Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN I: LAPORAN REFLEKSI

1. Apa yang saya belajar daripada kursus ini?


Sebagai seorang warganegara yang baik dan sayangkan negara,
seharusnya mengambil tahu susur galur bahasa, sejarah perkembangan bahasa,
bahasa warisan negara dan setiap prinsip perlembagaan mestilah diketahui
dengan baik malah diberi perhatian yang sewajarnya oleh setiap individu. Saya
belajar bahawa semangat cintakan Bahasa Melayu boleh diterjemahkan melalui
penghayatan prinsip rukun negara, menghormati dan meraikan semua bangsa
dan etnik di Malaysia melalui aspek sosio-budaya, politik dan ekonomi serta
mengetahui hak dan kebebasan bersuara mengikut undang-undang.
Melalui kursus ini saya dapat simpulkan bahawa membangunkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa kebangsaan sebuah negara bukanlah tugas mudah yang
telah berjaya digalas oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Namun, generasi kini
jauh lebih payah dalam mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu dan
memperkasa penggunaannya di peringkat nusantara dan global. Dengan ini, kita
tahu tujuan sebenar kursus ini dipelajari hanyalah untuk mengembangkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa penyatuan dan perpaduan rakyat di Malaysia khususnya
dan di nusantara secara amnya. Selain untuk memperkasa peranan dan fungsi
serta dasar-dasar bahasa kebangsaan selaras dengan peranan Akta Pendidikan.

2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?


Pengalaman mempelajari sesuatu mengenai perkembangan Bahasa
Melayu adalah sesuatu yang amat berharga dan memberikan kesedaran kepada
diri saya untuk lebih mendaulatkan Bahasa Melayu. Saya mendapati semangat
cintakan Bahasa Melayu di dalam diri saya semakin menebal dan saya kira
tenaga pengajar mampu menyampaikan objektif pembelajaran dengan baik.
Setiap method yang digunapakai untuk menjadikan mata pelajaran ini menarik
seperti sesi pembelajaran secara atas talian (Google Meet) dan perbincangan
dalam forum telah berjaya membuatkan saya kekal fokus sepanjang kursus ini
dijalankan.

1
Sepanjang sesi pembelajaran, saya juga diberi peluang menyuarakan
pendapat dan berkongsi pandangan dengan tenaga pengajar dan rakan-rakan
yang lain walaupun tidak secara bersemuka. Saya menjadi individu yang lebih
cakna kepada pengunaan Bahasa Melayu untuk diamalkan dalam kehidupan
masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Semangat jati diri dan sayangkan negara di
dalam diri saya menjadi semakin mendalam apabila saya mempelajari kursus ini.
Ini kerana, dengan memahami Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan, kita
dapat berkomunikasi dengan baik dan sistematik bersama jiran-jiran, rakan-rakan
mahupun masyarakat setempat tanpa melihat perbezaan latar belakang bahasa
ibunda masing-masing.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran


bagi kursus ini?
i. Tenaga pengajar memberikan contoh-contoh atau kejadian sebenar
dan juga memetik laporan media yang berkaitan dengan Bahasa
Melayu.
ii. Pembentangan secara power point yang lebih kreatif samaada
daripada pihak pengajar atau pelajar (secara dua hala).
iii. Menambah waktu tutorial dan forum online.
iv. Memperbanyakkan contoh-contoh soalan peperiksaan bagi tujuan
rujukan dan menarik minat pelajar.
v. Mempelbagaikan contoh task online sebagai rujukan.
vi. Mengadakan forum atau wacana minda secara interaktif.
vii. Mewujudkan aplikasi untuk pelajar berinteraksi dan soal jawab
seperti aplikasi ‘kahoot!’ dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai