Anda di halaman 1dari 6

Lampiran 1: Protokol Temu Bual

Tajuk : Keberkesanan projek Program Bacaan Pagi di SJKC Chong


Hwa

Nama Guru : Cik Lim Jia Yee

Jawatan : Guru

Tarikh : 22 November 2022

Masa : 8:30 pagi

Objektif:

1. Menbincang isu literasi dan penulisan Bahasa Melayu

2. Menbincang cara-cara untuk menangani isu penguasaan bahasa Melayu

3. Meneroka program yang dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi akademik


pelajar

4. Mendapatkan maklum balas dan pandangan berkenaan program yang dilaksanakan

Soalan Pembuka

1. Salam Sejahtera.
2. Sesi temu bual pada hari ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai keberkesanan
projek Peningkatan Prestasi Akademik yang dilaksanakan di sekolah dalam usaha
meningkatkan motivasi murid terhadap pembelajaran.
3. Sebelum memulakan sesi temu bual ini, izinkan saya untuk merakam dan mengambil
nota lapangan sepanjang sesi temu bual ini. Saya akan memastikan segala maklumat
yang disalurkan melalui temu bual ini hanya digunakan untuk tujuan penulisan laporan
temu bual sahaja.
4. Saya juga akan menghormati segala maklumat atau pandangan yang dikongsi kerana
tiada jawapan betul atau salah bagi sesi temu bual ini.

Soalan Pengenalan

1. Boleh ceritakan pengalaman cik mengajar di sekolah ini?


2. Bagaimanakah prestasi pencapaian murid dalam subjek Bahasa Melayu?
3. Apakah projek yang telah dijalankan di sekolah ini untuk meningkatkan motivasi murid
dalam mempelajari bahasa Melayu?
4. Bagaimanakah projek Peningkatan Prestasi Akademik yang telah sebutkan tadi
dijalankan?
Soalan Transisi
1. Adakah projek peningkatan prestasi akademik ini dapat membantu murid-murid?
2. Bagaimanakah keberkesanan projek tersebut terhadap prestasi akademik murid?

Soalan Kata Kunci

1. Bolehkah Cik menjelaskan bagaimana projek ini dapat meningkatkan prestasi murid?
2. Bagaimanakah sekolah menilai keberkesanan projek Peningkatan Prestasi Akademik
yang dilaksanakan dalam usaha meningkatkan motivasi murid terhadap pembelajaran?
Berikan contoh.
3. Bolehkah Cik menerangkan secara lanjutnya peranan guru dalam pelaksanaan program
ini?

Soalan Penutup

1. Penambahan nota-nota untuk sesi temu bual pada hari ini.

2. Terima kasih Cik kerana sudi meluangkan masa untuk menjalankan temu bual ini.
Lampiran 2: Hasil Temu Bual Rakan Pembelajaran (Cik Lim Jia Yee)

Saya : Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk
menjalankan sesi temu bual pada hari ini. Saya sedang menjalankan tugasan untuk subjek
Sosiologi dan ingin menemu bual Cik Lim mengenai prestasi pencapaian murid dalam
Bahasa Melayu serta projek peningkatan akademik yang dianjurkan di sekolah untuk
meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam Bahasa Melayu.

Cik Lim : Sama-sama. Apakah yang saya boleh membantu Cik Ng?

Saya : Bolehkah Cik Lim ceritakan tentang pengalaman sebagai guru di


sekolah?

Cik Lim : Saya, Cik Lim Jia Yee, telah mengajar selama 10 tahun dan berkhidmat di
sekolah SJKC Chong Hwa selama 5 tahun.

Saya : Pada pandangan anda, bagaimanakah prestasi pencapaian Bahasa


Melayu dalam kalangan murid di sekolah ini?

Cik Lim : Pada pendapat saya, saya sebagai guru matapelajaran BM, prestasi murid
dalam subjek Bahasa Melayu adalah kurang memuaskan. Setelah hampir dua tahun mereka
menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mereka agak ketinggalan
dan minat untuk belajar semakin hilang. Tambahan pula, murid kami juga kurang
mendedahkan diri terhadap Bahasa Melayu contohnya, mereka tidak bertutur dengan rakan-
rakan yang berbahasa melayu dan kurang membaca buku dalam bahasa Melayu. Mereka
berasa bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas
kerana tidak memahami apa yang guru cuba sampaikan.

Saya : Jadi, apakah projek yang telah dijalankan di sekolah ini untuk
meningkatkan motivasi murid dalam mempelajari bahasa Melayu?

Cik Lim : Sekolah kami telah melaksanakan Program Bacaan Pagi yang berfokuskan
untuk meningkatkan motivasi murid dalam mempelajari Bahasa Melayu.

Saya : Bagaimanakah program yang telah cik sebutkan tadi dijalankan?

Cik Lim : Program Bacaan Pagi merupakan usaha daripada guru-guru mata pelajaran
BM yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan penguasaan murid dalam
Bahasa Melayu. Ia menekankan peluang pendidikan kepada semua murid tanpa mengira
kaum dan bangsa di sekolah untuk mendedahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Bahan bacaan untuk program ini telah disediakan mengikut tahap penguasaan murid dalam
Bahasa Melayu. Setiap bacaan akan direkod dan diselia oleh Guru Pembimbing masing-
masing dan akan disimpan dalam fail peribadi murid.

Saya : Pada pandangan cik, adakah projek ini dapat membantu murid-murid?

Cik Lim : Ya. Misalnya, hadiah dan sijil akan kami sediakan untuk murid-murid yang
mempunyai rekod bacaan terbanyak dalam sesuatu tempoh masa. Mereka telah
menunjukkan sambutan yang baik untuk melibatkan diri secara aktif dalam program ini.
Secara tidak langsung, motivasi murid telah ditingkatkan.

Saya : Bagaimanakah keberkesanan projek tersebut terhadap prestasi


akademik murid?

Cik Lim : Sekolah dapat mengenal pasti dan menilai keberkesanan projek ini dengan
membandingkan tahap penguasaan murid-murid bagi pertengahan tahun dan akhir tahun
yang diberi oleh guru mata pelajaran masing-masing. Guru BM telah menyatakan bahawa,
semasa dalam kelas penulisan BM, murid-murid dapat menyampaikan fikiran dan idea-idea
mereka dengan baik berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Perbendaharaan kata yang
berbagai telah digunakan untuk mereka bina ayat dalam struktur yang betul. Murid-murid
juga menunjukkan minat membaca dalam buku Bahasa Melayu.

Saya : Pada pandangan Cik Lim, adakah program ini memberi kesan positif
terhadap peningkatan prestasi akademik murid?

Cik Lim : Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan antara guru dan murid
menjadi positif dan motivasi murid untuk belajar meningkat. Apabila murid bersedia untuk
belajar, maka prestasi akademik mereka juga menunjukkan kesan yang positif. Tambahan
lagi, murid mula bercakap dengan rakan-rakannya yang bertutur dalam bahasa Melayu.
Interaksi antara murid juga bertambah mesra dan suasana pembelajarannya menjadi baik di
dalam kelas.

Saya : Bolehkah Cik Lim menerangkan secara lanjutnya peranan guru dalam
pelaksanaan program ini?

Cik Lim : Ya. Seperti yang telah dinyatakan, hubungan antara guru dan murid
bertambah baik. Hal ini demikian kerana guru berperanan sebagai mentor dalam program ini
untuk membantu pelajar lemah secara khususnya untuk menguasai kemahiran asas
membaca bahasa Melayu. Mereka tidak lagi berasa tersisih apabila guru memberikan
perhatian yang sepenuhnya kepada dirinya. Motivasi dan semangat ingin belajar
dikembalikan kerana mereka berasa dihargai dan usaha mereka dilihat apabila peneguhan
positif diberikan oleh guru-guru.
Saya : Betul, saya memang bersetuju dengan Cik Lim ini. Peranan guru adalah
penting untuk membantu tahap kesediaan muridnya dalam menguasai bahasa Melayu ini.
Ada apa lagi Cik Lim nak tambah untuk sesi temu bual pada hari ini?

Cik Lim : Ya, program ini menekankan bahawa semua murid harus sedar akan
kepentingan mempelajari bahasa Melayu. Ia memberi peluang kepada semua murid tanpa
mengira bangsa dan kaum untuk mempelajari bahasa Melayu ini melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan oleh pihak sekolah. Khususnya, bagi golongan murid B40, faktor keluarga juga
mungkin menjadikan satu isu ketinggalan pelajarannya. Jadi, program ini bertindak sebagai
satu platform untuk menggalakan pendedahan yang lebih banyak dalam mempelajari
bahasa kedua seperti bahasa Melayu.

Saya : Semoga pihak sekolah akan meneruskan program ini untuk mengekalkan
semangat murid untuk belajar. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu bual
pada hari ini. Jumpa lagi.
Lampiran 3: Menjalankan temu bual dengan Cikgu Lim Jia Yee

Anda mungkin juga menyukai