera
Mahkota Pengiran Sulaiman Bin Pg. Abdul Rahman Bin Pengiran Temanggong
Dakula Pg. Abdul Rauf Ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin, telah melarikan diri ke
Sambas kerana merajuk yang bernama Pg. Serail Dan Pg. Sharifuddin. Kabarnya,
peristiwa ini berlaku kerana suatu perselisihan faham di antara mereka dengan pihak
Sultan Omar Ali Saifuddin I mengenai pertunangan di antara Pg. Serail dengan Pg.
Anak Saleha binti Pg. Pemancha Pg. Kassim yang telah PUTUS kerana di rebut oleh
Pg. Muda Muhammad Kanzul Alam (Sultan Muhammad Kanzul Alam). Pg. Anak
Saleha ini bondanya, Pg. Isteri Pengiran Anak Puteri Bungsu binti Sultan Husain
Kamaluddin. Dia menjadi puteri tiri kepada Sultan Omar Ali Saifuddin I (sesudah Pg.
Pemancha Pg. Kassim Mangkat).

Di Sambas, mereka berdua dipelihara oleh Sultan Omar Aqmaddin, Sultan Sambas
dan dijadikan menantu. Pg. Serail dikahwinkan dengan puteri baginda, Radin
Fatimah, dan bergelar Pg. Kesuma Ningrat Pg. Serail dan Pg. Sharifuddin di
kahwinkan juga dengan puteri baginda, Puteri Kenchana, dan bergelar Pg.
Sharmayuda Pg. Sharifuddin. Maka beranakkan Pg. Shahbandar Sahibol Bandar Pg.
Muhammad Salleh.

Pada masa kecilnya, beliau telah di sekolahkan di Betawi (Jakarta) oleh ayahnya
dengan bantuan Gabenor Belanda. Setelah menamatkan pengajian, beliau meneruskan
pelajarannya ke Negeri Belanda, tetapi pengesahannya itu belum di dapati dan walau
bagaimanapun, beliau diakui sebagai seorang cendekiawan ulung. Pada tahun 1820,
tatkala Sultan Muhammad Kanzul Alam Memerintah, beliau di panggil balik ke
Berunai dan di kurniakan gelaran Pg. Indera Mahkota dan pada 1824 menjadi
gabenor Sarawak. Pemergiannya di ikuti oleh, Pg. Anak Muhammad Yusuf Ibni
Sultan Muhammad Tajuddin.

Pada 1826, Sultan Muhammad Kanzul Alam JAHAT NYAWA, anakda baginda Pg
Muhammad Alam, Mengambil Kuasa Memerintah dengan menamakan dirinya Sultan
Muhammad Alam. Pemerintahan baginda Sangat KERAS dan Baginda Lindung Pada
1828, dan digantikan Oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II. Pada tahun 1841, Sarawak
Di Perintah Keluarga Brooke (1841-1946) Rajah Sarawak, gara- gara perjanjian yang
dibuat antara Pg. Muda Hashim dengan James Brooke, yang mana mengambil kuasa
pemerintahan Sarawak daripada beliau sedangkan lantikan beliau sebagai gabenor
belum di batalkan, tiba-tiba ada orang yang dilantik mengantikannya dan Pg. Indera
Mahkota pun mengundurkan diri dari Sarawak berangkat Kesuatu tempat Bernana
Batang Lupar Bersama-sama Sahabatnya Sharif Shahab dan terus pergi menjelajah di
pesisir Pantai Sarawak yang mengarah ke Laut China Selatan dan akhirnya beliau
bermastautin di Mukah.

Pada tahun 1845, Sultan Omar Ali Saifuddin II telah melantik menantunya Pg. Anak
Abdul Momin menjadi pembantu baginda menjalankan pemerintanan Berunai dan
atas nama sultan, beliau pun menghantar satu utusan untuk menjunjong Pg. Indera
Mahkota, pulang. Dalam masa pelayarannya, Pg. Indera Mahkota Mengarang Syair
Rakis dan setelah beberapa bulan di Berunai, syair itu pun siap dan di persembahkan
kehadapan majlis Sultan Omar Ali Saifuddin II dan Pg. Abdul Momin sebagai Aluan.
Pada 1852, Sultan Omar Ali Saifuddin II Lindong, dan di gantikan oleh, Pg. Anak
Abdul Momin, menjadi Sultan Abdul Momin, maka kedudukan Pg. Indera Mahkota
menjadi kukuh dan dikurniakan gelaran menjadi Pengiran Sahbandar Sahibol Bandar
dan pengaruh Syair Rakisnya juga semakin meluas penyibarannya.

Boleh dikatakan semua rakyat Negeri Berunai menerima Baik cadangan yang
dihadapkan oleh Pg. Shahbandar di dalan Syair Rakisnya itu, terutama sekali
berhubung mendirikan sekolah-sekolah, ada juga yang menghalang secara tidak
langsung maksud perkenan Sultan terhadap Syair Rakis Itu dan menentang hasrat Pg.
Shahbandar Pg. Muhammad Salleh yang Jujur itu.

Dengan keadaan yang demikian terjadilah cadangan untuk menentang beliau dan
akhirnya mereka membuat satu angkatan dengan mengadakan penderhakaan yang
berpura-pura di Limbang yang senghaja diatur semata-mata untuk tipu muslihat
sahaja.

Berita penderhakaan itu di sembahkan kepada Sultan Abdul Momin,maka pihak yang
mencadangkan penderhakaan itu terus mencadangkan supaya Pg. Shahbandar ini
menjadi Ketua angkatan untuk melanggar Penderhakaan itu. Sultan Abdul Momin
tidak menyedari akan tipu muslihat ini, baginda setuju sahaja.

Yang sebenarnya, Pengiran Temenggong Abdul Raup dan Pengiran Temanggong


Abdul Mendaut dan orang-orang yang menjadi askar didalam angkatan ini memeng
senghaja mengaturkan untuk MEMBUNUH Pg. Shahbandar itu. Apabila sampai di
suatu tempat bernama Lubai, maka salah seorang dari anak perahu itu mencabut
pengakapan perahu itu dan perahu itu karam.

Maka pada waktu itulah orang yang didalam perahu itu menyampaikan maksudnya
melemaskan Pg. Shahbandar Muhamad Salleh, seorang yang kebal dan kuat itu
sampai mangkat. Layuan beliau dibawa balik ke Negeri Berunai dan di makamkan di
Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam, Mukim Kianggeh, Jalan Residency, pada
tahun 1858M/1275H. Kemangkatan beliau adalah manjadi suatu kehilangan besar
pada Negeri Berunai.

Sungguh pun nyawanya dihapuskan, tetapi semangatnya yang cintakan bangsa dan
tanahair masih tetap tinggal menjadi pusaka bangsa, dan Syair Rakis inilah menjadi
Pusaka peninggalanya yang akan tetap menjadi kenangan kepada jasa beliau yang
gemilang terhadap seluruh rakyat Negeri Berunai.

B. * Mukaddimah
Dagang bestari bukan handalan
Duduk di negeri bukan padanan
Jikalau tiada cari rundingan
Orang tiada (‫)اوار( )ڬالتن‬

Tetapi antara tiada berapa


Asal sepohon buah kelapa
Sekarang bermacam jenis dan rupa
Ada kekuningan naik bertapa

Dagang seorang sangat (‫)تندرمن‬


Laksana belayar tiada pedoman
Duduk tiada tetap kediaman
Segenap kampung dengan halaman

Kehendak Allah malikuddunyan


Atas hamba-Nya yang sekelian
Ada yang rendah ada yang tinggian
Masing-masing dengan kepandaian

Berhenti kisah dagang asmara


Tersebut hikayat Seri Betara
Dengan kuasa Tuhan yang Kaya
Mesyuarat dengan sanak saudara

Tiada berapa antara (‫)باته‬


Tatkala dagang di negeri Mukah
Datanglah orang membawa warkah
Titah dipanggil Duli Khalifah

Telah cap sudah terhurai (terurai?)


Terbuka dari lipatan (‫)موتيراي‬
Kutatap dari beberapa (‫)ساتر‬
Di dalam hati sangat bergegar

Di dalam surat khabar muktamad


Menyatakan segera (‫ )لمبة‬dan (‫)باڠة‬
Daripada hati sangat isyarat
Kan berjumpa barang sesaat

Di dalam surat khabar muktamad


Menyatakan segera (‫ )لمبة‬dan (‫)باڠة‬
Daripada hati sangat isyarat
Kan berjumpa barang sesaat

Dagang tiada fikir dan kira


Putus mengadap Seri Betara
Lalulah hilir bersegera-segera
Lusa berlepas dari muara

Di laut tiada sahaya sebutkan


Lebih maklum yang mendengarkan
Tiadalah dapat dagang khabarkan
Sedikit juga yang diwartakan

Tiada berapa antara lama


Di negeri Brunei dagang (‫)كسوما‬
Rasanya hati tiadakan lama
Syukur bertemu anakkan (‫)رام‬

Sebentar duduk berkata-kata


Lalu mengadap Duli Sang Nata
Khidmat menyembah di bawah takhta
Daulat Tuanku beribu-ribu juta

Khalifah bertitah sangat majlis


Khabarnya bersahabat dengan Inggeris
Tercap surat dua belas rakis
Dengan (‫ )كؤين‬perjanjian habis

Pulau Labuan diminta segera


Akan tempat tiang bendera
Di sana tempat berkira-kira
Dari Sarawak ke Singapura

Dagang tercengang mendengarkan titah


Hati di dalam sangat gelabah
Labuan itu bukannya mudah
Alamat negeri di bawah perintah

Berdatang sembah dagang asmara


Ke bawah duli Seri Betara
Bukannya mudah di bawah bendera
Jikalau kurang-kurang (‫)جوهارا‬

Ayuhai Tuanku duli muktabar


Patik nin ada mendengar khabar
Di tanah seberang rajanya besar
Menteri budiman rakyatnya (‫)جوهار‬

Akan khabarnya sudah sekarang


Di negeri Johor terdiri tiang
Sebab cik montel hatinya terang
Jadi berani mencabut pulang

Cik montel itu peranakan rakyat


Akalnya besar hatinya kuat
Kepada rajanya terlalu taat
Dengan kompeni (‫ )مراتي‬sangat

Asalnya bukan orang berbangsa


Tiada tentu di dalam desa
Daripada (‫ )هندريق‬lagi biasa
Kepada rajanya berbuat jasa

Mengambil ibarat kita di sana


Itulah akal orang yang hina
Boleh diharap di dalam istana
Sekali tiada berbuat durjana

Patik ini malang nin bayu


Pihak antara dagang Melayu
Tuanku (‫ )كوماال‬tiada terpayu
Setengah dijulang menikam layu

Dari mengadap mohon kembali


(‫ )بيساي‬menyembah tertib sekali
Naik ke rumah (‫)اندرا‬nya sari
Fikir mengenang untung sendiri

Duduk terpakur bersempi lengan


Terlembut fikir terang rundingan
Memandang negeri sayang-sayangan
Masing-masing (‫)اواله( )ڬارغن‬

Ayuhai nasib apakan jadi


Hendak mengajar tiada berani
Tetapi zaman datuk nenek
Khabarnya konon memutar negeri

Nasib sangat badan terlalu


Laksana unggas tercabut bulu
Hendak berkata lidah pun kelu
Lain kupandang masa dahulu

Akan masa zaman dahulu


Negeri pun senang suka terlalu
Ramai dengan kaum dan suku
Sekelian kehendak habis berlaku

Kisah dahulu sudahlah habis


Tersebut surat dua belas rakis
Di dalam kertas dagang menulis
Aksaranya janggal kurang majlis

* Rakis Pertama
Rakis pertama mula disurat
Akannya dalil tamsil ibarat
Sebarang negeri dagang melihat
Berbuat sekolah tempat menyurat
Mesyuarat dengan (‫ )چتريا‬menteri
Serta imam khatib dan haji
Merunding rakyat menguasai negeri
Supaya masyhur khabar zamani
Sembah dagang hina lata
Ke bawah qadim duli mahkota
Jikalau Tuanku mengikut kata
Baharulah (‫ )كارل‬di atas takhta

Jangan dikenang zaman yang (‫)دورا‬


Zaman moyangda Seri Betara
Lengkap dengan wazir (‫)چتريا‬
Serta menteri bala tentera

Akan masa sekarang kini


Negeri (‫ )سيم‬terlalu sunyi
Musuh pun datang dari sana sini
Kota pun habis (‫ )فان‬dan (‫)فاني‬

Dagang asmara fikirnya sendiri


Hairan memandang di dalam negeri
Syarak dan resam kian terdiri
Masing-masing (‫)اواله( )جوهاري‬

Hairan ku(‫ )هندي‬melihat tukang


Unggas nuri menjadi (‫)كوكغ‬
Kunang berkisar padang berlenggang
Pipit pun sudah menjadi enggang

* Rakis kedua
Rakis kedua pula diatur
Di negeri Sambas khabar masyhur
Sungguh bercampur kumis dan (‫)فيتور‬
(‫ )قرال‬adatnya tiada lebur

Negeri Sambas terlalu aman


Rajanya budak lagi budiman
Serta wazir menteri sekelian
Laksana bunga kembang setaman
Negeri kecil orangnya banyak
Empat perkara rundingan bijak
Empat perkara laun bertolak
Memeliharakan orang yang banyak
Pertama jangan memakai tegahan
Kedua jangan bersalah-salahan
Ketiga muafakat serta sekelian
Keempat mesyuarat membicarakan

Rundingan baharu yang dipakaikan


Maka dapat senang negerinya
Dengan kompeni boleh dijawabnya
Tiada bersalahan sekeliannya

Jawabnya tiada lagi bersalahan


Kerana dahulunya dimesyuaratkan
Seorang pun tiada menyalahkan
Semuanya itu membetulkan

Itulah tanda orang muafakat


Barang bicara sama syarikat
Meskipun dakwa berpangkat-pangkat
Rundingan lancar rundingan singkat

Ayuhai Tuanku Mahkota Desa


Cari rundingan (‫ )هندريق‬biasa
Supaya dapat berbuat jasa
Boleh ditinggalkan kepada masa

Inilah rundingan tiada salah


Empat perkara di dalam jumlah
Boleh dibuat di dalam sekolah
Soal dan jawab tiadalah alah

Ayuhai Tuanku wajah gemilang


Mendengarkah Tuanku Sultan Palembang
Sebab daripada rundingan abang
Di negeri Ceylon baginda terbuang

Ayuhai Tuanku duli Khalifah


Mudah-mudahan daulat bertambah
Jangan kiranya tiris dan tumpah
Kekal berdiri di tengah-tengah

Kekal berdiri janganlah tumbang


Ganti (‫ )گمنتي‬antah dan moyang
Harus seperti bunga yang kembang
Turun temurun nini (nenek?) dan moyang

Inilah (‫ )گارغن‬dagang yang malang


Sanak saudara dipandang hilang
Daripada wang tiada kupegang
Sahabat rapat menjadi renggang

Dagang laksana si burung nuri


Hinggap di atas pohon kasturi
Di sanalah tempat berlindung diri
Tiadalah terbang ke sana ke mari

Dagang berfikir duduk termangu


Hendak berkata rasa kuganggu
Sulit pun berat bagai dipaku
Diharapkan kurnia rahim Tuanku

Empat musim di dalam desa


Harapkan sang yang dewa angkasa
Kepada fikir dengan periksa
Niat pun hendak berbuat jasa

Duduk (‫ )ترفكور‬sangatlah leka


Akan berkhabar kalau tak suka
Dagang mengadap Seri Andika
Takut-takutan menjadi murka

Ayuhai Andika Seri handalan


Tuanku bersahabat dengan England
Dengan kompeni sama berjalan
Carilah fikir (‫ )هندريق‬pilihan

Negeri Tuanku sangat masyhur


Cina dan Keling kedai teratur
Bermacam jenis ada terhambur
Di sanalah kelak memberi gugur

Hendaklah ingat karangan baharu


(‫ )كتاني‬jangan lagi keliru
Jangan dipakai adat dahulu
Tatkala masa Betara guru

Hairanlah dagang ajaib pula


Kehendak Tuhan Azza wa Jalla
Seekor naga tujuhnya cola
Sekarang menjadi ikan tempala

*Rakis keempat

Rakis keempat dagang perikan


Tatkala jatuh dari tambatan
Akan peredaran segala sebutan
Jadilah lelakon dihikayatkan

Lelakon ini bukannya warta


Tuduhan Tuhan kepada kita
Akan dalil dagang semata
Sakit dan nyaman supaya nyata

Tatkala masa Betara Rama


Di dalam desa bersama-sama
Di dalam asuhan Betara Rama
Tiada mendapat mara dan (‫)كرم‬

Tatkala masa Seri Maharaja


Di dalam asuhan (‫ )كاول‬dan puja
Bolehlah juga berbuat manja
Kaum dan suku sekelian tersenja

Badanku nasib tiada beruntung


Bercerai dengan ayah dan (‫)ايندوغ‬
Adalah laksana si burung gantung
Tiada ada tempat berlindung
Nasib tak boleh dikenang lagi
Janji dahulu sudah terbahagi
Unggas tempadu dengan merani
Jadi garuda di pauh janggi

Ayuhai cunda mali suntingan


Carilah fikir dengan rundingan
(‫ )سادغ‬bergurau malam siangan
Tanda memandang sayang-sayangan

Sayangnya tanda bukan kepalang


Melihat cunda dua berabang
Laksana bunga baharu kembang
Diseri oleh sekelian kumbang

Jangan bersahabat orang yang hina


Kalau akhirnya dapat bencana
Cari budiman akal sempurna
Sementara muda lagi teruna

Turutlah Marhum Paduka Rama


Akalnya besar lagi kesuma
Masyhur khabar kemana-mana
Sampai ke Tanah (‫ )عزاغ‬dan Burma

*Rakis kelima

Rakis kelima dagang khabarkan


Tertentu ibarat yang dituliskan
Tamsil dan dalil yang dinyatakan
Menjadi banyak dagang suratkan

Itulah sudah kepada waktunya


Peredaran dunia banyak lakunya
Kecil dan besar ada kadarnya
Miskin dan kaya beberapa tipunya

Itu pun tiada dagang rundingkan


Janji dahulu kepada bilangan
Fikir baharu baik carikan
Akan menjadi kira dan angan

Jikalau terbahagi kepada janji


Tiada beroleh daya dan budi
Menjadi (‫ )كوفر‬tiada berani
Mengalahkan syarak Tuhan yang Ghani

Benar pun syarak hukum (‫)تراال‬


Hakim berdiri syaratnya pula
Tiada muafakat segala-gala
Menjadi mudarat akhirnya (‫)كاال‬

Negeri ini apa rundingannya


Syarak dan resam undang hukumnya
Jikalau lambat menjalankannya
Berdirilah bijak antara tengahnya

Bijak itu ikhtiarnya cukup


Lancar dan singkat pandai mengikut
Benar dan salah tiadalah takut
Asal mendapat jalan yang patut

Inilah sudah kepada masanya


Berbalik aturan dengan adatnya
Putih dan hitam dicampurkannya
Tiada meninggalkan pekerjaannya

Bukannya apa dagang fikirkan


Sekadar mengenang yang telah zaman
Bertemunya dengan nasibnya badan
Senantiasa di dalam yang kesukaran

Pada (‫ )ايماتن‬tiada kusangka


Akan mendapat masa ketika
Di dalam kesenangan bersuka-suka
Semena-mena berhati duka

Dengarkan ibarat dagang yang bodoh


Harapkan ampun bersungguh-sungguh
Empat perkara jalannya teguh
Boleh menjadi pekerjaan kukuh

Pertama kadi yang bijaksana


Kedua doktor yang arifsana
Ketiga (‫ )لسگر‬pilihan sempurna
Keempat saudagar arif teruna

Tatkala duduk dalam pekerjaan


Keempat itu jangan bersalah-salahan
Di dalam aturan hadith dan firman
Supaya negeri mendapat aman

Bersalahan seperti adat dahulu


Kadi dan hakim undang memangku
Tertolak daripada riyal dan suku
Di dalam negeri sudah begitu

Sekarang ini lain macamnya


Saudagar (‫ )لسگر‬akan pekuatnya
Jika tiada dapat rundingannya
Menjadi lemah pekerjaannya

Rakis keenam

Rakis keenam dagang sebutkan


Lelakon rencana jadi ikatan
Akan menjadi tanda ingatan
Hal ehwal di dalam yang kesakitan

Dagang berfikir siang malaman


Di dalam hati tiada aman
Dunia ini benar pinjaman
Diredai Tuhan tempat kediaman

Benar pun dunia akan kediaman


Diaturkan negeri akan ketempatan
Jangan berlain-lainan segala sebutan
Supaya tentu segala ikutan
Astaghfirullah hairanku sangat
Air di laut tiada (‫)باغة‬
Seluang dahulu pandai menyengat
Sembiling di laut terlompat-lompat

Inilah kehendak Tuhan yang mu’bad


Si (‫ )ماليال‬menjadi umbut
Unggas di hutan menjadi bubut
Tiadalah boleh mengatakan maksud

Kehendak Allah sudahlah nyata


Kepada hamba-Nya sekelian rata
Taksirnya kita tiada meminta
Jahat dan baik diberi merata

Inilah hari masa sekarang


Carilah akal fikiran terang
Negeri bercampur Cina (‫)عزاغ‬
Tiada kuasa berbuat garang

(‫ )عزاغ‬itu orang Inggeris


Fahamkan akal dua belas rakis
Di dalam sekolah tetap menulis
Mencari rundingan fikir majlis

Inggeris datang dari England


Pulau Labuan jadi pengkalan
Jikalau jauhari kurang handalan
Di sanalah ia berbuat jalan

Itulah akal diputar balik


Negeri yang besar hendak dimilik
Jikalau tiada biasa (‫)هندريق‬
Soal dan jawab yang amat cerdik

Jikalau salah apa jawabnya


Nescaya jatuh kebesarannya
Rundingan oleh sekelian rakyatnya
Di dalam polis diadukannya
Ayuhai Tuanku Mahkota Jiwa
Mendengarkah khabar di Tanah Jawa
Bapa si Lamat khabarnya jua
Barang rundingan tiada kecewa

Itulah dagang sangat hairan


Bapa si Lamat jadi pangeran
Di negeri Madura dapat kebesaran
Dengan kompeni dapat tolongan

Dagang tiada ghairah di situ


Jikalau ada daulat Tuanku
Asal Betara pancir peratu
Turun temurun negeri dipangku

Ayuhai Tuanku raja yang ghani


Asal memutar jagat buana
Kekal (‫ )قرال‬di singgahsana
Pergantungan rakyat mulia dan hina

Rakis ketujuh

Rakis ketujuh karangan kurang


Aksaranya janggal berapat berjarang
Di dalam hati sangatlah terang
Keluarlah madah sebarang-barang

Madah itu hikayat kaji


Dunia akhirat tiada terpuji
Handai taulan dengarkan lagi
Karangan dagang semasa ini

Sampailah sudah kepada bilangan


Fikiran cukup dengan rundingan
Tiada boleh kenang-kenangan
Akan menjadi kira dan angan

Baiklah fikiran handai taulan


Mencari rundingan di dalam aturan
Jikalau dapat yang berbetulan
Tiada boleh (‫ )هندريق‬carakan

Dagang berfikir serta mengenang


Terpandang anakanda dua berabang
Hatiku rawan bukan kepalang
Perut dan hati rasa kutuang

Ayuhai anakanda muda bestari


Baik emasku fikiran diri
Jangan dikenang zaman yang bahari
Tatkala di dalam genggaman jari

Inilah ayahanda dagang nestapa


Fikir tersilap tiada berapa
Dibawa runsing sakit menimpa
Laksana bumi digoncang gempa

Ajaib sekali aku memandang


Nujum yang sakti tiada terbilang
Burung nuri jadi belalang
Nyamuk yang kecil menjadi hilang

Inilah sembah dagang yang duka


Ke bawah duli Seri Paduka
Janganlah lalai terlalu leka
Rundinglah rakyat segala mereka

Tuanku baik fikir sedikit


Supaya tahu nyaman dan sakit
Dengan Inggeris sudah berakit
Marikan lagi akan menyempit

Ayuhai Tuanku Seri Betara


Yamtuan Besar di Singapura
Sebab terkurang budi bicara
Akhir kemudian tiada terkira

Memakai rundingan seorang tambi


Anak Keling dengan Benggali
Memakai hukuman yang buta tuli
Rajanya lalai tiada peduli

Dahulu kala dapat kesenangan


Dengan Inggeris dapat tolongan
Riyal dan suku sangat pandangan
Menjadi jatuh dari julangan

Nasib tiada lagi terperi


Sampai membuang negeri sendiri
Ke negeri Melaka membawa diri
Diamlah dengan anak isteri

Sudahlah dengan untung (‫)گارغن‬


Bertukar janji dengan bilangan
Kepada janji diangan-angan
Tiada demikian kepada hitungan

Itulah kehendak Tuhan semesta


Gunung yang tinggi menjadi rata
Lain menjadi miskin peminta
Nampak dipandang dengannya kita

Ayuhai Tuanku duli junjungan


Dilaksanakan sukma dewa kayangan
Dipintakan doa malam siangan
Itulah dalil dagang buangan

Rakis kelapan

Rakis kedelapan karangan cukup


Laksana berjalan tiada terikut
Pandai melangkah duri dan rumput
Sedikit tiada ada mengikut

Ada yang pantas perjalanannya


Tiada tetap perlangkahannya
Merasai berat oleh sikutannya
Baharulah sedar kepada dirinya
Inilah misalnya suatu jenis
Petua daripada ulama Inggeris
Bukan seperti firman dan hadith
Di dalam kitab ada tertulis

Rakis kesembilan

Rakis kesembilan dengarkan handai


Jangan dibuang atau dipakai
Di dalam Injil hukum keluar
Laksana matahari (‫ )گارغن‬terhurai

Bersalahan seperti karangan Tuhan


Mantik dan bayan yang menjalankan
Ulama dan arif membetulkan
Terhentilah ia tiada terjalan

Ulama Injil matanya putih


Laku memandang bagai mengalih
Merunding dunia tiadalah letih
Besar dan kecil tiada memilih

Dunia ini kepadanya syurga


Tempat diam bersuka-suka
(‫برالر‬2‫ )هن‬bersenda leka
Laksana timbangan berbatu tiga

Jikalau sudah tempohnya datang


Berkulit hitam tiada dipandang
Ada dibawa dengan berperang
Ada disuruh menyakiti orang

Tatkala diikut akan aturannya


Berdirilah ia sama tengahnya
Mengatur hukum dengan kuatnya
Di dalam tajwid yang dipakainya

Tatkala diam suatu tempat


Diajarnya orang dengan muafakat
Diaturnya pula beberapa adat
Supaya berselisih kuat dan ingat

Rakis kesepuluh

Rakis sepuluh suatu kira


Mister Balam Singapura
Akalnya besar tiada terkira
Cina dan Keling terpelihara

Mister Balam rajanya Inggeris


Itulah hukum ulama iblis
Memerintah negeri beberapa jenis
Di dalam buhup ada tertulis

Rundingan besar tiada terhingga


Ringgit dan suku semua dibuka
Menceraikan dengan adik dan kakak
Di sanalah banyak orang celaka

Itulah dagang hairan terlalu


Baiklah juga Tuan Penghulu
Jangan dikenang zaman dahulu
Akhirnya kelak mendapat malu

Rakis kesebelas

Rakis sebelas karangan (‫)كان‬


Menentukan asal mulia dan hina
Sebab banyak orang terkena
Daripada tiada mengenal makna

Adalah dagang mendengar warta


Yamtuan Riau di atas takhta
Dari si gunting pencirinya nyata
Di negeri Johor dengannya serta

Raja Riau Yamtuan Muda


Saudara sepupu dengan baginda
Di negeri Pahang duli baginda
Di Singapura Paduka kanda

Yamtuan Muda sangat masyhur


Diangkat Olanda di negeri Johor
Tertulis di pintu polis dan kantor
Adil dan murah sangatlah makmur

Muafakat dengan kekanda baginda


Engku Bendahara di Pahang ada
Merunding negeri lalai tiada
Dapat keterangan dari Olanda

Mengambil ufti sekelian jajahan


Pulau (‫ )سومبيا‬dengan (‫)تيمبالن‬
Pulau laut sampai (‫)سراسن‬
Menghantar hasil setiap bulan

Itulah memberi negerinya aman


Rajanya arif lagi budiman
Muafakat dengan wazir sekelian
Diangkat Olanda di tanah England

Olanda itu sangat arifin


Mengaji kitab Taj al-Salatin
Akalnya besar lagi (‫)ستياتين‬
Di negeri Betawi jadi gobermin

Rakis kedua belas

Dua belas rakis dagang perikan


Inilah dalil dagang tunjukkan
Jangan dipakai barang yang bukan
Jikalau hati menaruh segan

Akan pendapat dagang baharu


Tetapi bukan oleh berguru
Masa di tasik sedang berseru
Direstui oleh betara guru

Itulah dalil suatu pesan


Kepada sahabat handai sekelian
Janganlah saja tuan celakan
Jikalau kurang baik tambahkan

Akan pendapat orang sekarang


Fahamnya banyak ilmunya kurang
Bintang di langit dapat dibilang
Tiada sedar sakit dan senang

Ayuhai Tuanku raja yang besar


Mengambil sedikit tamsil dan misal
Cukuplah juga janganlah (‫)گعسل‬
Kemudian kelak jangan menyesal

Adapun masa sekarang kini


Fikir dan kira janganlah sunyi
Kerana berikat dengan kompeni
Kepada ba’da akhir zamani

Kompeni itu sangat kuasa


Laksana dewa dari angkasa
Suku dan riyal amat perkasa
Dihurainya ringgit ribu dan laksa

Demi terhurai ringgit dan suku


Sekelian memandang tiadalah jemu
Tua dan muda hatinya rindu
Bagaikan belah jantung hempedu

Tamatlah syair tamatlah kalam


(‫)السالم عليه بعد بدر‬
Ayuhai Tuanku Shah Alam
Di dalam Brunei Dar al-Salam

Lebih maklum Mahkota Dewa


Dagang menulis belum biasa
Niat pun hendak berbuat jasa
Pakal tiada berpenguasa

Tamat syair berhenti nazam


Tiada lagi kalam berjalan
Ditulis kepada sembilan haribulan
Jam kepada pukul sembilan

Pukul sembilan kalam berhenti


Tiada lagi dakwat bertiti
Sebab menaruh gundah di hati
Menaruh belas di dalam hati

Di dalam hati menaruh rawan


Menyeru Allah Ilahi Tuhan
Mudah-mudahan dikabulkan Tuhan
Lepas mudarat daripada badan

Jikalau hilang hati yang gundah


Mudah-mudahan dikabulkan Allah
Mengatakan syukur al-hamdulillah
Barang yang sukar menjadi mudah

Jikalau terlepas badan (‫)گارغن‬


Jangan mendapat untung malangan
Dibantu oleh Rasul junjungan
Badan terlepas di dalam pegangan

Ya Allah Ilahi Rabbi


Sampaikan niat di dalam hati
Jangan saja mendapat keji
Biarlah fikir setiap hari

Setiap hari menaruh fikir


Sudah untung dengan takdir
Tiada berputus tekad takdir
Dari awal sampai ke akhir

Dari dahulu sampai sekarang


Tiada habis disebut orang
Apa jadinya bondaku seorang
Jikalau ku burung terbang ku pulang

Jikalau ku burung terbang ku pergi


Membawa untung nasib sendiri
Bukan memberi sangkut di hati
Saja memberi ngeri di hati

Ngeri di hati tiadakan sudah


Luput bulan tahun berpindah
Dagang meminta kepada Allah
Barang yang lewat menjadi mudah

Mudah-mudahan disampaikan Allah


Jangan ku saja berniat salah

Ya Allah Ilahi Tuhanku


Mengabulkan apa doa hamba-Mu
Di dalam hati menaruh jemu
Jantung berperang dengan hempedu

Ya Allah Tuhanku kaya


Hamba-Mu tiada dapat upaya
Jikalau ditolong Rasul Anbiya
Lepas daripada marabahaya

Lepas luput bahaya badan


Jangan lagi terkena di badan
Lepas daripada malu dan sopan
Sanak saudara hilang harapan

Jikalau kuterlepas di dalam pegangan


Kupinta pada Rasul junjungan
Biarlah fikir cinta dan angan
Minta doa malam siangan

Minta doa setiap waktu


Ya Allah Ilahi Tuhanku
Mengabulkan jua permintaan hamba-Mu
Mudah-mudahan jangan (‫)ترسمو‬
2.
3.
A. Pada ritual faradje‟ yang dilaksanakan sekarang, askar yang bertugas mengitari empat
penjuru negeri ini tidak terdiri dari 3 askar lagi, melainkan 5 askar yakni askar ratib
saman, askar pembaca surah Yasin, askar lafaz faradje‟, askar mengumandangkan azan,
dan askar penabuh meriam.
a) Askar Ratib Saman
Askar tersusun dalam satu barisan yang berjumlah 33 orang (Rujuk Gambar 1). Dalam
perjalanan askar ini menyerukan lafaz ratib saman dengan lantang sambil mengayunkan
pedang dengan ujung berada di langit dan pusat bumi, seperti berbentuk Alif-Lam.
Lafaz ratib saman berbunyi:
“Laillahaillallah... Hulmalikul habbulmubin, Muhanmmadarrosulullah Sadikul
Waidul amin”
Lafaz ini terus menerus diucapkan dari awal melangkah keluar istana sehingga masuk
kembali ke dalam istana (keraton).
b) Askar Surah Yasin
Askar pembaca surah Yasin berjumlah sembilan orang (Rujuk Gambar 2). Dalam
perjalanan menempuh laluan tersebut askar ini terus-menerus membaca surah Yasin dari
awal hingga berakhir di Istana Surya Negara.
c) Askar Lafaz Faradje‟
Askar fardje‟ berjumlah 57 orang (Rujuk Gambar 3) yang berbentuk dalam satu barisan
yang dipimpin satu imam dengan membaca lafaz fardje‟ yang berbunyi:
“Isytaddi Ajmantu Tamfarji...
dan dijawab oleh makmum:
“Yaa Rabbihim Wabi „Aalihim, „Ajil Binnasriwalbilfaraji‟”
yang diucapkan bersama-sama dengan suara kuat dan lantang. Lafaz ini dibaca terus
menerus dari keluar keraton hingga kembali ke Istana Surya Negara. Bacaan faradje‟
merupakan momen utama dalam rangkaian acara Festival Budaya Fardje‟ Pasaka Negeri
di Kabupaten Sanggau. Bacaan ini merupakan idea awal penamaan festival budaya
tersebut. Hanya saja hingga ke saat ini bacaan tersebut terus menerus menjadi polemic
yang berpanjangan dalam kalangan masyarakat Sanggau karena terdapat banyak versi
mengenai bacaan lafaz faradje‟ ini. Hal ini disebabkan terputusnya informasi dari „tetua‟
masyarakat Melayu Sanggau kepada generasi yang berikutnya, sedangkan majoriti semua
tempat tinggal masyarakat Melayu Sanggau sangat akrab dengan tradisi tersebut.
d) Penabuh Meriam
Dari askar inti di atas ditambah 4 (empat) orang (Rujuk Gambar 4) yang bertugas
sebagai penabuh meriam dengan posisi berada pada empat titik sudut yang telah
ditentukan. Hal ini disesuaikan dengan kepercayaan mengenai keberadaan para penjaga
di empat penjuru mata angin iaitu penjaga utara, penjaga timur, penjaga selatan, dan
penjaga barat. Menabuh meriam di empat sudut merupakan bentuk gerakan makrifat dari
penghadiran keempat penjaga tersebut yang lebih dikenali dengan sebutan “Pasak
Sanggau”. Jika iring-iringan ini telah sampai pada masing-masing pasak, semua aktiviti
dalam iringiringan faradje‟ akan dihentikan karena di masing-masing pasak akan
melaksanakan tugas berupa gerakan makrifat pada perantara tabuhan meriam berkali-kali.
Hal tersebut bertujuan agar suara tabuhan meriam tidak bercampur dengan suara-suara
lainnya. Hakikatnya sampai di mana suara tabuhan meriam tersebut terdengar, maka
seluas itulah para penjaga atau Pasak Sanggau membentengi Kerajaan Sanggau.
e) Pengumandang Azan
Askar inti di atas juga ditambah 4 (empat) orang (Rujuk Gambar 5) bertugas
sebagai pengumandang azan, dengan posisi berada pada empat titik sudut yang telah
ditentukan.Dalam ilmu tasawuf yang termaktub dalam pelajaran awwaludin, azan di
empat penjuru sebagai beberapa isyarat penyeruan, antara lain:
1. Azan di penjuru pertama sebagai isyarat penyeruan “KEJADIAN” iaitu perhatian
dan penyaksian terhadap seluruh kejadian alam raya yang akhirnya mengarahkan
fikiran pada kesimpulan bahawa tidak ada sesuatu pun di alam raya ini terjadi
dengan sendirinya. Pasti ada yang menjadikannya, iaitu Allah s.w.t.
2. Azan di penjuru kedua sebagai syarat penyeruan “PERATURAN dan
PEMELIHARAAN” iaitu pengamatan yang cermat terhadap gerak kehidupan dan
sistem peredaran benda-benda serta planet-planet di langit yang menghantar
pengetahuan manusia untuk menyaksikan keteraturan serta keterpeliharaan di
dalamnya.
3. Azan di penjuru ketiga sebagai isyarat penyeruan “GERAK” iaitu pengamatannya
yang mendalam setelah memperhatikan benda yang ringan memiliki sifat
terapung atau ke atas dan benda yang berat tenggelam atau ke bawah; dan
matahari, bulan, dan benda-benda langit lainnya ternyata tidak jatuh, sekalipun
berat benda tanpa penyangga.
4. Azan di penjuru keempat sebagai isyarat penyeruan “KEJADIAN” iaitu dengan
kerangka berfikir yang berbeza dengan “KEJADIAN” di penjuru pertama. Bila
“KEJADIAN” di penjuru pertama menyimpulkan bahawa apa yang ada di alam
raya ini mustahil terjadi dengan sendirinya, maka “KEJADIAN” di penjuru
keempat ini menyimpulkan bahawa alam yang mustahil terjadi dengan sendirinya
itu, sebelumnya tidak ada atau Adam, kemudian ada atau wujud dan akhirnya
habis atau fana.
B.
 Gotong Royong
 Berbagi Rezeki Kepada Orang Lain
 Kerukunan

4.
A. Kesenian Zapin Arab di Kalimantan Barat dan khususnya di daerah Batu Layang tidak
ada yang tau secara pasti mengetahui kapan munculnya, tetapi menurut Juhermi Tahir
Zapin Arab masuk ke Kalimantan Barat pada abad ke 17. Namun sulit untuk ditetapkan
siapa yang memperkenalkan Zapin Arab di Batu Layang pertama kali. Tetapi Zapin Arab
sudah ada sejak jaman kerajaan Sambas dan masuk di Pontianak setelah berdirinya
Keraton Kadriyah.
Zapin Arab secara umum dapat difenisikan sebagai suatu jenis tarian yang berasal
dari dzikir, dengan lantunan syair yang berisi pujian-pujian terhadap Allah swt, Nabi
Muhammad saw, dan kebaikan manusia. Dinyanyikan dengan diiringi dengan alat musik
gambus, rebana, beruas, biola, dan tar yang dikemas maksimal mungkin untuk
meningkatkan kecintaan masyarakat terhadap pujian kepada Allah swt, Nabi Muhammad
saw, dan kebaikan manusia.
Tari Zapin Arab dipilih sebagai objek penelitian ini karena Tari Zapin Arab
merupakan satu diantara kesenian yang terdapat di Kota Pontianak khususnya daerah
Batu Layang dan merupakan seni pertunjukkan tari yang masih dapat dilihat dan
dinikmati masyarakat, karena sejauh ini sulit untuk melihat sebuah pertunjukkan tradis.
Tari Zapin Arab yang ada di Pontianak khususnya di Batu Layang pada umumnya sama,
baik dalam segi gerak, musik, kostum, dan syair. Tetapi di daerah Tanjung Raya
memiliki perbedaan dari segipenyebutan 2 yaitu Zapin Marwis. Dalam penelitian ini
menggunakan kata Zapin Arab. Kerajaan kesultanan Pontianak adalah satu diantara
kerajaan yang berkembang pada zaman Islam di Kalimantan Barat. Kesultanan Pontianak
sangat kuat dalam menjalankan syariat Islam. Tari Zapin Arab ini merupakan satu
diantara kesenian untuk penyebaran agama Islam. Pada masa kerajaan tari Zapin Arab
sering diundang untuk ditampilkan di istana untuk menghibur tamu-tamu raja.
Gambar 1, Foto Pemusik Saat Gambar 2, Foto Penari Saat Festival DiKeraton
Festival Tahun 1980

Gambar 3, Foto Penari Saat Festival Tahun 1968

B. Tari Zapin Arab biasanya ditampikan ketika ada hajatan atau pernikahan, tari ini
juga biasa sebagai hiburan saat festival Zapin Arab yang di selenggarakan oleh
keraton.
5.
A. Ciri – ciri olahraga tradisional :

 Olahraga berasal dari kebiasaan dan juga kebudayaan penduduk wilayah tersebut
 Mempunyai hal yang khas dan menggunakan bahan atau peralatan yang berasal
dari wilayah tersebut.
 Mengandung adat isitadat yang khas
 Adanya budaya dan juga seni daerah
 Adanya unsur kepercayaan
 Adanya peninggalan dari sejarah
 Dianut oleh penduduk daerah setempat.
 Adanya bahasa dan seni daerah.
Contohnya:
 Egrang
Secara umum egrang terbuat dari 2 bilah bamboo yang masing – masing akan di
berikan pijakan kaki dengan ketinggian menyesuaikan dari ketinggian pemakainya.
Dalam permainan egrang masing – masing dari peserta akan menggunakan
sepasang egrang untuk di naiki dari titik start hingga menuju garis finish . peserta
yang tiba lebih dulu di garis finish maka dialah yang menang.
B. *Silat/Otar-Otar
1. Gerakan Balabat: Untuk menangkis serangan anak panah lawan
2. Jurus tanam tebu
3. Jurus paras ganteng
4. Jurus sarung gantung
5.Pukulan cakak:
 Cakak Kucing
 Cakak Harimau
 Cakak Sekumbang Kain

*Kelayang

Olahraga tradisional kelayang atau yang biasa di sebut dengan laying-layang terbuat dari
lembaran kertas berbahan tipis, berkerangka yang di terbangkan di udara dan terhubung
dengan tali atau benang ke daratan atau pengendali. Layang-layang memanfaatkan
kekuatan angin sebagai alat pengangkatnya.

* Permainan gasing

Permainan gasing merupakan permainan tradisional yang telah dilakukan secara turun
temurun oleh masyarakat Sambas. Permainan ini dapat dilakukan secara perorangan
ataupun berkelompok. Permainan gasing ini sering di mainkan pada waktu senggang,
tepatnya pada saat setelah panen padi selesai. Permainan gasing ini dimainkan di halaman
rumah atau tempat-tempat khusus yang memang dipersiapkan untuk memainkan gasing.
selain menjadi tradisi permainan gasing ini juga dijadikan sebagai sebuah kompetisi.

* Sumpit

Sumpit merupakan alat tradisional yang digunakan suku Dayak untuk berburu binatang di
hutan sebelum mengenal senjata modern. Binatang nya biasanya seperti rusa, babi hutan,
burung, dan hewan lain untuk konsumsi. Sumpit ini biasanya terbuat dari pohon kayu
yang keras, bentuknya bulat dengan Panjang mencapai 2 meter, diameter batangnya 2
cm, dan diameter lubangnya 1 cm. pembuatannya harus dengan sangat teliti agar hasilnya
baik dan bagus.

* Kuntau
kuntau merupak pertunjukkan dalam otar-otar adalah bunga silat otar-otar, pesilat hanya
menunjukkan beberapa bunga silat atau pembukaan di dalam silat sebelum mengambil
property. Dari awal munculnya otar-otar bagian kuntau iringan musik menggunakan pola
tabuhan ugal-ugal. Karena tidak semua penabuh menguasai pola tabuhan ugal-ugal. Jadi
kuntau diiringi dengan musik yang menggunakan pola tabuhan sarame.

Anda mungkin juga menyukai