Anda di halaman 1dari 9

Nama Nama Cikgu Abd.

Rahman Ngah
Topik Lesso 05
n
Komsas Tarikh 06 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)
Tatabahasa Masa 7.45-9.45 PM

PROSA TRADISIONAL: BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

SINOPSIS

Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan Melaka
yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka.

Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai
Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam
kecuali kerajaan Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah enggan
memberi surat sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi
Cakri membawa hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui
hulu Pahang. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam
itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari
Kelang telah datang membawa bersama-sama dengan anak isteri masing-masing. Pada masa itu,
Seri Amerta dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-
kata.

Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut.
Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta
Seri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang
Kelang yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperang
dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda
amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin di
Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai
bentara di Melaka.

1
Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap kerana ada seorang
orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh Tun Perak. Setelah disoal siasat, Tun
Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas dan tanggungjawab diamanahkan
oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana
Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja.

Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang anak
perempuan yang bernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah isterinya
itu mangkat barulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki
yang bernama Tun Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana.

Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka
Raja dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua
orang besar ini tidak dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh
Sultan Muzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika
pembesarnya saling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan
mencai jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara Diraja
sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja,
saudara kepada Paduka Raja. Justeru, hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali
baik apabila baginda bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri
Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka.
Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan
segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umar
yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu Siam telah
dikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan hasrat
menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja menggunakan strategi memasangkan puntung api
pada pokok-pokok di sepanjang pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawa
untuk mempertahankan Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam
berundur, Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang
mulia.

Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka
Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang
Melaka tetapi anaknya Cau

Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu
menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil di bawah
pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita
rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang
mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam.

2
Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut
di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi
ganjaran yang setimpalnya.

Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya
baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah.
Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri
Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati
yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.

SET 1

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang
itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah
pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak
muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja
kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun
tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan
Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini,
kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah.
Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”

Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”

Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak orang Kaya
Hitam?”

Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”

Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada,”


dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

3
(i) Berdasarkan petikan tersebut, apakah peristiwa yang terjadi selepas Paduka Raja
dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar? [2 markah]

(ii) Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila mengetahui perihal Seri Nara
Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja. [3 markah]

(iii) Raja yang adil sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan negara melebihi
kepentingan peribadi. Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang raja itu boleh
memerintah dengan adil? [3 markah]

SET 2

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-
gila bahasa. Maka disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar
pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang
banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah;
maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun
Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah
hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon
kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah
dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam,
“Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal
kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
 Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum
siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”


Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun
    Umar?                                                                                                     [2 markah]

(ii) Mengapakah Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka?


                                                                                                                    [3 markah]

4
(iii)Pada pendapat anda, apakah rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam
     tersebut?                                                                                                [3 markah]
SET 3
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka jadi
maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan
jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka
Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."

Maka titah baginda, "Baiklah."


Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu
tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka. Di
dalam negeri tiga buah itu ada tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada,
dan di Pasak, Orang Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara
Diraja menjadi penghulu bendahari.

1. Beri maksud rangkai kata di bawah: [2 markah]

i. berkasih-kasihan
ii. sejalan sejadi

2. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara merupakan seorang yang
berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan
oleh sesebuah negara? [3 markah]

3. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran yang
terdapat dalam keseluruhan cerita tersebut. [3 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) penuh

5
(ii) memenuhi

(iii) memenuhkan

(iv) wakil

(v) mewakili

(vi) mewakilkan

[6 markah]

(b) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) "Amboi, sudah pukul 12.00 tengah hari baru bangun tidur!'' kata emak kepada adik.

(ii) "Mengapa kamu sering datang lewat ke sekolah?" tanya pengetua kepada Ahmad.

(iii) “Tidak, saya tidak terlibat dalam kejadian buli di asrama,” kata Kamil. “Saya difitnah,”
sambungnya lagi.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pedarahan dalam otak menjadi punca utama kematian pesakit yang ditempatkan di yunit
rawatan rapi itu.

6
(ii) Bidang keusahawanan menjadi salah satu altenatif bagi menangani masalah penganggur
dalam kalangan lepasan universiti.

(iii) Nilai kekeluargaan, semangat setiakawan, dan hubungan sosial secara semuka semakin
terpinggir sejak kehadiran teknologi komunikasi dalam talian.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kejadian litar pintas


oleh para pekerja.

(ii) Kajian mendapati an


baik, biasanya muda

(iii) Ibu bapa seharusny


mereka berpergian d

(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribah

(i) Rugi dalam sesuatu

(ii) Melakukan sesuatu

(iii) Seseorang yang tida

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan
sukan berbasikal dan langkah-langkah menggalakkan golongan muda berbasikal.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penganjuran pelbagai program kesukanan oleh pelbagai pihak bukan sahaja dapat

7
meningkatkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti sukan, tetapi juga mampu membangunkan
bidang sukan ke arah sebuah negara yang sihat. Oleh itu, bagi membudayakan amalan gaya hidup
sihat ini, sukan berbasikal dianggap aktiviti yang sesuai kerana tidak bersifat ekstrem malah
mampu menjadi aktiviti sukan yang paling mudah dan berkesan. Aktiviti ini dapat melahirkan
individu yang mementingkan gaya hidup sihat selain menjadikan bersukan sebagai amalan harian
dan menyahut saranan kerajaan supaya lebih banyak generasi sihat dapat dilahirkan.

Selain itu, aktiviti berbasikal dengan kerap adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko
masalah kesihatan yang berkaitan dengan gaya hidup yang tidak aktif. Ketika berbasikal pengaliran
darah ke jantung akan meningkat kerana oksigen yang mencukupi membantu jantung berdegup
dengan baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik yang
dihidapi oleh pesakit. Kajian mengenai hubungan antara senaman dan kanser mendapati bahawa
berbasikal secara tetap mengurangkan risiko kanser payudara. Berbasikal mampu meningkatkan
kadar metabolisme, membina otot dan membakar lemak yang berupaya menurunkan berat badan
seseorang. Aktiviti berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi sebaliknya membantu
menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya menguatkan tulang rawan.

Aktiviti berbasikal secara rutin bersama-sama ahli keluarga mampu mengeratkan ikatan
kekeluargaan yang semakin renggang akibat ledakan teknologi maklumat. Aktiviti ini jika dilakukan
pada awal pagi atau lewat malam mampu menenangkan fikiran, mengurangkan kebimbangan dan
tekanan melalui peningkatan kepekaan dan daya konsentrasi individu. Cara yang murah, selamat
dan efektif untuk melangsingkan tubuh badan seseorang jika aktiviti berbasikal dipraktikkan
berbanding latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Hal ini
dibuktikan melalui kajian yang menunjukkan aktiviti berbasikal setengah jam setiap hari akan
mengurangkan tahap lemak dalam darah selain aktiviti ini merangsang dan membaiki hati, paru-
paru dan peredaran darah, menguatkan otot jantung dan mengurangkan nadi berehat.

Biarpun dalam suasana santai, sukan berbasikal sangat sesuai untuk melahirkan ramai bakat
baharu yang boleh digilap. Hal ini diperkukuh dengan tanggapan bahawa aktiviti berbasikal bukan
bertujuan mengikut trend atau mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya penglibatan tersebut kerana
timbulnya kesedaran untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri. Jelaslah, aktiviti berbasikal
mampu memberikan pelbagai manfaat. Namun demikan, pelbagai persediaan perlu dilakukan
sebelum menyertai aktiviti berbasikal bagi memastikan keselamatan setiap penunggang basikal itu
terjamin.

(Dipetik dan diubah suai daripada‘Kebaikan Berbasikal Kepada Masyarakat’

Oleh Raidatul Batrisyah Mohd Radzif, Dewan Siswa, Februari 2017)

Soalan 2(a) – Petikan Umum

8
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata daya konsentrasi seseorang. [2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan faedah-faedah aktiviti berbasikal selama 30 minit setiap hari
kepada seseorang.
Nyatakan faedah-faedah tersebut. [3 markah]

(iii) Pelbagai persediaan perlu dilakukan sebelum menyertai aktiviti berbasikal bagi memastikan
keselamatan setiap penunggang basikal itu terjamin.
Pada pendapat anda, apakah persedian-persediaan yang perlu dilakukan oleh seorang
penunggang basikal agar keselamatan diri terjamin. [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai