Anda di halaman 1dari 18

NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU 910/3

 BAB 1 : WACANA

Mesti melebihi batas ayat


Berlaku secara berurutan
Wacana

Suatu set ujar


Unit atau satuan bahasa meliputi
ayat, ceraian, siri dll

Ciri
KOHESI KOHEREN
Wacana
(Tautan) (Runtutan)

Kohesi Koheren
Tautan atau hubungan yang gramatis atau  Kesinambungan idea antara unit-
yang bersifat leksikal antara unsur yang unit bahasa yang membentuk suatu
membina sebuah teks atau wacana. wacana.
 Disusun secara teratur

1
1.1.2 JENIS PENANDA WACANA
Penanda Wacana Ciri
Penghubung  Penanda wacana yang terdiri daripada perkataan @ frasa yang berfungsi menghubungkan
sesuatu maklumat yang lainnya dalam sebuah wacana.
 Terdiri daripada 5 jenis penanda penghubung (tambahan, tentangan, musabab, tempoh &
kesimpulan)

Rujukan  Kata atau frasa yang digunakan untuk merujuk sesuatu, iaitu benda, perkara, tempat atau
orang dalam sebuah wacana.

Contoh : Ali, Abu, Amir dan saya menaiki kereta ke Melaka. Kami ke sana untuk bercuti.

Penggantian  Kata, frasa atau klausa yang menggantikan kata, frasa atau klausa yang disebutkan
sebelumnya, yang tidak mahu disebutkan semula oleh penulisnya dalam sebuah wacana.

Contoh : Suka menfitnah dilarang oleh agama. Sifat sedemikian amat besar dosanya.

Leksikal  Pengulangan kata (sama, sinonim, hiponim, penggunaan perkataan yang berkolokasi)

Contoh : Dia memang pandai. Pandai bercakap, pandai berbahas dan pandai bermadah.

Pengguguran/Elipsis  Berlaku penghilangan kata atau frasa atau klausa yang disebutkan sebelumnya pada ayat
berikutnya dalam sebuah wacana.

Contoh : Abang suka makan sate ayam dan sate daging. Kami tidak.
(Berlaku penghilangan klausa suka makan sate ayam dan sate daging)

2
1.1.3 JENIS PENANDA WACANA PENGHUBUNG
Penanda Penghubung Contoh
Tambahan Tambahan pula, lebih-lebih lagi, selain itu, disamping itu, sehubungan dengan itu, begitu juga,
antaranya, dan sementelahan.
Tentangan Sebaliknya, namun demikian, walau bagaimanapun, begitupun, meskipun, akan tetapi & namun
begitu.
Musabab Oleh sebab, oleh itu, oleh hal yang demikian, dengan itu, dengan demikian & maka.
Tempoh Mula-mula, pada awalnya, pertama, seterusnya, kemudian, selepas itu, selanjutnya & akhirnya.
Kesimpulan Tegasnya, sebagai rumusan, kesimpulannya, dapat dikatakan, pendek kata, oleh itu & natijahnya.

1.1.4 JENIS PENANDA WACANA LEKSIKAL


Penanda Leksikal Contoh
Pengulangan kata yang sama Dia memang pandai. Pandai bercakap, pandai berbahas dan pandai bermadah.
Pengulangan kata bersinonim Kami menghadiahkannya sekuntum bunga ros. Mawar wangi itu kami beli di pasar
Pengulangan kata berhiponim Burung-burung yang dijual di kedai itu kelihatan sangat cantik. Antaranya, pipit, merak, kasawari
dan murai
Penggunaan perkataan yang Keadaan malam yang gelap gelita amat mencabar perjalanan kami. Bulan dan bintang tiada sinar
berkolokasi langsung ketika itu.

1.1.5 KESINAMBUNGAN IDEA


Jenis hubungan Contoh
1 Sebab dan akibat Petang semalam adik bermain dalam hujan. Pagi ini dia demam

2 Sebab dan hasil Cikgu Farhad sering mengadakan kelas tambahan untuk anak muridnya. Ramai pelajarnya
mendapat gred A dalam mata pelajaran yang diajarinya

3 Sebab dan tujuan Umar menyimpan separuh daripada gajinya setiap bulan. Dia ingin menikahi Umaira.

3
4 Syarat dan hasil Bersenam dapat menyegarkan fizikal dan minda kita. Dengan itu, kita dapat mengekalkan
kesihatan.

5 Perbandingan Anis cantik. Kakaknya lagi cantik.

6 Latar dan kesimpulan Merdu sekali laungan azan yang berkumandang di masjid itu. Rupa-rupanya azan itu dilaungkan
oleh seorang ustaz muda yang baru berkhidmat di masjid itu.

7 Memperkuat isi Pak Lattif sangat baik hati lagi dermawan. Setiap minggu dia memberi sedekah kepada
pengurus rumah anak yatim.
(Ayat kedua mengembangkan isi@mengulas isi ayat pertama)

8 Hubungan Aditif Tahun ini dia menerima anugerah cemerlang. Anugerah itu anugerah pertama dalam sejarah
kerjayanya.
(Ayat kedua memberikan ayat secara umum. Tak nyatakan anugerah apa)

9 Hubungan ibarat Ahmad merindui bekas kekasihnya yang telah bernikah dengan lelaki lain. Keadaanya itu bagai
pungguk rindukan bulan.

10 Hubungan umum - khusus Kini, kebanyakan harga barang telah naik. Antara barang harnya naik ialah rokok.
(Umum- banyak barang ; Khusus – rokok)

4
 BAB 2 : RETORIK

Retorik : Seni penggunaan bahasa sama ada dalam bentuk lisan @ tulisan, yang memperlihatkan penggunaan
tatabahasa yang betul, diksi yang tepat & persembahan yang baik untuk menyampaikan idea.

JENIS RETORIK DAN CIRINYA


Retorik Ciri
Pemerian Memerihalkan sesuatu yg blh diperihalkan spt tempat, org, suasana, & lain2 scr obj, tepat, dan jelas.

Pemujukan Mempengaruhi/mendorong audiens-pembaca @ pendengar utk melakukan tindakan spt yg


disarankan oleh penulis @ penutur.
 Digunakan dlm iklan, kempen @ rayuan.

Penceritaan Memaparkan urutan peristiwa mengikut turutan tertentu.


 Digunakan dlm cerpen, novel, autobiografi & kisah pengembaraan.

Pendedahan Memaparkan takrifan, mengandungi contoh, huraian, pengkelasan, perbandingan & lain2.
 Digunakan dlm taklimat & kertas kerja

Penghujahan Digunakan dlm penulisan/pengucapan yg mengandungi usul, gagasan, sasaran @ cadangan yg


disokong oleh hujah yg kuat.
 Digunakan dlm perbincangan,perbahasan, dan penyelesaian masalah.

5
TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA
 Teknik Deduksi (umum > khusus)
- penulisan yg dimulai dgn suatu pernyataan umum dan kemudian diikuti oleh pernyataan khusus.

 Teknik Induksi (khusus > umum)


- penulisan yg dimulai oleh pernyataan khusus dan kemudian diikuti oleh pernyataan umum.

 Teknik Analogi (deduksi + induksi) (umum > khusus > umum)


- gabungan antara teknik deduksi & induksi. Teknik ini mengemukakan pernyataan umum dahulu, diikuti maklumat yg berupa
huraian @ pernyataan khusus, dan diakhiri dgn kesimpulan @ pernyataan umum.

 Teknik Eklektik (idea/gagasan + hujah/alasan berbentuk analogi)


- satu cara mengusulkan sesuatu gagasan dgn memberikan bandingannya dgn suatu perkara lain yg mempunyai kaitan yg erat.
- bandingan itu dpt mengukuhkan usul itu agar diyakini oleh khalayak.

 BAB 3 : VARIASI BAHASA


Jenis variasi bahasa dan cirinya
Dialek Idiolek Pijin Kreol Slanga
Bahasa formal Bahasa tak formal Bahasa Halus Bahasa kasar Bahasa istana/dalam
Bahasa basahan Bahasa baku Bahasa mesra Bahasa pasar

6
1) Dialek (dialek geografi/ dialek daerah/ dialek tempatan/ loghat)
- viariasi bahasa yg dituturkan oleh sekumpulan penutur sesuatu bahasa di sesuatu kawasan.

2) Idiolek
- viariasi dalam dialek. Pertuturan dialek oleh seseorang dan cirinya berbeza antara satu individu dgn individu
yg lain.

3) Pijin (campuran bahasa – bahasa 1 + bahasa 2 > pijin)


- bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg
berlainnan bahasa berkomunikasi antara satu sama lain.

4) Kreol (variasi ini asalnya drpd bahasa pijin)


- bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa
utama (bahasa ibunda) dlm komuniti atau daerah tertentu.

5) Slanga
- variasi bahasa yg dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu, misalnya kumpulan remaja, kumpulan
pekerja atau kalangan profesional tertentu. Lazimnya, istilah slanga merujuk kpd variasi bahasa yg digunakan
oleh kumpulan remaja.

6) Bahasa formal
- variasi bahasa yg digunakan dlm hubungan rasmi, seperti dlm majlis rasmi kerajaan, dlm perbincangan
rasmi, dan digunakan oleh media massa.

7) Bahasa tak formal


- variasi bahasa yg digunakan dlm perbualan harian yg tidak formal, misalnya digunakan dlm perbualan antara
sesama rakan.

7
8) Bahasa halus
- variasi bahasa yg menggambarkan penggunaan bahasa yg beradab, bersopan santun, dan menunjukkan
budaya tinggi. (Contoh : terima kasih, sila masuk, jemput duduk)

9) Bahasa kasar
- variasi bahasa yg menggambarkan penggunaan bahasa yg tidak sopan, tidak manis, tidak beradab, atau
kurang ajar.

10) Bahasa istana/dalam (dikaitkan dgn strata/kelas sosial dlm masyarakat)


- bahasa perhubungan dlm kalangan kerabat diraja dan utk acara rasmi yg melibatkan raja dan kerabat yg lain.
(terkategori sbg bahasa halus juga)

11) Bahasa basahan (bahasa kolokial)-sejenis bahasa yg tidak formal


- bahasa yg digunakan dlm pertuturan seharian antara ahli keluarga dan rakan2 rapat.

12) Bahasa baku (bahasa standard)


- variasi bahasa yg dipilih dan diterima oleh masyarakat utk mewakili sesuatu bahasa secara menyeluruh.

13) Bahasa mesra


- bahasa yg digunaakn utk menunjukkan hubungan yg mesra, rapat, dan harmoni antara penutur dgn
pendengar.

14) Bahasa pasar


- bahasa campuran atau bahasa kacukan antara Bahasa Melayu dgn bahasa lain yg digunakan dlm percakapan
antaran Orang Melayu dgn orang drpd bangsa lain.

8
 BAB 4 : LARAS BAHASA

JENIS DAN CIRI LARAS

Laras Ciri
Sains  Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif.
 guna istilah khusus dalam bidang sain dan teknikal seperti fizik, kimia dan biologi.
 Penggunaan istilah pinjaman terutama bahasa Inggeris.
 menggunakan jadual, graf dan sebagainya.

Ekonomi  Berbentuk ilmiah atau bersifat formal.


 menggunakan istilah khusus dalam bidang ekonomi.
 mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eskplisit.
 setiap data dihuraikan dengan bukti.
 menggunakan ayat penyata untuk memberikan penerangan.

Undang-undang  Mengandungi prisinp undang - undang dan berbentuk akta.


 mementingkan ringkas, tepat dan jelas.
 menggunakan istilah khusus seperti bahasa Inggeris dan Latin.
 makna kosa kata berdasarkan interpretasi.
 tiada graf atau gambar.
 binaan ayat yang panjang.

Agama  Membincangkan isu agama.


 Ada istilah pinjaman.
 Terdapat petikan.
 Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran.

Sukan  Menyampaikan maklumat tentang kegiatan sukan.


 bahasanya adalah ringkas, bersahaja dan jelas.
 mempunyai perkataan khusus seperti peraturan - peraturan sukan.

9
Sastera  Gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
 Penggunaan bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, prespektif, dramatik
dan puitis.
 bersifat kreatif dan imaginatif.
 terlibat bahasa yang puitis seperti monolong, dialog, bunga - bunga bahasa dan
sebagainya.
 Menggunakan bahasa yang tersirat.
 terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
 mementingkan keindahan kata – kata.

Resepi  Maklumat yang disampaikan terperinci.


 ayat - ayatnya ringkas dan mudah difahami.
 bayak menggunakan ayat pasif.
 menggunakan kosa kata yang khusus dalam bidang kulinari.

Iklan  Pemberitahuan fakta.


 Ringkas tetapi terperinci.
 ayat ringkas dan pendek serta banyak menggunakan kata adjektif.
 menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruh.
 cara penyampaian menarik, mementingkan pemilihan dan penyusunan kata tetapi
tidak mementingkan tatabahasa.
 menggunakan slogan atau pernyataan tertentu

10
 BAB 5 : SEMANTIK

1. Makna Denotatif & Konotatif

Denotatif – makna sebenar/asal/tersurat bagi sesuatu perkataan atau frasa.


Konotatif – makna tambahan/tersirat bagi sesuatu perkataan atau frasa.

2. Pengertian Makna (Konsep) , Perkataan (Lambang) , Rujukan (Benda)

3. Perkataan makna dari segi leksikal :


a. Sinonim
- perkataan yg maknanya sama/hampir sama dgn perkataan yg sama.

b. Antonim
- perkataan yg berlawanan makna.

c. Hiponim (jenis)
- item linguistik/perkataan yg perkaitannya dpt dilihat dari sudut umum & khusus.
- perkataan khusus terkelompok di bawah perkataan umum.
- contoh: Umum- Superordinat ; Khusus- Subordinat

11
Homonim (ejaan & sebutan yg Homofon (sebutan yg sama) Homograf (ejaan yg sama)
sama, tetapi maknanya berbeza)
Contoh : kuota-kota, masa-massa, Contoh : perang, serak, sepak,
Contoh : daki, sedang, madu, peri duet-duit, bank-bang, tuntun-tonton semak

f. Meronim/mironim
- perkataan yg menjadi bahagian/konstituen bagi sesuatu benda/perkara.
- benda atau perkara yg berbentuk meronim itu dipanggil holonium.
- contoh : Umum- Holonium, Khusus- Meronim/Subordinat

g. Polisemi
- perkataan yg memiliki banyak makna, iaitu makna yg berbeza apabila digunakan dlm konteks atau ayat yg berlainan.

4. Peluasan & Penyempitan Makna :

a. Peluasan makna (khusus -> umum)


- berlaku apabila perkataan yg asalnya mendukung makna yg khusus, diberikan makna lain yg lebih luas atau bersifat umum
disebabkan faktor tertentu.
- contoh : saudara, abang, kapal

b. Penyempitan makna (umum -> khusus)


- berlaku apabila sesuatu perkataan yg pada asalnya memiliki makna yg umum, tetapi kemudiannya makna kata itu menjadi
lebih khusus.
- contoh : madrasah, pondok, khalwat, tuan (pernah mengalami peluasan juga), cik

12
 BAB 6 : PRAGMATIK

Konsep  Cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna ujaran berdasarkan konteks budaya masyarakat
atau penggunaan bahasa dlm konteks yg sebenar.

JENIS PERIBAHASA
Peribahasa bererti selapis = bidalan & pepatah (perkara yg dimaksudkan secara terus, makna tersurat)
Peribahasa bererti dua lapis = perumpamaan (makan tersurat & tersirat)

Jenis Peribahasa Ciri


Pepatah/bidalan Bidalan- kata umum (perbandingan, teladan, pengajaran, fikiran yg benar)

contoh : Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.


Pepatah lebih memberatkan sifat rangkaian kata yg berkerat (kurang menitikberatkan pengajaran)

contoh : Alah bisa tegal biasa


Perumpamaan bertujuan membandingkan sesuatu perkara dgn kejadian lain.

-perumpamaan yg menggunakan kata bandingan : seperti, bagai, umpama, bak, laksana


contoh : Bagai tikus membaiki labu

-perumpamaan yg tidak menggunakan kata bandingan


contoh : Genggam bara api biar sampai jadi arang
Kiasan a. Kiasan asal (menggunakan kata bandingan) contoh: Pahit bagai hempadu
b. Kiasan berpindah (sandar, terus, berangkap, berbunga, pemanis, melompat, melarat)
c. Kiasan permanusiaan (mengorangkan sesuatu benda) contoh: ombak memukul
pantai

13
d. Kiasan berkacau (fakta yg bertentangan/kekeliruan) contoh : diam seribu bahasa
(tidak bercakap)

> Kiasan berpindah

a. Kiasan sandar
- kaitan sesuatu perlakuan individu kepada benda lain yg mempunyai persamaan.
contoh : tidur-tidur ayam, diam ubi

b. Kiasan terus
- makna berbeza drpd makna asal perkataan itu.
contoh : puteri lilin, kutu embun, pisau pencukur

c. Kiasan berangkap
- perbandingan secara berima/pertentangan bunyi.
contoh : banyak undang banyak garam, banyak orang banyak ragam

d. Kiasan berbunga (kata indah)


- canai fikiran, lautan air mata, selimut kemalasan

e. Kiasan pemanis
contoh : berbadan dua, pak belang, datang bulan, orang rumah, ke sungai besar

f. Kiasan melompat (melangkau, tingkat drpd perkara sebenar)


contoh : menjahit baju (kain), menoreh getah (pokok)

g. Kiasan melarat (menyimpang jauh drpd makna asal)


contoh : tubuhnya melidi, memotong cakap orang

14
Kata hikmat dikenali sebagai lidah pendeta yg merupakan kata pujangga dan kata ini dijadikan
pedoman hidup dan digunakn dlm percakapan umum masyarakat.
contoh : bersatu teguh bercerai roboh, muafakat itu berkat

Simpulan bahasa rangkaian perkataan/ungkapan yg disusun khas dan membawa pengertian yg berlainan
drpd perkataan asalnya/makna selapis.

Perbilangan banyak memperkatakan soal adat istiadat, undang atau peraturan hidup masyarakat dan
kebanyakan berkaitan dgn adat (adat pepatih)

contoh : biar mati anak, jangan mati adat

RAGAM BAHASA

Ragam Bahasa Ciri


Bahasa sindiran  Ungkapan yg maksudnya tidak disebut dgn tepat/terus-terang tetapi dikiaskan kpd perkara yg
lain.
Tujuan penggunaan : membetulkan keadaan atau diri seseorang.
Contoh : Orang perempuan, tinggi mana pun mengaji, mesti tahu jalan ke dapur juga.

Bahasa menggiat  Susunan kata yg seakan-akan bahasa sindiran tetapi tidak mengandungi kiasan, bertujuan
mengusik/bersenda.
Tujuan penggunaan : melihat reaksi orang yg disasarkan, bergurau/mengusik seseorang.
Contoh : Amboi, tinggi benar hasrat kamu, nak bermenantukan anak Tan Sri!

Bahasa mengejek  Susunan kata yg mengata pihak tertentu dgn perkataan ejek yg tepat dan disertai dgn aksi.
Tujuan penggunaan : menampakkan keburukan, memalukan, menyakitkan orang lain.
Contoh : Kalau tak pandai, tak usahlah hendak bersibuk-sibuk.

15
Bahasa terbalik  Susunan kata yg mempunyai maksud yg sebaliknya/bertentangan dgn perkara yg diperkatakan
tetapi orang yg berkenaan tetap memahaminya.
Tujuan penggunaan : menyedarkan seseorang tetang perbuatan/kesilapan yg dilakukan.
Contoh : Hisaplah rokok tu tiga empat bungkus sehari! Kalau sakit, hospital kan ada!

Bahasa merajuk  Susunan kata yg seakan-akan bahasa terbalik tetapi maksudnya tidak terbalik.
Tujuan penggunaan : menunjukkan rasa kecil hati/ menarik diri.
Contoh : Apa boleh buat, kita ni bukan orang bijak.

Bahasa tempelak  Susunan kata yg menyatakan kesalahan seseorang yg dilakukan suatu ketika dahulu.
Tujuan penggunaan : menyedarkan org berkenaan supaya disedari kesilapan tersebut & beringat
pada masa akan datang dan tidak mengulangi kesilapannya.
Contoh : Bukankah dulu kau kata kau boleh buat! Sekarang apa dah jadi?

Bahasa herdik  Susunan kata yg seakan-akan bahasa tempelak tetapi tujuannya adalah utk menunjukkan
kesalahan pada masa itu juga, bukannya kesalahan yg lalu.
Contoh : Kalau tak mahu buat kerja, buat apa duduk di sini?

Bahasa  Susunan kata yg menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebih drpd yg sebenarnya atau menjadi
besar/melampau melampau dan sukar untuk diterima akal.
Contoh : Masin sungguhnya mi goreng ini macam dibubuhnya selori garam.

Bahasa kecil/rendah  Susunan kata yg menyifatkan sesuatu perkara itu kecil dan tidak seberapa, bertujuan
menunjukkan rasa rendah diri.
Contoh : Inilah sedikit buah tangan yg tidak sepertinya.

Bahasa naik  Susunan kata yg menggambarkan sesuatu peristiwa drpd tahap rendah naik ke tahap tinggi,
membawa emosi khalayak selangkah demi selangkah ke kemuncak. (keadaan kendur -> keadaan
tegang), membawa nada yg beransur-ansur semakin naik tahapnya.
Contoh : Sudahlah ke sekolah berhantar, pulang berjemput, kemudahan Internet di rumah,
macam-macam disediakan, kalau malas belajar lagi memang tidak wajar.

16
Bahasa turun  Sebalikya dengan bahasa naik, (menimbulkan rasa geli hati)
Contoh : Kasihan guru itu, dah banyak tugas di sekolah, kena pula laksanakan kerja kursus,
menanda kerja kursus, memantau kerja kursus, sehingga pelajar menggelarnya Cikgu Kerja
Kursus.

Bahasa ingkar  Susunan kata yg berbentuk pertanyaan tetapi bukannya disebabkan orang yang bertanya itu tidak
tahu.
Tujuan penggunaan : menguatkan benarnya jawapan yg sudah diketahui. Menarik perhatian &
meyakinkan pendengar
Contoh : Adakah jalan lain untuk kita berjaya, sekirany kita tidak mahu berusaha?

Bahasa  Susunan kata yg meluahkan/melahirkan perasaan kecewa/menyesal sambil mengeluh secara


seruan/keluhan sungguh-sungguh.
Ciri : penutur tidak menghabiskan kata tetapi ucapan difahami oleh pendengar.
Contoh : Hai, nasib, badan sakit duit pun tak ada!

Bahasa berulang  Bahasa yg mengulang sesuatu kata, utk menguatkan atau menekankan sesuatu maksud.
Contoh : Belajarlah, belajarlah, belajarlah, demi masa depan anda. Masa depan kita, kita yg
menentukan, bukan orang lain.

Bahasa bertimbal  Susunan kata yg menghadapkan/memadankan dua fikiran yg pendek dan hampir.
Ciri : padanan bertentangan dari segi isi/maksud, lazimnya terdapat dlm peribahasa.
Contoh : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Bahasa bukan  Ragam bahasa yg menggunakan ungkapan dgn kata nafi ‘bukan’ utk menyatakan maksud yg
bertentangannya.
Ciri : penggunaan kata ‘bukan’ sebenarnya maksud ‘ya’ .
Contoh : Bukan sedikit belanja yg dikeluarkan utk menyelesaikan hal itu.

Bahasa jenaka  Susunan kata yg mempunyai makna terselindung yg digunakan utk bersenda gurau, berjenaka,
bersuku-suku.
Ciri : biasanya perkataan/frasa yg terdiri drpd teka-teki/pantun jenaka.
Contoh : Bintang yang seluruh tubuhnya di kepala, apa ya?

17
CIRI KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KONTEKS LISAN DAN TULISAN :
a. Penggunaan ungkapan bertatasusila
b. Penggunaan kata ganti nama diri mengikut konteks dan situasi
c. Penggunaan bentuk sapaan, gelaran, dan rujukan kehormat mengikut situasi
d. Penggunaan intonasi dan gaya ( bahasa badan ) yg sesuai

JENIS GELARAN
a. Panggilan hormat (Diraja, Ketua Negara, Ketua Negeri)
 Yang di Pertuan Agong – Seri Paduka Baginda
 Sultan (Terengganu, Pahang, Kelantan) – Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
 Paduka Seri Sultan Perak, Sultan (Johor & Selangor), Raja Perlis, Yang Di Pertuan N9 – Duli Yang Maha
Mulia
 Yang di Pertua Negeri – Tuan Yang Terutama

b. Kurniaan (anugerah) – Dato, Datuk, Datin, Tun, Tan Sri, Puan Sri
c. Ikhtisas (akademik) – Dr, Profesor, Profesor Madya, Cikgu
d. Agama – Haji, Mufti, Kadi, Ustaz
e. Warisan (keturunan) – Tengku, Wan, Nik, Syed, Sharifah, Che, Megat, Tunku, Raden dll
f. Politik – Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat
g. Penjawat Awam – Yang Amat Arif, Yang Arif, Yang Berbahagia, Yang Berusaha, Tuan, Puan

18

Anda mungkin juga menyukai