Anda di halaman 1dari 2

Tarian Zapin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Zapin (Jawi: ) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini
diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah
menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah
Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu
hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura danIndonesia. Zapin telah mengalami
pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.
Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia
ditarikan, antaranya adalah:

Tarian Zapin Arab

Tarian Zapin Johor

Tarian Zapin Lenga

Tarian Zapin Pekan

Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.


Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin
adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai
sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat.
Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan
biola.
[sunting]Tarian

Zapin di Brunei

Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan
geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan
panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:

Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah)

Zapin Tar (Jipin Tar)

Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari
budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan
Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi
kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di
mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif.
Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat

mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau
berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi.
Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin
ialah gambus, rebana, gendang tabur dan tar.
[sunting]Asal

tarian

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di
istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad
ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai
sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.
Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau,
iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak,
dan Brunei Darussalam.
[sunting]

Anda mungkin juga menyukai