Anda di halaman 1dari 28

1

SINTAKSIS

 Sintaksis berasal daripada bahasa Yunani suntattein:


sun = dengan, tattein = menempatkan

Menempatkan kata menjadi kelompok kata/ayat

 Dalam bahasa Inggeris disebut syntax, dan dalam bahasa Belanda


disebut syntaxis.

 Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang membicarakan selok


belok ayat, klausa, dan frasa.

 Pengkajian sintaksis lebih ideal jika digunakan pendekatan


struktural, formal, dan fungsi. Ketiga-tiga pendekatan ini akan
menentukan ketepatan sintaksis.

2
AYAT, KLAUSA, FRASA

 Ayat: satuan gramatis yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan


akhir dan berfungsi dalam ujaran.
 Klausa: terdiri daripada satu ayat atau bahagian ayat, bahagian
ayat itu menjadi sumber yang utuh, inti klausa ialah predikat.
 Frasa: satu konstituen yang berasaskan unsur suprasegmental,
iaitu jeda. Contoh:

Kini kita perlu berdikari

 Ayat ini terdiri daripada dua kata, dan satu frasa, iaitu:
kini = kata
kita = kata
perlu berdikari = frasa

3
RAJAH POHON

Puteri raja itu menangis di dalam istana

Puteri raja ini menangis di dalam istana

Puteri raja menangis di dalam istana

Puteri raja itu di dalam


istana

> Setiap unsur bergabung dengan unsur yang paling rapat dari segi
makna dan membentuk struktur unsur dalam ayat. Struktur yang
bergabung secara mendatar akan membentuk struktur bertingkat.

4
PENANDA FRASA
 Rajah pohon boleh dipermudah dengan memasukkan label
tertentu untuk mewakili kategori sintaksis

Anak gadis itu tidur di dalam kelambu (A)

Anak gadis itu (FN) tidur di dalam kelambu (FKJ)

Anak gadis(FN) tidur (KKJ) di dalam kelambu


(FSN)

Anak (KN) gadis (KN) itu (Ktunj) di dalam (KSN)


kelambu (KN)
5
PENANDA FRASA

 Dengan menggunakan simbol, frasa yang panjang dapat


dihilangkan. Setiap unsur dalam rajah pohon telah dilabelkan
dengan simbol. Label inilah yang dinamakan penanda frasa
(phrase marker).
A

FN FKJ

KN Ktunj KKJ FSN

Anak gadis itu tidur di dalam kelambu


6
STRUKTUR AYAT

 Ayat BM mempunyai struktur atau tatacara tertentu untuk diterima


sebagai ayat BM yang baik. Contoh:

> Mahasiswa menghantarkan kerja kursus kepada


pensyarahnya (ayat gramatis)
> Suami menghadiahkan kereta kepada isterinya
(ayat gramatis).
> Hanya senyuman yang dapat kuberikan padamu
(ayat gramatis).
> Mahasiswa kepada kerja kursus menghantarkan
pensyarahnya (ayat tidak gramatis).
> Kereta menghadiahkan isterinya kepada suami
(ayat tidak gramatis)
> Senyuman yang hanya dapat kuberikan padamu
(ayat tidak gramatis)

7
KELOMPOK KATA

 Struktur ayat mempunyai kelompok tertentu.

> Benda (KN): Halimah, unta, sekolah, rumah, insan…

> Perbuatan (KKJ): tunjuk, tendang, baling, hantar,


minta…

> Sifat (KAdj): mundur, wangi, sayang, malas, ceria…

> Penghubung (KSN): daripada, ke, di, dalam, antara…

8
KELOMPOK KATA

 Kata jenis yang sama dapat menggantikan kelompoknya. Contoh:


> Mahasiswa itu menduduki peperiksaan
> Orang ini menduduki peperiksaan
> Beliau menduduki peperiksaan
> Kita menduduki peperiksaan
 Setiap kelompok menduduki posisi tertentu. Contoh:
 KN: awal ayat, selepas KKJ dan selepas KSN.
> Isteri memasak nasi
> Suami memancing ikan
> Orang itu menjadi pramugari
> Mahasiswi yang berbaju merah itu memberikan hadiah
kepada buah hatinya.
 Demikian juga dengan kelompok kata yang lain, iaitu KKJ, KAdj
dan KT.

9
UNSUR AYAT

 Satu kata akan bergabung dengan kata lain jika kata itu
dapat membentuk unsur baharu yang bermakna. Contoh:

 Mahasiswi kedekut Mahasiswi + kedekut

 Urutan kata yang berfungsi sebagai unsur dalam struktur


ayat dinamakan frasa.

 FN + FAdj + Ktunj Rumah + besar + itu

 FKJ + FN + FSN menembak + rusa + di hutan

10
KURUNGAN BERLABEL

 Kaedah lain yang digunakan untuk menandakan perkataan


dan frasa ialah kurungan berlabel.

 [ [ [ anak gadis ] [ itu ] [ [ menangis ] [


A FN KN Ktunj FKJ KKJ FSN
[ di dalam ] [ bilik ]
KSN KN

 Cara ini dapat menunjukkan hubungan kata dengan kata


atau frasa dengan frasa. Pemaparannya secara mendatar
dan agak sukar difahami.

11
RUMUS STRUKTUR FRASA

 Struktur yang besar mengandung struktur yang lebih kecil.


 Berdasarkan rajah pohon atau kurungan berlabel, dapat disimpulkan:

> FN terdiri daripada KN dan boleh diikuti KAdj dan Ktunj.


> FKJ terdiri daripada KKJ dan boleh diikuti FN dan FSN.
> FSN terdiri daripada KSN dan diikuti oleh FN.

 Kenyataan dalam rajah pohon itu dapat ditukar dalam bentuk rumus:

> A FN - FKJ
> FN KN - (KAdj) - (Ktunj)
> FK KKJ - (FN) - (FSN)
> FSN KSN - FN

12
LEKSIKON

 Sekumpulan kosa kata, senarai kata umum dalam kamus dan


senarai kata khusus dalam glosari, dan kekayaan kata yang
dimiliki oleh sesuatu bahasa.

 Leksikon yang sebenar terdapat dalam kamus minda manusia.

 Leksikon juga menyediakan maklumat tatabahasa supaya ayat


yang gramatis sahaja dapat dihasilkan.

 Leksikon akan dimasukkan dalam rumus yang paling bawah


dalam rajah pohon, iaitu dimasukkan bawah cabang yang sesuai
dengan kategorinya.

 Leksikon akan disisipkan dalam RSF melalui rumus penyisipan


leksikon untuk mewujudkan ayat yang gramatis.

13
PROSES SINTAKSIS

 Ayat dasar: ayat yang menjadi asas kepada ayat terbitan.

 Ayat dasar ayat penyata S+P

 FN S FKJ P

 Ayat dasar aktif tunggal

 Ayat dasar mementingkan pelaku

 Ayat dasar ayat mudah: (satu subjek + satu predikat)

 Contoh: Kakak ipar isteri kedua saya itu sedang


membersihkan halaman rumahnya petang
semalam.
14
PROSES SINTAKSIS

 Ayat dasar bersifat mujarad, iaitu masih berada dalam minda


dan menjadi asas kepada pembentukan ayat.

 Sebelum ujaran, ayat perlu dicipta dalam minda. Apabila ayat


itu diujarkan, maka perubahan bentuk terjadi. Perubahan
inilah yang dinamakan terbitan atau transformasi.

RSF LEKSIKON

Struktur dalam [proses dalam fikiran]

Proses transformasi

Struktur luaran [perubahan daripada


struktur asal]
15
AYAT TERBITAN

 Ayat yang telah berubah bentuk daripada mujarad kepada konkrit,


dan perubahan struktur itu sendiri.

 Perubahan struktur bermaksud ayat itu berubah akibat proses


penggabungan, pemancangan, pendepanan, pengguguran…
Contoh:

> Sudah remaja anak bujangnya


> Masih belum masak buah yang tergantung itu?
> Siapakah nama anda?
> Naib Canselor akan menyampaikan sijil kepujian dan
hadiah pada petang ini.
> Pada malam ini, dia akan bernikah lagi.

 Perubahan ini juga dinamakan proses transformasi.

16
PEMINDAHAN
 Proses memindahkan suatu unsur kata / frasa ke suatu posisi
baharu dalam ayat. Tujuannya untuk memfokuskan bahagian
yang dipindahkan itu.

 Pemindahan yang lazim ialah pendepanan. Contoh:


> Pergi ke bandarkah dia?
> Sudahkah suaminya bangun?
> Di Jakartakah orang itu tinggal?
> Pergi ke bandar (kah) dia posisi asal

pendepadan
> Sudah (kah) suaminya bangun?

> Di Jakarta (kah) orang itu tinggal?

 Jika dibuang kah, ayat tanya itu menjadi ayat penyata.


17
PELUASAN
 Peluasan ialah pemasukan atau penambahan ayat baharu
kepada ayat yang sedia ada. Contoh:

> Mahasiswi yang sedang termenung itu menangis

> Mahasiswi itu menangis

Mahasiswi sedang termenung

 Ini ialah ayat pancangan. Mahasiswi sedang termenung


ialah ayat kecil yang dipancangkan pada ayat utama, iaitu
mahasiswi itu menangis.

 Apabila subjek yang hendak dipancangkan itu sama dengan


subjek dalam ayat utama, maka subjek ayat pancangan
akan ditukar kepada bentuk relatif yang.
18
PENGHILANGAN

 Proses penghilangan sesuatu unsur, sama ada kata atau frasa


dalam ayat.

 Tujuannya untuk mengelakkan unsur yang sama, mungkin subjek


atau predikat.

 Contoh penghilangan predikat.


> Saya dan Rugayah akan ke Thailand minggu hadapan,
daripada ayat, Saya akan ke Thailand minggu hadapan dan ayat
Rugayah akan ke Thailand minggu hadapan.

 Contoh penghilangan subjek.


> Isterinya telah memasak nasi dan menyediakan kopi untuk
makan malam, daripada ayat Isterinya telah memasak nasi
untuk makan malam, dan Isterinya telah menyediakan kopi
untuk makan malam.

19
AYAT GABUNGAN

 Suami memasak nasi, manakala isteri membasuh kain

A1 kh A2

Suami memasak manakala isterinya membasuh


nasi kain

 Ayat di atas ialah gabungan dua ayat yang setara, iaitu Suami
memasak nasi + Isteri membasuh kain

 Kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kedua-


dua ayat itu ialah manakala.
20
AYAT PANCANGAN

 Mahasiswi itu mengatakan bahawa dia berasa kesepian.

FN FKJ

KN Ktunj KKJ A1

Mahasiswi itu mengatakan

bahawa dia berasa kesepian


 Ayat di atas ialah ayat pancangan dengan kata komplemen bahawa
yang berfungsi sebagai penghubung. Ayat ini dikenali dengan nama
ayat pancangan komplemen.

 Bahagian ayat kecil berfungsi sebagai FN objek kerana sebelum ayat


21
itu wujud KKJT.
RAGAM AYAT

 Binaan ayat pelbagai bahasa melibatkan kejadian ayat aktif


dan ayat pasif.

 Ayat aktif mengandung KKJ yang mengutamakan subjek


asal, sedangkan ayat pasif mengutamakan subjek terbitan.
Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif melibatkan
perpindahan tempat FN sebagai subjek dan objek ayat.
Contoh:

> Hassan menendang bola itu: Bola itu ditendang (oleh)


Hassan.
> Minah read the book: The book was read by Minah

22
JENIS AYAT

 Kita dapat membedakan pembinaan ayat melalui jenisnya.


Dalam kebanyakan bahasa, ayat dapat dibahagikan kepada
empat jenis, iaitu:

> ayat penyata

> ayat tanya

> ayat perintah

> ayat seruan.

23
AYAT PENYATA

 Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan


mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. Oleh
itu, ayat ini dikenali juga dengan nama ayat keterangan
dan ayat berita.

 Contoh:

> Sahabat saya seorang budayawan


> Cempaka ini wangi
> Yang di atas bukit itu rumah hantu
> Mahasiswi ini selalu tersenyum
> Guru mengajarkan bahasa Urdu kepada muridnya
> Yang merah itu buah hatiku.
> Siya ay makabagong babae.

24
AYAT TANYA

 Ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.


Pada umumnya, ayat tanya dalam kebayakan bahasa dapat
dibahagikan kepada dua, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya,
dan ayat tanya dengan kata tanya.
 Contoh:
 Adik masih sakit?
 Yang berkopiah itu suaminya?
 Anggunkah pakaiannya?
 Anda sudah berumah tangga?
 Siapakah isterinya?
 Who lives in this house?
 Ang babae ba ay mabait?

25
AYAT PERINTAH

 Ayat yang diucapkan untuk tujuan memberi arahan atau


menimbulkan suatu tindakan. Ayat ini dapat diucapkan
sama ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau
permintaan.

 Contoh:

> Masukkan surat ke dalam sampul dengan segera.


> Tolong selak kain itu.
> Please come in
> Read the book now.
> No smoking in this room.
> Menangislah sepuas-puasnya

26
AYAT SERUAN

 Ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk


menyatakan keadaan perasaan, seperti marah, geram,
takut, takjub, dan sebagainya. Biasanya, dalam tulisan,
ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!).

 Contoh:
> Oh, Tuhanku!
> Amboi, mengancamnya!
> My, what a fine day!
> Wow, that’s a lovely dress!
> Aduh, bisanya!
> Nah, terimalah tikamanku ini!

27
RUMUSAN

 Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji:

> bentuk
> struktur
> binaan atau konstruksi ayat.

 Kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang


mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.

28

Anda mungkin juga menyukai