Anda di halaman 1dari 3

Dalam proses kemahiran belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh

para pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman yang
lebih berkesan. Oleh itu, teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses
pembelajaran. Membaca merupakan proses berfikir yang melibatkan pemikiran yang tersurat
dan yang tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi
idea dan mengaplikasikan maklumat baharu dalam konteks budaya yang baru. Di peringkat
sekolah rendah, murid-murid dilatih dan dibimbing membaca sebagai persiapan ke arah
penguasaan membaca yang betul. Teknik dan pendekatan membaca yang betul perlulah
diterapkan kepada para pelajar agar mereka dapat menguasai kemahiran membaca tersebut.
Kemahiran membaca amat penting untuk mendapatkan maklumat, ilmu pengetahuan dan
fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses
komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.
Membaca kritis boleh didefinisikan sebagai suatu kegiatan membaca dilakukan secara
bijaksana, penuh ketenangan, mendalam, evaluatif serta analitis, dan bukan ingin mencari
kesalahan penulis. Individu yang membaca secara kritis berusaha memahami makna tersirat
sebuah bacaan. Dalam proses membaca secara kritis, pembaca mengolah bahan bacaan secara
kritis. Membaca kritis adalah membaca yang bertujuan untuk mengetahui fakta-fakta yang
terdapat dalam bacaan kemudian memberikan penilaian terhadap fakta itu. Pembaca tidak
hanya sekadar menyerap masalah yang ada, tetapi pembaca bersama-sama penulis berfikir
tentang masalah yang dibahas. Dalam erti kata yang lain, pembaca harus membaca secara
analisis dan dengan penilaian. Dalam proses pembacaan secara kritis pembaca harus terbuka
terhadap gagasan dan idea orang lain. Pembaca harus mengikuti fikiran penulis secara tepat,
mendalam, dan kritis. Kritis di sini bermaksud menerima fikiran penulis dengan dasar yang
baik, logik, benar, realistik.
Berdasarkan hasil pembacaan saya berkenaan aspek pembacaan kritis, terdapat dua
jenis pembaca, iaitu pembaca kritis dan pembaca bukan kritis. Dalam proses kemahiran
belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh para pelajar. Kemahiran
membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman yang lebih berkesan. Oleh itu,
teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Membaca
merupakan proses berfikir yang melibatkan pemikiran yang tersurat dan yang tersirat,
menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan
mengaplikasikan maklumat baharu dalam konteks budaya yang baru. Di peringkat sekolah
rendah, murid-murid dilatih dan dibimbing membaca sebagai persiapan ke arah penguasaan
membaca yang betul. Teknik dan pendekatan membaca yang betul perlulah diterapkan kepada
para pelajar agar mereka dapat menguasai kemahiran membaca tersebut. Kemahiran membaca
amat penting untuk mendapatkan maklumat, ilmu pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu
perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca
dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.
Untuk pembaca bukan kritis, teks yang dibaca hanya memberikan fakta. Pembaca
menimba ilmu dengan membaca secara tersurat peryataan dalam teks. Berbeza dengan
pembacaan secara kritis, mana-mana teks tunggal yang dibaca dengan meberikan satu
gambaran mengenai fakta, idea utama serta huraian yang ingin diketengahkan. Contohnya,
seseorang pembaca yang bukan kritis mungkin membaca buku sejarah untuk mengetahui
fakta-fakta atau keadaan suatu tafsiran yang diterima daripada peristiwa-peristiwa lampau.
Seorang pembaca kritis mungkin membaca kerja yang sama untuk menghargai bagaimana
perspektif tertentu terhadap acara-acara dan pilihan tertentu fakta boleh membawa kepada
pemahaman tertentu
Membaca secara kritis terbahagi kepada dua langkah. Langkah yang pertama ialah
membuat pembacaan secara menyeluruh dan mendapatkan gambaran keseluruhan apa yang
ingin disampaikan. Seterusnya, pembaca membuat kesimpulan berdasarkan apa yang telah
dibaca dan membuat pelbagai persoalan keseluruhan berdasarkan analisis yang lebih awal.
Tujuan utama membuat bacaan secara kritis adalah untuk mengenali matlamat dan idea yang
ingin disampaikan oleh penulis dalam sesuatu teks tersebut. Idea-idea tersebut disokong oleh
beberapa elemen tambahan seperti huraian-huraian dan contoh-contoh yang sesuai.
Terdapat beberapa teknik bacaan secara kritis. Teknik pertama yang digunakan ialah
SQ3R (Survey-Question-Read-Recite-Review). Melalui teknik ini, pembaca perlu membuat
analisis mendalam tentang sesuatu bahan yang dibaca.Teknik SQ3R merupakan teknik yang
amat berkesan untuk pembelajaran bahasa. Langkah-langkah yang digunakan untuk teknik ini
ialah pembaca perlu melihat tajuk utama secara sepintas lalu bagai melihat idea atau
gambaran keseluruhan teks berkenaan. Langkah yang kedua ialah pembaca perlu menukarkan
tajuk utama menjadi beberapa soalan yang ingin dijawab. Seterusnya, pembaca perlu
membuat bacaan keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan. Selepas membaca
keseluruhan teks tersebut, susunkan idea dan isi-isi penting mengikut keutamaan. Langkah
yang terakhir ialah pembaca perlu menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian dan perenggan
melalui ingatan bagi menjawab soalan-soalan. Secara umumnya, teknik membaca jenis ini
memerlukan keupayaan pembaca menggunakan mindanya secara optimum. Teknik ini dapat
membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir terutama bagi memahami teks yang
dibaca.
Teknik yang kedua ialah SQ4R (Survey-Question-Read-Record-Recite-Reflect).
Teknik ini dapat mempertingkatkan keupayaan pembaca memahami teks yang dibaca dalam
jangka masa yang singkat. Terdapat lima aspek bagi menggunakan teknik ini. Pertama ialah
meninjau, iaitu cara mendapatkan pandangan sebelum membaca dengan memfokuskan tajuk,
bab, rangka kasar bab, pengenalan, tajuk utama dan subtajuk, ringkasan bab dan soalan
ulangkaji. Kedua ialah menyoal iaitu membentuk soalan daripada tajuk kecil dalam petikan
dan soalan bagi meninjau gambaran keseluruhan kandungan teks. Ketiga ialah membaca iaitu
memberikan perhatian ke atas soalan yang sudah dibina dan membaca teks dengan teliti.
Keempat ialah mencatat iaitu membuat catatan di tepi petikan bagi memberi panduan untuk
menyatakan semula isi. Kelima ialah menyatakan kembali iaitu menyatakan dalam bentuk
lisan catatan yang sudah dibuat. Keenam ialah membuat bayangan atau gambaran iaitu
memikirkan cara menggunakan idea yang sudah dibaca. Sekiranya bacaan masih tidak jelas,
bacalah semula dan cuba hubungkan mana-mana bahagian dengan bab sebelumnya.
Teknik ketiga ialah KWLH (Know-Want-Learnt-How). Teknik ini sesuai bagi
mengaktifkan pengetahuan lalu para pelajar. Teknik membaca ini berfungsi untuk menjana
pemikiran yang aktif ketika membaca. K (Know) ialah apa yang pembaca ketahui melalui
pembacaan tersebut. W (Want) ialah apa yang hendak diketahui melalui hasil pembacaan
tersebut. L (Learnt) ialah apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan tersebut
dan H (How) ialah bagaimana untuk menambahkan maklumat berkenaan tajuk yang dibaca.
Teknik pembacaan ini merupakan suatu teknik membaca yang kritis kerana pembaca dapat
meninjau apa yang sudah diketahui, apa yang sudah dipelajari selepas membaca dan
bagaimana perkara-perkara tambahan yang ingin diketahui dan dipelajari.
Teknik keempat ialah REAP (Read-Encode-Annote-Ponder). Teknik ini memberikan
penekanan ke atas strategi pembacaan yang dikaitkan dengan pemikiran kritis dalam kalangan
pembaca. Hal ini kerana pembacaan kritis dapat membantu pembaca mengutamakan lagi
strategi pemahaman mereka dengan mengambil kira penggunaan unsur-unsur kognitif dalam
pembacaan. Tujuan teknik membaca REAP adalah untuk meningkatkan kemahiran
meringkaskan pembacaan dan membantu pembaca mentafsir idea dengan menggunakan
perkataan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai