Anda di halaman 1dari 22

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri tanpa memplagiat
dari mana-mana hakcipta terpelihara kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumber ia di dapati










Tandatangan :
Nama penulis :SAIFUAN BIN ANGGUN
Tarikh : 5 Mac 2012
Arahan tugasan
Sebagai seorang pelajar yang akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah sarjana
Muda Pendidikan Sekolah Rendah, pelajar seharusnya mempunyai kemahiran
mencari, memilih serta menggunakan sumber-sumber pembelajaran secara kendiri
dan berkesan. Oleh itu anda dikehendaki mencari dan memilih sumber berkaitan
jenis-jenis kemahiran membaca iaitu secara pantas dan secara kritis.Anda perlu
menyatakan pendapat anda dan keberkesanan tenik-teknik daripada jenis
kemahiran membaca tersebut.

Arahan
1. Tugasan ini dilakukan secara Individu
2. Penulisan rujukan mengikut sistem yang seragam (APA)
3. Pastikan berlaku kolaborasi antara anda dan pensyarah semasa melakukan
kerja menyiapkan tugasan ini.
4. Gunakan Arial font 12 langkau 1.5 dan hasil penulisan perlu dbinding biasa.
5. Panjang tugasan dalam 8-12 muka surat sahaja.
6. Palagirisme dalam apajuga bentuk adalah dilarang sama sekali.Guru pelatih
yang menyerahkan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima.
7. Halaman depan kulit kerja mestilah hendaklah mengandungi elemen seperti
berikut
I. Nama pelajar
II. No.kad pengenalan
III. Kumpulan/unit
IV. Nama dan kod mata pelajaran
V. Nama pensyarah pembimbing
VI. Tarikh serahan




PENGENALAN
Membaca adalah satu cara untuk mendapatkan informasi dari sesuatu yang ditulis.
Membaca melibatkan pengenalan simbol yang menyusun sebuah
bahasa..Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di
peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila
seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu kolej, institut
atau universiti. Membaca membawa pengertian yang berbagai kepada aktiviti
berfikir. Proses membaca tidak akan tercapai dengan sepenuhnya sekiranya
pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman.

Mengikut pendapat Kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca seperti
berikut:
"Proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman,
keperluan dan tujuan bacaan."
Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa:
"Tafsiran symbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang
dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca."

Membaca melibatkan proses deria dan minda. Kedua-dua proses ini adalah saling
berhubungan antara satu sama lain. Proses bacaan yang melibatkan organ deria
seperti mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda.
Pembacaan melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak yang bertindak
memproses bahan bacaan.
Membaca ialah satu proses yang kompleks yang menggabungkan pengetahuan,
kebolehan, dan kemahiran mental dan fizikal.Membaca itu berkesan sekiranya
maklumat yang baru ditemui (dari buku yang sedang dibaca) dapat dikaitkan dengan
maklumat yang sedia ada pada pembaca.Pembacaan boleh berlaku di peringkat
bebas (independent level), peringkat bimbingan/pengajaran (instructional level)
ataupun peringkat kecewa (frustitional level)
KONSEP MEMBACA

Membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi
mental, emosi dan fizikal. Secara luas, membaca melibatkan sebarang aktiviti
sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan
asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Kemahiran membaca bergantung kepada konsep kematangan mental. Gangguan
kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca.
Kemahiran membaca juga penting dan menjadi asas untuk peringkat perkembangan
pemikiran pelajar-pelajar.

Kemahiran membaca juga perlu dipertingkatkan supaya pembaca dapat menambah
ilmu yang sudah sedia ada dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Aktiviti
membaca adalah aktiviti berfikir secara mendalam sebelum menerima atau menolak
bahan bacaan tersebut. Jika tidak berfikir secara mendalam, orang itu sebenarnya
tidak membaca.

Pelajar dianggap gagal dalam pembacaan sekiranya tidak menguasai kemahiran
membaca.Seseorang pelajar yang mempunyai kaedah paling optimum mempunyai
kebolehan dalam menghayati bahan bacaan tersebut sama ada dari segi konsep
dan pendekatan yang ditulis.

Pelajar yang menggunakan kaedah membaca paling optimum dipercayai dapat
memahami dan menghuraikan kembali bahan yang telah dibacanya . Oleh sebab itu,
falsafah pembacaan paling optimum mementingkan pemikiran yang berhubungan
dengan otak.

TUJUAN MEMBACA
Tujuan utama untuk membaca adalah untuk mencari serta memperolehi informasi,
mencakup isi, memahami makna bacaan.
Henry Guntur Tarigan mengemukakan tujuan membaca adalah sebagai berikut:
Membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta-fakta (reading for
details or facts).
Membaca untuk memperoleh idea-idea utama (reading for main ideas).
Membaca untuk mengetahui urutan atau susunan, organisasi cerita (reading
for sequence or organization).
Membaca untuk menyimpulkan, membaca inferensi (reading for inference).
Membaca untuk mengelompokkan, membaca untuk mengklasifikasikan
(reading to classify).
Membaca menilai, membaca evaluasi (reading to evaluate).
Membaca untuk memperbandingkan atau mempertentangkan (reading to
compare or contrast)
Membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta-fakta.
Membaca untuk memperoleh idea-idea utama
Membaca untuk mengetahui urutan atau susunan
Membaca untuk menyimpulkan.
Membaca untuk mengelompokkan atau mengklasifikasikan
Nurhadi berpendapat bahwa tujuan membaca adalah sebagai berikut:
Memahami secara detail dan menyeluruh isi buku.
Menangkap idea pokok atau gagasan utama secara tepat.
Mendapatkan informasi tentang sesuatu dan mengenali makna kata-kata.
Ingin mengetahui peristiwa penting yang terjadi di masyarakat sekitar.
Ingin memperoleh kenikmatan dari karya sastera.
Ingin mengetahui peristiwa penting yang terjadi di seluruh dunia.
Ingin menilai kebenaran gagasan pengarang dan mendapatkan keterangan
tentang pendapat seseorang (ahli) tentang definisi suatu istilah.
PERMASALAHAN DALAM MEMBACA
Masalah membaca dalam kalangan murid-murid sekolah bukanlah perkara
yang luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan
terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran
membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam
kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di
sekolah .

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan
seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera.Pelbagai
kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar
murid cara bacaan yang betul. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang
digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

Dalam kerja kursus ini kita dapat mengetahui jenis kesalahan bacaan, punca
masalah membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa
Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak, guru hendaklah sesuaikan kaedah-kaedah
kemahiran membaca dengan keupayaan murid-murid.









OBJEKTIF KAJIAN


Mengenal pasti apakah jenis-jenis kemahiran membaca dan cara-cara
pembacaan yang betul.
Mengenal pasti permasalahan yang di hadapi oleh pembaca dalam
pembacaannya.
Mengenal pasti apakah tujuan seseorang individu membaca sesuatu bahan
bacaan.
Mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar dalam pembacaan sama ada
pelajar sekolah menengah,sekolah rendah atau pelajar IPT.
Mengenal pasti cara pembacaan yang betul mengikut kesesuaian terhadap
individu tetentu.
mengenal pasti apakah jenis-jenis masalah membaca yang di hadapi oleh
pelajar ataupun mana-mana individu.
Menjelaskan punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah membaca
dalam kalangan pembaca.











KAEDAH KAJIAN

1) KAEDAH TEMUBUAL
Temubual merupakan satu proses yang melibatkan dua pihak atau lebih
yang mempunyai seorang penemubual dan membincangkan tentang permasalah
yang telah wujud polemiknya dan mencari jalan penyelesaiannya. Proses temubual
ini berfungsi sebagai suatu medan bagi penemubual untuk mendapatkan maklumat
berkenaan kajian yang dijalankan.

Dalam penghasilan tugasan ini,saya telah menggunakan kaedah
temubual,Saya telah menemubual beberapa orang pelajar IPG kampus keningau
dan mengajukkan beberapa soalan mengenai kemahiran membaca.
2) KAEDAH RUJUKAN
Rujukan merupakan suatu proses pencarian maklumat yang dilakukan dalam
pelbagai cara bagi mendapatkan maklumat.

Kaedah rujukan ini telah saya aplikasikan di dalam menyempurnakan
penghasilan tugasan ini seperti rujukan melalui pembacaan buku-buku ilmiah yang
tersergam indah di Pusat Sumber Kampus Keningau Sabah dan rujukan melalui
laman sesawang.
3) KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian telah saya aplikasikan dengan membuat pemerhatian
dalam kalangan pelajar IPG kampus keningau,untuk mengethui adakah
mereka minat membaca atau tidak dan adakah mereka menggunakan
kemahiran membaca yang betul.


KAJIAN LITERATURE

Enam aspek kemahiran belajar yang dikaji iaitu kemahiran mengurus masa,
kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan,
kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan yang dijangka
mempengaruhi prestasi akademik dan belajar seseorang (Yahya Othman, 2003;
Mohd Nashuha Jamidin et al., 1995).

Menurut Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran adalah cara seseorang mula
menumpu perhatian, memproses dan mengingat sesuatu maklumat yang sukar.

Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984)
Kolb (1984) telah membahagikan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar
kepada empat kategori iaitu imaginatif dan kreatif, teori analisis, praktik dan intuitif
dinamik.

Saniah Sayuti et al. (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya
terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara pantas dan
membaca secara kritis. Contoh membaca secara pantas adalah seperti teknik
sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming).

Kajian Gurmit Kaur (2004) mendapati 85.8% pelajar lebih memfokuskan kepada isi
penting semasa membaca. Pelajar mengamalkan teknik scanning untuk mencari isi
penting, pelajar mengimbas untuk mendapatkan maklumat atau isi penting di dalam
sesuatu teks. Kelemahan yang dapat dikesan oleh Gurmit Kaur (2004) ialah terdapat
segelintir daripada responden jarang membuat refleksi untuk sesuatu topik yang
dibaca.

Refleksi yang dibuat oleh pelajar dengan menggunakan ayat sendiri membolehkan
pelajar mengaitkan bahan yang baru dipelajari dengan pengetahuan sedia ada
mereka (Witrock, 1990).

Kamaruddin Mat Rejab (2000) menunjukkan kemahiran membaca pelajar hanya
mencapai tahap sederhana sahaja dengan skor 58%.Dapatan kajiannya juga
menunjukkan responden dapat menganalisis maklumat, membuat rumusan,
kesimpulan dan menyokong idea.
















DAPATAN KAJIAN
Membaca Secara Pantas
Seseorang pelajar lazimnya perlu melakukan banyak pembacaan.Dalam konteks
sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai
sumber.Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif, ada
masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk
menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan
mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar
pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.

Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti,
Untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk
atau perkara
Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau
perkara
Untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang
sesuatu konsep
Untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan

Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;
Membaca pantas
Membaca kritis






Pembacaan Secara Skimming Dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan
yang ringkas seperti sesuatu petikan mahupun bahan bacaan yang lebih panjang
seperti buku, jurnal dan majalah.Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya
memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat
gambaram umum.Idea-idea khusus sengaja diabaikan.Dalam pembacaan
sesebuah buku pula.fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam
buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada
akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara
yang dibaca.

Membaca dengan teknik skimming bererti kita secara cepat membaca sekilas
teks untuk menentukan idea-idea penting dari teks.Ketika melakukan skimming
secara cepat mata kita bergerak ke seluruh teks untuk memperoleh gambaran
umum mengenai teks. Pembacaan cara ini hanya menumpukan bagian-bagian
tertentu yang dianggap kurang penting. Ketika kita membaca sekilas kita akan
menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan cepat menyapu seluruh
halaman yang dibaca sambil memberi fokus pada informasi yang dicari.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus
dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan
bacaan.Dalam pembacaan ini bahagian-bahagian yang dirasakan kurang penting
akan dilangkaui.Ketika membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke
bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil memberi
tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini
adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.



Perbezaan Pembacaan Secara Skimming Dan Scanning

Bil Pembacaan secara Skimming Pembacaan secara Scanning
1. Hanya membaca secara sekilas
pandang sahaja.
Hanya membaca secara sepintas
lalu sahaja.
2. Tujuan untuk mendapatkan kesan
umum daripada sesebuah teks
yang dibaca.
Tujuan untuk mendapatkan
maklumat awal dan gambaran
keselruhan tentang teks sebelum
menjadi pilihan untuk dibaca.
3. Mencari hal-hal yang melibatkan
fakta dan informasi tertentu sahaja.
Pembaca meneliti bahagia-
bahagian buku sahaja.
4. Pembaca meneliti halaman judul,
kata pengantar, daftar isi, gambar
dan diagram, indeks dan
sebagainya.
Pembaca meneliti indeks, daftar
kata, judul, bab, rangka kasar
buku, bibliografi., kandunga
prakata, pendahuluan, sinopsis,
abstrak dan sebagainya
5. Untuk menentukan kesesuaian
sesuatu bahan bacaan.
Untuk mendapatkan maklumat
khusus yang dicari.





MEMBACA SECARA KRITIS
Berfikir Kritis adalah "ketetapan yang hati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk
apakah kita sebaiknya menerima, menolak atau menangguhkan penilaian
terhadap suatu pernyataan, dan tingkat kepercayaan dengan mana kita
menerima atau menolaknya."

Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan
(untuk membaca seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di
mana pembaca;
Mengingat kembaliapa yang telah diketahui.
Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui.
Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih).
Mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru
dilakukan.
Menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat
pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang
sedia ada dengan apa yang dibaca,menentuka apa yang telah diperoleh dari
pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya
ingin mendapat maklumat tambahan.

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti
yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Know (K)
Apa yang sudah diketahui? Want (W)
Apa yang hendak diketahui? Learned (L)
Apa yang telah dipelajari/diperoleh? How (H)
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?













Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson
(1961).Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang
mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang
dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;



Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini
dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan
terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu
skimming dan scanning.

SQ3R
S-Survey
(tinjau)
Q-
Question
(soal atau
tanya)
R-Read
(baca)
R-Recite
(imbas
kembali)
R-Review
(baca
semula)
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar
menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks
tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut
menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari
bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca
kelak.Pembaca akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-
soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar
mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan
perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan.
Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang
ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang
telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks
tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan
sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-
jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga
memastikan tiada fakta penting yang tertinggal



RUMUSAN
Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini dapatlah di rumuskan bahawa teknik
pembacaan yang sesuai adalah bergantung kepada individu itu
sendiri.Keberkesanan sesuatu teknik membaca dalam kemahiran belajar adalah
bergantung kepada cara seseorang individu mengaplikasikan teknik
tersebut.Disamping itu ia juga melihat kepada kesesuai dan pendekatan individu
terhadap teknik membaca itu sendiri kerana setiap orang mempunyai cara yang
berbeza.
Jenis cara pembacaan yang saya pilih ialah pembacaan secara pantas.Dalam
teknik pembacaan secara pantas terdapat dua jenis teknik iaitu pembacaan
secara Skimming(sekilas pandang) dan scanning(sepintas lalu).Cara pembacaan
ini adalah sangat sesuai dengan situasi saya sebagai pelatih di IPG kerana
pembacaan ini dapat menjimatkan masa.

Saya memilih cara pembacaan pantas sebagai cara pembacaan yang saya
gunakan dan aplikasikan dalam pembelajaran saya.Pembacaan secara pantas
adalah sesuai kerana cara pembacaan ini dapat menjimatkan masa dan saya
dapat mengetahui keseluruhan isi yang terkandung dalam bahan bacaan yang
saya baca,walaupun pembacaannya hanya sepintas lalu sahaja tetapi ianya
memberikan informasi yang lengkap dan secara menyeluruh.Bukan saya sahaja
yang menggunakan teknik pembacaan ini malah ramai lagi pelatih di IPG yang
menggunakan teknik yang sedemikian.Sesuai dengan kehidupan sebagai
seorang pelatih IPG cara pembacaan pantas banyak membantu saya dalam
aktiviti pembelajaran seharian terutamanya untuk memahami sesuatu petikan
atau nota mahupun rencana dengan cepat.Dalam pembacaan pantas saya dapat
mengesan dan memberikan tumpuan terhadap isi-isi penting dan melangkaui
bahagian-bahagian yang tidak penting.Oleh yang demikian,saya akan mudah
untuk mengenal pasti isi utama sesuatu petikan atau teks.Tegasnya,pemilihan
teknik pembacaan bergantung kepada individu mengikut kesesuaian dan
penerimaannya.

REFLEKSI
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya
saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran
Kemahiran Belajar untuk tajuk kemahiran membaca.Ini merupakan pengalaman
pertama saya untuk melaksanakan kerja kursus yang sebegini di bawah tajuk
kemahiran belajar yang dibimbing oleh En.Jamaluddin Bin Abidin.

Sepanjang melaksanakan kerja kursus dalam Program Persedian Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan terdapat banyak pengalaman baru yang saya perolehi
dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam bidang kemahiran
belajar.Saya dapat mendalami salah satu sub topic dalam kemahiran belajar iaitu
kemahiran membaca yang terdapat beberapa lagi cabang kemahiran.Saya dapat
mengaplikasikan dan mengembangkan lagi kemahiran-kemahiran belajar yang
lain seperti kemahiran memperolehi maklumat semasa menyiapkan kerja kursus
ini.Saya telah menerima kerja kursus ini pada 18 Julai 2011,iaitu pada hari isnin
bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.Pada mulanya memang agak
sukar bagi saya untuk memulakan kerja kursus ini walaupun telah berkolaborasi
dengan senior dan merujuk kepada panduan yang diberikan kerana tidak faham
bagaimanakah bentuk kerja kursus yang dimaksudkan.akhirnya,kami mengambil
keputusan untuk bertanya kepada pensyarah pembimbing kami iaitu
En.Jamaluddin Bin Abidin yang banyak membantu dengan memberikan
penerangan secara menyeluruh ketika di dalam kelas mengenai kerja kursus
yang sedang kami jalankan.

Setelah kesukaran demi kesukaran dilalui,pelbagai rintangan dan halangan
yang saya hadapi berkat usaha guru pembimbing kami yang tidak pernah jemu
memberikan tunjuk ajar,rakan-rakan yang sentiasa memberikan pertolongan,ibu
bapa saya yang sering memberikan dorongan untuk meneruskan usaha agar
tidak berputus asa dan kesedaran diri dan kegigihan dalam menyiapkan kerja
kursus ini akhirnya saya Berjaya menyiapkan kerja kursus yang sememangnya
suatu yang mencabar bagi saya.
Akhir sekali,kerja kursus ini banyak memberikan manfaat kepada saya sebagai
guru pelatih di IPG untuk meningkatkan kemahiran dan potensi sebagai seorang
bakal guru dan seterusnya memperkasakan profesion perguruan supaya menjadi
lebih mantap untuk memartabatkan profesion perguruan kearah yang lebih baik
dan cemerlang,gemilang serta terbilang.Sepakat dan kolektif menjana
kecemerlangan.
Sekian Terima Kasih


















PENGHARGAAN
Assalammualaikum W.B.T
Syukur kita kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapatlah kita melaksanakan
satu kerja kursus pendek dalam program persedian ijazah sarjana muda
pendidikan yang di bimbing oleh En.Jamaluddin Bin Abidin dengan jayanya.

Ucapan terima kasih saya kepada pihak IPG kampus Keningau yang
memberikan kebenaran dan sokongan moral untuk melaksanakan kerja kursus
ini.Tidak lupa dengan pensyarah pembimbing kami iaitu En.Jamaluddin Bin
Abidin yang banyak menyumbangkan tenaga untuk membimbing dan
memberikan panduan kepada kami.

Seterusnya,Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada senior-senior yang
banyak memberikan sokongan,teladan yang baik dan tunjuk ajar kepada kami
serta sudi berkongsi pengalaman dengan kami mengenai cara-cara pelaksanaan
kerja kursus ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tidak pernah serik untuk
memberikan peringatan dan pertolongan saat saya memerlukan,begitu juga
dengan ahli keluarga yang banyak membantu terutamanya dari segi kewangan.

Akhir sekali,ribuan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pihak yang
terlibat dan banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Sekian
Terima Kasih


JADUAL PERLAKSANAAN KERJA KURSUS
BIL TARIKH PERKARA
1 18/07/2011 Membincangkan tentang format pelaksanaan
bersama dengan pensyarah pembimbing.
2 20/07/2011 Mencari bahan rujukan di pusat sumber IPG
kampus Keningau dan mencari di laman
sesawang.
3 23/07/2011 Membincangkan format dan menyenaraikan
perkara/item yang perlu di buat dan di sediakan.
4 24/07/2011 Memulakan kerja kursus dimulakan dengan
pengenalan dan konsep membaca.
5 26/07/2011 Berkolaberasi dengan senior untuk
mendapatkan maklumat tambahan.
6 28/07/2011 Membuat penelitian,mengenal pasti item yang
belum disiapkan secara menyeluruh,membuat
kerja-kerja menaip.
7 02/08/2011 Membincangkan format keseluruhan kerja
kursus secara terperinci bersama dengan
pensyarah pembimbing membuat sedikit
penambahan bahan
8 03/08/2011 Membuat pembetulan,penambahan bahan,dan
Printout tugasan.
9 05/08/2011 Menghantar tugasan

Anda mungkin juga menyukai