Anda di halaman 1dari 3

TEMA : KEMISKINAN

TAJUK : ABANG DAN


ADIKNYA
MEDIA : CAT AKRILIK

Karya yang bertajuk bertajuk Abang dan Adiknya ini hasil daripada
cetusan idea saya semasa saya membeli bela di salah sebuah pusat
membeli bela di Kota Kinabalu, saya melihat adik-beradik sedang tidur
terlena di tepi bangunan. Apa yang menyebabkan hati saya tersentuh
melihat gelagat adik-beradik ini ialah apabila seorang abang yang
mempunyai naluri dan perasaan kasih sayang seorang abang untuk
menjaga adiknya dari ancaman. Lantas saya mengambil keputusan untuk
melakarkan idea saya dalam karya ini.
Dalam

karya

ini

menceritakan

tentang

kehidupan

segelintir

masyarakat yang terpinggir oleh arus pemodenan. Mereka hanya mencari

rezeki untuk meneruskan kehidupan dan tidak lebih dari ini bagai Kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang itulah rutin yang mereka
lakukan setiap hari. Selain itu, karya ini memaparkan kasih sayang seorang
abang untuk menjaga adiknya dikala ibu bapanya mencari sesuap nasi.
Digambarkan dalam karya ini seorang abang ini berusia sekitar 8 tahun,
dalam seusia ini kanak-kanak mempunyai emosi dan mental yang
membolehkan mereka berfikir.
Saya menggunakan sapuan yang agak kasar untuk memberikan
makna tentang kemiskinan yang dialami oleh kedua adik-beradik ini. Jelas
di bahagian dinding yang berwarna biru tersebut disapu dengan sapuan
yang kasar dan menggunakan warna biru untuk menyatakan tentang
hasrat seorang abang yang asalnya dalam kehidupan yang daif masih
mempunyai harapan dan cita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.
Menginginkan kebahagiaan hidup yang harmoni, sejahtera sama seperti
masyarakat biasa di negara ini.
Kombinasi warna sewarna menimbulkan satu perasaan yang
membolehkan kita merasai kehidupan mereka yang sebenar seperti yang
digambarkan dalam karya ini. Warna ini juga dapat menggambarkan satu
makna yang tersirat di sebalik karya ini yang mana kita dapat mengetahui
latar belakang kehidupan mereka dan susah payah ibu bapa mereka untuk

memberikan sesuap nasi kepada dua orang adik-beradik ini bagi


meneruskan kehidupan mereka.
Apa yang hendak saya tonjolkan dalam karya ini ialah masyarakat
hendaklah cakna dengan masyarakat di sekeliling, cakna akan kehidupan,
budaya serta keperluan agar masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan
harmoni dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai