Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama


dan lagu yang diwarisi dari generasi terdahulu dan mungkin mengalami sedikit
asimilasi dari segi aturan lirik, gaya nyanyian atau alat muzik serta cara
penyampaiannya yang dipelbagaikan.
Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari
sesuatu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di
negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei hatta di mana-mana pelusuk pulau
terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di
kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam,
haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun senario semasa di kawasan tersebut. Lagu
rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan
setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian,
didendangkan secara berkumpulan atau berseorangan. Kanak-kanak juga bermain
sambil menyanyi. samada untuk menghibur hati sambil berayun dibuaian
berseorangan atau dengan kawan-kawan Ada juga lagu yang menjadi sebahagian
dari permainan kanak-kanak .Dengan ini menyanyi menjadi kegiatan pencetus
silaturahim (Rahmah Bujang, Dewan Budaya, November 1999).
Dalam lagu-lagu rakyat kebanyakannya ialah pantun di samping syair dan
nazam. Lagu-lagu menjadi media untuk menyalurkan nasihat dan pendidikan.
Misalnya ibu atau nenek menghayun buaian sambil menyanyikan Nazam Sifat Dua
Puluh atauNazam Siti Fatimah. Nazam ini masih

dinyanyikan dalam acara

berendoi . Ia mengandungi lirik yang memberi didikan agama. Sambil menasihati


anak supaya mengenang jasa ibu bapa.
Lagu lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah terlalu tua usianya dan
tidaklah dapat dikesan dengan setepatnya bilakah ianya telah bermula. Namun satu
andaian yang mungkin boleh dipakai ialah ianya wujud semasa masyarakat Melayu
menganuti fahaman animism lagi. Lalu dalam hal ini; lagu-lagu tradisi begini boleh
kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama dalam genre puisi. Dengan
usaha penggiat-penggiat seperti Datuk Aripin Said dan Roslan Madon lagu-lagu itu
dapat dikembalikan ke tengah masyarakat.

1 | Page

Lagu-lagu rakyat juga boleh dijeniskan kepada lagu-lagu untuk kanak-kanak, orang
muda dan dewasa dan Antara lagu-lagu itu yang digunakan oleh bomoh dalam
upacara perubatannya khususnya jampi serapah atau puja-memuja minta
pertolongan kepada makhluk halus .(walau pun sudah jarang didapati lagi).Di
antara kategori ini, lagu yang paling dominan ialah lagu kanak-kanak. Mereka
menyanyikan lagu-lagu ketika bermain contohnya permainan nenek-nenek. Ibu-ibu
turut menggunakan lagu-lagu sewaktu hendak menidurkan anaknya dalam buaian
manakala nenek pula menyanyikannya untuk melelapkan mata cucu-cucunya.
Dalam hubungan ini jugalah lagu-lagu rakyat akan dapat digunakan untuk
membentuk pekerti yang mulia orang-orang yang mendengarnya.
Terdapat banyak lagu rakyat atau lagu kanak-kanak yang berunsur nasihat yang
membentuk peribadi mulia berperanan untuk membina jatidiri sebagai warga yang
berkualiti seperti lagu Lagu Burung Kenek-kenek.

BURUNG KENEK-KENEK
Burung kenek-kenek
Hinggap di pohon jati
Pesan datuk nenek
Alah bangunlah pagi-pagi

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas pagar
Pesan datuk nenek
Rajin-rajinlah belajar

Geleng-geleng sapi Berbulu di telinga


Atur tapak kaki Berdiri lama-lama

2 | Page

Geleng-geleng sapi Sapi berbulu merah


Atur tapak kaki Cepat-cepat melangkah

Burung Kenek-kenek
Terbang tinggi di awan
Pesan datuk nenek
pandai-pandai cari kawan

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas bumbung
Pesan datuk nenek
Jangan laku sombong

Burung kenek-kenek
Hinggap di tepi paya
Pesanlah datuk nenek
Jadilah orang mulia

Burung kenek-kenek
Hinggap di batang padi
Pesan datuk nenek
Jadilah orang berbudi

Burung kenek-kenek
Hinggap di tengah laman
Pesan datuk nenek
Jadilah orang beriman
3 | Page

(Dipetik dari lagu rakaman ROSLAN MADON)

Lagu tradisi juga ada yang berperanan untuk mendidik kanak-kanak mengajar
supaya menjadi insan yang bertaqwa kepada Tuhan. Patuh pada ibu bapa. Rajin
belajar atau memberi keutamaan kepada ilmu serta tidak mempunyai sikap yang
angkuh. Perkataan pesan dalam lirik lagu ini bererti nasihat.
Kemuliaan ilmu terdapat di dalam banyak lagi lagu termasuk Lagu Lompat si Katak
Lompat,
lompat si katak lompat/
lompat tinggi-tinggi,
cepat adik cepat,
cepat rajin mengaji.
Dan,
Buai laju-laju sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.
Puisi Melayu Tradisional khasnya yang disebarkan melalui lagu-lagu atau
nyanyian dapat menyampaikan nasihat dan panduan hidup bagi mempengaruhi
minda dan membina keperibadian bangsa. Usaha hendaklah dijalankan untuk
membanyakkan rakaman lagu-lagu rakyat yang berisi pantun-pantun nasihat. Di
sana sini masih ada pengamal pengamal Puisi Melayu Tradisional yang patut
disokong dan diberikan tunjangan untuk meneruskan kegiatan mereka. Kita faham
sesebuah university sedia mengeluarkan dana ratusan ribu untuk kerja-kerja
penyelidikan termasuk ke atas lagu-lagu rakyat dan PMT yang masih bertaburan.
Semua ini adalah bertujuan untuk mengumpul dan menyelamatkan khazanah
budaya.
Usaha untuk menyelamatkan khazanah budaya ini sepatutnya diiringi dengan
menyediakan peruntukan untuk memberi tunjangan kepada para pengamal agar
4 | Page

mereka dapat menjalankan kegiatan. Sekarang ini ada yang mengeluarkan


perbelanjaan sendiri untuk ke sana ke mari. Mereka patut dilantik ke universitiuniversiti (misalnya sebagai Karyawan Tamu) yang dapat mendampingi mahasiswamahasiswa menjalankan kegiatan sambil member pendidikan secara formal atau
tidak formal di dalam bidang ini walaupun mereka tidak mempunyai ijazah, Sarjana,
apatah lagi Ph.D.
Universiti Malaya misalnya boleh berbangga dengan tradisi melantik pelukis-pelukis
sebagai Karyawan Tamu (Profesor Diraja Ungku Aziz melantik Ibrahim Hussein,
1971-1978).dan membantu mempromosi karya pelukis-Mengikut Naib Canselor UM
sentiasa komited untuk memupuk proses penghasilan karya seni lukis yang
bermutu. Beliau pernah berucap Seni berperanan penting dalam pembangunan
manusia malahan boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Melalui
seni juga dapat dibentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan dan
tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi asset penting dalam
pembangunan Negara.
Kita menyanjung kemurahan hati ini, dan berharap seniman-seniman kreatif yang
lain termasuk penulis kreatif akan menerima limpahan peluang yang sedemikian.

5 | Page

LAPORAN KONSERT DUNIA 3 MELODIRAMA


Sebelum
Pada 10 April 2015 bersamaan hari Jumaat, PISMP Prasekolah Semester 5 akan
mengadakan Konsert Dunia 3 Melodirama. Oleh itu, pengerusi konsert kali ini telah
memilih 3 ketua bagi 3 persembahan yang akan dipersembahkan.Kami telah
membuat undian bagi memilih kumpulan dan kumpulan kami ialah kumpulan
nyanyian tradisional. Ahli-ahli kumpulan kami terdiri daripada Mohd Zulhairry sebagai
ketua kumpulan, Saharuddin Lamide, Saifuan Anggun, Eltiana Asim, Wan Farah
Adibah , Nur Farah Janudi, Dg Noor Fathirah, Dahlia Ali, Maizaton Akhmam dan
Viona Taipoi.
Setelah mengetahui kumpulan dan ahli kumpulan masing-masing, kami telah
diarahkan

untuk

memilih

beberapa

lagu

untuk

dipersembahkan.

Sebelum

persembahan sebenar kami diarahkan untuk membuat Recitle iaitu persembahan


permulaan untuk pengenalan kepada semua warga IPG Kampus Keningau tentang
persembahan yang akan kami persembahkan. Recitle ini juga adalah bertujuan
sebagai persembahan awal setiap kumpulan agar memudahkan pensyarah
pembimbing kami iaitu Cikgu Albert memberi komen dan nasihat tentang
persembahan setiap kumpulan.Setelah membuat Recitle kami di beri pendapat dan
teguran oleh Encik Albert mengenai pemilihan lagu yang telah dipilih.Encik Albert
menginginkan suatu perbezaan iaitu mencampurkan lagu-lagu tradisional daripada
pelbagai kaum atau bahasa. Melalui teguran tersebut, kami telah membuat
perjumpaan bagi membincangkan lagu yang akan dipersembahkan. Memandangkan
persembahan kali ini adalah mengenai vokal dan drama kami turut membincangkan
jalan cerita atau plot cerita yang bersesuaian.
Kumpulan

tradisional

telah

memilih

beberapa

lagu

hasil

daripada

perbincangan bersama.Lagu- lagu yang dipilih adalah lagu melayu, cina dan
dusun.Kami membuat jalan cerita mengenai kisah percintaan antara dua remaja
yang berlainan bangsa, namun hubungan mereka agak goyah akibat perselisihan
faham.Namun pada akhirnya mereka tetap bersama setelah semua perselisihan
faham di rungkaikan dengan penjelasan daripada pihak perempuan.Setelah
bersetuju dengan lagu dan jalan cerita yang di pilih, kami sekali lagi membuat
persembahan di bilik muzik bagi memperlihatkan sejauh mana latihan yang kami
6 | Page

lakukan. Melalui persembahan ini, kami diberi teguran dan nasihat untuk
penambahbaikan

agar persembahan yang akan dipersembahkan adalah yang

terbaik. Encik Albert memberi pendapat bahawa jalan cerita yang kami pilih adalah
terlalu sukar dan tidak mempunyai plot iaitu permulaan , kemuncak dan penutup.
Namun, mengenai lagu yang dipilih pula, Encik Albert sangat berpuas hati dengan
pemilihan lagu yang di buat.Oleh yang demikian, dalam keadaan segera kami telah
membuat perbincangan mengenai jalan cerita yang baru memandangkan tarikh
persembahan semakin dekat.Kami akhirnya bersetuju untuk membuat jalan cerita
mengenai 4 orang sahabat yang mengimbau masa lalu.Melalui jalan cerita ini, kami
selitkan unsur kecindan bagi menarik perhatian para penonton.
Setiap malam kami telah mengedakan latihan bagi memantapkan lagi
persembahan.Memandangkan jalan cerita kami tidak banyak menggunakan props
yang

perlu dihasilkan sendiri, kami memberi

keutamaanuntuk membuat

latihanvokal. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan kami Frecy Venda atas
jasa beliau dalam membantu kami melatih vokal memandangkan beliau salah
seorang rakan yang mahir dalam bidang ini. Walaupun beliau mempunyai komitmen
lain, beliau masih mempunyai masa dan ruang untuk membantu kumpulan lain.
Setelah ketua kumpualn yakin dengan vokal setiap ahli kumpulan, kami teruskan
dengan membuat props.Props yang dihasilkan adalah papan tajuk gerai, atap gerai,
piring hitam dan rekod gramofon. Manakala props yang lain seperti meja, kerusi,
baju tradisional, bunga dan alas meja kami perolehi melalui peminjaman di butik dan
barang-barang di dewan. Oleh itu, kerja kami menjadi lebih mudah dan menjimatkan
masa

7 | Page

Laporan Bergambar Sebelum

GAMBAR 1 : Perbincangan mengenai plot cerita

8 | Page

GAMBAR 2 : Berbincang mengenai tugas masing - masing

GAMBAR 3 :latihan berdasarkan plot cerita yang dirancang.


GAMBAR 4 :.Latihan bagi setiap lagu

Jadual Perancangan Aktiviti


Tarikh

9 | Page

Perkara

30 Januari 2015
(Jumaat)
5 Mac 2015
(Khamis)

Pembahagian kumpulan persembahan oleh pensyarah


Perjumpaan pertama
-

Pembahagian tugas setiap ahli

Perbincangan mengenai persembahan yang dibuat

23 Mac 2015

- Pemilihan lagu
Latihan pertama

(Isnin)
27 Mac 2015

Latihan bersama pensyarah untuk memperbaiki

(Jumaat)
30 Mac 2015

persembahan
Perjumpaan kedua

(Isnin)

2 April 2015
(Khamis)

Penambahbaikan jalan cerita persembahan

Pemilihan lagu

Perubahan skrip

Latihan kedua
Perjumpaan ketiga

6 April 2015

Membuat props

(Isnin)

Perbincangan ringkas tentang perjalanan konsert.

Penambahbaikan lagu

7 April 2015
(Selasa)
8 April 2015
(Rabu)
8 April 9 April 2015
( Rabu Khamis)
10 April 2015

Latihan ketiga
Membuat persiapan konsert
-

Hias dewan

Susun atur dewan

Raptai penuh

Konsert bermula
(Jumaat)
Jadual Perancangan Aktiviti Kumpulan Lagu Tradisional Sebelum Konsert
Laporan Semasa
Konsert Dunia 3 Melodirama akhirnya berlansung seperti yang telah ditetapkan iaitu
pada 10 April 2015 tepat jam 8.30 malam hingga 10.00 malam. Kami sebagai
penganjur telah bersedia lebih awal sebelum bermulanya acara.Masa yang terluang
kami gunakan untuk bertenang

dan mempersiapkan

diri untuk membuat

persembahan sebentar nanti sambil menyambut kehadiran rakan-rakan pelatih yang

10 | P a g e

datang untuk menyaksikan program kami pada kali ini. Kami juga bersedia untuk
menyambut kedatangan tetamu jemputan iaitu Encik Baharom Mohd Noor yang
merupakan Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, En Amjah Yunus Ketua
Jabatan Pendidikan Seni Visual, para pensyarah serta tetamu jemputan iaitu guruguru dari sekolah sekitar Keningau.
Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh semua kumpulan
secara serentak.Vokal yang digabungkan dengan ritma hentakan kaki serta tepukan
tangan menjadi pilihan pada kali ini.Tepukan gemuruh daripada para hadirin yang
datang menyaksikan persembahan kami pada malam itu membuatkan kami
bertambah bersemangat.Selesai sahaja persembahan pembukaan, kami bersedia di
belakang pentas untuk menunggu giliran membuat persembahan.Kumpulan pertama
adalah Lagu Kanak-kanak dan Lagu Rakyat, diikuti oleh kumpulan Lagu Tradisional
seterusnya kumpulan Lagu Patriotik.
Sementara menunggu giliran untuk membuat persembahan, kami membuat
latihan pernafasan serta lontaran suara dibelakang pentas. Tidak sikit juga antara
kami yang berlatih menyanyika lagu yang kami akan sampaikan sebentar nanti
sambil menghilangkan gementar di hati masing-masing. Tidak juga dilepaskan
peluang untuk menyaksikan sedikit persembahan daripada kumpulan pertama yang
sangat menghiburkan hati dengan persembahan mereka yang bertemakan
persahabatan haiwan di hutan.Selesai sahaja persembahan mereka, lampu pun
dimalapkankan dan majlis diambil alih oleh pengacara majlis iaitu Saudara Amdih
Saidi. Kesempatan ini kami gunakan untuk menyusun props yang diperlukan untuk
persembahan seterusnya iaitu kumpulan kami sendiri. Sesi menyusun props berlaku
dengan pantas dengan bantuan daripada kumpulan lain. Kerjasama yang diberikan
amat membantu dalam melancarkan proses pertukaran latar tempat kerana setiap
persembahan mempunyai latar tempat ataupun tema yang berbeza.
Persembahan daripada kumpulan kami bersesuaian dengan tema yang
diberikan iaitu lagu tradisional.Kumpulan kami mempersembahan lagu tradisional
dari pelbagai jenis bangsa yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, serta Bumiputera
Sabah iaitu Dusun. Keunikkan ini merupakan satu perkara yang amat kami kagumi
kerana ia menonjolkan konsep Satu Malaysia sama seperti yang kita pegang selama
ini. Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal sewaktu lagu pembukaan kami iaitu
11 | P a g e

keyboard tidak berbunyi, namun perkara ini kami tetap dapat atasi dengan
mengambil langkah pantas untuk bernyanyi tanpa iringan musik. Pada mulanya kami
juga sedikit terkejut dan gugup tetapi syukur semuanya dapat diatasi dengan
baik.Terdapat juga sedikit masalah dari segi kejelasan suara bagi beberapa ahli
kumpulan namun gangguan kecil seperti ini tidak dapat mematahkan semangat kami
untuk terus melakukan yang terbaik sehingga akhir persembahan.Unsur kecindan
yang kami selitkan dalam lakonan drama Bistro Abu Dabii iaitu bistro milik seorang
mamak menjadikan suasana lebih ceria dengan gelak ketawa para penonton.
Selesai sahaja persembahan kami, majlis diteruskan dengan persembahan
yang seterusnya iaitu kumpulan Lagu Patriotik dan proses pertukaran pada kali ini
pula di isi dengan selingan persembahan lagu daripada pensyarah iaitu Encik Amjah
Yunus dan juga penyampaian hadiah untuk para pelatih yang bertuah dengan
melekatkan sebuah tanda kertas di tempat duduk mereka. Kami yang berada di
belakang pentas pula membantu kumpulan seterusnya untuk memindahkan props
serta mengubah latar tempat seperti yang dilakukan semasa proses pertukaran tadi.
Cerita kumpulan ini berkisarkan tentang seorang adik dan kakak yang bercerita
kisah peperangan dan saat-saat bersejarah apabila negara kita bebas dari
belengguh para penjajah suatu masa dulu.
Dengan berakhirnya persembahan daripada kumpulan yang ketiga, sebelum
majlis menutup tirai, para penonton disajikan lagi dengan satu lagi persembahan
lagu daripada pensyarah iaitu En Albert Mark Maguring dan juga penyampaian
hadiah untuk pensyarah yang bertuah.Tirai Konsert Dunia 3 Melodirama ditutup
dengan persembahan tarian daripada semua pelatih PISMP Prasekolah Sem5
dengan lagu Horey Horey.Para tetamu jemputan iaitu pensyarah dan juga guru-guru
dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan.

Laporan Bergambar Semasa

12 | P a g e

Gambar 6: Semasa menyanyi lagu pembukaan.

Gambar 7: Kedudukan di atas pentas.

13 | P a g e

Gambar 8: Pelakon semasa sketsa setiap sebelum lagu


dinyanyikan

Gambar 9 : Semasa menyanyikan lagu cina.

Laporan Selepas
Seterusnya beralih pula kepada laporan selepas iaitu, selepas kami membuat
persembahan konsert Dunia Tiga Melodirama. Aktiviti yang dilakukan selepas
program tersebut lebih kepada sesi mengemas kembali peralatan dewan dan juga
props yang telah kami gunakan.
14 | P a g e

Di akhir program ini kami menjemput tetamu khas dan pensyarah serta guru-guru
jemputan untuk menjamu sedikit makanan yang telah kami sediakan.Selesai saja
menjamu selera kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama
dengan Timbalan Pengarah IPG kampus Keningau iaitu Tuan Baharun Bin Mohd
Noor dan pensyarah-pensyarah pembimbing kami.Selain itu, kami juga mengadakan
sesi bergambar bersama ahli kumpulan iaitu kumpulan Lagu Tradisional.Ramai
guru-guru prasekolah yang datang untuk melihat persembahan yang kami
laksanakan khas untuk kanak-kanak prasekolah dan sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah.
Kebanyakkan props yang kami gunakan adalah hasil tangan kami sendiri
untuk digunakan dalam persembahan yang telah kami laksanakan, hal ini adalah
kerana kami ingin mengurangkan kos perbelanjaan yang digunakan untuk program
yang ingin kami laksanakan. Siap dengan sesi bergambar kami bahagikan kumpulan
untuk mengemas semula peralatan, bahan bahan yang telah kami gunakan untuk
melaksanakan program kami.Kumpulan kami telah diberi tugas untuk mengemas di
bahagian tempat duduk penonton dan tempat duduk tetamu khas.Selepas
mengemas semua kerusi kami menyapu lantai agar tiada sampah yang tertinggi
didalam dewan, sebelum kami gunakan dewan, dewan berkeadaan bersih dan
teratur oleh sebab itu, kami mesti memastikan dewan berkeadaan bersih dan teratur
seperti mana sebelum kami gunakan.Kami juga bekerjasama untuk mengangkat
barang-barang dan peralatan untuk d kembali ke butik di mana kami telah meminjam
barang dan peralatan daripada butik.
Selepas persembahan ini juga, kami mendapat ulasan keseluruhan daripada
pensyarah pembimbing tentang perjalanan konsert tersebut.

Refleksi
Pementasan Konsert Dunia 3 Melodirama Melodirama pada semester 5 ini bagi
Subjek PRM3033E merupakan salah satu daripada bahagian kerja kursus yang
harus kami laksanakan bagi mendapatkan penilaian markah. Sebelum pementasan
ini, kami telah membentuk sebuah Jawatankuasa pelaksana bagi melancarkan
15 | P a g e

semua aspek pengurusan dan tugas-tugas yang perlukan dijalankan. Saya telah
dipilih sebagai Timbalan setiausaha untuk Konsert Dunia 3 Melodirama pada kali ini.
Bagi saya ini merupaka n suatu medan latihan kepada diri agar sentiasa menimba
ilmu dan pengalaman tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah
organisasi. Bertindak sebagai Tim. setiausaha, saya harus membantu menyiapkan
kertas kerja bagi mendapat kelulusan daripada Pengarah IPG Keningau iaitu Puan.
Rujinah Miki. Selain itu , surat-surat jemputan kepada setiap sekolah yang terpilih
hendaklah disiapkan dan dihantar. Saya bersama Setiausaha Mohd Aidil Yurni telah
menghantar surat-surat ini kesetiap sekolah yang dipilih.
Terdapat tiga jenis persembahan Konsert Dunia 3 Melodirama

yang akan

dipersembahkan pada hari pementasan yang telah ditetapkan iaitu lagu tradisional,
lagu kanak-kanak dan lagu patriotik. Maka itu, kami pelatih Kelas Prasekolah
seramai 30 orang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang akan melaksanakan
persembahan mengikut kumpulan masing-masing. Pensyarah pembimbing kami
iaitu Mr.Albert telah memberikan penerangan tentang setiap persembahan yang
akan kami laksanakan dari segi konsep dan kesesuaian Konsert Dunia 3
Melodirama

dengan tema prasekolah.

Saya telah terpilih sebagai ahli lagu

tradisional bersama dengan Sembilan lagi rakan yang lain. Kerja ini merupakan
suatu kerja yang memerlukan semangat berpasukan, oleh itu saya telah
mengingatkan kepada diri saya sendiri agar sentiasa memberikan komitmen yang
baik kepada kumpulan kerana saya sedar tanpa adanya kerjasama yang baik dalam
sesebuah kumpulan maka hasil sesuatu kerja tidak akan berkualiti. Bak kata
pepatah Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh .
Selepas itu, kami semua telah mengumpul duit untuk membeli peralatan dan barang
yang diperlukan bagi tujuan pementasan. Tugas untuk menyiapkan proops dan
kostum yang akan kami gunakan untuk persembahan nanti adalah satu kerja yang
amat memerlukan kerjasama kumpulan. Bukan sahaja rumit tetapi memerlukan
kesabaran yang amat tinggi kerana proses menyiapkan proops bukanlah suatu
perkara yang mudah. Saya begitu berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya
kerana komitmen yang mereka berikan turut memberikan kesedaran kepada saya
agar sentiasa memberikan komitmen yang terbaik agar ahli kumpulan akan berasa
adil dan senang hati apabila bekerja bersama-sama. Di samping menyiapkan semua
peralatan dan proops yang diperlukan kami turut memulakan latihan. Pada
16 | P a g e

awalnya, kami berasa agak kekok dan malu-malu untuk menunjukkan bakat masingmasing namun atas dasar kerjasama lama-kelamaan perasaan malu-malu itu mula
hilang dan kami berasa lebih selesa untuk berlatih. Dengan semangat berpasukan
yang begitu berkobar-kobar turut memberikan motivasi kepada saya agar lebih
bersemangat untuk berlatih walau kami terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang
ringgit. Ini bukanlah alasan bagi kami untuk tidak memberikan yang terbaik kerana
semua tugasan yang diberikan ini adalah tanggungjawab kami sebagai pelatih
guru. Dengan pelbagai tugasan yang lain turut bertindih, pelbagai program yang lain
serta masa untuk berlatih yang begitu terhad membuatkan kami sekumpulan berasa
sedikit tertekan lebih-lebih lagi apabila penggunaan dewan hanya dibenarkan
sehingga jam 11.00 malam. Namun kami tetap berfikiran positif dan meneruskan
latihan di kelas walaupun hanya dihadkan sehingga jam 12.00 malam
Menjelang tarikh pementasan yang semakin dekat, latihan kami bertambah rancak
dan setiap masa yang terluang akan dikorbankan dengan melakukan latihan. Saya
serta ahli kumpulan sedar bahawa diantara ketiga-tiga kumpulan ini, kumpulan kami
masih lagi tercari-cari rentak dan banyak aspek yang perlu kami perbaiki.
Sehinggakan sehari sebelum pementasan kami telah berlatih bersungguh-sungguh
semata-mata untuk memantapkan persembahan kumpulan lagu tradisional. Saya
merasakan begitu bertuah berada dalam kumpulan ini kerana begitu mementingkan
kerja berpasukan.

Semasa Pementasan
Maka tibanya saat yang ditunggu-tunggu selama 3 bulan, bertempat didewan Tan Sri
Suffian Koroh pada jam 8.00 malam para tetamu dan penonton mulai membanjari
tempat duduk didewan. Penontoh bukan sahaja terdiri daripada pelatih IPG malahan
turut dihadiri oleh guru-guru disekitar keningau serta Timbalan Pengarah IPG iaitu
Tuan Baharom Mohd Nor. Pada awalnya perasaan gemuruh dan gementar
membuatkan saya berasa risau kerana sudah agak lama saya tidak berpuisi di
khalayak ramai. Saya duduk mendiamkan diri dan mengambil motivasi diri agar
melakukan yang terbaik dan tidak mensia-siakan latihan yang telah dilakukan
dengan bersungguh-sungguh selama ini. Kumpulan lagu tradisonal merupakan
persembahan kedua yang akan dipersembahkan. Sebaiknya kami memulakan
17 | P a g e

persembahan,

satu

tepukan

gemuruh

telah

diberikan

oleh

para

hadirian

membuatkan berasa lebih bersemangat untuk menyanyi. Setiap babak kami lakukan
dengan bersungguh-sungguh dan tidak lagi menghiraukan orang lain, apa yang ada
dalam minda saya hanyalah terus menyanyi mengikut seperti yang telah kami
rancang. Tepukan demi tepukan kami terima daripada penonton menandakan kami
Berjaya membuatkan para penontoh berasa seronok menonton persembahan kami.
Ternyata usaha dan penat lelah kami selama ini telah dikotakan dengan
persembahan yang bertenaga pada malam tersebut.

Selepas Pementasan
Setelah berakhirnya pementasan tersebut, sekali lagi kami berkumpul bersama
dengan Mr. Albert. Kita boleh anggap ia sebagai post mortem kepada pementasan
muzikalTari pada kali ini. Setiap perkara yang kita rancang dan laksanakan tidak
semestinya akan berjalan dengan selancarnya dan pasti kan cacat celanya. Begitu
juga perancangan kami, terdapat sedikit kelemahan yang telah dikenalpasti seperti
pengurusan masa dan teknikal diatas pentas perlu diperbaiki

pada masa akan

dating. Seterusnya, daripada ucapan yang diberikan oleh Sir Albert juga telah
memberikan suatu kepuasaan kepada kami semua kerana telah Berjaya
melaksanakan pementasan ini dengan begitu gemilang. Setiap penonton, pensyarah
dan Tuan Baharom sendiri turut menyatakan pujian dan rasa puas hati terhadap
persembahan kami. Di sudut hati saya, ternyata usaha kami selama ini tidak sia-sia
kerana dengan segala berkat dan komitmen yang telah diberikan telah terbayar
dengan persembahan yang jauh daripada sangkaan kami. Ini merupakan suatu
medan latihan kepada kami sebagai bakal guru prasekolah agar fleksibel dan kreatif
dalam melaksanakan tugasan
Perkara

terakhir

sebelum

kami

bersurai

adalah

mengemas

dewan

dan

meninggalkan dewan dalam keadaaan yang bersih. Seperti biasanya kelas


Prasekolah mempunyai ahli kelas yang sentiasa bersatu hati dan bekerjasama untuk
membersihkan dewan.

18 | P a g e

19 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai