Anda di halaman 1dari 17

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

PROSA KLASIK
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
PROSA TRADISIONAL

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


(MENGHARAPKAN HASIL DARI SESUATU YANG BELUM PASTI)

SINOPSIS

1. KISAH SERANGAN RAJA BENUA SIAM KE ATAS NEGERI MELAKA


DAN STRATEGI PERANG PEMBESAR MELAKA

Pada zaman dahulu negeri Siam dikenali dengan nama Syahrunnawi. Nama raja Bubunnya, beliau telah mendapat berita yang negeri
Melaka sangat besar tidak mahu bertuankan raja Bubunnya lalu beliau menghantar surat sembah meminta taat setia tetapi ditolak oleh Sultan
Muzaffar Syah. Hal ini menjadikan raja benua Siam amat marah lalu memerintah rakyatnya yang sangat ramai dengan diketuai oleh panglima
perang Awi Cukri menyerang Melaka. Awi Cukri menggunakan jalan darat dan berjalan sampai ke hulu Pahang.

Sebaik sahaja Sultan Muzzafar Syah mendapat berita itu, baginda menitahkan semua rakyatnya di dalam jajahan naungannya berkumpul di
Melaka, termasuklah Tun Perak dan orang Kelang membawa anak isteri bersama-sama sedangkan rakyat dari ceruk rantau yang lain hanya
dihadiri oleh orang lelaki sahaja. Hal itu menyebabkan orang Kelang mengadu kepada Sultan Muzaffar Syah.

Oleh hal yang demikian, Seri Amerta yang dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana bijak berkata-kat dan cerdik orangnya bertanya
kepada Tun Perak akan hal tersebut. Setelah tiga kali ditanya barulah Tun Perak bersuara. Tun Perak berpendapat, orang Kelang akan
bersungguh-sungguh berperang melawan Siam kerana mempertahankan nyawa anak isteri masing-masing. Sebaik sahaja hal ini
dipersembahkan kepada sultan, sultan mengiakan pendapat Tun Perak,lantas menghadiahkan sirih dari puan baginda sebagai titah yang Tun
Perak diarah menetap di Melaka.

Tentera Siam sampai dan berlaku peperangan. Ramai rakyat Siam yang mati tetapi Melaka tidak dapat ditewaskan. Tentera Siam berundur
lalu mencampakkan barang-barang berikat rotan dan pasungan kayu ara di hulu Muar. Rotan yang tumbuh dinamakan rotan Muar. Kayu ara
yng dicampakkan juga tumbuh dan ada hingga sekarang. Selesai peperangan, semua rakyat pulang semula ke tempat masing-masing tetapi
sultan tidak mengizinkan Tun Perak pulang ke Kelang.
2.KISAH ADUAN ORANG KELANG TERHADAP TUN PERAK

Sebaik peperangan selesai,Sultan menerima aduan dari


seorang orang Kelang tentang sedikit penganiayaan Tun
Perak kepadanya. Seri Amerta dititah oleh sultan untuk
bertanya hal itu kepada Tun Perak. Setelah berkali-kali
ditanya barulah Tun Perak menjawab. Tun Perak memberi
alasan bahawa yang Seri Amerta tidak tahu hal ehwal
pentabdiran di Kelang. Yang Dipertuan (sultan) pula hanya
tahu yang baik-baik sahaja sedangkan hal-hal yang negatif
tiada dalam pengetahuan Yang Dipertuan. Maka jika Yang
Dipertuan mahu memburukkan dirinya, Tun Perak meminta
baginda memecatnya terlebih dahulu barulah dicerca
perbuatanya terhadap orang Kelang yang membuat aduan.
3.PERLANTIKAN TUN PERAK SEBAGAI
PERDANA MENTERI

Setelah mendengar tutur kata Tun Perak, Tun


Perak dilantik sebagai Perdana Menteri bergelar
Paduka Raja. Kedudukanya setara dengan Seri
Nara Diraja. Seri Nara Diraja, perdana menteri
yang telah tua terpaksa beralih tempat di seri balai
dan Paduka Raja mengambil alih tempat
bendahara. Setelah Tun Perak dilantik menjadi
perdana menteri, dia tidak boleh berkerjasama
dengan Seri Nara Diraja sehingga rakyat Melaka
berpecah dua. Hal ini mendukacitan Sultan
Muzaffar Syah kerana akan membinasakan negeri
Melaka.
4.STRATEGI SULTAN MUZAFFAR SYAH UNTUK MENDAMAIKAN PADUKA
RAJA DENGAN SERI NARA DIRAJA

Tun Kudu-isteri Sultan Muzaffar Syah-anak saudara Tun Perak/Paduka Raja


Seri Wak Diraja-adik-beradik Tun Perak

Sultan Muzaffar Syah menyusun strategi untuk mendamaikan mereka


berdua. Seri Nara Diraja yang kematian isteri cuba dijodohkan dengan
beberapa orang anak pembesar Melaka. Akhirnya Seri Nara Diraja mahu
beristerikan Tun Kudu lantas Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya
Tun Kudu.Tun Kudu ialah anak saudara kepada Paduka Raja. Paduka Raja
bersaudara dengan Seri Wak Diraja. Paduka Raja pula diperintah hadir
pada hari perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu. Kesan daripada
perkahwinan tersebut, Seri Nara Diraja berbaik-baik semula dengan Paduka
Raja malah saling kasih-mengasihi. Seri Nara Diraja dengan rela hati
menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Paduka Raja. Paduka Raja
dikata seorang perdana menteri yang bijak setara bijaknya dengan dua
orang pembesar;
 di Majapahit iaitu Patih Aria Gajah Mada,
 di Pasai iaitu Orang Kaya Kenayan
Sementara itu Seri Nara Diraja dilantik menjadi penghulu bendahari.
5.KISAH SERANGAN KEDUA RAJA SIAM KE ATAS MELAKA

 Panglima Siam -Awi Dicu


 Seri Bija Diraja-nama asal Tun Hamzah ,digelar Datuk Bongkok
 Tun Umar anak kepada Seri Bija Diraja- kelakuannya gila-gila bahasa.
Paduka Raja- bergelar Bendahara-nama asal Tun Perak

Tentera Siam datang lagi untuk menyerang Melaka diketuai panglimanya Awi Dicu. Sebaik sahaja mendapat berita itu,
sultan memerintah Paduka Raja diiringi Seri Bija Diraja dan segala hulubalang menghalang kedatangan tentera Siam
berhampiran Batu Pahat.

Ketika tentera Siam menghampiri Batu Pahat, Tun Umar yang sangat berani tetapi gila-gila bahasa diperintah oleh
Bendahara Paduka Raja untuk mengintip kedudukan perahu Siam. Sebaik sahaja bertemu dengan banyak perahu Siam. Terus
dilanggarnya perahu-perahu Siam itu. Sekali dilanggar oleh perahu Tun Umar, dua tiga buah perahu Siam terbalik. Dilanggar
pula yang lain, dua tiga perahu lagi yang terbalik. Tindakan Tun Umar menimbulkan kegerunan dan kehairanan di pihak
tentera Siam.

Namum begitu, pada malam hari Awi Dicu datang untuk menyerang tentera Melaka. Menyedari kedatangan Awi Dicu,
Bendahara Tun Perak memerintah semua pokok bakau, nyirih dan tumpu api-api ditambat dengan puntung api. Melihat
sahaja cahaya api yang terlalu banyak, tentera Siam berasa kelengkapan perahu Melaka terlalu banyak dan tidak mampu
ditewaskan oleh mereka. Awi Dicu mengambil keputusan kembali ke Siam sebelum siang menjelma. Meninggalkan sebuah
perigi yang digali di Batu Pahat. Pengunduran tentera Siam diekori oleh Tun Perak hingga ke Singapura.

Bendahara Paduka Raja kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Segala ehwal semasa menghadapi tentera
Siam disembahkan kepada sultan. Sultan terlalu gembira dan menghadiahkan persalinan pakaian yang sangat baik kualitinya.
Semua hulubalang yang pergi bersama-sama Bendahara Paduka Raja dianugerahkan persalinan pakaian mengikut status
masing-masing.
6.KISAH CUBAAN RAJA SIAM MENYERANG MELAKA KALI KE TIGA

Raja Siam-Bubunnya/Paduka Bubunnya


Awi Dicu- panglima tentera Siam dalam cubaan serangan ke dua
Cau Pandan- anak Bubunnya
Pra Kelong- tentera Siam yang menyiapkan perahu perang
Tuan Sidi Arab-berbangsa Arab yang keramat-tinggal di Melaka

 Sesampai di Siam Awi Dicu menyembahkan segala peristiwa yang berlaku di Batu
Pahat. Raja Siam amat marah lalu bercadang beliau sendiri akan menyerang Melaka.
Namun, anaknya Cau Pandan meminta izin untuk mengetuai tentara Siam
menyerang Melaka. Paduka Bubunnya terlalu gembira dengan permintaan Cau
Pandan lalu memerintah Pra Kelong menyediakan kelengkapan perang iaitu lapan
ratus buah sum dan perahu-perahu kecil yang sangat banyak untuk bergerak apabila
tiba masanya nanti.

Berita persiapan Cau Pandan sampai ke pengetahuan penduduk Melalak. Ketika berita
sampai, Tun Sidi Arab yang berbangsa Arab yang berzikir menggunakan panah
sedang menghadap Sultan Muzaffar Syah. Sebaik sahaja dikhabarkan yang Cau
Pandan akan menyerang Melaka, Tun Sidi Arab terus berdiri di hadapan sultan lalu
dihalakan anak panah ke arah negeri Siam sambil menyeru mantera akan kematian
Cau Pandan. Sultan bertitah, sekiranya Cau PAndan mati, benarlah Tun Sidi Arab
seorang yang sangat keramat.

Serentak dengan panahan oleh Tun Sidi Arab, Cau Pandan yang berada di Siam terasa
dadanya seperti kena panah lalu muntah darah dan meninggal dunia. Berita
kematian Cau pandan akibat sakit muntah darah sampai ke pengetahuna Sultan
Muzaffar Syah. Kekeramatan Tun Sidi Arab diakui oleh sultan dan Tuan Sidi Arab
dianugerahkan oleh sultan dengan perbagai hadiah.
7.KEMANGKATAN SULTAN MUZAFFAR SYAH

Setelah memerintah Melaka selama 42 tahun,


Sultan Muzaffar Syah mangkat. Baginda diganti
oleh anaknya Raja Abdullah yang memakai gelaran
Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah berusia
27 tahun ketika menaiki tahta dan berkahwin
dengan anak Seri Nara Diraja bernama Tun Patih
Nur Pualam

Sultan Mansur Syah mempunyai seorang anak


perempuan bernama Puteri Bakal dengan seorang
gundiknya.

Sultan Mansur Syah dikatakan sangat tampan, adil,


pemurah yang tiada tandingan dengan sesiapapun
pada zaman itu.
TEMA

KEBIJAKSAAN PEMIMPIN MENTADBIR NEGERI

Khuatir akan perpecahan rakyat akibat


permusuhan antara Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja dengan Tun Perak, baginda
menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak saudara
Paduka Raja Tun Perak untuk dinikahi oleh Seri
Nara Diraja bagi mendamaikan Paduka Raja Tun
Perak dengan Seri Nara Diraja yang bersengketa
kerana Seri Nara Diraja terpaksa melepaskan
jawatan Perdana Menteri kepada Tun Perak.
PERSOALAN

1.KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN MENILAI KUALITI PEMBESAR UNTUK


MENTADBIR NEGARA

Sultan Muzaffar Syah bijak menilai kewibawaan kepimpinan Tun Perak iaitu
Tun Perak membawa orang Kelang berserta anak isteri ke Melaka untuk
mempertahan Melaka dari serangan Siam. Tun Perak beralasan orang
Kelang akan bersungguh-sungguh mempertahan negeri Melaka kerana
keselamatan anak isteri masing-masing.

2.PENGORBANAN PEMIMPIN DEMI KESELAMATAN NEGERI


Sultan Muzaffar Syah, mengorbankan perkahwinannya dengan Tun Kudu
untuk dikahwini oleh Seri Nara Diraja bagi mengelakkan perpecahan
rakyat Melaka kerana persengketaan Seri Nara Diraja dengan Paduka
Raja Tun Perak.
PERSOALAN

3.KEBIJAKSANAAN AKAL MAMPU MENGALAHKAN KEKUATAN


FIZIKAL
 Tun Perak bijak mengatur strategi untuk menghadapi serangan kedua
tentera Siam. Beliau mengarahkan tentera Melaka yang bertahan
berhampiran Batu Pahat, menambat puntung api di pokok-pokok kayu
bakau, nyirih dan tumpu api-api untuk menipu tenera Siam. Hasilnya
tenera Siam berundur kerana menyangka tentera Melaka sangat besar
dan kuat.

4.PERANAN GOLONGAN AGAMA DALAM KESELAMATAN NEGARA


 Tuan Sidi Arab, yang sangat mahir memanah dan keramat telah
menghalang kedatangan tentera Siam bagi kali ketiga dengan
membunuh panglima perang Siam, Cau Pandan dari jarak jauh. Tuan
Sidi Arab, memanah ke udara menghala ke negeri Siam sambil
membaca mantera. Serentak itu, Cau Pandan terasa sakit dan muntan
darah lalu mati.
PERSOALAN

5. PERANAN SEMUA RAKYA MEMPERTAHANKAN NEGARA


Rakyat Melaka bersatu mempertahankan Melaka dari serangan Siam dengan
kepandaian dan kepakaran masing-masing

Tun Perak dengan kebijaksanaannya membuat tipu muslihat dengan menambat


puntung api di pokok-pokok bakau,nyirih dan tumpu api-api untuk mengelirukan
tentera Siam sehingga tentera Siam berundur kerana berasa tidak mampu
menentang tentera Melaka

Tun Umar yang gila-gila bahasa dan berani merempuh perahu-perahu Siam dengan
perahunya sehingga banyak yang terbalik dan menggerunkan tentera Siam

Tuan Sidi Arab yang keramat dan pandai memanah membunuh Cau Pandan ,
panglima tentera Siam yang sedang bersiap sedia menyerang Melaka secara
mistik dengan memanah ke udara mengarah ke negeri Siam. Cau Pandan
terasa sakit seperti dipanah dan muntah darah lalu mati.
NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

KEBIJAKSANAAN
 Sultan Muzaffar Syah, seorang raja yang bijak mengenal
pasti kewibawaan Tun Perak sebagai pemimpin lalu
melantiknya menjadi perdana menteri namun tidak
melucutkan jawatan tersebut darpada Seri Nara Diraja.
 Tun Perak bijak mengatur tipu muslihat untuk menipu
tentera Siam yang diketuai oleh Awi Dicu. Puntung api yang
ditambat di pokok bakau, nyirih dan tumpu api-api
menggerunkan tentera Siam kerana menyangka tentera
Melaka amat besar lalu berundur

KEBERANIAN
 Tun Umar berani melanggar banyak perahu tentera Siam
hingga terbalik sehingga tentera Siam berasa gerun dan
terpinga-pinga melihat tindakan Tun Umar itu.
NILAI KEMASYARAKATAN

BERTANGGUNGJAWAB/SANGGUP BERKORBAN
 Sultan Muzzafar Syah bertanggungjawab memulihkan persengketaan antara Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja Tun Perak kerana khuatir berlaku perpecahan dalam kalangan rakyat Melaka. Baginda
menceraikan Tun Kudu yang merupakan anak saudara Paduka Raja Tun Perak untuk dinikahkan
dengan Seri Nara Diraja. Akhirnya Tun Perak berbaik-baik semula dengan Seri Nara Diraja.

KETAATAN KEPADA PEMERINTAH


 Paduka Raja Tun Perak menjunjung titah Sultan Muzaffar Syah untuk mengetuai tentera Melaka
memerangi tentera Siam berhampiran Batu Pahat.

RASIONAL DALAM TINDAKAN


 Tun Perak memberi alasan yang rasional sehingga dipersetujui Sultan Muzzaffar Syah.
Ketika Sultan menerima aduan orang Kelang tentang tindakan Tun Peark membawa semua anak dan isteri
orang Kelang ke Melaka, Tun Perak memberi jawapan bahawa tindakannya bagi memastikan orang
Kelang bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka dari serangan Siam kerana mempertahankan
anak isteri berada di Melaka.

TOLERANSI
 Akhirnya, Seri Nara Diraja bersetuju melepaskan jawatan perdana menteri kepada Paduka Raja Tun
Perak. Seri Nara Diraja beralasan yang Paduka Raja Tun Perak sememangnya anak
bendahara/keturunan bendahara juga.
PENGAJARAN

1.KITA HENDAKLAH BIJAK MENILAI POTENSI KEPIMPINAN YANG ADA PADA


RAKYAT AGAR NEGERI DIBARISI OLEH PEMIMPIN YANG BERKUALITI
 Sultan Muzaffar Syah seorang raja yang bijak. Baginda dapat menelah
kebijaksanaan Tun Perak hanya dengan mendengar hujah-hujah Tun Perak
tentang perlakuannya membawa orang Kelang dengan anak isteri bersama-sam
ke Melaka semasa Siam hendak menyerang Melaka. Perlantikan Tun Perak
sebagai Perdana Menteri membuahkan kejayaan Melaka mematahkan serangan
Siam ke atas Melaka.

2.KITA HENDAKLAH SANGGUP MENGETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI DEMI


KESELAMATAN NEGERI
 Sultan Muzaffar Syah rela menceraikan isterinya Tun Kudu setelah Seri Nara
Diraja mahu mengahwini Tun Kudu. Tindakan baginda kerana mahu
mendamaikan Paduka Raja Tun Perak dengan Seri Nara Diraja kerana
bersengketa apabila Tun Perak dilantik menjadi Perdana Menteri, jawatanyang
disandang Seri Nara Diraja. Mereka ahkirnya berbaik-baik semula kerana Tun
Kudu ialah anak saudara Paduka Raja Tun Perak
PENGAJARAN

3.KITA HENDAKLAH SAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN


KESELAMATAN NEGERI AGAR MUSUH MUDAH DITEWASKAN
 Tun Perak, Tun Umar, Seri Bija Diraja dan Tuan Sidi Arab
bersama-sama menggunakan kepandaian dan
kebijaksaanaan yang ada menewaskan tentera Siam yang
mahu menyerang Melaka kerana keengganan Melaka
bertuankan Raja Siam.

4.KITA HENDAKLAH MENUNPAHKAN TAAT SETIA YANG TIDAK


BERBELAH BAGI KEPADA PEMERINTAH AGAR KEAMANAN
NEGARA TERPELIHARA
 Tun Perak taat akan perintah Sultan Muzaffar Syah yang
tidak mahu beliau pulang ke Kelang dengan melantik beliau
sebagai perdana menteri dan menetap di Melaka.
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
Mengharapkan hasil daripada sesuatu yang belum pasti

 Sultan Muzzaffar Syah terus sahaja menitahkan Tun Perak tinggal di Melaka sebaik sahaja
mendengar jawapan Tun Perak tentang tindakannya membawa semua anak isteri orang
Kelang ke Melaka. Tun Perak berpendapat orang Kelang akan bersungguh-sungguh
mempertahankan Melaka demi keselamatan anak isteri yang lebih utama berbanding
keselamatan sultan sendiri. Sedangkan peperangan dengan tentera Siam belum bermula
dan kebijaksanaan dan ketangkasan Tun Perak belum terbukti tetapi sultan sudahpun
yakin akan kewibawaan Tun Perak dalam peperangan.

 Sebaik sahaja peperangan selesai, Sultan Muzaffar Syah mendapat aduan daripada
seorang orang Kelang tentang sedikit penganiayaan yang dilakukan oleh Tun Perak.
Lantas setelah berdiam diri, Tun Perak menjawab bahawa hanya hal yang baik sahaja di
Kelang yang sampai kepada sultan sedangkan yang tidak elok tidak sampai ke
pengetahuan sultan. Maka sekiranya sultan mahu menghukum dan menghinanya, adalah
lebih baik dia dipecat dari jawatan terlebih dahulu. Kemudian bolehlah dijatuhkan hukuman
dan penghinaan. Sebaik sahaja mendengar jawapan itu, Sultan Muzaffar Syah terus
sahaja melantik Tun Perak menjadi perdana menteri dengan segera.

 Sultan sudah yakin akan kewibawaan Tun Perak sebagai pembesar Melaka walaupun Tun
Perak tidak pernah berkhidmat di negeri Melaka dan hanya menjadi wakil sultan di Kelang.

Anda mungkin juga menyukai