Anda di halaman 1dari 13

IRAMA

WARNA &
RUANG
• Manusia saling bersosial dan bergerak.
• Memahami tiga komponen asas ini dapat
memperkayakan proses pembelajaran anda yang
membantu meluahkan pengetahuan asas.
• Contohnya, irama pergerakan hidup anda dan
warna-warni yang dikaitkan dengan pelbagai pilihan
yang boleh dibuat dalam kehidupan anda.
• Apabila diberi pengetahuan tentang irama, warna
dan ruang, maka mereka akan lebih memahami
bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan kreativiti dan
pelbagai pilihan.
Cuba lakukan aktiviti berikut :

Dengar bunyi;

a. Pernafasan anda
b. Keretapi bergerak
c. Hujan
d. Kicauan burung
e. Denyutan jantung anda

Lihat;

a. Susunan batu-bata pada dinding.


b. Susunan deretan roda basikal atau kereta.
c. Corak pada pagar
d. Percikan air
e. Corak pada tikar / permaidani.
Pengenalan
Apa sahaja dalam kehidupan kita, boleh dikaitkan dengan
Irama. Contohnya;

• Irama Denyutan jantung


• Irama pernafasan
• Irama semasa berjalan

1. Bagaimana apabila anda mendengar muzik ?


2. Pergerakan corak, warna dan rupa ?
3. Bergerak dan menari di sekitar ruang ?
Kita akan melihat, mendengar, merasa dan menyentuh
banyak perkara berulang kali dalam kehidupan
seharian.
Malah dalam kegiatan harian kita seperti berjalan,
makan dan tidur juga merupakan suatu corak irama.
Kanak-kanak memperolehi kemahiran dalam irama,
seperti belajar mengira, melukis corak dan melakukan
aktiviti pergerakan.
Irama dapat meningkatkan tahap tumpuan,
penglibatan diri secara bersemangat dan seterusnya
mempertingkatkan potensi keseronokan mereka.
Kanak-kanak gembira apabila bergerak mengikut
irama.
(i) Aktiviti Detik : ekspresi diri

• Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam masa 10 saat.


• Berapakah bilangan denyutan nadi anda dalam masa 10 saat ?
• Tepuk tangan anda mengikut denyutan nadi.
• Gambarkan secara visual denyutan nadi anda tadi.

(ii) Aktiviti : Irama panjang dan pendek

• Sila berjalan 10 langkah ke hadapan.


• Sekarang anda dikehendaki melompat setempat sebanyak 10
kali.
• Antara aktiviti-aktiviti yang anda lakukan tadi, yang manakah
mengambil masa yang lebih panjang ?
• Ulang pergerakan dengan sebutan ‘la’.
• Cuba pula gambarkan kelajuan pergerakan tadi dalam bentuk
visual.
(iii) Aktiviti : corak berulang

• Pilih satu rupa, contohnya rupa jantung.


• Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan anda.
• Tahukah anda, apabila rupa itu berulang ia akan menghasilkan
apa ?
• Cuba hasilkan corak yang berlainan pula dengan mengulang
rupa yang sama tetapi berlainan arah.
• Pilih rupa yang lain pula dan ciptalah corak-corak melalui
pengulangan rupa dan lihatlah hasil kreativiti anda itu.
WA R NA
Pengenalan
Alam semulajadi kita dipenuhi dengan warna.
Warna memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan dan
psikologi.

1. Apakah gambaran orang yang memakai pakaian


berwarna terang ?
2. Dalam masyarakat Cina, warna merah melambangkan
apa ?
3. Warna hijau menggambarkan tentang apa ?
Bayangkan alam semulajadi tanpa warna.
Kita mendapat warna daripada cahaya.
Tanpa cahaya, warna tidak akan wujud.
Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari
permukaan sesuatu objek.
Warna menjadi komunikasi visual lebih menarik,
berkesan dan ekspresif.
Inginkah anda menjadikan kehidupan dan peranan
anda sebagai guru lebih ceria ?
Anda sebenarnya boleh berubah menjadi seorang yang
luar biasa.
Marilah kita meneroka keindahan dan kehebatan
kreativiti warna dalam kehidupan seharian kita.
Aktiviti 1;

(i) Perhatikan dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di


dalam bilik kuliah anda.
(ii) Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-
warnanya.

Warna
Bilik Kuliah Tepi Pantai

(ii) Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna


yang dilihat di dalam bilik kuliah.
(iv) Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna di dalam bilik
kuliah, agar suasana lebih menarik untuk belajar ?
Aktiviti 2;

Anda boleh menggunakan sama ada pensel warna atau warna air
untuk meneroka dan mendapat hasil campuran warna melalui
eksperimen.

• Senaraikan warna-warna Asas.


• Campur : merah dengan biru = warna _________.
merah dengan kuning = warna _________.
biru dengan kuning = warna _________.
(iii) Campuran warna-warna Asas itu akan menghasilkan warna
____________.
(iv) Campuran warna Sekunder dengan warna Asas akan
menghasilkan warna ___________.
(v) Campur : ungu dengan merah = warna _________.
jingga dengan kuning = warna _________.
hijau dengan biru = warna _________.
Aktiviti 3;

Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda


mengaitkan warna dengan objek, emosi, muzik dan pergerakan.

Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan tindakbalas


anda pada tempat kosong yang disediakan.

WARNA OBJEK EMOSI MUD MUZIK PERGERAKAN

Merah Api Marah Pantas dan Menghentak


kuat kaki
Biru

Hijau

Kuning

Hitam

Perang

Anda mungkin juga menyukai