Anda di halaman 1dari 27

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

PENSYARAH: PN. FATAHIYAH BT


MOHD ISHAK
KUMPULAN: CERAMAH

AHLI KUMPULAN:

NURUL HIDAYAH BT ABDULLAH


NURUL NAJWA BT MOHAMAD
NOR SAJIDAH BT ABD RANI
Maksud ceramah
 Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, ceramah
ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan
sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran @
idea2 melalui pengucapan yang disampaikan
secara dua hala.
Definisi ceramah: Tokoh
 Menurut Winarno Surahmad, M.Ed, ceramah
adalah penerangan dan penuturan secara
lisan oleh guru terhadap kelasnya, sedangkan
peranan murid mendengarkan dengan teliti,
serta mencatat yang pokok dari yang
dikemukakan oleh guru.
 Menurut Gilstrap dan Martin 1975 :
ceramah berasal dari bahasa latin yaitu
Lecturu, Legu ( Legree, lectus) yang berati
membaca kemudian diartikan secara
umum dengan mengajar sebagai akibat
dari guru menyampaikan pelajaran dengan
membaca dari buku dan mendiktekan
pelajaran dengan penggunaan buku.
Proses penyampaian ceramah
1-Penceramah-
2-Bahan
Individu yang ceramah/skrip-
bertanggungjawab Kandungan isi
meluahkan isi bicaranya bicara yang
dikhalayak dengan diluahkan.
tujuan tertentu.

4-Audien- 3-Persembahan
Kumpulan ceramah/situasi
manusia yang -
mendengar bicara Gaya ucapan
dan seterusnya disampaikan
bertindak balas atau keadaan
terhadap bicara sesuatu ucapan
tersebut. diadakan.
Tujuan
Komponen ceramah

Pendahuluan

Isi kandungan

Penutup
 CIRI-CIRI CERAMAH YANG BAIK

Ceramah yang baik lahirnya daripada


penceramah yang baik dan bijak dalam
mengendali sesi ceramahnya. Selain itu, prinsip
asas penyampaian ceramah juga merupakan
ciri ceramah yang baik.
Sifat-sifat penceramah

Berkemahiran
berpengetahuan
berucap

berkeyakinan Berkeperibadian &


perwatakan yang baik
 Berpengetahuan
 Seseorang penceramah yang baik dan
berkesan seharusnya berpengetahuan luas
tentang isi ceramahnya, terutamanya
perkara-perkara yang ada kaitan dengan
idea-idea utama yang disampaikannya.
 Penceramah juga perlu peka dengan isu-isu

semasa yang boleh dijadikan contoh bagi


meyokong hujah-hujahnya
 Berkemahiran berucap
 Berupaya menarik perhatian audiens kepada
ucapannya. Kemahiran begini hanya boleh
diperoleh melalui latihan dan pengalaman.
 Seseorang penceramah yang mahir akan

dapat memilih pendekatan dan cara


penyampaian yang bersesuaian dengan
audiens.
 Berkeyakinan.
 Keberkesanan sesuatu ucapan bergantung
kepada dirinya sendiri serta isi bicaranya.
Keyakinan terhadap diri sendiri dan isi
ucapan berkait rapat dengan pengetahuan
dan latihan atau persediaan.
 Lazimnya, orang yang berpengetahuan luas

lebih berkeyakinan dalam menyampaikan


ceramahnya.
 Berkeperibadian dan berperawakan
baik.
 Kedua-dua faktor ini juga turut menghasilkan
keberkesanan ucapan seseorang itu.Lazimnya,
audiens bukan sahaja menilai isi ceramah yang
disampaikan, bahkan juga siapa penceramah
dan sifat peribadi penceramah tersebut.
 Ini termasuklah cara penceramah itu
berpakaian, berjalan dan bergaul dalam majlis
dan sebagainya.
Prinsip asas penyampaian ceramah
 Menurut Aristotle, terdapat lima prinsip dalam
panyampaian ceramah:

Penguasaan

Penyusunan Gaya bahasa

Prinsip
Pengumpulan asas Penyampaian
penyampai
an
ceramah
1) Pengumpulan
-Seseorang penceramah yang berkesan
hendaklah mahir mengumpul maklumat.
-Maklumat diperolehi melalui
pembacaan,diskusi dan sebagainya.
2) Penyusunan
-Maklumat yang telah diperolehi
hendaklah disusun supaya mudah
difahami audien.
-Jelas dari segi pengenalan, isi
kandungan dan penutupnya.
3) Penguasaan
-Penceramah hendaklah sedaya upaya
menguasai isi ceramahnya.
-Penguasaan bukan bermaksud
menghafal tetapi benar-benar
memahami apa yang bakal disampaikan.
4) Gaya bahasa
-Penceramah hendaklah mengelakkan
penggunaan istilah-istilah yang sukar
difahami agar penyampaian isi lebih
jelas.
5) Penyampaian
-Gaya penyampaian ceramah amat
mustahak.
-Penyampaian termasuk: intonasi
suara, penggayaan bahasa badan, dan
penampilan diri.
Strategi ceramah yang baik
 Menangani kegugupan.
 Menganalisis audiens, majlis dan diri

sendiri.
 Mengumpul idea dan maklumat.
 Mengatur bahan ceramah.
 Merancang pengenalan ceramah.
 Merancang penutupan ceramah.
 Membuat latihan.
 Menyampaikan ceramah.
Contoh ceramah
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai
persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang
berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media
(pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai
harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha
membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali
sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas
750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau
kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif
atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek
pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa
kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat
dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia
telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan
adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan
memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu
tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja,
malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah
bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam
maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui
iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan
tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri
sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan
tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit
menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa
perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media
dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat
dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya
kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-
niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik.
Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang
mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel
elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu
sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu
perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan
dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah
dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga
tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama
dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang
surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui
emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media
membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti
dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media
secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti
manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta
dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan
adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat
melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa
teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran
antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman.
Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi
tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat
MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia,
memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam
membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar
Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia)
sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media
membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama
rendah” dengan negara-negara maju yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan
lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada
yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara
atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan
dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa.
Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana
pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat
disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam
kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan
sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon
dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu,
hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan
tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat
persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat
pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi
media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak
bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih
menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di
Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk
menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih
ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada
13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan
melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan
pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-
menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar
dibendung oleh sesiapa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah
terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan
pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang
maya dalam internet. 
Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran
utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-
pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan
memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan
mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini
juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar
sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut
memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua
pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini.
Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan
lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan
dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan
belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain
seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan
vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal
implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara.
Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama
yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi
rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua
ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri.
Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif
tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi
menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan
tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini,
keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan
rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh
mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah
dielakkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai
kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan
kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita.
Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan
membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai