Anda di halaman 1dari 4

Pertandingan Menulis Ulasan Cerpen

Ulasan Cerpen

Arkitek Keluarga – Rudra Avatara

Oleh: Jaymani Sevanathan

Kumpulan cerpen Rudra Avatara diterima oleh saya di mana ia diselitkan

bersama buku Malaiur Manikam sewaktu saya membelinya daripada Uthaya Sankar

SB sekitar tahun 2015. Saya kurang meminati cerpen mahupun novel pada waktu

itu. Malahan, Rudra Avatara merupakan kumpulan cerpen pertama yang saya miliki.

Saya tidak membacanya mengikut urutan kandungan tetapi mengikut tajuk yang

menarik perhatian saya. Arkitek Keluarga merupakan cerpen pertama yang saya

baca daripada kesemua cerpen yang termuat di dalam buku ini.

Arkitek Keluarga bukanlah sebuah cerpen yang berat, menggunakan kosa

kata yang rumit atau mengelirukan pembaca untuk memahami pembawaan dan

jalan cerita cerpen ini. Ia begitu mudah untuk difahami tetapi yang pastinya pembaca

wajib terfikir atau merenung plot yang dibawa dan saya merasakan ia bersifat

separuh eksperimental dan “bukan biasa-biasa”.

Uthaya sememangnya banyak menggunakan latar tempat Siru Kambam dan

menggunakan watak India-Hindu dalam kebanyakan cerpennya. Sama seperti di

1
dalam cerpen ini. Ia menguatkan lagi cerpen yang ditulis Uthaya kerana saya

nampak kejujuran, keikhlasan dan pengalaman serta pemerhatian penulis sendiri.

Cerpen ini sememangnya menarik minat kerana pada waktu itu, saya sedar

cerpen mahupun novel boleh juga ditulis begitu- dengan menggunakan unsur yang

menguji pemikiran dan mengundang pertanyaan dan persoalan dalam diri pembaca.

Pada waktu yang sama, dahulunya saya menganggap cerpen wajib merangkumi

plot cerita yang tersusun dan wajib mengandungi sebuah pengajaran atau teladan

yang tersurat. Tetapi selepas ‘menikmati’ Arkitek Keluarga, saya sedar mesej yang

tersirat juga boleh dibawa oleh sesebuah cerpen.

Antara aspek yang paling saya kagum dalam cerpen ini ialah bahasa yang

digunakan begitu mudah dan kosa katanya tidak bersifat kompleks. Ia membawa

maksud bahawa sastera tidak semestinya menggunakan bahasa yang tinggi, kosa

kata yang berbunga dan berbelit mahupun kurang difahami oleh masyarakat. Mesej

yang disampaikan atau pembawaan cerpen yang akan menentukan cerpen itu

sebuah cerpen yang baik ataupun sebaliknya.

Seterusnya, aspek lain yang saya anggap unik dalam Arkitek Keluarga ialah

penulis tidak sekadar membawa sebuah plot yang biasa yang kita – bermula dengan

permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian, tetapi penulis berjaya membawa

pembaca untuk berfikir apakah jalan cerita yang bakal berlaku di mana pembaca

sendiri tidak boleh menentukannya. Watak utama juga agak unik di mana pemuda

itu ingin membawa sebuah reformasi mengikut acuannya tersendiri melalui sebuah

keluarga bahagia. Saya sebagai pembaca tidak dapat mengesan motif sebenar

watak ini tetapi di situlah saya percaya penulis berjaya membawa keseluruhan

cerpen ini.

2
Jikalau saya ingin menyentuh kelemahan cerpen ini, berkemungkinan besar

saya akan kata alangkah baiknya sekiranya penulis memberi sedikit petunjuk iaitu

mengapa watak utama terlalu inginkan sebuah pembaharuan dan mulakan sebuah

kehidupan baharu. Tetapi saya menganggap ia disengajakan oleh penulis, kerana di

situlah kita memainkan peranan sebagai pembaca- kita memiliki kuasa untuk

berimaginasi dan menentukan mengikut corak dan pemahaman yang kita inginkan.

TAMAT

3
Maklumat Diri

Nama Penuh: Jaymani A/P Sevanathan

Alamat rumah: No. 36, Jalan Kebun Nenas 5C/KS8, Bandar Putera 2, 41200,

Klang, Selangor Darul Ehsan.

Nombor telefon: 018-2118683

Alamat e-mel: jaymaniseva@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai