Anda di halaman 1dari 5

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

A. SINOPSIS:
- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah
dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil
berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar
ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan
menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki
di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan
keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguhsungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan.
Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka
serta dilantik sebagai bentara.

- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan
bahawa Tun Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk
ditanya. Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan
memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan
percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan
gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai
iaituSeri Nara Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian
berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak
bermaufakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang
mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak
Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak
dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri
Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka
Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang
Kaya Kanayan di Pasai.

- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai
pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera
Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula
telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam hingga mereka kalah.
Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih
dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai
tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat
banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang
Melaka.
- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan
baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau
Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang
sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang
warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia
menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan
akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu
mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh
anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda
berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:
- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anakanak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan
Siam.

C. PERSOALAN:
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar
menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk
mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.

2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya,


perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang
Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.

3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap
sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.

4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang
tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan
panahnya dari Melaka.

5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila


dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya
beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai
perdana menteri.

6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan
daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat
dan maju.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:


1. Tun Perak:
- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang
Siam.
- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu
berkahwin semula.
- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang
Melaka.
- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita
dengan Seri Nara diraja.

2. Sultan Muzaffar Syah:


- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian
persalinan.
- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja
dengan Tun Kudu.
- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah
sebaliknya memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang
telah membunuh Cau Pandan.

E. LATAR:
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang
Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah
Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan
kuat.
- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka
selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi
bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.

F. NILAI:
1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu
malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan
askar Siam.
2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan
dengan sepasang persalinan.
3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan
askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas
untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya
hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi
mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.

G. PENGAJARAN:
1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara.
Contohnya ............
2. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan.
Contohnya...........
3. Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya ..............
4. Kita mestilah sanggup bekeorab demi mendapatkan kebaikan. Contohnya, Sultan
Muzaffar...........
5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju.
Contohnya, ...............
6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain
kepada kita. Contohnya, Sultan Muzaffar ...

Anda mungkin juga menyukai