Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Setelah menjalankan kajian ini, kami dapat memahami secara lebih mendalam
bahawa lagu rakyat merupakan suatu lagu tradisional yang dinyanyikan. Lagu-lagu ini
mengandungi unsur-unsur yang berbuahkan nasihat dan sindiran sebagai halwa telinga para
pendengar. Para pendengar yang mendengar dapat menerima setiap buah nasihat dan
sindiran sebagai satu anjakan paradigm untuk mereka menjadi lebih baik pada masa akan
datang. Setelah kami perhalusi dalam membuat penelitian berkaitan tugasan ini, kami
mendapati bahawa bahasa lirik yang ingin diimplementasikan dalam lagu rakyat perlulah
indah dan mengandungi seribu satu mesej yang berguna sebagai halwa telinga para
pendengar. Kami juga mendapati bahawa rentak dan lirik lagu mempunyai kesan yang utama
dalam menghasilkan sesebuah karya kerana antara pesan Encik Roslan Madun, “sesuatu
karya bukanlah karya yang berkualiti sekiranya lagu tersebut tidak sebati dengan dengan
rentak dan lirik lagu,” katanya. Bagi yang meminati seni sastera dan sesi lagu rakyat, mereka
perlu proaktif dalam memulakan langkah demi menghidupkan kembali lagu rakyat yang kian
pupus dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini sedikit sebanyak mampu meniup inspirasi
kepada golongan muda mengenai sesi sastera dan lagu rakyat. Di samping itu, kita dapat lihat
bahawa puisi dan lagu tradisional boleh membuktikan bahawa banyak pencapaian yang
diperoleh sekiranya kita memandang serius dan bergiat aktif dalam memperjuangkan seni
sastera ini. Sebagai bakal pendidik kepada tamadun anak bangsa, kita perlulah menyebarkan
seni sastera dan lagu-lagu rakyat kepada anak-anak tanpa menerapkan pemikiran prejudis
terhadap kaum, agama dan bangsa agar suatu hari nanti mereka akan meminati seni sastera
ini.

Anda mungkin juga menyukai