Anda di halaman 1dari 6

Dewan Masyarakat

Ulasan Buku

Judul Buku: Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan

Oleh: Jaymani Sevanathan

Secara umumnya, feudalisme merupakan satu istilah yang berasal daripada tradisi

persejarahan Eropah. Feudalisme merupakan sistem ekonomi, politik dan sosial

yang digunakan pada sejarah masyarakat Eropah Barat pada zaman pertengahan

antara abad ke-11 hingga abad ke-13. Tambahan pula, feudalisme dijelaskan

sebagai hierarki kekuasaan dimana pemilikan tanah menjadi satu-satunya sumber

1
kesejahteraan dan menyediakan asas kepada keteraturan politik, sosial dan

ekonomi pada tempoh tersebut. Pemilik tanah berkuasa dalam menjaga aktiviti

sosial, politik, dan ekonomi.

Dalam pensejarahan Marxis-Leninis, feudalisme dilihat suatu perlakuan

sosioekonomi yang mengeksploitasi golongan petani atau hamba oleh golongan

tuan tanah atau bangsawan. Ia boleh juga dikatakan sebagai sebuah ketidakadilan

yang dilakukan oleh borjuis ke atas proletariat. Pensejarahan Marxis juga telah

membawa satu pandangan sejarah evolusi sosial iaitu feudalism merupakan satu

tahap ekonomi yang mesti dilalui oleh setiap masyarakat di dunia sebelum

menempuh zaman kapitalisme. Namun, pandangan Marx yang berpendapat

feudalisme merupakan satu bentuk penindasan dalam bentuk pemilikan tanah

ditolak bukan sahaja oleh kelompok anti-Marxis malahan pengkaji aliran Marxis

sendiri. Hal ini dapat dibuktikan apabila sarjana yang mengkritik dan menolak

pendekatan Marx, mereka percaya penindasan terhadap golongan hamba dan

bawahan oleh tuan tanah bukan gelaja feudalisme dan hanya wujud pada zaman

feudal atau masyarakat feudal.

Dari perspektif sejarah, feudalisme muncul hasil daripada ketidakstabilan

politik yang berlaku terutamanya selepas keruntuhan empayar Rom di Barat

misalnya. Sejak tahun 476, keruntuhan kerajaan Rom Barat menandakan

pengakhiran hampir keseluruhan pentadbiran dan tentera tetapi tidak bagi amalan

ekonomi yang berbentuk estet besar yang dimiliki oleh golongan aristokrat atau

bangsawan dan dikerjakan oleh golongan petani bertaraf separa hamba.

Seterusnya, perkembangan sejarah yang berlaku di Eropah Barat pada

Zaman Pertengahan memberikan gambaran yang jelas tentang faktor sebenar

2
perkembangan feudalisme. Pertamanya adalah apabila berlaku kemerosotan atau

keruntuhan sesebuah kerajaan pusat atau pemerintahan di mana itu kerajaan itu

kehilangan kuasa dan tidak mampu lagi memberikan jaminan keselamatan kepada

masyarakatnya. Kedua, perkembangan feudalisme berlaku apabila sesebuah

masyarakat berada pada tahap ekonomi yang rendah berasaskan tanah,

terutamanya pertanian. Fakta di sini ialah tanah dikatakan menjadi sumber utama

kekayaan dalam masyarakat feudal. Jadi secara rasionalnya, feudalisme hanya

wujud dalam masyarakat yang bergantung hampir sepenuhnya kepada penggunaan

tanah pertanian. Ketiga, feudalisme berkembang apabila keadaan kekacauan

berpanjangan yang membolehkan hubungan persendirian berasaskan tanah dan

tentera dibentuk menjadi satu organisasi yang amat praktikal dan diperlukan oleh

masyarakat. Pada masa yang sama, kemunculan feudalisme telah menjadi satu

benteng yang dapat digunakan bagi mengatasi segala kelemahan sistem politik

tradisional yang kurang praktikal dan penuh dengan korupsi yang diwarisi dari

zaman pemerintahan Rom.

Dalam konsep penaung-klien dalam tradisi Rom, masyarakat Rom

terutamanya golongan elit hanya bergantung pada golongan hamba dan puak gasar

Jerman untuk memperoleh khidmat tentera dan berjuang di sisi mereka, khususnya

dari pedalaman yang tinggal di wilayah-wilayah di sempadan empayar Rom-Jerman.

Sebuah bentuk hubungan yang bersifat penaung-klien ialah bentuk amalan clientela

yang diamalkan dalam masyarakat Rom, tetapi lebih merupakan hubungan yang

berasaskan kepentingan ekonomi. Hal ini dapat dilihat apabila masyarakat Rom

memberikan kebebasan kepada seorang hamba, mereka itu biasanya akan

ditawarkan semula atau diikat kembali dengan satu perjanjian untuk berkhidmat

sebagai klien kepada bekas tuannya bagi mengerjakan tanah-tanah tuannya seumur

3
hidupnya. Seseorang yang terikat dalam perjanjian ini dikenali sebagai homo

manakala tuannya dikenali sebagai dominus. Klien ini bergantung sepenuhnya

kepada bantuan ekonomi daripada golongan atasan Rom dalam bentuk wang,

makanan dan pakaian.

Hierarki atau organisasi dalam feudalisme dijelaskan dengan terperinci oleh

penulis. Mereka yang terlibat dalam sistem feudal terdiri daripada golongan raja,

anak-anak raja, pembesar-pembesar wilayah, paderi atasan hinggalah golongan elit

paling bawah iaitu para hulubalang berkuda yang dikenali sebagai knight.

Selebihnya ialah golongan rakyat biasa yang terdiri daripada golongan pemilik tanah

bebas, para pekerja, peniaga dan para petani.

Era ekonomi yang merosot dan kekacauan yang meluas dan berpanjangan

pada Zaman Pertengahan di Eropah Barat menyaksikan hanya golongan yang

memiliki dua aset utama, iaitu tentera berkuda dan tanah, memegang kedudukan

yang terpenting dalam masyarakat. Maka zaman feudal sebenarnya merupakan

zaman keutamaan dan peluang diberikan kepada dua golongan penting dalam

masyarakat, iaitu elit pemerintah yang menguasai tanah dan golongan hulubalang

yang memberikan khidmat ketenteraan persendirian. Pada masa yang sama,

majoriti petani yang tinggal di tanah-tanah yang dimiliki oleh hulubalang feudal

sebenarnya terdiri daripada golongan serf yang terikat hampir sepenuhnya dengan

tanah-tanah tersebut. Mereka tidak boleh meninggalkan tanah tempat mereka

dilahirkan atau bekerja kecuali dengan kaedah pelanggaran batas undang-undang

yang ditetapkan. Namun golongan serf ini bukanlah golongan hamba abdi. Tuan-

tuan tanah tidak boleh memperlakukan mereka sesuka hati sebagai hamba abdi

kerana golongan ini masih memiliki sedikit kebebasan.

4
Dalam bab 5, dijelaskan bahawa beberapa negara Eropah yang menunjukkan

kewujudan kerajaan feudal yang jelas ialah Perancis dan England. Jerman pula

mengamalkan sebahagian institusi feudal, tetapi masih berada di bawah tampuk

pemerintahan seorang maharaja yang cuba mengawal seluruh wilayahnya daripada

jatuh ke tangan kekuasaan pembesar feudal.

Dalam bab 6 iaitu bab terakhir, dinyatakan selepas kurun ke-13, feudalisme

mula mengalami kemerosotan dan kepentingannya mula digantikan dengan bentuk-

bentuk hubungan, kesetiaan dan organisasi politik lain. Kemerosotan atau kejatuhan

institusi feudal dengan itu dapat difahami telah didorong oleh kemunculan satu fasa

baharu dalam revolusi ekonomi di Eropah Barat antara kurun ke-11 hingga ke-13.

Akhir sekali, sistem feudalisme telah terhapus sejak penghujung kurun ke-13

lagi. Dengan perubahan masyarakat Eropah yang semakin ketara, sistem feudal dan

institusinya tidak lagi dianggap sesuai bagi menghadapi segala bentuk perubahan

politik, ekonomi, teknologi dan bentuk peperangan baharu yang mencabar selepas

kurun ke-13.

TAMAT

Maklumat Peribadi

Nama Penuh : Jaymani A/P Sevanathan

Nombor Kad Pengenalan : 961126-10-6912

Nombor telefon : 018-2118683

Alamat e-mel : jaymaniseva@gmail.com

Alamat Rumah : No 36, Jalan Kebun Nenas 5C/KS8, Bandar Putera 2, 41200,
Klang, Selangor Darul Ehsan

5
Nombor Akaun Bank : 12243020190271 (Bank Islam)

Biodata Penulis

Jaymani Sevanathan berasal dari Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan


rendah di Rawang, Selangor manakala pendidikan menengah di tempat kelahiran.
Beliau baru sahaja menamatkan pengajian dalam Program Sains Politik di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Jaymani sangat berminat membaca penulisan
bersifat akademik dan ilmiah kini mula berjinak dalam dunia sastera. Hasil tulisan
beliau tersiar di beberapa portal berita dan majalah akademik seperti Berita Harian,
The Malaysian Insight, Free Malaysia Today, Nadi Siswa, Klik Web DBP, MalayMail
Online, Jalan Telawi, Dewan Ekonomi, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan
Sastera, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Selangorkini, Cukaria,
Majalah Sains dan Tunas Cipta. Karya Jaymani juga dimuatkan dalam Antologi
Busana Bahasa (2019) dan Antologi Landasan Hidup (2020). Jaymani menyertai
Minggu Penulis Remaja (MPR) 2019.

Anda mungkin juga menyukai