Anda di halaman 1dari 6

Klik Web DBP

Ulasan Buku

Judul: Sungai Mengalir Lesu

Penulis: A. Samad Said

Tahun terbitan: 2019

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Pengulas: Jaymani Sevanathan

Bagi pengulas, karya ini memiliki nilainya yang tersendiri dan boleh dikatakan akan

menjadi sebuah artifak sastera kelak. Karya-karya Pak Samad (A. Samad Said)

seperti Hujan Pagi dan Salina cukup memberi kesan kepada pembacanya dengan

isu yang dibawa oleh beliau. Begitu juga dengan Sungai Mengalir Lesu. Cukup

bertuah pembaca dan pencinta karya sastera kerana buku ini diterbitkan semula

bagi Edisi Malaysia Membaca dengan harga mampu milik. Ia sebuah peluang

kepada pengulas juga untuk menikmati kandungan buku ini di samping mengenali

karya-karya Sasterawan Negara Keempat ini.

Sungai Mengalir Lesu merupakan sebuah novel realisme sosial. Realisme

sosial ialah sebuah aliran kesusasteraan yang mengangkat masyarakat yang

mengalami penderitaan misalnya buruh, nelayan dan petani. Aliran ini juga wujud

dalam kalangan penulis yang cenderung ke arah fahaman atau tingkah laku sosialis.

1
Kisah ini berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua di mana Jepun menakluki

Singapura dari tahun 1942 sehingga 1945 selepas kejatuhan Inggeris pada 15

Februari 1942. Kisah ini berlaku di Singapura di mana Pak Samad meninggalkan

persoalan dalam diri pembaca untuk mencari sendiri latar tempat yang digunakan

dalam novel anti perang ini.

Latar cerita novel ini tidaklah seluas mana. Ia berada dalam lingkungan

sebuah masyarakat pelbagai kaum di mana mereka hidup dalam ketakutan setiap

hari dengan kemunculan kapal terbang maut yang menjunam bom ke arah shelter.

Shelter itu menjadi tempat perlindungan mereka setiap kali bunyi bom B24 dan B29

mula menggema. Mereka tidak ada pilihan lain selain menjadi fatalis yang berserah

kepada takdir dan nasib mereka.

Sebuah sungai dan jambatan hijau tua menjadi saksi ke atas kekejaman yang

berlaku pada mereka. Sungai yang keruh dan dipenuhi sampah sarah, kadang-

kadang adanya makanan busuk yang boleh dijadikan alas perut untuk kanak-kanak

yang bermain di situ. Di situlah Dalim bersama rakan-rakannya, Aman, Baharum,

Sukon dan sebagainya berenang-renang dan berjalan-jalan di tepi sungai tersebut.

Sungai itulah tempat mereka melepaskan rasa duka, bosan dan ketakutan terhadap

pihak Jepun. Di situ jugalah tempat mereka mendapat rezeki makanan seperti ayam

atau itik yang sudah mati ataupun kulit nanas atau ubi yang tersadai. Makanan

busuk yang terkumpul bersama sampah-sarah itulah kadang-kala mengisi perut

lapar mereka.

Novel ini boleh dianggap gambaran situasi perang yang terbaik dalam karya

Pak Samad yang boleh digambarkan sebagai mengerikan dan mendebarkan.

Sehingga pengulas menamatkan bacaan novel, memang perasaan syukur

2
menyelubungi diri kerana dilahirkan dan membesar di sebuah negara yang aman

dan merdeka tanpa perlu takut pada mana-mana pihak. Tidak dapat membayangkan

sekiranya pengulas berada dalam situasi yang amat perit dan terseksa sepertimana

yang digambarkan dalam novel ini.

Bagi pengulas, novel ini semestinya sebuah novel anti-hero. Watak-watak

yang dibawa oleh pengarang ialah mangsa peperangan yang sangat miskin dan

tertindas. Soal watak protagonis dan antagonis tidak wujud dalam karya fiksyen ini.

Pengarang hanya membawa watak yang bersusah-payah dalam mencari

kelangsungan hidup kerana kehidupan harus jua diteruskan untuk mengelakkan

daripada kematian yang tidak diingini.

Dalam novel ini, tema kemanusiaan memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan plot. Secara rasionalnya, dalam waktu peperangan, kemanusiaan

sering dipersoalkan. Hal ini adalah kerana, kadang-kala manusia tidak lagi memberi

atas nama kemanusiaan tetapi segala pemberian diminta balasannya.

Semalam dia terpaksa menjumpai Basir untuk mendapatkan satu tin susu. “Boleh

aku beri susu tin ini,” kata Basir yang bermuka bujur penuh berjerawat itu.

“Tapi...tapi kau mesti ganti dengan susu itu.” Dan susu manusia dan susu binatang

pun bertukar ganti. Orang sudah tidak memberi kerana kemanusiaan, fikir Tuminah.

Sejak dia menjadi janda enam bulan dahulu, dia banyak mengenal tentang

kebinatangan lelaki. Setiap yang dihulur minta diganti. Dalam perang-perang begitu,

Tuminah tidak ada jalan lain. “Baiklah,” dia teringat begitulah jawabnya. “Kau berilah

susu tu. Aku beri susu ni...” Dan susu manusia dan susu binatang bertukar ganti.

(halaman 6)

3
Petikan novel di atas menunjukkan betapa jijiknya wajah kemanusiaan yang

mengambil kesempatan pada waktu sempit dan melarat. Namun kemanusiaan tetap

dilihat mengisi ruang-ruang manusia yang tertindas. Ia tidak dapat dinafikan sama

sekali. Contoh yang paling tepat adalah apabila watak Tompang yang lumpuh dan

buta serta tidak mempunyai keluarga sendiri namun dijaga oleh orang kampung

terutamanya Mak Buruk yang dilihat akan mendukung Tompang setiap kali bunyi

siren memanjang.

“Kau suka bom jatuh, Sukon?” Tanya Dalim.

Sukon yang sudah pun berenang semula seperti biasa, menjawab: “Aku tak suka.

Bom jatuh orang mati. Aku kasihankan Tompang. Dia buta, tepok. Siren bunyi dia

tidak boleh lari. Bom jatuh dia tidak boleh lari. Aku tak suka bom jatuh.”

Petikan di atas menunjukkan Sukon, iaitu rakan baik Dalim langsung tidak

mementingkan nyawanya lebih daripada nyawa Tompang yang dilihatnya tidak

mampu menyelamatkan diri sekiranya bom meletup.

Pada masa yang sama. dua watak yang benar-benar menyentuh hati dan

perlu diberi perhatian ialah Mulyadi dan Irwan. Perbualan dua sahabat tersebut

benar-benar menyentuh hati di mana Irwan menjaga Mulyadi walaupun Irwan sendiri

sangat kurang berkemampuan namun dia menjulang tinggi nilai persahabatannya

bersama Mulyadi. Mulyadi merupakan tempat Irwan berkongsi suka dan duka.

Mulyadi yang sakit tenat dengan tokaknya yang semakin membesar menyampaikan

hasratnya kepada Irwan supaya mencari isteri dan anak perempuannya dan

memberitahu mereka sekiranya Mulyadi meninggal dunia. Dalam waktu peperangan,

perpisahan itu amat nyata dan itulah kebenarannya.

4
Benar, Sungai Mengalir Lesu sangat menyayat hati kerana mengangkat

penindasan terhadap mangsa-mangsa perang yang langsung tidak berdosa. Dalam

waktu peperangan, manusia tidak lagi mengenal bangsa, agama, etnik dan

sebagainya. Hanya nilai perpaduan tanpa apa-apa garis sempadan dan

kemanusiaan memainkan peranan yang signifikan bagi kelangsungan hidup.

Namun, masih terdapat manusia yang sangat mementingkan diri dan tidak

mempunyai sifat simpati dan empati sehingga mengambil kesempatan terhadap

manusia yang tertindas.

Bagi pengulas, buku ini wajib memasuki senarai novel Melayu yang wajib

rakyat Malaysia baca dan menghayati.

TAMAT

Maklumat Peribadi

Nama Penuh : Jaymani A/P Sevanathan

Nombor Kad Pengenalan : 961126-10-6912

Nombor telefon : 018-2118683

Alamat e-mel : jaymaniseva@gmail.com

Alamat Rumah : No 36, Jalan Kebun Nenas 5C/KS8, Bandar Putera 2, 41200,
Klang, Selangor Darul Ehsan

Nombor Akaun Bank : 12243020190271 (Bank Islam)

Biodata Penulis

Jaymani Sevanathan berasal dari Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan


rendah di Rawang, Selangor manakala pendidikan menengah di tempat kelahiran.
Beliau baru sahaja menamatkan pengajian dalam Program Sains Politik di Universiti

5
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Jaymani sangat berminat membaca penulisan
bersifat akademik dan ilmiah kini mula berjinak dalam dunia sastera. Hasil tulisan
beliau tersiar di beberapa portal berita dan majalah akademik seperti Berita Harian,
The Malaysian Insight, Free Malaysia Today, Nadi Siswa, Klik Web DBP, MalayMail
Online, Jalan Telawi, Dewan Ekonomi, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan
Sastera, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Selangorkini, Cukaria,
Majalah Sains dan Tunas Cipta. Karya Jaymani juga dimuatkan dalam Antologi
Busana Bahasa (2019) dan Antologi Landasan Hidup (2020). Jaymani menyertai
Minggu Penulis Remaja (MPR) 2019.

Anda mungkin juga menyukai