Anda di halaman 1dari 17

Keutuhan Wacana

Keutuhan Wacana
Definisi
SATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH SESUATU
ITU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WACANA ATAU HANYA MERUPAKAN
KUMPULAN AYAT YANG TIDAK TERATUR.
Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke arah
menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna
dalam berkomunikasi
(Asmah Haji Omar, 1986)
Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan
(Kamus Dewan, 1996)
Aspek-aspek Keutuhan Wacana:
1. Hubungan Dari Segi Semantik.
Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.
Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :
1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.
2. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh :
* Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. *
Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.
Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh :
* Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
* Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.
Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh :
* Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya
melebihi pendapatan seorang menteri.
Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana.
Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh :
* Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguhsungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering
bersedih.)
Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh :
A. Sudah siap?
B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang
dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)
Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh :

Laras bahasa dalam iklan walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputusputus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana
kerana itu adalah cara penyampaiannya.
3. Hubungan Aspek Fonologi
Hubungan
wacana
fonologi berdasarkan hentian , intonasi atau nada suara .
dapat membezakan sesuatu wacana.

Unsur-unsur

dari aspek
tersebut

Contohnya hubungan antara ayat penyata,


Dia sudah pergi ?
Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur
menuturkannya.
Unsur-unsur paralinguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana.
Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistik ini ialah alat-alat yang
digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.
Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma,
tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah ,
iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk
membantu memahami ujaran.

4. Hubungan Aspek Tatbahasa


Penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah :
* Penanda Rujukan * Penanda Penggantian * Penanda Penghubung * Elipsis
a)PENANDA RUJUKAN
1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama
tunjuk untuk menghasilkan perkaitan. 2. Contoh penggunaan kata ganti nama
diri orang : Radiahmerupakan pelajar yang amat rajin. Dia telah lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan. (Kata ganti nama diri orang yang digunakan
sebagai penanda rujukan ialah dia .)
3. Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk : Mangsa-mangsa banjir di Kampung
Seri Murni itu telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Mereka
tinggal di sana sejak seminggu yang lalu. (Penanda rujukan yang digunakan
ialah di sana .)
b)PENANDA PENGGANTIAN
1. Penanda penggantian bermaksud menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan
unsur yang lain . 2. Contoh penggunaan penanda penggantian ialah : Pelajar-

pelajar itu seringponteng sekolah . Perbuatan tersebut hanya merugikan


mereka.
c)PENANDA PENGHUBUNG
1.

Penanda
penghubung
digunakan
bertujuan
menghubungkan kata dengan kata , frasa denganfrasa ,
dan ayat dengan ayat . 2. Contoh penggunaan penanda penghubung :

Rencana
ini
bertujuan
melihat
perkaitan
antara
kepakaran
individu dengan pembahagian tugas di tempat kerja. Selain itu , rencana ini
juga akan menghuraikan amalan pengurusan danpentadbiran di pejabat.
d)ELIPSIS
1. Elipsis ialah pengguguran kata , frasa , dan klausa yang telah disebut dalam ayat
sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana pendengar atau pembaca sudah
memahami maklumat tersebut. 2. Contoh elipsis : Ani : Awak kerja di mana ?
(Awak bekerja di mana ?) Abu : Taman Universiti. (Saya bekerja di Taman
Universiti.) Ani : Dah lama ? (Sudah berapa lama ?) Abu : Tiga tahun. (Saya
sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)

5. Hubungan Aspek Leksikal


1.Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa
kata dalam sesuatu wacana.
2.Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek :
(a) Sinonim
Perkataan yang mempunyai maksud yang sama .
Contoh : Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak menghairankan kerana
wajahnya dapat menambat hati ramai jejaka.
(b) Antonim
Perkataan yang berlawanan maksud .
Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi yang paling penting
ialah hati budinya.
(c) Hiponim
Makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna perkataan
lain .
Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah sahaja kenderaan
yang dimilkinya.

(d) Pengulangan kata yang sama


Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun
dia menangis . Semasa gembira pun dia menangis .
(e) Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri ,
tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain .
Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan
liar sepertiharimau , gajah , badak sumbu , dan lain-lain kehilangan tempat
tinggal.
(f) Unsur bersambut
Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak
pembangkang membidas hujah tersebut.

BAB 2: KEUTUHAN WACANA


2.1 Konsep keutuhan wacana
Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat tertinggi sekali, iaitu hadir selepas tingkat
ayat.
Gambar rajah 1: Hierarki bahasa
Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit-unit bahasa atau unsur-unsur seperti kata, frasa,
klausa, dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berkesinambungan dapat melahirkan kesatuan fikiran yang utuh.
Kesatuan yang utuh itulah yang menunjukkan ianya sebuah wacana yang baik.
Wacana yang baik dikenali sebagai keutuhan wacana. Keutuhan wacana terhasil apabila
wujudnya susunan yang teratur dan berurutan dalam sesuatu wacana. Keutuhan wacana
penting bagi menentukan sesuatu satuan itu dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan
kumpulan ayat yang tidak teratur. (Raminah Hj. Sabran et. al., (1987). Kajian Bahasa untuk
Pelatih Maktab Perguruan, hal. 221)
Keutuhan wacana boleh dinilai dengan melihat wujudnya hubungan-hubungan dari aspek
semantik, leksikal, gramatikal atau tatabahasa dan fonologis.

2.2 Ciri-ciri keutuhan wacana


Dalam Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd.
Aziz, (1997) dinyatakan bahawa suatu wacana yang utuh secara umumnya mempunyai empat
ciri iaitu:
1. Hubungan dari segi semantik
2. Hubungan dari segi fonologi
3. Hubungan dari segi leksikal
4. Hubungan dari segi tatabahasa atau gramatikal
2.2.1 Hubungan dari segi semantik
Keutuhan wacana juga dapat dilihat dari aspek hubungan semantik iaitu berdasarkan kepada
kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kaitan dari aspek ini boleh dilihat antara
bahagian-bahagian wacana dan dari segi konteks atau latar wacana. Hubungan dari segi
semantik mengikut Winifred Crombie (1985), menyatakan secara umumnya terdapat dua bentuk
hubungan semantik iaitu:
a. Hubungan semantik umum
b. Hubungan semantik interaktif
(Sumber: Kamaruddin Hj. Husin, et. al., (1997). Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa, hal.
79)
2.2.1.1 Hubungan semantik umum
Hubungan semantik umum juga dikenali sebagai kaitan semantik antara bahagian-bahagian
wacana yang merujuk kepada penggunaan bentuk-bentuk pernyataan yang memperlihatkan
hubungan dalam bentuk berikut:

a. Hubungan yang berkaitan sebab dan akibat


Hubungan sebab dan akibat. Contohnya:
i. Siti tidak bersungguh-sungguh semasa belajar.(sebab) Dia gagal dalam peperiksaan.(akibat)
Hubungan sebab dan tujuan. Contohnya:
i. Anwari belajar bersungguh-sungguh.(sebab) Dia ingin berjaya dalam pelajaran.(tujuan)
ii. Guru itu rajin mengajar. Dia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Hubungan sebab dan hasil. Contohnya:
i. Adli seorang usahawan yang gigih.(sebab) Dia memiliki sebuah syarikat keselamatan terbesar
di Brunei.(hasil)
ii. Ibrahim sangat rajin bekerja. Dia dinaikkan pangkat.
Hubungan alasan dan kesan. Contohnya:
i. Oleh kerana dia hantar tugasan lambat.(alasan) Saya dimarahi guru.(kesan)
ii. Gara-gara Ibrahim jalan lambat. Saya tertinggal bas untuk pulang.
Hubungan syarat dan hasil. Contohnya:
i. Jika anda bekerja keras. Anda akan berjaya dalam perniagaan nanti.
Hubungan sebab dan kesan. Contohnya:
i. Pintu rumah Razi tidak dikunci semalaman. Beberapa barang berharga telah dicuri.
b. Hubungan pasangan
Hubungan pasangan boleh dilihat berdasarkan dua bentuk, iaitu:
a) Perbezaan
Contoh: Semua pelajar menangis kecuali Intan.
b) Perbandingan
Contoh: Kalau ayah pun berperangai buruk, apatah lagi si anak.
c. Hubungan tempoh masa
Hubungan tempoh masa dalam ayat boleh dilihat berdasarkan dua jenis hubungan yang
menunjukkan perkaitan dengan tempoh masa iaitu:
i. Mengikut turutan kronologi
Contoh: Syafik akan melawat adiknya yang sakit di hospital, kemudian ke rumah abangnya, dan
selepas itu bertolak ke Thailand.
ii. Pertindanan masa
Contoh: Ketika dia bertolak meninggalkan Merbok, hujan turun.
d. Hubungan kebenaran kesahihan
Bermaksud perkaitan yang menggambarkan pertentangan fakta. Berdasarkan Pengajian Melayu
2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz, (1997) dinyatakan
bahawa terdapat empat bentuk pernyataan yang dikaitkan dengan hubungan ini iaitu:
a. Pernyataan pengesahan.
Contoh: Ali perlu meneruskan pengajiannya, saya percaya dia boleh berjaya.
b. Pernyataan penafian

Contoh: Dia memang lemah, itu semua tidak benar sama sekali.
c. Penafian pembetulan
Contoh: Dia bukannya lemah. Dia cuma dia tidak sihat ketika itu.
d. Luar jangkaan
Contoh: Mereka bercadang hendak menyerang tetapi sebaliknya terpaksa bertahan.
e. Hubungan ikatan
Hubungan ini menunjukkan perkaitan makna antara ayat-ayat. Ia terdapat dalam beberapa
bentuk, iaitu:
1. Berpasangan. Contoh: Dia memakai seluar merah dan baju biru.
2. Pasangan bertentangan. Contoh: Dia cuba mengingat kembali, tetapi dia seorang pelupa.
3. Pengecualian penyataan. Contoh: Kemiskinan menyebabkan manusia tidak bermoral. Dia
telah mula mencari pekerjaan untuk menampung belanja.
f. Hubungan prafrasa
Merujuk kepada bentuk pernyataan yang menyatakan semula kenyataan awal. Contoh:
Dia bukan seorang yang baik. Dia jahat.
Bakar memulakan serangan. Dia mula melawan.
g. Hubungan penekanan
Ia boleh dilihat berdasarkan bentuk-bentuk berikut:
a. Penekanan istilah. Contoh: Inilah pahlawan yang dibunuhnya.
b. Penekanan predikat. Contoh: Dia menyesali atas apa yang telah berlaku.
h. Hubungan suasana dan perlakuan
Menunjukkan perkaitan makna dalam ayat yang merujuk kepada tempat. Contoh berkenaan
dengan hubungan ini adalah seperti berikut:
a. Lokasi perlakuan. Contoh: Arif dikurung di dalam biliknya.
b. Arah perlakuan. Contoh: Dia menghalau lembu itu ke padang.
c. Keadaan perlakuan. Contoh: Dia merawat pesakit itu dengan baik.
2.2.1.2 Hubungan semantik interaktif
Hubungan semantik interaktif banyak berfungsi dalam wacana lisan. Ia bertujuan bagi
menimbulkan respon atau tindak balas daripada pendengar. Menurut Winfred Crombie (1985)
lagi, terdapat tiga bentuk asas aplikasi semantik dalam pertuturan atau perbualan iaitu:
a. Inisiatif : Contoh; Ke mana awak pergi?
b. Respon : Contoh; Ke sekolah.
c. Susulan : Contoh; Baguslah.
Hubungan semantik interaktif juga boleh dilihat dalam bentuk ayat-ayat atau ujaran. Contoh:
a. Penyoalan : Contoh; Di manakah buku saya?
b. Arahan : Contoh; Nyah kau dari sini!
c. Persetujuan : Contoh; Ya, baiklah.
d. Pemberitahuan : Contoh; Buku Sejarah ada di atas meja.
Dalam Pengajian Melayu 1, ditulis oleh Ab. Rahman Ab. Rashid, et. al., (2003) dan juga dalam
Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan oleh Raminah Hj. Sabran, et. al., (1987) ada
menyatakan ciri-ciri keutuhan wacana dari segi konteks atau latar wacana, ia dapat dilihat dalam
tiga bentuk iaitu:
a. Laras bahasa. Misalnya:

Laras bahasa dalam iklan. Cepat, cepat! Jangan lambat! Jualan pengahabisan stok. (Walaupun
ayat-ayat yang diungkapkan terputus-putus, tetapi kita masih dapat memahaminya. Oleh
demikian, ia masih dianggap sebagai wacana.)
b. Kesepaduan tajuk. Misalnya:
Muka Aishah semakin berseri-seri. Dia kini gembira dan tenang. Perubahannya sungguh di luar
dugaan. (Orang yang dimaksudkan dahulunya sering dalam keadaan muram dan kesedihan.)
c. Hubungan sosial antara penutur dengan pendengar. Misalnya:
Ali : Dah siap?
Abu : Belum. Dakwat habis. (Kedua-dua orang penutur memahami apa yang dimaksudkan,
walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)
2.2.2 Hubungan dari segi fonologi
Hubungan dari aspek fonologi dapat dilihat melalui hentian atau kesenyapan suara, intonasi,
tinggi rendah tekanan suara dan nada suara. Sebagai contoh:
1. Abang Ali sudah makan nasi.
(Ayat ini mengandungi ketaksaan makna, bergantung kepada hentian atau kesenyapan suara
yang berlaku. Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan abang, maka ayat ini
membawa maksud Ali yang sudah makan nasi. Tetapi, jika kesenyapan suara berhenti selepas
perkataan Ali, maka ayat ini bermaksud abang Ali yang sudah makan nasi.)
2. Begitu juga halnya dengan intonasi dan nada suara yang berbeza. Misalnya perkataan
makan. Jika ia diungkapkan dengan nada suara yang keras dan intonasi yang tinggi di akhir
kata, ia akan menjadi ayat paksaan, arahan atau suruhan yang tidak boleh ditentang ataupun ia
juga boleh menjadi ayat soal, makan? Tetapi, jika ianya disebut dengan nada yang lembut, ia
akan berubah menjadi ayat silaan, ajakan atau pelawaan yang ikhlas.
2.2.3 Hubungan dari aspek leksikal
Hubungan ini dapat dilihat dari aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu
wacana. Hubungan leksikal dalam wacana tercapai melalui penggunaan kosa kata yang serasi
dan sesuai. Terdapat beberapa cara memperoleh hubungan leksikal. Antaranya ialah:
1) Mengulang kata yang sama (Pengulangan).
Semalam dia menelaah pelajaran. Hari ini dia menelaah lagi. Tampaknya dia memang seorang
yang rajin menelaah.
2) Menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikal.
Sindrom skim cepat kaya semakin menular dalam kalangan masyarakat kini. Gejala ini sungguh
membimbangkan.
3) Menggunakan antonim.
Hidup segan, mati tak mahu.
4) Menggunakan hiponim.
Terdapat pelbagai jenis baju wanita di butik itu antaranya baju kebaya, kurung, kebaya nyonya,
sari, jubah dan cheongsam.
5) Menggunakan kolokasi (hubungan kedudukan).
Pencemaran sungai semakin berleluasa. Hal ini telah menyebabkan hidupan akuatik semakin

pupus dan hilang tempat tinggal.


6) Memanfaatkan unsur bersambut.
Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan.
7. Pembuka dan penutup wacana.
Contoh diambil daripada buku Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan iaitu alkisah,
sebermula, maka dengan hormatnya (dalam karya klasik), dengan bangga, dukacita dan juga
kata-kata seperti sekalian, wasalam, hormat dari kami dan sebagainya.
2.2.4 Hubungan dari aspek tatabahasa atau gramatikal
Keutuhan wacana seharusnya memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasanya.
Michael McCarthy (1991), menyatakan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pertautan
tatabahasa dalam sesebuah wacana yang utuh, iaitu:
i. Kata rujukan
Ianya boleh disamakan dengan kata ganti nama dalam bahasa Melayu kerana fungsinya yang
menjadi rujukan dalam pembinaan sesebuah wacana. Penggunaan kata ini akan menyebabkan
makna yang cuba dimaksudkan lebih tepat dan menjadikan wacana itu sendiri lebih rapi dan
utuh. Contohnya:
Pengetua telah keluar dari biliknya. Dia nampak begitu cemas. Di luar, beberapa orang murid
sedia menunggunya. Mereka bertiga semuanya.
ii. Peleburan atau pelenyapan (elipsis) dan penggantian
Merupakan satu konsep apabila perkataan yang sama tidak diulang dalam ayat yang sama
walhal biasanya ia akan diulang. Proses ini akan menjadikan sesebuah wacana yang
dipersembahkan itu lebih utuh dan jelas. Contohnya adalah seperti berikut:
1. Individu A: Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah
menyebelahi pihaknya.
Individu B: Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.)
2. Kanak-kanak mengangkat kotak kecil, dewasa mengangkat yang besar. (Perkataan kotak
tidak diulang dalam ayat itu, tetapi masih boleh difahami)
3. Ali suka kereta Proton Saga, adiknya suka Perodua Kancil. (Perkataan kereta tidak diulang
dalam ayat)
iii. Kata penghubung
Kata penghubung yang digunakan dapat memperlihatkan pertalian dan pertautan antara ayatayat atau perenggan-perenggan dalam wacana dan menjadikan wacana tersebut bermakna dan
utuh. Michael McCarthy (1991) telah menggariskan tiga fungsi kata penghubung iaitu:
1. Fungsi penghuraian
Fungsi penghuraian dalam bahasa Melayu boleh dibuat dengan menggunakan perkataanperkataan seperti seterusnya, pada sudut yang lain, selain itu, sebaliknya dan sebagainya.
Contoh:
Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa begitu untuk menyelamatkan diri.
2. Fungsi pengembangan
Ianya sering kali digunakan bagi mengembangkan idea. Contoh perkataan ialah seperti, dan,
tetapi, oleh itu, sebab dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:
a) Dia tidak hadir kerana hujan
b) Kereta itu sudah lama, tetapi enjinnya masih baik.
3. Fungsi penambahan

Ianya sering digunakan bagi menyatakan masa atau kejadian. Contoh perkataan ialah
kemudian, berikutnya, sebelum, selepas, pada masa, dalam hal itu, dan sebagainya. Contoh:
a) Sebelum mereka datang semua tetamu telah pulang.
b) Mereka datang, kemudian cuba mencari ayah.

Pendahuluan
Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap yang dibentuk dari rentetan kalimat
yang kontinuitas, kohesif, dan koheren sesuai dengan konteks situasi. (Yayat Sudaryat, 2009 :
111). Wacana sebagai dasar dalam pemahaman teks sangat diperlukan oleh penutur dan mitra
tutur dalam berkomunikasi dengan informasi yang utuh. Dengan wacana seorang penutur bisa
menyampaikan gagasannya secara urut dan utuh sehingga akan tercipta satu kesatuan bahasa
yang bisa dengan mudah dipahami oleh mitra tuturnya. Dengan wacana pula, seseorang dapat
memperoleh informasi tentang segala aspek kehidupan yang ada di sekitar.
Analisis wacana merupakan salah satu cara yang sangat dibutuhkan untuk
mengimbangi perkembangan ilmu kajian wacana yang dewasa ini berkembang di berbagai
aspek kehidupan. Dan Rubrik Pangudarasa pada majalah Panjebar Semangat ini merupakan
salah satu wacana yang perlu untuk dianalisis karena dengan analisis tersebut para pembaca
selaku mitra tutur dalam kegiatan berbahasa akan lebih memahami aspek kekohesian yang
menjadikan sebuah wacana menjadi lebih padu. Wacana yang padu akan lebih mudah
dipahami oleh pembaca sehingga meminimalisr terjadinya kesalahpahaman atau
penyimpangan terhadap maksud yang ingin disampaikan oleh penulis atau mitra tutur. Rubrik
yang berisi pendapat, opini, maupun kritik seseorang terhadap fenomena-fenomena yang
terjadi ini sebagai bentuk media masyarakat untuk menyampaikan aspirasinya. Begitu pula,
dengan salah satu rubrik pangudarasa yang berjudul Jurang saya Amba lan Jero sebagai
objek analisis wacana ini menggambarkan keprihatinan seseorang akan kondisi masyarakat
yang dirasa terpisah jauh dengan para anggota legislatif yang sebenarnya wakil dari
masyarakat itu sendiri sebagai penampung aspirasi mereka. Adapun analisis wacana ini
meliputi aspek-aspek gramatikal dan aspek-aspek leksikal yang merupakan unsur kesatuan
dalam sebuah wacana.

B.

Analisis Aspek Gramatikal Wacana

Aspek gramatikal suatu wacana merupakan analisi wacana dari segi bentuk atau
strukturlahir wacana. Analisis wacana dari aspek gramatikal atau kohesi gramatikal meliputi
referensi (pengacuan), substitusi (penyulihan), elipsis (pelesapan), dan konjungsi
(perangkaian).
1. Referensi (Pengacuan)
Referensi adalah salah satu jenis kohesi gramatikal yang berupa satuan lingual
tertentu yang menunjuk satuan lingual yang mendahului atau mengikutinya. Referensi dapat
dibedakan menjadi tiga, yaitu referensi persona, referensi demonstratif, dan referensi
komparatif.
Sedangkan berdasarkan arah penunjukannya, kohesi referensi dibedakan menjadi dua
jenis yaitu referensi anaforis dan referensi kataforis. Referensi anaforis ditandai oleh adanya

unsur lingual yang menunjuk unsur lingual di sebelah kiri, sedangkan referensi kataforis
ditandai oleh adanya unsur lingual yang mengacu unsur lingual di sebelah kanan.
Sebagai alat yang berfungsi untuk menciptakan kepaduan wacana, referensi banyak
ditemukan dalam wacana Pangudarasa pada Panjebar Semangat Jurang saya Amba lan Jero
ini.
a. Referensi Personal
Referensi Personal direalisasikan melalui pronomina persona (kata ganti orang), yang
meliputi persona pertama (persona I), persona kedua (persona II), dan persona ketiga
(persona III), baik tunggal maupun jamak.
Pada wacana ini, kata kita (paragraf 5 kalimat 1) merupakan referensi persona, yaitu
pronomina persona I jamak yang menggantikan rakyat biasayang telah disebutkan pada
paragraf sebelumnya.
b. Referensi Demonstratif
Referensi Demonstratif (kata ganti penunjuk) dapat dibedakan menjadi dua, yaitu
pronomina waktu (temporal) dan pronomina tempat (lokasional).
Kata biyen (paragraf 1 kalimat 1) merupakan referensi demonstratif temporal yang bersifat
eksoforis, karena mengacu pada zaman dahulu sebelum masa reformasi yang tidak
disebutkan secara langsung dalam wacana tersebut.
Kata saiki (paragraf 1 kalimat 2) merupakan referensi demonstratif temporal yang bersifat
endoforis kataforis karena mengacu pada kata sawise reformasi yang terletak di sebelah
kanannya.
Sedangkan kata saiki (paragraf 9 kalimat 2) merupakan referensi temporal yang bersifat
endoforis anaforis yang mengacu pada keadaan di masyarakat dan DPR pada saat ini yang
telah disebutkan pada kalimat sebelumnya.
c. Referensi komparatif
Referensi komparatif (perbandingan) ialah salah satu jenis kohesi gramatikal yang
bersifat memdandingkan dua hal atau lebih yang mempunyai kemiripan atau kesamaan dari
segi bentuk atau wujud.
Kata saumpama diibaratake (paragraf 1 kalimat 1) merupakan referensi komparatif
yang berfungsi membandingkan antara kondisi hubungan rakyat dengan para anggota DPR
dengan ungkapan juglangan atau lubang.
Selain, ketiga jenis referensi tersebut, terdapat juga bentuk referensi endoforis
kataforis yang terdapat pada bentuk ne pada kata kesusahane(paragraf 2 kalimat 1) yang
mengacu pada frasa rakyat cilik, pengasilane(paragraf 5 kalimat 1) yang mengacu
pada anggota
DPRD
Provinsi,
DPRD
Kabupaten/Kota,
serta
pada
kata kemaslahatane (paragraf 7 kalimat 4) dengan masyarakat sebagai acuannya.
Sedangkan referensi endoforis anaforis juga ditemukan pada bentuk ne yang terdapat
pada kata golongane (paragraf 9 kalimat 2) yang mengacu pada wakil-wakil rakyat.
2. Substitusi (penyulihan)

Substitusi merupakan salah satu kohesi gramatikal yang berupa penggantian unsur
lingual tertentu (yang telah disebut) dengan unsur lingual yang lain. Substitusi dalam wacana
digunakan untuk menambah variasi bentuk, dinamisasi narasi, menghilangkan kemonotonan
dan memperoleh unsur pembeda. Dilihat dari segi lingualnya, substitusi dibedakan menjadi
substitusi nominal, verbal, frasal, dan klausal.
Adapun substitusi yang terdapat dalam wacana ini, yaitu :
a. Substitusi Nominal
Substitusi nominal adalah penggantian satuan lingual yang berkategori nomina (kata benda)
dengan satuan lingual lain yang juga berkategori nomina dalam wacana untuk memperoleh
unsur pembeda.
Kata wong-wong (paragraf 9 kalimat 2) merupakan jenis substitusi nominal yang
menggantikan wakil-wakil rakyat.
b. Substitusi Verbal
Substitusi verbal merupakan penggantian satuan lingual yang berkategori verba (kata kerja)
dengan satuan lingual lainnya yang juga berkategori verba.
Kata demo (paragraf 2 kalimat 2) merupakan substitusi verbal yang menggantikan kata unjuk
rasa.
c. Substitusi Klausal
Substitusi klausal adalah penggantian satuan lingual tertentu yang berupa klausa atau kalimat
dengan satuan lingual lainnya yang berupa kata atau frasa.
Kata jurang (paragraf 1 kalimat 2) merupakan substitusi klausal yang menggantikan
klausa juglangan sing saya suwe saya amba lan jero.
3. Elipsis (Pelesapan)
Elipsis merupakan salah satu jenis kohesi gramatikal yang berupa penghilangan unsur
(konstituen) tertentu yang telah disebutkan. Unsur yang dilesapkan bisa berupa kata, frasa,
klausa, maupun kalimat. Elipsis dalam wacana ini terdapat pada paragraf 2, yaitu :
Kosokbaline, perwakilan DPRD kang rumangsa diuntungake kanthi anane PP kasebut, uga
nggelar demo tandhingan, kang wose nintut supaya PP 37/2006 ora dibatalake.
Pada kalimat tersebut kata demo tandhingan dilesapkan pada kalimat berikutnya yang
ditunjukkan dengan tanda .
4. Konjungsi (Perangkaian)
Konjungsi merupakan salah satu kohesi gramatikal yang dilakukan dengan cara
menghubungkan unsur yang satu dengan unsur yang lain. Unsur-unsur yang dirangkaikan
dapat berupa kata, frasa, klausa, kalimat, alinea, topik pembicaraan dan alih topik atau
pemarkah disjungtif.
a. Konjungsi Penambahan (Aditif)
Konjungsi penambahan berfungsi menghubungkan secara koordinatif antara klausa yang
berada di sebelah kirinya dengan klausa yang mengandung kata konjungsi aditif itu sendiri.

Kata karo (paragraf 1 kalimat 1) menyatakan konjugsi penambahan yaitu rakyat umume yang
kemudian ditambahkan dengan para anggota DPR.
Sedangkan kata karo (paragraph 5 kalimat 2) juga memberikan makna penambahan antara
unsur DPRD Prov Jateng denganisi PP 21/2007.
Begitu pula dengan kata karo yang terdapat pada paragraf 9 kalimat 2 yang merangkaikan
unsur wakil rakyat denganrakyat yang katanya diwakili.
Konjugsi penambahan juga ditemukan pada penggunaan katalan pada wacana.
Kata lan (paragraf 1 kalimat 2) merangkaikan kata saya amba dengan saya jero yang
mempunyai makna menambahkan.
Sedangkan lan pada paragraf pertama kalimat 3 juga merupakan konjungsi penambahan yang
merangkaikan kalimat sebelumnya tentang hubungan masyarakat dengan anggota DPR yang
diibaratkan jurang yang kemudian dirangkaikan dengan kalimat berikutnya yang menyatakan
bahwa jurang yang terbentuk semakin dalam.
Begitu pula dengan penggunaan kata lan pada kalimat dan paragraf lain yang merupakan
konjungsi penambahan yang berfungsi merangkaikan antara dua unsur.
Pengggunaan kata uga juga merupakan konjungsi panambahan, yaitu kata uga (paragraf 3
kalimat 1) yang menambahkan pernyataan perwakilan DPR kang rumangsa
diunthungakedengan nggelar demo tandhingan. Begitu pula dengan katauga (paragraf 3
kalimat 5) yang berfungsi menambahkan pernyataan PP 21/2007 kang wis
diselarasake dengan pernyataan bahwa PP 21/2007 pranyata wis dileksanakake.
b. Konjungsi Pertentangan
Konjungsi pertentangan ditunjukkan dengan penggunaan katananging sebagai penghubung
dalam beberapa kalimat dalam wacana ini.
Konjungsi nanging (paragraf 1 kalimat 2) memberikan makna pertentangan antara kondisi
rakyat sebelum masa reformasi yang bertentangan dengan kondisi rakyat setelah reformasi.
Begitu pula dengan penggunaan kata nanging (paragraf 8 kalimat 2) untuk menghubungkan
kalimat panggawene peraturan kudune para panyusun mikirake lan nggatekake ati
sanubarine rakyat yang memiliki makna bertentangan dengan kalimat ing rerangken iki
sajake ora.
c. Konjungsi Kelebihan (eksesif)
Konjungsi malah (paragraf
1
kalimat
2)
memberikan
makna
melebihkan.
Pernyataan juglangan mau saya suwe saya amba lan saya jero yang dilebihkan dengan
pernyataan kena diarani ora mung trima juglangan. Konjungsi malah juga digunakan pada
kalimat 1 paragraf 9 yang memberikan makna melebihkan.
d. Konjungsi Sebab-Akibat
Konjungsi mula (paragraf 2 kalimat 2) menyatakan hubungan sebab akibat, yakni
kalimat tema demo isine uga mung tuntutan supaya PP 37/2006 dibatalake sebagai akibat
dari kalimat logikane masyarakat sing ngajak pamarentah lan kalangan legislative gelema
melu ngrasakake kesusahane rakyat cilik.
Konjungsi amarga (paragraf 7 kalimat 2) memberikan makna sebab akibat, yakni Dana BPO
kabare ora bisa dirapel yang disebabkan olah proses metune awewaton kinerja.

e.

Konjungsi Tujuan
Konjungsi supaya (paragraf 2 kalimat 2) memberikan makna tujuan yakni tema demo isine
mung tuntutan dengan PP 37/2006 dibatalake sebagai tujuannya.
f. Konjungsi Perlawanan
Konjungsi
yang
menyatakan
perlawanan
terdapat
pada
penggunaan
kata kosokbaline (paragraf 3 kalimat 1) yang memberikan hubungan antara pernyataan rakyat
yang ingin PP 37/2006 dibatalkan yang bertentangan dengan perwakilan DPRD yang merasa
diuntungkan dengan PP tersebut.
g. Konjungsi Pilihan (alternatif)
Kata utawa (paragraf 4 kalimat 1) merupakan konjungsi yang memberikan makna pilhan
yaitu antara keputusan atau kebijakan.Begitu pula, konjungsi utawa yang terdapat pada
paragraf 9 kalimat 2 yang memberikan makna pilihan antara mentingake awake
dhewe dengan kepentingan golongan.
h. Konjungsi Urutan (sekuensial)
Konjungsi banjur (paragraf 4 kalimat 1) memberikan makna urutan kejadian rakyat kayakaya yang dilanjutkan dengankelangan kalodhangan.
Kata sadurunge iku (paragraf 6 kalimat 3) juga merupakan konjungsi yang memberikan
makna urutan kejadian.
i. Konjungsi Syarat
Konjungsi yang menyatakan hubungan syarat ditunjukkan dengan penggunaan
kata menawa (paragraf 5 kalimat 1) dan juga konjungsi yen (paragraf 8 kalimat 1).

Analisis Aspek Leksikal Wacana


Aspek leksikal wacana atau kohesi leksikal merupakan alat kohesi dalam wacana
yang berkaitan dengan hubungan antarunsur dalam wacan secara secara sistematis dan bukan
secara gramatikal. Secara semantik, terdapat sejumlah piranti kohesi leksikal untuk
mewujudkan keutuhan sebuah wacana, yaitu repetisi (pengulangan), sinonimi (padan kata),
antonimi (lawan kata), hiponimi (hubungan atas bawah), dan kolokasi (sanding kata).
1. Repetisi (pengulangan)
Repetisi adalah pengulangan satuan lingual (bunyi, suku kata, kata, maupun bagian
kalimat) yang dianggap penting untuk member tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai.
Berdasarkan tempat satuan lingual yang diulang dalam baris, klausa atau kalimat, repetisi
dapat dibedakan menjadi delapan macam, yaitu repetisi epizueksis, tautotes, anafora,
episfora, simploke, mesodiplosis, epanalepsis, dan anadiplosis.
Dalam wacana ini terdapat jenis repetisi tautotes. Repetisi tautotes merupakan
pengulangan satuan lingual (sebuah kata) beberapa kali dalam sebuah konstruksi.
Juglangan mau saya suwe saya amba lan saya jero. (paragraf 1 kalimat 2).
Kata saya (makin) diulang sebanyak tiga kali dalam sebuah konstruksi.

2. Sinonimi (Padan Kata)


Sinonimi atau padan kata merupakan alat kohesi leksikal dalam wacana yang
menunjukkan pemakaian lebih dari satu bentuk bahasa yang secara semantik memiliki
kesamaan atau kemiripan. Sinonimi dapat terjadi pada tataran morfem (bebas) dengan
morfem (terikat), kata dengan kata, kata dengan frasa atau sebaliknya, frasa dengan frasa, dan
klausa/kalimat dengan klausa/kalimat.
Dalam wacana Jurang saya Amba lan Jero ini terdapat beberapa jenis sinonimi, yaitu
sebagai berikut :
Kata isine (paragraf 2 kalimat 2) memiliki kesamaan arti dengan kata wose (paragraf 3
kalimat pertama) yang berarti isi, dimana dalam wacana ini dimaksudkan isi dari PP no 37
tahun 2006.
Kata unjuk rasa (paragraf 2 kalimat 1) bersinonim dengan kata demo (paragraf 2 kalimat 2).
Sedangkan kata mligine (paragraf 5 kalimat 3) memiliki kemiripan arti dengan
kata utamane (paragraf 9 kalimat 2).
Sinonimi juga terdapat pada kata nuwuhake (paragraf 1 kalimat 1)dengan
kata mujudake (paragraf 5 kalimat 1) yang berarti memunculkan.
3. Antonimi (Lawan Kata)
Antonimi atau lawan kata disebut juga dengan oposisi makna. Oposisi makna merupakan
konsep yang betul-betul berlawanan sampai kepada yang hanya kontras makna saja.
Berdasarkan sifatnya, oposisi makna dapat dibedakan menjadi lima macam, yaitu oposisi
mutlak, oposisi kutub, oposisi hubungan, oposisi hirarkial, dan oposisi majemuk.
Adapun oposisi yang terdapat dalam wacana Jurang saya Amba lan Jero ini, yaitu
sebagai berikut :
a. Oposisi Mutlak
Oposisi mutlak merupakan pertentangan makna secara mutlak. Misalnya dalam wacana ini
terdapat kata biyen(paragraf 1 kalimat 1) yang berarti dahulu berlawanan makna dengan
kata saiki (paragraf 1 kalimat 2) yang memiliki artisekarang.
b. Oposisi kutub
Oposisi kutub merupakan oposisi makna yang tidak bersifat mutlak, tetapi bersifat gradasi.
Pada wacana ini terdapat oposisi kutub antara kata kasusahan (paragraf 2 kalimat 1) dengan
kata kemaslahatan (paragraf 8 kalimat 4 ).
c. Oposisi Majemuk
Oposisi majemuk merupakan oposisi makna yang terjadi pada beberapa kata (lebih dari dua).
Oposisi majemuk terdapat pada kata nulak (paragraf 2 kalimat satu) yang
berarti menolak,berlawanan makna dengan kata nampa (paragraf 7 kalimat 1) yang
berarti menerima.

4. Kolokasi (Sanding Kata)

Kolokasi merupakan asosiasi tertentu dalam menggunakan pilihan kata yang cenderung
digunakan secara berdampingan. Kata-kata yang berkolokasi adalah kata-kata yang
cenderung dipakai dalam sautu domain atau jaringan tertentu.
Dalam wacana Jurang saya Amba lan Jero ini terdapat hubungan kolokasi yaitu kata-kata
yang berada dalam lingkungan pemerintahan diantaranya anggota Dewan Perwakilan
Rakyat, anggota legislatif, dan anggota DPRD.
5. Hiponimi (Hubungan Atas Bawah)
Hiponimi merupakan alat kohesi leksikal yang makna kata-katanya merupakan bagian
dari makna kata yang lain. Kata yang mencakupi beberapa kata yang berhiponim disebut
hipernim atau superordinat. Dalam wacana ini, terdapat kata Dewan Perwakilan Rakyat
sebagai hipernimnya. Sedangkan hiponimnya terdapatanggota DPRD Provinsi dan DPRD
Kabupaten/Kota.
6. Ekuivalensi (Kesepadanan)
Ekuivalensi merupakan hubungan kesepadanan antara satuan lingual tertentu dengan
satuan lingual yang lain dalam dalam sebuah paradigma.
Ekuivalensi dalam wacana ini ditunjukkan dengan katarapelan (paragraf 1 kalimat 4) dan
kata dirapel (paragraf 7 kalimat 2). Kata rapelan dan dirapel memiliki hubungan kesepadanan
karena berasal dari satuan lingual asal rapel.

D.

Simpulan
Berdasarkan analisis wacana yang telah dilakukan pada wacana rubrik Pangudarasa
Jurang saya Amba lan Jero pada majalah Panjebar Semangat yang mengkaji aspek-aspek
gramatikal dan aspek-aspek leksikal suatu wacana didapatkan kesimpulan sebagai berikut :
1. Aspek gramatikal yang terdapat dalam wacana meliputi pengacuan (referensi), penyulihan
(substitusi), pelesapan (ellipsis), serta perangkaian (konjungsi)
2. Aspek leksikal yang terdapat dalam wacana meliputi: pengulangan (repetisi), padan kata
(sinonimi), lawan kata (antonimi), hubungan atas bawah (hiponimi), sanding kata (kolokasi),
serta kesepadanan (ekuivalensi).
Dengan kedua aspek tersebut suatu wacana akan memiliki keterpaduan jika dilihat
dari segi hubungan bentuk atau struktur lahirnya.

Anda mungkin juga menyukai