Anda di halaman 1dari 8

MODUL ULAS SAINS T4 KSSM 2020

TEMA 4 : TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP BP 12 : TENAGA NUKLEAR

Standard Kandungan 12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear


1 Terdapat lebih 30 negara menggunakan tenaga nuclear antaranya Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Slovakia
dan Jepun.

2 Mengapakah negara lain menggunakan tenaga nuklear berbanding sumber tenaga lain?

Kebaikan tenaga nuklear:


 Tenaga nuklear ialah tenaga alternatif yang boleh menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan
atau mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu
 Tenaga yang dihasilkan adalah lebih besar berbanding sumber tenaga lain

 Tenaga nuklear menghasilkan sinaran mengion yang digunakan dalam pelbagai bidang seperti
perubatan, pertanian dan perindustrian
 Penggunaan tenaga nuklear dapat meningkatkan taraf kesihatan dan taraf kehidupan manusia

 Tenaga nuklear membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit berbanding dengan sumber
tenaga yang lain
3 Kesan buruk sumber tenaga nuclear berbanding dengan sumber tenaga lain
 Sisa radioaktif yang dihasilkan boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa semua hidupan
 Tenaga yang dihasilkan adalah sangat besar dan jika disalahgunakan boleh menyebabkan kesan yang
buruk kepada manusia
Latihan Prestasi
1 Bina peta pemikiran berdasarkan maklumat yang telah diperoleh mengenai manfaat dan kesan buruk sumber
tenaga nuclear berbanding sumber tenaga yang lain

meningkatkan taraf kesihatan dan taraf


kehidupan manusia

Manfaat
sumber
tenaga Tenaga yang dihasilkan adalah lebih besar
nuklear berbanding sumber tenaga lain

membebaskan jumlah gas rumah hijau yang menyebabkan kesan yang buruk kepada
sedikit manusia

Kesan buruk
sumber
tenaga
nuklear

Sisa radioaktif yang dihasilkan boleh menjejaskan


kesihatan

1
CIKGUABADI@SMKIP
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM 2020

Standard Kandungan 12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear


1 Tenaga nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas di dalam nukleus atom
2 Bagaiamakah tenaga nuclear dihasilkan?
Tenaga nuklear dihasilkan melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus
3 Apakah yang dikatakan pembelahan nukleus?
 Pembelahan nukleus merupakan proses pemecahan satu nukleus radiokaktif yang berat kepada dua
atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga
 Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron yang perlahan membedil satu nukleus radioaktif
yang berat seperti uranium-235
 Bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah kepada dua atau lebih nukleus yang
lebih ringan dan stabil
 Proses ini akan membebaskan lebih banyak tenaga yang banyak

Uranium-235

Tenaga
Neutron

Neutron

 Pembelahan nukleus akan berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil dan membelah
nukleus berjisim besar yang baharu
 Tindak balas ini disebut sebagai tindak balas berantai
4 Apakah yang dikatakan pelakuran nukleus?
 Pelakuran nukleus ialah satu proses pencantuman atau penggabungan dua nukleus radioaktif yang
ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga
 Sebagai contoh: dua nukleus kecil dan ringan seperti deuterium dan tritium (isotop hydrogen)
bercantum dan membentuk satu nukleus yang lebih besar dan berat
 Proses ini berlaku pada suhu yang sangat tinggi
 Proses ini juga membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak berbanding pembelahan nukleus.

Deuterium Helium

Tenaga

Tritium Neutron

2
CIKGUABADI@SMKIP
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM 2020

Latihan Prestasi
1 Rajah 1 menunjukkan suatu proses dalam penghasilan tenaga Y.

Uranium-235

Y
X

Neutron

Rajah 1
a) Namakan proses yang terlibat dalam Rajah 1.
Pembelahan nukleus
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

b) Nyatakan lokasi berlakunya proses yang dinamakan di (a).


Berlaku dalam nukleus radiokaktif yang berat
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

c) Namakan X
Neutron
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

d) Apakah hasil selepas nukleus uranium-235 selepas dibedil oleh X?


nukleus yang lebih ringan dan stabil dan tenaga nuklear dibebaskan
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

e) Proses yang dinamakan di(a) akan membebaskan lebih banyak tenaga Y. Apakah itu Y?
Tenaga nuklear
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

f) Proses ini akan berlaku secara berterusan sehingga akan menghasilkan hasil yang dinyatakan di(c) dan
dikenali suatu tindak balas P. Namakan tindak balas P tersebut.
Tindak balas rantai
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

g) Selain proses yang dinamakan di(a), nyatakan satu proses lain yang juga menghasilkan tenaga yang sama
seperti tenaga Y.
Pelakuran nukleus
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

3
CIKGUABADI@SMKIP
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM 2020

2 Rajah 2 menunjukkan suatu proses dalam penghasilan tenaga T.

Deuterium Helium

Tenaga T

Tritium S

Rajah 2
a) Namakan proses yang terlibat dalam Rajah 2.
Pelakuran nukleus
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

b) Nyatakan lokasi berlakunya proses yang dinamakan di (a).


Matahari
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

c) Namakan S
Neutron
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

d) Apakah hasil selepas pencantuman dua nukleus deuterium dan tritium?


membentuk satu nukleus yang lebih besar dan berat
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

e) Proses yang dinamakan di(a) akan membebaskan lebih banyak tenaga T. Apakah itu T?
Tenaga nuklear
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

f) Tandakan (√) pada keadaan yang sesuai bagi proses yang dinamakan di (a) berlaku.

Suhu yang rendah √ Suhu yang tinggi

g) Selain proses yang dinamakan di(a), nyatakan satu proses lain yang juga menghasilkan tenaga yang sama
seperti tenaga T.
Pembelahan nukleus
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

h) Bandingkan penghasilan tenaga T antara proses yang dinamakan di (a) dengan proses di (g).
Pelakuran nukleus menghasilkan tenaga nuklear yang lebih banyak berbanding pembelahan nukleus
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

4
CIKGUABADI@SMKIP
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM 2020

Penjanaan Tenaga Elektrik daripada Tenaga Nuklear


1 Kegunaan utama tenaga nuclear adalah untuk menjana tenaga elektrik
2 Di manakah penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear ini dapat dilakukan?
Dilakukan di stesen jana kuasa tenaga nuklear
3 Apakah bahagian yang terdapat di stesen jana kuasa nuklear ini?
Terdiri daripada reaktor nuklear dan penjana.
4 Reaktor nuklear akan menghasilkan jumlah tenaga yang besar
5 Stesen jana kuasa tenaga nuklear

Rod pengawal boron Mengawal kadar tindak balas pembelahan nukleus dengan
menyerap neutron yang berlebihan
Moderator grafit Memperlahankan neutron
Rod bahan bahan api uranium Membebaskan tenaga haba melalui pembelahan nukleus
untuk memanaskan gas yang mengalir melalui teras reactor
Perisai konkrit Mengelakkan kebocoron sinaran radioaktf daripada
reactor
Agen penyejuk Menyerap haba hasil tindak balas nuclear
Kondenser Menyejuk dan mengkondensasikan stim menjadi air
Turbin Apabila turbin diputarkan oleh aliran stim, magnet di dalam
penjana diputarkan
Penjana elektrik Menjanakan arus elektrik melalui aruhan electromagnet
apabila magnet berputar dalam suatu gegelum-ng
Latihan Prestasi
1 Namakan lokasi penjanaan elektrik daripada tenaga nuklear ini?
stesen jana kuasa tenaga nuklear
………………………………………………………………………………………………………………………….

2 Apakah bahagian yang terdapat di stesen jana kuasa nuklear ini


reaktor nuklear dan penjana
………………………………………………………………………………………………………………………….

3 Apakah kegunaan utama tenaga nuclear ini?


untuk menjana tenaga elektrik
………………………………………………………………………………………………………………………….

4 Nyatakan negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga utama.
Amerika Syarikat, Slovakia dan Rusia
………………………………………………………………………………………………………………………….

5
CIKGUABADI@SMKIP
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM 2020

5 Nyatakan fungsi bagi bahagian yang berlabel di bawah:

Rod pengawal
boron
Mengawal kadar
tindak balas
pembelahan
nukleus

Moderator grafit

Memperlahankan
neutron

Rod bahan api


uranium

Membebaskan
tenaga haba
Perisai konkrit Agen penyejuk
Mengelakkan Menyerap haba hasil tindak
kebocoron sinaran balas nuclear
radioaktf daripada
reactor

Penggunaan Tenaga Nuklear bagi Negara yang menggunakannya


Terdapat beberapa mengapa negara-negara ini memilih tenaga nuklear sebagai sumber
tenaga negara mereka.

Kurang sumber tenaga lain

•Kebanyakan negara yang menggunakan tenaga nuklear kurang sumber tenaga lain seperti
arang batu dan petroleum. Kos yang amat tinggi diperlukan jika mereka mengimport sumber
tenaga ini dari negara lain. Oleh itu, mereka perlu menggunakan sumber tenaga lain seperti
tenaga nuklear

Keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk yang tinggi

•Negara China contohnya adalah sangat besar dan mempunyai kepadatan penduduk yang
tinggi. Kuasa dan tenaga yang dihasilkan oleh tenaga nuklear cukup besar sehingga
mampu untuk menjanakan tenaga elektrik ke seluruh negara mereka

Sumber pendapatan negara

•Reaktor nuklear di Slovakia contohnya mampu menghasilkan tenaga elektrik yang melebihi
keperluan negaranya. Oleh itu, mereka telah membekalkan tenaga elektrik itu kepada
negara-negara jiran dan mampu mendapat keuntungan yang lumayan

Teknologi yang canggih

•Kajian dan pembangunan sentiasa dilakukan oleh negara-negara yang menggunakan


tenaga nuklear. hasilnya kini, mereka telah berjaya memiliki teknologi yang lebih canggih
serta mampu mengurangkan risiko-risiko yang berlaku kepada reaktor nuklear. contohnya
seperti pembinaan Makmal Nasional Argonne yang dimiliki oleh Amerika Syarikat

6
CIKGUABADI@SMKIP
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM 2020

Standard Kandungan 12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear


1 Impak Penggunaan Senjata Nuklear
 Awal 1940-an penyelidikan awal tentang tenaga nuklear dijalankan menghasilkan bom
 Hasil samingan daripada pembelahan nukleus di dalam reactor nuklear iaitu plutonium
boleh digunakan untuk membuat bom atom
 Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua oleh Amerika Syarikat
terhadap Hiroshima dan Nagasaki
 Letusan tenaga nuklear menghasilkan gelombang letupan yang amat kuat sehingga
mengorbankan kira-kira 70 000 nyawa orang awam secara serta-merta
 Pengeboman ini menyebabkan keadaan seluruh bandar raya itu menjadi amat panas
sehingga mencairkan struktur besi
 Letupan bom nuklear juga mengganggu keadaan atmosfera kesan daripada
gelombang yang terhasil di samping luruhan radioaktif yang dikeluarkan
 Kini, sudah banyak negara mula mencipta dan mengeluarkan senjata nuklear masing-
masing. Namun, mereka terikat di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear yang
mengawal dan tidak membenarkan mana-mana negara menggunakan senjata
nuklear dengan sewenang-wenangnya
2 Impak Ujian Nuklear
 Ujian nuklear perlu dilakukan untuk memastikan sama ada senjata itu berfungsi atau
tidak
 Ujian nuklear dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat atau di bawah laut
 Ujian nuklear memberikan impak buruk kepada hidupan dan persekitaran
 Ujian nuklear di bawah tanah akan menyebabkan kemusnahan hidupan dan juga
pencemaran yang teruk
 Bagi manusia dan hidupan di darat, kesan penyebaran radiasi daripada ujan nuklear
boleh menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik.

Kesan penyebaran radiasi


daripada ujian nuklear

Kesan somatik Kesan genetik

keletihan Kecacatan pada bayi

Loya Mutasi sel

Katarak Kanser

Leukimia

Keguguran rambut

Latihan Prestasi
1 Namakan bahan utama dalam pembuatan bom atom
plutonium
………………………………………………………………………………………………………………………….

2 Nyatakan dua kesan daripada penyebaran radiasi ujian nuklear kepada manusia
Kecacatan pada bayi dan Kanser
………………………………………………………………………………………………………………………….

7
CIKGUABADI@SMKIP
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM 2020

Standard Kandungan 12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia


1 Di Malaysia, 70 % daripada sumber tenaga dijana daripada gas asli
2 Petroleum, gas asli dan arang batu merupakan bahan api fosil yang tidak boleh baharu
3 Adakah bahan api ini mampu bertahan untuk keperluan generasi mendatang?
4 Wajarkah Malaysia juga perlu membina stesen jana kuasa nuklear disebabkan permintaan
tenaga elektrik semakin meningkat?
Bincangkan
5 Bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear, beberapa faktor perlu diambil kira
iaitu:
 Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang habis dan kos bahan api
semakin meningkat di samping merupakan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui
 Kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah berbandaing
sumber bahan api fosil
 Kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga mestilah sangat
strategik. Kawasan mestilah berhampiran dengan punca air bagi memudahkan proses
penyejukan berlaku
 Kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear adalah jauh lebih besar
daripada sumber bahan api fosil
Latihan Prestasi
1 Nyatakan bahan api fosil yang tidak boleh baharu?
Petroleum, gas asli dan arang batu
………………………………………………………………………………………………………………………….

2 Wajarkah Malaysia mempunyai stesen jana kuasa tenaga nuklear? Terangkan jawapan anda
1) Tidak wajar, Kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga mestilah sangat
………………………………………………………………………………………………………………………….
strategik
………………………………………………………………………………………………………………………….
2) Kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear adalah jauh lebih besar
………………………………………………………………………………………………………………………….
daripada sumber bahan api fosil
………………………………………………………………………………………………………………………….

3 Beberapa faktor perlu dilihat bagi pembinaan stesen jana kuasa tenaga nuklear. Nyatakan
faktor tersebut.
1) kos bahan api semakin meningkat di samping merupakan sumber tenaga tidak boleh
………………………………………………………………………………………………………………………….
diperbaharui
………………………………………………………………………………………………………………………….
2) Kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah berbandaing sumber
bahan
………………………………………………………………………………………………………………………….
api fosil
………………………………………………………………………………………………………………………….
3) Kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga mestilah sangat strategik
………………………………………………………………………………………………………………………….
4) Kawasan mestilah berhampiran dengan punca air bagi memudahkan proses penyejukan
………………………………………………………………………………………………………………………….
berlaku
………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………….

~MODUL BAB 12 TAMAT~

8
CIKGUABADI@SMKIP

Anda mungkin juga menyukai