Anda di halaman 1dari 14

TAJUK:

Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun. Kita


harus berbangga sebagai Rakyat Malaysia. Kamu dikehendaki
menceritakan tentang bagaimana Tanah Melayu mendapat
kemerdekaan.

Disediakan oleh:
Ainul Hana Binti Asnizam
4 IBNU RUSYD

Disemak oleh:
Cikgu Fauziah Binti Ibrahim
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA


SURAT
1 Biodata penulis 2
2 Pendahuluan 3
3 Objektif kajian 4
4 Penjajahan di tanah melayu 5-7
5 Peranan Tunku Abdul 8
Rahman
6 Biodata Tunku Abdul Rahman 9
7 Detik -detik bersejarah 10-11
8 Rumusan 12
9 Penutup 13
BIODATA PENULIS

NAMA:Ainul Hana Binti Asnizam

UMUR: 10 Tahun

HOBI:Melukis

CITA-CITA: Pelukis

MOTO KEHIDUPAN: Jangan pergi mengikuti ke mana jalan akan berhujung. Buat
jalanan sendiri dan tinggalkan jejak.

ALAMAT RUMAH: Nombor 27 lorong IM 15/36 Jalan Mahkota Permai 2

2
PENDAHULUAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada siapa- siapa yang membaca buku skrap
ini. Tolong maafkan jika tersalah atau tertinggal perkataan di sebaliknya .

…TERIMA KASIH…

3
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengetahui sejarah penjajahan di tanah melayu

2. Menghargai pemimpin - pemimpin terdahulu

4
PENJAJAHAN DI
TANAH MELAYU
Malaysia yang dikenali sekarang adalah sebuah Negara yang
telah mencapai kemerdekaannya pada 31hb. Ogos 1957. Pada
waktu iu ianya dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
atau Federation Of Malaya menurut Perjanjian 1948 di antara Raja-
Raja Melayu degan kerajaan Inggeris. Sebelum perang setelah
Inggeris bertapak kuat di negeri-negeri Melayu ini dipanggil dengan
nama Semenanjung Tanah Melayu atau Malay Peninsular.

        Dari sudut sejarah dan geografi, Semenanjung Tanah Melayu


adalah salah satu negeri-negeri Melayu yang terletak dalam
lingkungan gugusan pulau-pulau Melayu. Ianya diperintah dan
ditadbir oleh raja-raja serta pembesar-pembesar Melayu.

        Penjajah Barat yang pertama datang ke Semenanjung Tanah


Melayu iaitu di Melaka ialah bangsa Portugis. Pada awalnya mereka
datang dalam tahun 1509 dengan tujuan untuk menjalankan
perniagaan di samping menjalin tali persahabatan dengan kerajaan-
kerajaan Melayu. Tetapi oleh kerana sikap tamak dan haloba
menjadi kemegahan orang-orang barat untuk mengaut keuntungan
sebanyak-banyaknya di negeri-negeri timur maka Portugis telah
memerangi Melaka.

       Disebabkan kekuatan politik orang-orang Melayu pada waktu


itu mulai merosot, kelemahan pentadbirannya amat ketara pada
mata peniaga-peniaga dari barat itu, Maka Portugis mngambil
kesempatan dengan menggunakan krisis dalam negeri serta

5
pengkhianatan dari anak-anak negeri dengan hasutan anasir-anasir
luar bertambah pula yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan,
Portugis telah Berjaya menakluki Melayu pada tahun 1511.

       Setelah Portugis memerintah dan menjajah Melaka maka


datang pula satu lagi kuasa penjajah barat iaitu Belanda yang tidak
kurang rakusnya menjajah negeri-negeri timur. Dengan bantuan
Kerajaan Melayu Johor penjajah Belanda dapat mengalahkan
Portugis di Melaka dalam tahun 1641.

       Kemudian setelah beratus-ratus tahun Belanda menjajah


bukan sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu tetapi jugak di
seluruh kepulauan Melayu yang lain, di mana dikenali kemudiannya
sebagai Indonesia, maka penjajah Inggeris datang dan berjaya
mengambil Melaka dari tangan Belanda melalui perjanjian
pertukaran wilayah (seolah-olah negeri-negeri Melayu harta
kepunyaan mereka pulak) pada tahun 1824.

       Sehingga Inggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan


Disember 1941, semakin bersilih-ganti kuasa-kuasa asing menjajah
Semenanjung Tanah Melayu. Jepun mula memerintah Negara kita
dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Pentadbiran
Jepun di Negara kita bercorak ketenteraan. Jepun menyerah kalah
akibat pengeboman Hiroshima (6 Ogos 1945) dan Nagasaki (9 Ogos
1945) oleh Amerika Syarikat. Inggeris datang semula dalam bulan
Ogos 1945 setelah tentera bersekutu berjaya mengalahkan Jepun
serta menamatkan Peperangan Dunia Kedua.

Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun adalah antara kuasa yang


menjajah negara kita selama 446 tahun iaitu bermula dari tahun
1511 hingga 1957.
Portugis (1511-1641)

6
Belanda (1641-1824)
Inggeris  (1824-1941) dan (1945-1957)
Jepun  (1941-1945)

7
PERANAN TUNKU ABDUL
RAHMAN AL-HAJ
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia
yang pertama. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab
mengetuai usaha membawa kemerdekaan kepada negara ini. Tunku
berusaha bersama rakan-rakan yang lain bagi memperjuangkan
kemerdekaan negara ini daripada cengkaman penjajahan barat
yang berlangsung selama hampir 400 tahun. Dalam proses
mendapatkan kemerdekaan untuk negara ini, pelbagai cabaran dan
dugaan ditempuhinya. Berkat kesabaran dan usaha gigihnya
bersama rakan-rakan dalam parti UMNO dan Perikatan serta doa
rakyat Tanah Melayu, akhirnya tanah air ini dapat menikmati
kemerdekaan yang diidamkan pada 31 Ogos 1957. Walaupun Tunku
adalah seorang putera raja, namun beliau dikenali sebagai seorang
yang berjiwa rakyat. Justeru itu, penulis ingin berbicara perihal
perjuangan individu ini dalam mengetuai perjuangan kemerdekaan
dan juga pembangunan negara seperti yang diimpikan semua.
Penulis akan meninjau secara umum peranan yang dimainkannya
bermula daripada penglibatannya dalam arena politik sehingga
terbentuknya Persekutuan Malaysia 1963

8
9
DETIK DETIK BERSEJARAH

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara


rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara
Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka
dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja
Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota
kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara
bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester
menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri
menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.
Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan
oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.  Selesai pengisytiharan
dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA'
sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang
membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli
dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama
rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan
bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu

10
kebangsaan ‘Negaraku'. Sebanyak seratus satu das tembakan
meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah
menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat .

11
RUMUSAN
Setelah mengetahui sejarah penjajahan di Tanah Melayu, saya berasa
bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan demi Malaysia yang
tercinta. Kita mesti mencintai keamanan negara dan mencotohi
kesungguhan, keberanian, kesanggupan dan pengorbanan tokoh -tokoh
terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.

12
PENUTUP
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan yang diperlukan untuk menyiapkan buku
skrap ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Cikgu
Fauziah.

13

Anda mungkin juga menyukai