Anda di halaman 1dari 5

Klik Web DBP

Ulasan Buku

Judul : Wacana Pantun Melayu


Penulis : Salinah Ja’afar, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd.Ali,
Zurinah Hassan, Shafa'atussara Silahudin
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tahun Terbit : 2016
Harga : RM30.00
Pengulas : Jaymani Sevanathan

Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud


sejak berzaman-zaman lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan
untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun
mengenai sesuatu perkara. Ciri-ciri pantun Melayu adalah ia terbina dalam
bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang dan maksud, bentuk
pantun terbahagi kepada rangkap pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat, 8 kerat dan
12 kerat. Bagi pantun 2 kerat rima akhirnya ialah a,a manakala bagi pantun 4
kerat rima akhirnya ialah a,b,a,b.

Buku ini merupakan hasil penulisan artikel yang dikumpulkan oleh


empat orang ahli akademik yang bertujuan untuk menambah bahan bacaan
ilmiah berkenaan dunia pantun Melayu. Hal ini adalah kerana buku ilmiah
berkenaan pantun tidak banyak dihasilkan lagi. Secara umumnya, buku ini
mengandungi enam bab seperti yang merupakan kertas kerja yang telah
dibentangkan dalam persidangan kebangsaan dan antarabangsa. Bab yang
menarik perhatian pengulas adalah bab tiga iaitu Pantun sebagai Nyanyian
Lagu Melayu Asli, bab empat (Unsur Alam sebagai Kias Ibarat dalam Pantun

1
Nasihat) dan bab lima iaitu Pemikiran, Diksi dan Bentuk Jenaka dalam Pantun
Melayu.

Dalam bab tiga, penulis memfokuskan lagu Melayu asli yang dianggap
sebagai sebuah khazanah dan budaya yang dilihat mencerminkan nilai budi
orang Melayu. Kehadiran lagu-lagu Melayu asli dikaitkan dengan kebangkitan
teater bangsawan yang muncul di Tanah Melayu sekitar tahun 1870-an.
Teater bangsawan pada era tersebut menampilkan lagu Melayu asli yang
sangat bernilai dan istimewa. Oleh sebab itu, penulis bijak dalam
menggabungkan konsep budaya pantun dan nyanyian melayu Asli. Bagi
orang Melayu, pantun ibarat jiwa dan sejarah mereka sendiri. Pantun dalam
nyanyian boleh dianggap satu seni kata yang bernilai. Secara umumnya, lagu
berpantun dapat dilihat apabila dua baris menjadi pembayang yang terdiri
daripada kekayaan alam Melayu dan dua baris lagi membawa maksud
perasaan atau luahan dalam hati. Dalam alam Melayu, kehidupan masyarakat
Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya dan tatacara yang dibawa menerusi
pantun.

Seperti mana pantun yang digunakan dalam upacara meminang


disebut sebagai pantun meminang, pantun yang dinyanyikan dalam lagu
Melayu asli disebut pantun nyanyian Melayu asli. Sudah lama masyarakat
Melayu mengalunkan seni kata pantun dalam nyanyian Melayu asli untuk
menyampaikan maksud dan tujuan tertentu. Hal ini adalah kerana ia dapat
membangkitkan jiwa dan semangat kepada pendengar. Oleh sebab itu,
pemilihan pantun yang bersesuaian amat dititikberatkan sebagai seni kata
nyanyian Melayu. Tema yang dibawa menerusi pantun nyanyian Melayu perlu
seiring dengan melodi lagu Melayu asli. Tema yang dimaksudkan di sini
adalah seperti nasib/kemiskinan, dukacita/perpisahan, cinta/kasih sayang dan
budi/harapan. Justeru itu, tema dan makna pantun perlu selari dengan ciri-ciri
melodi yang ditentukan. Selalunya, sebuah nyanyian Melayu asli
mempersembahkan dua rangkap pantun dan adakalanya serangkap pantun
sahaja. Penulis turut menjelaskan beberapa nyanyian Melayu asli di mana
pantun Melayu digunakan dalamnya seperti Pantun “Seri Banang”, Pantun
“Seri Sarawak” dan Pantun “Seri Kedah”.

2
Dalam bab empat, penulis amat menjelaskan bahawa pantun
merupakan sebuah karya kreatif dan ia memiliki dua komponen penting iaitu
pemikiran dan perasaan (emosi). Pemikiran yang dimaksudkan di sinilah ialah
seperti pandangan hidup, nasihat dan pedoman manakala perasaan termasuk
sedih, gembira, kagum, cinta dan sebagainya. Bab ini memperlihatkan
bagaimana penggunaan unsur atau lambang alam dapat menyampaikan
makna yang jelas dan membawa suatu pemikiran yang bermanfaat kepada
masyarakat. Penulis juga menghuraikan teori pengkaedahan Melayu dalam
makalah ini. Menurut Hashim Awang (1993), teori ini dibina atas kesedaran
bahawa sastera Melayu lahir daripada pemikiran bangsa yang sangat
dipengaruhi oleh alam dan agama Islam. Menurut penulis, pendekatan-
pendekatan dalam teori tersebut adalah pendekatan firasat, gunaan, moral,
dakwah, kemasyarakatan dan juga pendekatan seni.

Bagi penulis, nilai estetika sesuatu puisi termasuk pantun akan


meningkat sekiranya menggunakan unsur alam sebagai perlambangan yang
sesuai dengan makna yang ingin disampaikan. Pengajaran dan nasihat
disampaikan dengan menggunakan perlambangan unsur alam dan paling
dominan ialah laut. Jika meneliti kebanyakan pantun, simbolisme laut dapat
dilihat dengan banyak seperti samudera, ombak, tanjung, badai, gelombang
dan sebagainya. Pada masa yang sama, simbol dan perjalanan laut telah
digunakan oleh pemikir Melayu untuk memahami dan menjelaskan konsep-
konsep metafizik. Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga digunakan dalam pantun
sebagai unsur alam. Penggunaan ini bertunjangkan alam dan penggunaan
objek alam fizikal yang membawa makna yang tersurat dan tersirat.

Dalam bab lima pula, merujuk kepada pemikiran, diksi dan bentuk
jenaka dalam pantun, unsur-unsur jenaka mempunyai signifikasi seperti
sindiran, gurauan dan pengajaran. Seperti yang diketahui, masyarakat Melayu
amat mementingkan budi bahasa dan air muka seseorang. Sebarang
sindiran, teguran dan nasihat yang ingin disampaikan perlu dibuat dengan
halus dan teliti. Sindiran seperti ini bukan sahaja menyedarkan orang yang
disindir malah mengelakkan sebarang perselisihan faham antara penyindir
dan yang disindir. Tambahan pula, pantun juga merupakan satu wadah untuk

3
bergurau senda dalam kalangan masyarakat Melayu. Pantun seperti ini dapat
dibahagikan kepada pantun teka-teki dan usik-mengusik. Berbalik kepada
pantun jenaka, ia mengandungi unsur pengajaran, tunjuk ajar, didikan dan
kebaikan dalam menjalani kehidupan seharian.

Kesimpulannya, keindahan pantun dapat mengungkapkan seribu satu


maksud yang tersurat dan tersirat. Berpantun boleh dikatakan sebagai suatu
kesantunan berbahasa yang banyak fungsinya kepada masyarakat. Buku ini
sesuai dibaca oleh individu yang gemar menghasilkan pantun dan juga yang
minat akan tradisi lisan Melayu. Semoga pembaca mendapat manfaat dan
ilmu daripada buku ini.

MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh : Jaymani A/P Sevanathan
Nombor Kad Pengenalan : 961126-10-6912
Nombor telefon : 018-2118683
Alamat e-mel : jaymaniseva@gmail.com
Alamat Rumah : No 36, Jalan Kebun Nenas 5C/KS8, Bandar Putera 2, 41200,
Klang, Selangor Darul Ehsan
Nombor Akaun Bank : 12243020190271 (Bank Islam)

4
5

Anda mungkin juga menyukai