Anda di halaman 1dari 3

1.0 Pendahuluan.

Definisi CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) adalah tindak balas


sosial atau tanggungjawab sosial terhadap persekitaran yang dilakukan oleh
syarikat dalam bentuk pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan
dalam pelbagai bentuk, misalnya; melindungi persekitaran di sekitar syarikat,
membina kemudahan awam, meningkatkan kesejahteraan masyarakat sekitar
dan sebagainya.
Tujuan program CSR dilaksanakan terhadap bakal Rakan Pembimbing
Perkhidmatan Awam (ARKAB) adalah untuk meningkatkan rasa mahabbah dan
perasaan tanggungjawab terhadap keperluan semasa manusia khususnya.

2.0 Kebaikan dan Manfaat Program CSR.


2.1 Memberi Kesedaran Dalam Diri.
Melibatkan diri dalam program khidmat masyarakat
membuatkan kita lebih menghargai kehidupan. Ini adalah salah satu
kebaikan yang terdapat pada program CSR terharap bakal Ahli AKRAB.
Dengan adanya kesedaran dalam diri setiap ahli dapat meningkatkan
nilai dan etika yang baik di dalam memupuk tanggungjawab sosil.
Sebagai contoh, seandainya ahli AKRAB mengadakan program CSR di
rumah orang-orang tua, banyak pengajaran yang tersirat untuk dihayati
dan menghargai disamping memberikan kebaikan kepada orang lain.
Hal ini juga sangat dianjurkan dalam Islam untuk kita sentiasa
bermuhasabah diri untuk meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri
semata-mata mengharap keredhaan Allah SWT.

2.2 Memahami Erti Menghormati.


Di samping meningkatkan kesedaran diri, ahli AKRAB juga
akan mendapat kebaikan dalam diri iaitu pemerkasaan konsep
menghormati. Program khidmat masyarakat dapat mengajar ahli
AKRAB untuk memahami erti menghormati sesama manusia. Bila
mana setiap ahli dapat menghormati diri sendiri, maka di situlah
kekuatan yang akan terpancar untuk mereka terjemahkan dengan
menghormati orang lain.
Ahli AKRAB hendaklah selalu menunjukkan tingkahlaku serta
perbuatan yang mulia. Misalnya, dengan mengamalkan sikap suka
tolong menolong dan bersedia memberikan bantuan serta menunjuk
jalan bagi memudahkan urusan sesama manusia. Selain itu, Ahli
AKRAB perlu menggunakan bahasa percakapan yang baik, lembut serta
bersopan santun akan menyerlahkan keindahan islam. Begitulah luasnya
perspektif hormat menghormati dalam kehidupan.

2.3 Mengubah Personaliti Individu Secara Positif.


Setiap program yang berkesan pastinya akan mengubah
personaliti individu ke arah yang lebih baik dan positif. Sama ada
perubahan daripada negatif kepada positif atau daripada positif kepada
lebih positif. Proses interaksi semasa melakukan khidmat masyarakat
dapat menimbulkan keinsafan dalam diri kita.
Ini kerana setiap ahli AKRAB akan melakukan dengan sehabis
baik dan memandang sesuatu perkara dengan penuh tanggungjawab dan
kemanusiaan. Walaupun setiap individu itu mempunyai asas personaliti
yang berbeza seperti ektrovert, introvert dan ambivert, namun dengan
terlaksananya program khidmat masyarakat adalah asbab kepada
perubahan tingkahlaku, perwatakan yang mengkagumkan.

2.4 Membantu Meringankan Beban.


Bukan sahaja kita memperoleh pengalaman, malah kita boleh
membantu meringankan beban orang yang memerlukan. Inilah yang
perlu diterapkan pada sanubari setiap Ahli AKRAB untuk mereka
menyalurkan bantuan bukan semata-mata material, tetapi yang lebih
penting adalah sentuhan fizikal.

3.0 Keperluan Pendedahan Kepada Ahli AKRAB.


Melalui tugasan ini, beberapa keperluan bagi memastikan program CSR
memberikan manfaat dalam melestarikan kemanusiaan seperti berikut:
3.1 Membudayakan konsep Kebajikan Tanggungjawab Bersama.
3.2 Melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan
pembangunan sosial Negara.
3.3 Menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat.
3.4 Memupuk budaya “Komuniti untuk Komuniti”.

4.0 Aspek Yang Ingin Diterapkan.


4.1 Meningkatkan ‘Soft Skill’ setiap Ahli AKRAB.
Setiap ahli akan lebih berkemahiran dalam meningkatkan kecerdasan
emosional, bijak berkomukasi, memiliki fleksibiliti dan kreativiti serta
berfikiran kritis. Perkara tersebut dapat menjadikan Ahli AKRAB
mempunyai kepimpinan dan agen kepada perubahan.
4.2 Membantu meningkatkan imej organisasi.
Dengan adanya program khidmat sosial, ianya dapat merencana pandangan
positif masyarakat terhadap keberkesanan sesuatu organisasi. Secara tidak
langsung meningkatkan produktiviti dan keberhasilan serta menonjolkan
reputasi sesebuah organisasi.
4.3 Menjaga kebajikan masyarakat.
Dengan adanya tanggungjawab sosial maka kebajikan masyarakat akan
terbela dan terjaga. Ahli AKRAB akan lebih memahami sensitiviti yang ada
pada persekitaran masyarakat. Di samping menyelami keperluan dan
kehendak masyarakat pada satu-satu masa.
4.4 Mendorong komitmen Ahli AKRAB dalam reputasi tanggungjawab.

5.0 Kesimpulan.
Dalam pengakhiran tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa
pelaksanaan program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri Ahli
AKRAB dan mengeratkan hubungan silatulrahim di antara masyarakat
setempat. Selain daripada memenuhi keperluan Program AKRAB Tahap 3 dan
dapat memberikan pengalaman baru kepada Ahli AKRAB khasnya untuk
menjadi seseorang pemimpin atau pembimbing satu hari kelak.
Pengalaman seumpama ini tidak akan diperolehi secara teori. Program
CSR ini secara tidak langsung akan memupuk semangat kerjasama di kalangan
Ahli AKRAB mencapai matlamat dalam kerja berpasukan. Semoga program ini
dapat dilaksanakan secara realiti pada masa akan datang untuk menilai sebenar
kebolehan dan keupayaan Ahli AKRAB dalam memacu tanggungjawab sosial.

Anda mungkin juga menyukai