Anda di halaman 1dari 23

1

Pengenalan

Kerja kursus ini dibuat untuk melengkapkan sukatan pelajaran untuk subjek GBM1103.
Kerja ini, adalah kerja kursus pendek (KKP). KKP ini adalah berkaitan dengan Bahasa
Melayu Kontekstual. Pengatahuan dan penguasaan kemahiran lisan dan bukan lisan
Bahasa Melayu amat penting kepada setiap individu. Setiap pelajar seharusnya memahami,
menguasai, mahir dan dapat menggunakan kemahiran tersebut dengan baik dalam pelbagai
situasi dengan berkesan.
Tempoh untuk menyiapkan tugasan ini adalah selama satu bulan. Hasil
pembelajaran KKP ini adalah,dapat menghasilkan teori asas komunikasi secara kontekstual
dengan menggunakan aspek lisan dan bukan lisan yang digarapkan dalam linkungan
kesantunan berbahasaa dengan baik. Selain itu, dapat mempraktikan kemahiran
berkomunikasi khalayak secara lisan dengan betul. Selain daripada itu, dapat menguasai
komunikasi bukan lisan dengan baiknya dan berkesan ketika melakukan aktiviti
berkomunikasi secara lisan. Dan yang terakhir ialah,dapat menghasilkan komunikasi yang
berkesan dengan laras bahasa yang sesuai mengikut konteks.
Kerja kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A,B dan C. Bahagian A,
kami disuruh untuk menghasilkan sebuah penulisan komunikasi bertulis. Antara pilihan
komunikasi bertulis ialah ucapan, ceramah, syarahan, pidato dan skrip pengecaraan majlis
dan membawa markah 50%. Bahagian B, kami dikehendaki membuat satu simulasi majlis.
Antara pilihan simulasi yang dibuat ialah anugerah kecermerlangan, forum perdana,
pertandingan syarahan dan pertandingan pidato. Masa simulasi dalam lingkungan 50 minit
dan membawa wajaran markah 30%. Bahagian C, kami disuruh membuat refleksi tentang
tugasan ini dan wajaran markah 20%.kesemua ini membawa 100%.







2

Definisi ceramah.

Ceramah sebagai cara pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui pengucapan dan
disampaikan secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah terdapat penerangan daripada
penceramah, diselangi soalan daripada audien dan jawapan daripada penceramah
sehinggalah selesai segala infomasi atau maklumat yang mahu disampaikan. Ceramah
boleh digunakan untuk tujuan memujuk. Pembujukan pula bolehlah dianggap sebagai
proses seseorang pengucap mengubah sikap, kepercayaan atau tindakan audien sasaran.
Pembujukan merupakan proses yang aktif dan melibatkan usaha-usaha mengubah
pemikiran audien. Oleh itu pengucap perlu menggunakan lebih daripada satu pendekatan
dalam proses pembujukannya. Selain itu setiap unsur dalam penyampaian ucapannya
seperti mimik muka, nada suara, gerak badan, perlu diseimbangkan dengan hujah bagi
membantu audien mengubah sikap dan tindakan mereka.
Menurut kamus dewan edisi ke- 4, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan
membicarakan sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui
pengucapan yang disampaikan secara dua hala. Selain itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz,
ceramah ialah proses komunikasi sehala atau dua hala dan khalayak berperanan sebagai
pendengar. Ceramah bermaksud sebagai satu komunikasi interpersonal yang disampaikan
secara lisan tentang sesuatu perkara seperti ceramah tentang agama, politik, ekonomi dan
sebagainya yang disampaikan oleh individu yang berkelayakan tentang bidang yang mereka
ceburi.
Menurut Abdul Muati Ahmad,(1994) didalam bukunya, panduan pengucapan awam
mengatakan ceramah adalah salah satu pengucapan umum yang menggunakan anggota
komunikasi verbal dan bukan verbal. Selain daripada itu,ceramah merupakan salah satu
kaedah berkomunikasi secara lisan yang dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu
tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.
Kesimpulannya, ceramah satu komunikasi untuk memberikan kesedaran,motivasi
dan sebagainya. Hanya orang yang berkelayakan sahaja boleh menyampaikan ceramah.



3

























Ciri-ciri
ceramah
Bermaklumat ada
fakta dan
menguasai bidang
tersebut secara
mendalam
Menggunakan
bahasa biasa
Pakar dan
berpengatahuan
dalam tajuk
pengucapannya
Ada kata-kata
aluan(salutasi)
mengikut protokol
Dapat menguasai
penonton
Mempunyai
keterampilan atau
aura
Ada keyakinan
berbicara
4


Jenis-jenis ceramah

Ada dua jenis ceramah, yang pertama ialah ceramah untuk kempen iaitu untuk
menyampaikan maklumat untuk kempen bertujuan untuk mendapat sokongan dari orang
ramai bagi sesuatu tujuan. Contoh ceramah untuk kempen ialah ceramah menjaga
kesihatan, ceramah menderma darah, kempen politik dan ceramah semangat kejiranan.
Jenis ceramah yang kedua ialah, ceramah untuk menyampaikan maklumat iaitu
bertujuan untuk menyampaikan penerangan dan pemahaman kepada orang ramai
mengenai sesuatu idea, konsep atau perkara-perkara yang memerlukan kesedaran mereka
dan dapat memberikan manfaat kepada mereka. Anatara contoh ceramah untuk
menyampaikan maklumat ialah, ceramah agama, ceramah kesedaran, ceramah
meningkatkan produktiviti dan ceramah tanggungjawab keibubapaan.














5

Format ceramah

Ada tiga bahagian penting dalam cermah iaitu bahagian awal, bahagian isi dan
bahagian akhir atau penutup.
Di bahagian awal haruslah menyatakan penghargaan kepada pengerusi majlis,
kepada orang yang berkedudukan tinggi dalam majlis dan kepada orang ramai yang hadir.
Selepas menyatakan penghargaan, ucapan terima kasih kerana sudi diberikan kesempatan
atau kepercayaan untuk menyampaikan ceramah haruslah diucapkan. Selepas itu,
membuat penegasan yang kontervesi pada permulaan ceramah. Kemudian mulakan
ceramah dengan memetik ucapan-ucapan atau kata-kata orang ternama untuk
mendapatkan perhatian lebih. Selepas itu, sampaikan puji-pujian tertentu kepada yang hadir
dan nyatakan isi ceramah yang diberi.
Bahagian yang kedua iaitu, bahagian isi. Bahagian ini amat penting kerana isi akan
menentukan nilai sesebuah ceramah. Isi adalah butir-butir sokongan kepada isi utama yang
telah dikemukakan pada bahagian awal ceramah. Isi haruslah ada lima atau enam.
Seterusnya di bahagian penutup atau akhir. Antara perkara penting dalam bahagian
penutup ialah, mengulas perkara-perkara utama dalam ceraah iaitu dengan menekankan
idea-idea pokok tanpa membuat perincian. Selepas itu, beri penekanan kepada hujah-hujah
yang penting dan kukuhkan hujah yang lemah. Kemudian itu, suarakan gagasan untuk
bertindak. Tinggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara-perkara utama agar para
pendengar dapat bertindak balas. Tutup ceramah dengan ungkapan demikian tadi... ,
daripada penjelasan tadi... , begitulah serba sedikit tentang... dan sebagainya.







6

Teks ceramah.
Tajuk ceramah : Langkah yang perlu diambil untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan enam atas.

Saudara Pengerusi Majlis, Tuan Naib Pegetua Bahagian Akademik, Guru Panitia
Bahasa Melayu, guru-guru dan para pelajar sekalian. Selamat pagi, salam sejahtera, salam
perpaduan dan salam satu Malaysia sa ucapkan kepada anda semua. Di sini saya ingin
merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya
memberikan ceramah tentang cara meningkatkan penguasaan bahasa Melayu ataupun
bahasa kebangsaan kita di Malaysia dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar tingkatan
enam.
Guru-guru dan para pelajar,
Sebagai seorang pensyarah yang telah lama berkecimpung dalam pendidikan
bahasa Melayu di Negara ini, saya tidak dapat menafikan bahawa kelemahan penguasaan
bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu dan bukan Melayu masih serius. Kelemahan
tersebut bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah rendah dan atas, malah juga
pelajar di peringkat pengajian tinggi. Hal ini amat mengecewakan. Walaupun mereka telah
mempelajari bahasa ini di sekolah melebihi sepuluh tahun, tetapi kelemahan mereka masih
ketara.
Pelajar sekalian,
Langkah yang amat penting untuk diambil oleh pelajar bagi memperbaiki kelemahan
adalah mempelajari tatabahasa bahasa Melayu secara formal, khususnya oleh pelajar
Melayu sendiri. Kebanyakan pelajar Melayu tidak mempelajari tatabahasa secara mendalam
kerana menganggap bahasa Melayu ialah bahasa ibunda mereka dan mereka telah
menguasainya sejak kecil. Oleh itu, mereka tidak memahami sistem bahasa Melayu dengan
mendalam. Hal ini seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat mengenal pasti binaan
bahasa yang salah dan jauh sekali membetulkan kesalahan yang telah dilakukan. Ini
berbeza dengan pelajar bukan Melayu yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua secara formal. Pengajian tatabahasa secara formal dapat membantu pelajar
mendalami sistem bahasa dan dengan itu, dapat membantu mereka menggunakan bahasa
dengan tepat.
7

Bahasa Melayu juga nharus digunakan secara praktikal dan menyeluruh oleh para
pelajar. Mempelajari bahasa sebenarnya sama dengan mempelajari sesuatu kemahiran
yang lain, seperti berenang, memandu dan sebagainya. Latihan berterusan amatlah penting,
terutamanya jika bahasa itu dipelajari sebagai bahasa kedua. Pengetahuan tatabahasa
semata-mata tidak akan bermakna jika tidak diperkukuh dengan penggunaan bahasa
tersebut dalam konteks sebenar. Justeru, saya menyarankan agar pelajar sentiasa
menggunakan bahasa ini, bukan sahaja semasa pengajaran mata pelajaran ini, tetapi juga
dalam konteks lain, seperti perhubungan dengan guru dan rakan, baik sewaktu di sekolah
mahupun di luar sekolah.
Guru-guru dan para pelajar yang saya kasihi,
Untuk meningkatkan kemahiran berbahasa, pelajar juga perlu banyak membaca.
Banyak membaca bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan, tetapi juga dapat
meningkatkan penguasaan bahasa. Melalui pembacaan, kita dapat melihat konteks sebenar
penggunaan sesuatu struktur, kosa kata dan aspek bahasa yang lain. Penggunaan bahasa
yang betul dapat kita jadikan contoh. Perbendaharaan kata dapat diperluas jika kita rajin
membaca dan merujuk kamus apabila kita tidak dapat mengetahui makna sesuatu
perkataan. Kita harus sedar bahawa kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu tidaklah
terikat kepada satu makna sahaja,tetapi kadang-kadang begitu pelbagai, bergantung
kepada konteks. Keluasan perbendaharaan kata memudahkan kita menggunakan bahasa
dengan lancar. Selain itu, dengan banyak membaca juga kita dapat melihat penggunaan
aspek bahasa yang lain, di samping aspek stilistiknya.
Pelajar sekalian,
Mengenal pasti setiap kesalahan yang kita lakukan demi mengetahui punca dan
jenis kesalahan serta bentuknya yang betul juga merupakan satu cara memperkukuh
penguasaan bahasa. Semua orang melakukan kesalahan semasa menggunakan bahasa,
sama ada disedari ataupun tidak. Kadang-kadang kita tidak mengetahui sebab sesuatu
binaan bahasa yang kita hasilkan itu salah. Dalam hal ini, fungsi guru sangat penting.
Sebagai pelajar, kita harus menyemak setiap kerja atau latihan yang telah diperiksa dan
dikembalikan oleh guru. Kita mestilah mengenal pasti jenis kesalahan tersebut dan bertanya
sebab binaan tersebut salah dan binaannya yang betul. Apabila kita mengetahui jenis
kesalahan tersebut dan tahu pula pembetulannya, maka kita akan dapat memahami aspek
tersebut dengan jelas. Seterusnya,hendaklah mengingati aspek tersebut dan mengelak
daripada melakukan kesalahan yang sama. Jika langkah ini dilakukan berterusan,
kelemahan bahasa kita dapat diatasi.
8

Akhir sekali, kita sebagai pelajar juga harus mengikuti perkembangan semasa
bahasa Melayu di negara ini. Sebagaimana yang kita ketahui, bahasa Melayu pada
hakikatnya masih dalam proses perancangan dan pembinaan dalam pelbagai aspek. Oleh
itu, perubahan ke arah pemurnian masih berjalan, khususnya dari segi ejaan, istilah, dan
tatabahasa. Dari semasa ke semasa ahli bahasa membuat kajian tentang aspek bahasa dan
menyarankan sesuatu yang lebih murni dan betul untuk menggantikan sesuatu yang telah
sekian lama digunakan. Sebagai pelajar kita harus peka kepada segala perubahan yang
berlaku dalam perancangan bahasa.
Guru dan pelajar sekalian,
Kemurnian sistem bahasa Melayu dapat kita kekalkan jika kita sebagai masyarakat
penutur bahasa ini dapat menggunakan bahasa ini dengan sebaik-baiknya. Untuk mencapai
hasrat ini, anda sebagai pelajar ialah pewaris yang berperanan untuk meneruskan
kesinambungan fungsi bahasa ini, bukan sahaja dari segi fungsinya sebagai bahasa
kebangasaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan, malah bahasa ilmu. Tanggungjawab
ini harus anda laksanakan dengan sewajarnya kerana jika tidak, bahasa Melayu mungkin
akan sukar menjadi bahasa moden yang setanding dengan bahasa ilmu yang lain.
Kesimpulannya, bahasa ini hendaklah anda pelajari secara mendalam agar anda dapat
menguasainya dengan cekap dan berkesan. Sekian sahaja ceramah yang dapat saya
sampaikan pada hari ini dan saya berharap agar kandungan ceramah ini sedikit sebanyak
dapat membantu anda. Saya akhiri ceramah saya dengan ucapan terima kasih.










9

Simulasi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SK PEKAN TELIPOK
DEWAN MASYARAKAT TELIPOK
02 OKTOBER 2013

BIL AGENDA TEKS

1.


Ketibaan
jemputan dan
ibu bapa


Nyanyian lagu
Negaraku



Diumumkan ketibaan yang berhormat Naib Yang Dipertua PIBG Encik
Amat Ali diiringi guru besar Sekolah Kebangsaan Telipok, penolong kanan
pentadbiran, penolong kanan HEM, dan penolong kanan kokurikulum SK
Pekan Telipok. Dijemput duduk ke barisan hadapan dewan.

Bagi memulakan acara kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama berdiri
untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah tanah airku dengan iringan
muzik.

Hadirin dipersilakan duduk.



2.

Bacaan doa.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
memanjatkan doa untuk memohon berkat agar majlis anugerah
kecemerlangan kita pada tahun ini menjadi lebih bermakna serta dapat
berjalan dengan lancar.Tanpa membuang masa lagi, majlis mempersilakan
ustaz Mohamad Alif bin Abu untuk memimpin bacaan doa.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

10


3.


Ucapan alu-
aluan
Pengerusi
Majlis
Cempaka cina sedang digalas,
Che Ton meminta berkali-kali,
Anugerah Cemerlang 2013,
Murid-murid cemerlang kita hargai.

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang Berusaha En. Lukish Limban selaku Guru Besar SK Pekan Telipok,

Yang Berbahagia Naib Yang Dipertua PIBG SK Pekan Telipok
______________________________________ ,
Para jemputan khas,
Guru-guru penolong kanan,
guru-guru,
Ajk PIBG SK Pekan Telipok,
ibu-bapa,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-
Nya kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Majlis Hari Anugerah
Cemerlang SK Pekan Telipok 2013. Pihak sekolah mengalu-alukan serta
berterima kasih atas kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-murid
ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Pekan
Telipok ini diadakan adalah untuk memberikan anugerah penghargaan
kepada usaha murid-murid yang bersungguh-sungguh mencapai keputusan
yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun
2013 ini. Semoga dengan penghargaan yang diberikan akan menjadi batu
lonjakan bagi murid-murid untuk lebih berusaha mencapai kejayaan di masa
akan datang.


Ucapan
Guru Besar
Sidang hadirin yang dihormati,
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Pembuka tirai majlis kita pada hari ini ialah ucapan alu-aluan. Oleh itu,
majlis dengan takzimnya mempersilakan En. Lukish Limban selaku Guru
11

Besar SK Pekan Telipok untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Dipersilakan.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan guru
besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.


5.


Ucapan
Perasmian
oleh
NYDP PIBG

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk menjadikan majlis kita pada hari ini lebih bermakna majlis dengan
segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Encik Amat Ali untuk
memberikan ucapan beliau sekaligus merasmikan majlis anugerah
kecemerlangan Sk Pekan Telipok bagi tahun 2013. Majlis dengan segala
hormat mempersilakan .
***
Hadirin yang dihormati sekalian, dengan berakhirnya ucapan daripada Yang
Berbahagia Encik Amat Ali sebentar tadi maka rasmilah sudah majlis kita
pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kesudian Yang Berbahagia kerana merasmikan majlis kita pada pagi ini.

6.

Majlis
Graduasi
Prasekolah
Nilam :

Penyampaian
Sijil Graduasi

&
Mata pelajaran
terbaik
Prasekolah


Sidang dewan yang dimuliakan,

Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Oleh itu, untuk menyempurnakan lagi acara penyampaian anugerah ini,
dijemput Puan Yushida Panilau untuk naik ke atas pentas bagi
menyampaikan anugerah. Majlis mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah kepada Graduasi
Prasekolah Nilam bagi tahun 2013.
12

&
Anugerah
Khas
Prasekolah
Nilam

Kedudukan
dalam kelas
tahun 1 hingga
tahun 6 &
Mata pelajaran
terbaik






Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Prasekolah Nilam.

Seterusnya kita beralih pula kepada anugerah kedudukan dalam kelas
bagi tahun 1 hingga tahun 6.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada pelajar
terbaik setiap mata pelajaran tahun 1 hingga tahun 6.
****
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Yushida Panilau
atas kesudian beliau untuk menyampaikan anugerah sebentar tadi.



7.

Persembahan
1 :
Tarian

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Majlis yang penuh gilang-gemilang ini diserikan lagi dengan persembahan
tarian 1 Malaysia oleh murid Tahun 6 SK. Pekan Telipok. Bagi pengetahuan
saudara dan saudari, kumpulan tarian ini telah dilatih oleh Pn. Debbie
Clement bersama sahabatnya En. Benjamin Boliku. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

Sekalung apresiasi diucapkan kepada para penari yang telah memukau
para penonton sebentar tadi.

8.

Penyampaian
Anugerah:

Kedudukan
dalam kelas
tahun 1 hingga
tahun 5 &
Mata pelajaran

Majlis seterusnya menjemput Pn. Emelda Leo, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Pekan Telipok untuk naik ke pentas bagi menyampaikan
anugerah seterusnya.

*** Anugerah seterusnya ialah mata pelajaran terbaik sesi kelas muzik.

****
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
13

terbaik



Pn. Emelda Leo atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar
tadi.



9.

Penyampaian
hadiah
penghargaan:

Kehadiran
penuh

Kebersihan
dan
kekemasan
kendiri


Sijil
Penghargaan
dan wang
tunai:
ketua kelas
dan penolong
ketua kelas,
Pengawas
perpustakaan,

Pengawas
sekolah.


Majlis akan diteruskan lagi dengan anugerah penyampaian hadiah
seterusnya.
Dengan itu, untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, dijemput
Guru besar SK Pekan Telipok, En. Lukish Limban untuk menyampaikan
anugerah kepada para penerima. Majlis dengan segala sukacitanya
mempersilakan.
**** penyampaian anugerah yang pertama iaitu murid dengan
kedatangannya penuh sepanjang tahun 2013.
**** majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada murid
dengan kebersihan dan kekemasan kendiri terbaik.
**** majlis seterusnya ialah, penyampaian sijil penghargaan kepada ketua
dan penolong ketua kelas SK Pekan Telipok 2013.

****seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas
perpustakaan SK Pekan Telipok 2013.
****seterusnya ialah, penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas SK
Pekan Telipok. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru besar
SK Pekan Telipok, En. Lukish Limban atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah dan sijil penghargaan kepada para penerima sebentar tadi.



10.

Persembahan
2 :
Tarian
Prasekolah

Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan sebuah persembahan tarian yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid prasekolah SK Pekan Telipok. Untuk
pengetahuan hadirin sekalian, persembahan tarian ini berada di bawah
14

Nilam bimbingan Pn. Betna Gudin dan Pn. Neomi Dominic. Dengan itu majlis
dengan hormatnya mempersilakan.
**** terima kasih atas persembahan tarian yang sangat menarik dan
menghiburkan hati sebentar tadi.



11.

Penyampaian
Anugerah
Khas :




Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan lagi penyampaian anugerah khas,

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berbahagia
Pn. Lora Tesim naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah kemuncak
kita pada hari ini.

*** Penerima Anugerah Khas pada tahun ini adalah Lydora Jamuin dan
Khairul Hafizar.
*** Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Khas kepada Tokoh Murid
adalah Asrul Mazwan dan Annetty Jimal tahun 2013.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini.
Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat
untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh teladan kepada
murid lain dan kepada murid-murid yang lain teruskan berusaha jadikan
murid-murid sebentar tadi sebagai pembakar semangat.



12.

Penyampaian
Cenderahati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia
Pn. Lora Tesim atas kesudian beliau menyampaikan Anugerah Khas
sebentar tadi.

Oleh itu, dipersilakan Guru Besar SK Pekan Telipok, En. Lukish Limban
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tn. NYDP
PIBG Sk Pekan Telipok.


13.
Hadirin sekalian,
15

Penutup
&
Jamuan
ringan.

Bunga dedap di atas para,
Anak desa pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan berakhirnya majlis anugerah cemerlang itu tadi maka berakhirlah
sudah majlis kita pada hari ini. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Hari Anugerah
Cemerlang SK Pekan Telipok 2013, para ibubapa dan mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Sesungguhnya kehadiran anda semua telah memeriahkan lagi majlis ini.
Tanpa anda siapalah kami.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan para jemputan untuk menjamu
selera di dewan makan. Sekian dan terima kasih.



16

Tentatif program Majlis Anugerah Cemerlang Sk. Pekan Kiulu 2013

8.30-9.30 a.m.-Ketibaan jemputan dan ibu bapa
10.00 a.m.-Nyanyian lagu Negaraku
10.15 a.m.-Bacaan doa.
10.30 a.m.-Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
10.50 a.m.-Ucapan Guru Besar
11.20 a.m.-Ucapan Perasmian oleh NYDP PIBG
11.55 a.m.-Majlis Graduasi Prasekolah Nilam : Penyampaian Sijil Graduasi &Mata pelajaran
terbaik Prasekolah
12.10 p.m.-Penyampaian Sijil Graduasi & Mata pelajaran terbaik Prasekolah & Anugerah
Khas Prasekolah Nilam
12.30 p.m.-Kedudukan dalam kelas tahun 1 hingga tahun 6 & Mata pelajaran terbaik
1.00 p.m.-Persembahan 1: Tarian
1.15 p.m.-Penyampaian Anugerah: Kedudukan dalam kelas tahun 1 hingga tahun 5 & Mata
pelajaran terbaik
1.35 p.m.-Penyampaian hadiah penghargaan:Kehadiran penuh, Kebersihan dan
kekemasan kendiri, Sijil Penghargaan dan wang tunai:ketua kelas dan penolong
ketua kelas, Pengawas perpustakaan, Pengawas sekolah.
2.00 p.m.-Persembahan 2 : Tarian Prasekolah Nilam
2.15 p.m.-Penyampaian Anugerah Khas:Penyampaian Cenderahati
2.30 p.m.-Penutup & Jamuan ringan.




17

Senarai nama-nama penerima anugerah 2013
Senarai Nama Graduasi Prasekolah Nilam
bagi tahun 2013:
1. Adnan samad
2. Bibiana Jangin
3. Clarice Yaban
4. Dina Didin
5. Donald Bani
6. Dorina Podtung
7. Hidaya Ahmad
8. Mohd. Alpian
9. Sabariah Salleh
10. Undaing Tungol
11. Veronika Abau
12. Yudung Kupor

Anugerah khas prasekolah Nilam:
1. Donald Bani
2. Undaing Tungol


Senarai nama kedudukan dalam kelas
bagi tahun 1 hingga tahun 6:
Tahun 1:
Tempat pertama : Santi Said
Tempat kedua: Vivian Idein
Tempat ketiga: Bryen Janam
Tahun 2:
Tempat pertama : Clarisa Janim
Tempat kedua: Jeremi Majin
Tempat ketiga: Alena Antoni


Tahun 3:
Tempat pertama : Aiman Abu
Tempat kedua: Sabundandam Shakir
Tempat ketiga: Dupong Domain
Tahun 4:
Tempat pertama : Terak Madaun
Tempat kedua: Cupang Kundu
Pelajar terbaik setiap mata pelajaran
Tahun 1 hingga tahun 6:
Tahun 1 :
Bahasa Melayu: Santi Said
Bahasa Inggeris: Brayen Janam
Matematik: Vivian Idin
Sains : Brayen janam
Kajian Tempatan: Santi Said
Pendidikan Moral: Leroy Simon
Pendidikan Islam: Mohd. Hadi Hamid
Muzik : Felix Agus
Pendidikan Seni: Atama Yanting
Pendidikan Sivik: Lourina Dona

Tahun 2 :
Bahasa Melayu: Jeremi Majin
Bahasa Inggeris: Alena Antoni
Matematik: Clarisa Janim
Sains : Clarisa Janim
18

Tempat ketiga: Billy Boby
Tahun 5:
Tempat pertama : Shantana salleh
Tempat kedua: Valfrenjoe Asim
Tempat ketiga: Freshela Kasim
Tahun 6:
Tempat pertama : Edelvon Jaulis
Tempat kedua: Jeron Julanih
Tempat ketiga: Jorin Ginus




Kajian Tempatan: Julius Micheal
Pendidikan Moral: Clarisa Janim
Pendidikan Islam: Fatin Alisa
Muzik : Banol Bobi
Pendidikan Seni: Susan Simon
Pendidikan Sivik: Rosaliah Jalanie

Tahun 3 :

Bahasa Melayu: Amina Abu
Bahasa Inggeris: Amina Abu
Matematik: Amina Abu
Sains :Dupong Domain
Kajian Tempatan: Sabundandam Shakir
Pendidikan Moral: Savindran Razali
Pendidikan Islam: Didie Awang Damit
Muzik : Adin Bianus
Pendidikan Seni: Dupong Domain
Pendidikan Sivik: Sue Santi Misip

Tahun 4 :
Bahasa Melayu: Cupang Kundu
Bahasa Inggeris: Terak Madaun
Matematik: Terak Madaun
Sains : Billy Boby
Kajian Tempatan: Terak Madaun
Pendidikan Moral: Edwin Gellue
Pendidikan Islam: Sazilah Ahmad
Muzik : Davon Jony
Pendidikan Seni: Terak Madaun
Pendidikan Sivik: Cupang Kundu

Tahun 5 :
Bahasa Melayu: Freshela Kasim
Bahasa Inggeris: Jenika Jowin
Matematik: Shantana Salleh
19

Sains : Shantana salleh
Kajian Tempatan: Valfrinjoe Asim
Pendidikan Moral: Cally Chong
Pendidikan Islam: Faizul Nizan Nordin
Muzik : Weslie Vinson
Pendidikan Seni: Shantana Salleh
Pendidikan Sivik: Benedik Petrus


Tahun 6 :
Bahasa Melayu: Edelvon Jaulis
Bahasa Inggeris: Jorin Ginus
Matematik: Edelvon Jaulis
Sains : Jeron Julanih
Kajian Tempatan: Epronik ephraim
Pendidikan Moral: Jenifer Itom
Pendidikan Islam: Sazilah Saiful
Muzik : Jusrinso Justin
Pendidikan Seni: Emili Mahat
Pendidikan Sivik: Edelvon Jaulis











20

Refleksi

Penulisan tugasan Bahasa Melayu Kontekstual (GBM1103) ini merupakan satu cabaran
bagi saya kerana subjek ini adalah subjek baru bagi saya. Walaupun saya pernah
mempelajari Bahasa Melayu semasa berada di sekolah menegah dahulu namun
pengetahuan saya tentang Bahasa Melayu adalah masih sedikit. Semasa saya menyiapkan
tugasan ini, banyak masalah yang saya telah hadapi seperti kekurangan bahan. Dengan ini,
saya hanya melayari internet untuk mencari bahan sebagai bahan rujukan saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Saya juga telah bertungkus-lumus untuk mencari sumber rujukan di
perpustakaan Institiut Pendidikan Guru Kampus Kent. Syukur pada Tuhan kerana masih
terdapat buku sumber rujukan yang saya jumpa selepas saya sekian lama mencari.
Semasa saya membuat kerja kursus ini, saya telah bertanya kepada kawan-kawan saya
tentang apa yang perlu saya buat dan tulis kerana susah untuk mencari maklumat dan
kurang pegetahuan tetang tajuk ini.
Semasa saya menyiapkan tugasan ini saya telah mendapat banyak pengetahuan
baru. Banyak yang saya tidak tahu namun sekarang saya sudah mengetahuinya. Seperti
definisi, ciri-ciri, jenis dan format ceramah. Semua ini saya sudah pun mengetahuinya
sekaligus pengetahuan saya juga sudah bertambah. Selain itu, saya juga dapat mengetahui
tentang penulisan komunikasi lisan ini. Saya juga dapat merasai bagaimana suasana dan
perasaan dalam mengendalikan sesebuah majlis besar. Ini merupakan pegalaman yang
saya tidak boleh lupakan kerana ini adalah kali pertama saya membuat sebuah simulasi
majlis. Semua tatacara dalam mengendalikan majlis ini juga akan dibuat apabila sudah
bertugas di sekolah di suatu hari nanti. Selain itu, saya juga dapat menguasai komunikasi
bukan lisan dan komunikasi lisan dengan betul setelah membuat tugasan ini. Tugasan ini
sangat relevan untuk pelajar-pelajar kerana dapat memertabatkan lagi subjek Bahasa
Melayu di sekolah rendah dan menegah mahupun di pengajian tinggi. Selain itu, saya juga
dapat menghasilkan sebuah komunikasi bertulis yang berkesan dengan menggunakan laras
bahasa yang sesuai mengikut konteks.
Dalam menyiapkan tugasan di bahagian A. Saya telah memilih untuk membuat
komunikasi bertulis ceramah. Ceramah ini sangat penting untuk diadakan untuk memberikan
kesedaran, motivasi dan juga memberikan nasihat untuk menjadikan kita hidup lebih aman
dan damai di dunia ini. Sebelum kita membuat ceramah, kita mestilah mengetahui terlebih
dahulu tentang definisi ceramah. Pelbagai pandangan orang terhadap definisi ceramah ini.
Dengan itu, saya telah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ceramah. Semasa
21

saya membuat teks ceramah ini, saya telah melihat format untuk membuat ceramah ini.
Saya membuat kesimpulan bahawa cara menghasilkan ceramah, ucapan dan syarahan
adalah hampir sama kesemuanya yang membezakanya ialah dari segi fungsi, pada masa
bila kita jalankannya. Demikian itu, saya telah mengetahui tentang perbezaan dan
persamaan ucapan, ceramah dan syarahan. Semua ini adalah komunikasi bertulis. Pidato
dan pengacaraan majlis juga ada persamaan dengan tiga bentuk komunikasi bertulis ini.
Banyak yang saya telah ketahui dalam membuat tugasan bahagia A ini.
Saya sangat bangga kerana saya telah diberikan peluang untuk membuat tugasan
seperti ini, kerana tugasan ini telah memberikan saya impak yang sangat besar terhadap diri
saya. Saya telah menyedari bahawa belajar Bahasa Melayu ini sangat penting dipelajari dan
dikuasai oleh semua orang di negara ini terutamanya kepada pelajar-pelajar di sekolah.
Melalui tugasan ini, bahasa Melayu dapat ditingkatkan lagi sebagai bahasa pengantar kita di
Malaysia. Sama kita naikkan bahasa pengantar kita. Dengan ini, saya berharap saya dapat
teruskan untuk mempelajari dan mendalami subjek ini untuk meningkatkan pencapaian
akedemik saya sepanjang saya berada di IPG Kent dan dimana sahaja.












22

Bibliografi.

Fery Dwisadia. (7, Febuari 2013). Pengertian Pidato, Ceramah dan Khotbah. Dimuat turun
pada : 15, Mac 2014. Daripada Google : http://febydwisadia.blogspot.com

GC. Robert. ( 7, November 2012). Definisi Ceramah. Dimuat turun pada : 15, Mac 2014.
Daripada Google : http://drhrobert.blogspot.com

Halimah Abdul Rahman. (2002). Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan. Penerbit Bakti Sdn.
Bhd.

Jail Junus. (23 Jun 2010). Karangan Bentuk ceramah. Dimuat turun pada : 15 Mac 2014.
Daripada Google : http://panitiabmsmkbp.blogspot.com

Nurfiey. ( 23 Januari 2013). Ceramah. Dimuat turun pada : 15 Mac 2014. Daripada Google :
http://notacikgunurul.blogspot.com

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yuyiea Hiragi. ( 23 Okteber 2012). Definisi Ceramah. Dimuat turun pada : 15 Mav 2014.
Daripada google ; http://yuyiea.blogspot.com

Zubaidah. ( 4 Julai 2011). Pemugaran Bahasa Melayu. Dimuat turun pada : 15 Mac 2014.
Daripada Google : http://cikgu-zue.blogspot.com

Zulharnain.(2012). Contoh Teks Pengacaraan Majlis Formal. Dimuat turun pada : 15 Mac
2014. Daripada Google : http://bahasakudipantai.wordpress.com.

23

lampiran

Anda mungkin juga menyukai