Anda di halaman 1dari 30

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU

TAJUK : WACANA
NAMA PELAJAR : TINAKARAN A/L RAVICHANDRAN
: MUHAMMAD NASHIHIN BIN MUHAMMAD
: PRATAP SINGH A/L SARDARA SINGH
NAMA PENSYARAH: PUAN MARIANI BINTI MAJID
1.0 PENDAHULUAN

• Dalam kajian sintaksis, ayat dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa.
• Gabungan beberapa ayat ini akan membentuk kesatuan yang utuh dan kesatuan ini dinamakan wacana.
• Dalam hierarki tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.
1.1 KONSEP WACANA

• Wacana ialah unit Bahasa yang melebihi atau melampaui batas ayat.
• Dalam tatatingkat tatabahasa, wacana terletak pada kedudukan yang paling tinggi selepas
ayat.
• Wacana memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan
lengkap kerana terdapat penggunaan bahasa dalam konteks atau situasi yang tertentu.
• Wacana boleh terdiri daripada dua ayat atau lebih,ceraian,bab,buku,siri buku,dan
sebagainya.
DEFINISI WACANA DARIPADA BEBERAPA SUMBER
Kamus Dewan Edisi Keempat Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan,ucapan,pertuturan,
(halaman 1793) percakapan,perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Wacana
juga merujuk kepada kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam
bentuk lisan (seperti pidato,khutbah) atau (surat,artikel,novel,cerpen).

Asmah Haji Omar Urusan kehidupan kita yang dilakukan melalui Bahasa terdapat dalam bentuk
teks,bukan ayat yang terpisah-pisah dan teks ialah pewujudan wacana.

Sara Mills Wacana merujuk kepada hubungan antara pemakai bahasa dengan konteks
sosial.

Sanat Md. Nasir Wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya yang panjang
iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama
seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M.

Harimurti Kridalaksana (1978) Satu satuan yang lengkap,tidak terbatas pada ayat semata-mata, meliputi
satuan yang lebih besar, seperti dialog,perenggan,bab,dan sebagainya.
1.2 CIRI WACANA

• Keutuhan wacana merupakan antara aspek yang menjadi indikator untuk menentukan sama ada sesuatu bahan
diterima sebagai wacana atau sebaliknya.
• Keutuhan wacana juga membolehkan pembaca memahami hubungan antara bahasa dengan alam di luar bahasa
secara lebih mendalam.
• Aspek ini melibatakan sifat kohensi dan koheren sesuatu teks. Kualiti sesuatu wacana dapat dilihat berdasarkan
hubungan antara bahagian dalam wacana dari segi semantic,leksikal dan fonologi.

1.2.1 Kohesi (Tautan)


 Hubungan atau jalinan yang erat antara kata, frasa dan ayat dalam satu binaan yang melebihi batas ayat.
 Dalam wacana, kohesi dikesan melalui kehadiran kohesi nahuan dan kohesi leksikal.
Jenis Kohesi

Kohesi Nahuan Kohesi Leksikal

Penanda Pengulangan
Rujukan

Penanda
Kolokasi
Penggantian

Penanda Elipsis

Penanda
Penghubung
• Kohesi nahuan berfungsi untuk menghubungkan unsur linguistik gramatikal dengan unsur linguistik
gramatikal yang lain atau ayat dengan ayat, dengan menggunakan tautan yang kohesif dalam sesebuah teks.
Contoh: Ayahanda dan bonda tidak memerlukan wang daripada anak-anak. Mereka sudah cukup selesa.
“ Mereka” ialah rujukan kepada unsur yang disebut dahulu, iaitu “ayahanda” dan “bonda”.

• Penggantian ialah hubungan yang terdapat dalam perkataan dan bukan dalam makna.
Contoh : Tatkala menerima dua orang menantu perempuan serentak, isteri kepada Angah dan Achik, ayahanda
dan bonda berasa gembira. Bonda menasihati suri anaknya supaya menunaikan tanggungjawab
mereka.
“Isteri kepada Angah dan Achik” dan “suri anaknya” menggantikan “dua orang menantu perempuan”.

• Elipsis adalah yakni penggantian kosong, iaitu sesuatu yang wujud, tetapi tidak dinyatakan atau tidak
dituliskan.
Contoh : Kampung semakin sepi, semakin kurang penghuni dan kini bukan lagi seperti yang dahulu.
“kampung” digugurkan selepas perkataan “sepi” dan “seperti”.
Contoh Kohesi 1 : Hazril dan Harlina berasa gembira. Mereka telah bersepakat untuk mendirikan rumah
tangga. Berita ini akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka di kampung. Mereka ke
sana minggu hadapan.

Contoh Kohesi 2 : Ali, Abu, dan Ahmad pergi ke sekolah. Mereka ke sekolah dengan menaiki basikal. Di
sana, mereka belajar pelbagai perkara.
1.2.2 KOHEREN ( RUNTUTAN )

 Kesinambungan idea yang kemas dan teratur, isi, atau maklumat disampaikan dengan jalinan yang kemas
dan rapi serta mempunyai makna yang jelas.
 Kesinambungan idea dan peristiwa yang berturutan menjadikan ayat-ayat di atas memperlihatkan ciri
koheren yang jelas.

Contoh : Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama
dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju,
tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
- Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataam AIDS, gejala, penyakit dan
masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat tersebut bertaut antara satu sama lain untuk
membentuk wacana yang bermakna.
1.2.3 ASPEK KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA
HUBUNGAN DARI SEGI SEMANTIK
1. Hubungan dari segi semantic melibatkan jalinan makna atau kesepaduan makna
yang wujud dalam sesuatu wacana.
2. Hubungan yang berdasaekan jalinan antara sesuatu ayat dengan ayat yang lain dan
hubungan antara sesuatu perenggan dengan perenggan yang lain.

Hubungan/kesimpulan Contoh

Hubungan sebab dan akibat Jali sangat rajin belajar. Dia cerdik.

Hubungan sebab dan hasil Ali sangat rajin bekerja. Dia hidup senang-
lenang.
Hubungan sebab dan tujuan Hussain berpakaian kemas. Dia hendak
menghadiri temuduga.
Hubungan syarat dan hasil Para pesakit mestilah rajin makan ubat.
Kepatuhan mereka akan memastikan mereka
cepat sembuh.
Hubungan latar dan kesimpulan Lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah
sungguh enak didengar. Rupa-rupanya, Datuk
Ahmad Nawab yang mencipta lagu tersebut.

Hubungan perbandingan Kassim sungguh kacak. Adiknya yang bongsu


lebih kacak daripadanya.
Hubungan aditif Saya sudah memotong rumput di halaman
rumah. Saya letih dan saya mahu tidur.
Hubungan memperkuat isi Sungguh jelita anak Mak Limah. Rambutnya ikal
mayang, pipinya berlesung pipit dan sungguh
mancung hidungnya.
HUBUNGAN DARI SEGI LEKSIKAL

1. Dilihat berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang disesuaikan


dengan maskud yang ingin disampaikan.
2. Hubungan dari segi leksikal dapat dilakukan menerusi beberapa cara, iaitu:

Hubungan Contoh
Menggunakan perkataan yang berlawanan Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang
makna (antonim) Negara.

Menggunakan perkataan yang sinonim Dali seorang yang sangat rajin.


Kegigihannya belajar menyebabkan dia
berjaya ke menara gading.
Menggunakan perkataan hiponim Faridah menanam pokok bunga raya
cempaka dan bunga kertas di halaman
rumahnya. Oleh sebab itu, halmaan
rumahnya Nampak indah dengan pokok-
pokok bunga tersebut.
Menggunakan perkataan homomin Bukit yang aku daki sangat curam. Aku
berasa sungguh letih dan banyak peluh yang
keluar sehingga badanku dipenuhi daki
setelah peluh kering.
Menggunakan kolokasi Hutan di kawasan itu telah ditebang untuk
menjayakan program pembangunan.
Harimau dan gajah hilang tempat tinggal.
Menggunakan unsur bersambut Cikgu Anuwar mengemukakan soalan
kepada muridnya. Muridnya memberikan
jawapan.
1.3 JENIS PENANDA WACANA

• Penanda wacana penting dalam sesebuah teks kerana dapat mewujudkan


pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga
membentuk kesatuan.
• Penanda wacana dalam bahsa Melayu terdiri daripada:
1. Penanda penghubung
2. Penanda rujukan
3. Penanda penggantian
4. Penanda leksikal
5. Penanda ellipsis atau pengguguran
1.3.1 PENANDA PENGHUBUNG
1. Berfungsi sebagai penjalin unsur linguistic seperti perkataan, frasa atau ayat yang
terdapat dalam sesebuah wacana.
2. Penanda ini akan menunjukkan kesinambungan idea antara satu ayat dengan ayat
yang lain.
3. Terdapat lima jenis penanda penghubung iaitu:
• Penghubung tambahan
• Penghubung tentanga
• Penghubung musabab
• Penghubung tempoh
• Penghubung kesimpulan
JENIS FUNGSI CONTOH
Penanda penghubung tambahan Penghubung memberikan maklumat Tugasnya sebagai wartawan di salah
Tambahan pula, sehubungan dengan tambahan mengenai sesuatu perkara sebuah syarikat penyiaran benar-benar
hal itu, selanjutnya, bengitu juga dll diperkatakan sebelumnya. Memberi pengalaman kepadanya
kerana dia sering diberikan tugasan di
luar bandar. Tambahan pula, di juga
berpeluang untuk melawat ke negara-
negara luar seperti mesir, india bagi
menjayakan rancangan dokumentari
itu..
Penanda penghubung tentangan Penghubung yang melanjutkan Tumbuh-tumbuhan memerlukan
namun demikian, walaupun,biarpun pertentangan maklumat mengenai makanan untuk hidup dan membesar.
bengitu, walaupun bengitu dll sesuatu perkara/hal yang telah Namun demikian, tidak seperti haiwan,
dierkatakan sebelumnya tumbuh-tumbuhan mampu untuk
membuat makanannya sendiri
Penanda penghubung tempoh Penghubung menunjukkan urutan masa Akhirnya, masukkan garam dan serbuk
Akhir sekali, akhirnya atau siri berlakunya sesuatu penambah perasa
1.3.2 PENANDA RUJUKAN
FUNGSI CONTOH CONTOH AYAT
Melibatkan hubungan antara kata Contoh kata ganti nama diri: aku, sani, dan udin akan ke kuala
dengan benda yang dirujuk. Kata Kita, kami, dia, mereka, beliau, lumpur. Kami bertolak pada pukul
rujukan boleh terdiri daripada baginda, -Nya empat petang.
kata ganti nama diri dan kata ganti
nama tunjuk Contoh kata ganti nama tunjuk Ali: di manakah awak tinggal
Itu, ini, situ, sini, sana, tersebut azman?

Azman: saya tinggal di sana


1.3.3 PENANDA PENGGANTIAN
Penanda
penggantin

nominal verbal klausa


• Penggantian norminal ialah penggantian dilakukan terhadap kata nama atau frasa nama manakala
penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula
melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat. Contohnya
1.3.4 PENANDA
LEKSIKAL
PENANDA RUJUKAN - PERTAUTAN ANTARA
PERKATAAN ATAU FRASA SECARA SEMANTIK
(MAKNA) DALAM SESEBUAH WACANA YANG
MELIBATKAN PENGULANGAN KATA.

PENGULANGAN KATA - PENGULANGAN UNSUR


YANG SAMA, SINONIM, HIPONIM DAN
KOLOKASI
CONTOH CONTOH AYAT
a) Pengulangan unsur yang sama: kata yang diulang secara a) Ibu amat menyanyangi abu. Kami juga amat
penuh atau secara tekal menyanyanginya.(pengulangan penuh perkataan
menyanyangi.)
a) Pengulangan sinonim: kata yang diulang mempunyai
makna yang sama, contohnya, cantik = jelita = lawa. a) Walaupun sudah dimamah usia, puan Aminah masih
memiliki kecantikan semula jadi. Kejelitaan beliau itu
c) Pengulangan hiponim: kata yang diulang melibatkan diwarisi daripada ibunya (perkataan kecantikan dan
hubungan antara makna khusus dengan makna yang umum, kejelitaan merupakan pengulangan kata yang bersinonim
iaitu makna yang umum merangkumi makna yang khusus. atau sama makna)
Makna yang umum disebut superordinat, manakala makna
yang khusus disebut hiponim b) Banyak buah durian,rambutan, duku , manggis dan lain-
lain di gerai itu. Buah-buahan tempatan itu datangnya dari
d) Pengulangan kolokasi: kata yang diulang menggunakan kampung yang berhampiran
kata/frasa yang berkaitan dengan hal yang disampaikan
d)Pengantin sedang berdandan. Upacara bersanding akan
diadakan sebentar lagi. (unsur yang berkolokasi dengan
pengantin ialah berdandan dan bersanding)
1.3.5 PENANDA ELIPSIS/PENGGUGURAN

• Penanda ellipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan
dalam ayat sebelumnya
• Hal ini bererti pengguguran kata tau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh
pembaca berdasarkan konteksnya
Ayuh uji kefahaman
anda…
STPM 2015
• 1. pilih ayat yang memperlihatkan hubungan tujuan dan sebab dalam sebuah wacana
A. Rumah yang besar itu menarik sekali. Rupa-rupanya, rumah penghulu
B. Dia terlalu letih setelah bermain sepanjang petang. Dia tidur awal malam ini
C. Derma itu untuk membantu orang susah. Amalan tersebut dituntut oleh agama
D. En. Saad memang gigih berniaga. Pendapatannya melebihi pendapatan pegawai tinggi
Jawapan: C

STPM 2017
2) Yang manakah padanan yang betul antara fungsi penanda wacana dengan contoh penanda wacana

Jawapan : A
STPM 2017
• 3) Danial sangat rajin. Dia selalu membantu ibunya semasa di rumah.
• Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik
A. Hasil dan syarat
B. Sebab dan akibat
C. Kesimpulan dan latar
D. Kesimpulan dan syarat
Jawapan : C
STPM 2013
• 4) Yang manakah wacana yang memperlihatkan koheren dan kohesi
A. Kumpulan pendaki itu telah memulakan pendakian. Pada waktu pagi, gunung itu diliputi awan
B. Peserta seminar itu datang dari seluruh pelosok tanah air. Seminar itu berlansung selama dua hari
C. Kedua-dua orang anak Encik Miun cemerlang dalam pelajaran.encik Muin tetap meneruskan pekerjaannya sebagai
petani
D. Ahli pertubuhan itu sering membuat kerja amal. Mereka sanggup memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan
Jawapan : D
STPM 2015
• 5) Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri wacana?
I. Mempunyai gaya khusus
II. Terdapat maklumat baharu
III. Tiada maklumat yang bertentangan
IV. Buah fikiran yang pelbagai
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
• Jawapan : C
• STPM 2014
• 6) Antara yang berikut yang manakah ialah X?
A. Kata atau frasa kerja
B. Penggantian klausa
C. Penggantian sebahagian daripada ayat
D. Verbal
• Jawapan: D
• STPM 2015
• 7) Hasilkan satu wacana jenis yang berikut:
a) Sebab dan hasil
b) Syarat dan hasil

• Stpm 2013
 9) senaraikan empat jenis penanda wacana
I. Penanda penghubung
II. Penanda rujukan
III. Penanda penggantian
IV. Penanda leksikal
Apakah yang X ?
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA…

Anda mungkin juga menyukai