Anda di halaman 1dari 7

Bagaimana cara menulis cerpen Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk daripada

kata cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek'. Dalam bahasa Inggeris, karya sastera genre ini dinamakan short story. Dari segi kriteria, keperluan, acuan dan teknik atau kaedah penulisan karya pada penelitian saya, antara cerpen daripada short story sama sahaja. Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika. Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Namun pada kebiasaannya panjang sesebuah cerpen antara 6 20 muka surat bersaiz A4.

Cerpen yang baik adalah yang mudah difahami, mudah dimengerti, informasi dan mesejnya jelas, menggunakan bahasa yang indah, mentaati kaedah bahasa, judulnya menarik, dan meyakinkan. Selain itu cerpen yang menarik juga yang menyentuh isu atau berita iaitu aktual, faktual,penting, dan menarik.

Namun cerpen yang dianggap baik oleh seseorang tidak semestinya dianggap baik pula oleh orang lain kerana setiap pembaca berlainan cita rasanya. Ada pembaca yang suka cerpen konvensional dan ada pula pembaca yang suka cerpen berbentuk non konvensional. Perkara yang perlu ada pada seorang penulis ialah niat yang baik, motivasi, mampu menguasai bahasa, suka membaca dan pandai menyesuaikan gaya penulisan mengikut kehendak pembaca.

Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif .Cerita pendek perlu padat dan terus pada tujuannya dibandingkan karya-karya lain yang lebih panjang, seperti novel.Kerana secara ringkasnya, cerita-cerita pendek yang mantap mengolah teknik-teknik sastera seperti watak, plot, tema, bahasa secara lebih luas dibandingkan dengan fiksyen yang lebih panjang.Menulis cerpen (cerita pendek) dapat menjadi permulaan karier yang baik sebagai penulis . Menulis cerita yang sangat panjang, seperti novel pastilah lebih memerlukan waktu dan tenaga yang cukup banyak. Belum lagi mencari penerbit yang mahu menerbitkannya. Cerita pendek dapat menjadi lonjakan dalam karier menulis. Lebih banyak alternatif bagi penulis cerita pendek untuk dikenal, daripada novel. Majalah dan surat khabar banyak menerima cerita pendek. Blog boleh juga menjadi alternatif muat naik cerita pendek di internet. Seringkali nama penulis muncul dalam cerita pendek yang dimuat di berbagai majalah dan akhbar, boleh menjadi pertimbangan positif bagi penerbit Sesuai namanya, menulis cerita pendek memiliki keunikan tersendiri. Tema Tema yang menarik perhatian pembaca ialah yang membawa persoalan baru dan boleh menambah pengetahuan pembaca. Sebuah tema adalah seperti seutas tali yang menghubungkan awal dan akhir cerita di mana anda menggantungkan pokok persoalan, watak, latar cerita dan lain-lain.Sebaiknya Anda harus memiliki tema yang jelas untuk menulis cerpen, tentang cerita, seperti apa yang ingin anda tulis. Pesanan apa yang ingin anda sampaikan kepada pembaca. Dengan adanya tema,yang menjadi tulang belakang cerita, maka cerpen anda akan meninggalkan kesan tersendiri pada pembaca. Penetapan tema dari awal juga berguna agar ketika menulis, anda tidak terlalu jauh melencong dari cerita sudah ditetapkan.Setiap cerpen harus

memiliki pesanan yang tersirat di dalamnya. Sebuah tema adalah seperti sebuah tali yang menghubungkan awal dan akhir cerita. Ketika Anda menulis, yakinlah bahawa setiap kata berhubungan dengan tema ini.Ketika menulis cerpen, biasa terjadi kita akan terlalu

menaruh perhatian pada satu bahagian saja seperti menciptakan watak-watak lain, penggambaran hal-hal yang ada, dialog atau apapun juga

.Untuk itu,kita harus ingat bahawa kata-kata yang berlebihan dapat mengaburkan inti cerita itu sendiri.Cerita yang bagus adalah cerita yang mengikuti sebuah garis panduan. Tentukan apa inti cerita Walaupun tema itu sangat menggoda untuk di bincangkan, anda tetap harus berfokus pada intipati yang telah anda tetapkan. Jalan cerita Buat perenggan pembuka yang menarik yang cukup membuat pembaca tertanya-tanya untuk mengetahui apa yang akan terjadi selanjutnya. Pastikan bahawa plot Anda lengkap, iaitu ada pembukaan, pertengahan cerita dan pengakhiran cerita.Anda juga tidak perlu terlalu berlama-lama dalam membangun cerita, sehingga klimaks atau penyelesaian cerita hanya muncul dalam satu kalimat, dan membuat pembaca merasa terganggu dan bingung, bukannya terpesona dengan cerita Anda. Jangan pula membuat "twist ending" (penutup yang tak terduga)Usahakan supaya pembaca tetap tertanya-tanya sampai saat-saat terakhir. Jika anda membuat cerita yang bergerak cepat, misalnya cerita tentang jenayah, jagalah supaya perenggan dan ayat-ayat anda tetap ringkas dan padat. Ini adalah cara untuk mempercepat dan memperkental nuansa yang ingin anda sajikan pada pembaca.Fokuslah pada satu jalan cerita sesuai dengan tema yang sudah ditetapkan . Karakter tambahan, sejarah, latar belakang, dan perincian lainnya sebaiknya akan memperkuatkan lagi jalan cerita yang telah di tetapkan .Pencapahan jalan cerita mutlak harus dihindari bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan pembaca.

Latar tempat dan Waktu Cerita dalam sebuah cerpen yang efektif biasanya menampilkan sebuah tempoh waktu yang pendek.Ini merupakan satu kejadian dalam kehidupan karakter utama anda atau cerita tentang kejadian yang berlangsung dalam sehari atau bahkan satu jam. Dan dengan waktuyang singkat itu, usahakan agar kejadian yang anda ceritakan dapat melonjakkan tema anda kerana anda hanya memiliki jumlah perkataan yang terhad untuk menyampaikan kisah tersebut .Anda perlu memilih latar cerita dengan teliti. Latar cerita atau tempat kejadian juga harus berperanan untuk mendukung jalannya cerita. Hal itu tidak bererti anda harus selalu memilih latar waktu yang tipikal dan mudah di ramal.

Sebagai contoh, beberapa latar tempat dan masa yang paling menakutkan bagi sebuah cerita seram bukanlah kuburan atau rumah tua, tetapi tempat-tempat biasa yang sering dijumpai pembaca dalam kehidupan seharian mereka. Buatlah agar pembaca juga seolah-olah merasakan suasana cerita yang telah dipilih tadi.

Watak Jangan menggunakan jumlah watak yang terlalu banyak. Semakin banyak watak boleh membuat cerita anda menjadi terlalu panjang dan tidak fokus pada tema. Gunakan watak secukupnya yang sesuai dengan jalan cerita.Cerpen hanya menceritakan tentang

sekelumit kisah dalam hidup watak yang anda buat. Jika karakter anda memiliki kisah hidup yang sangat panjang,tulis hanya sebagai latar belakang yang menjadi penguat tema cerita tersebut. Tekankan hanya padasatu bagian dari hidupnya untuk ditulis.Cerpen dimulai

dengan pengenalan karakter, konflik, dan solusi.Perlu di elakan ialah menarik minat pembaca pada awal cerita terhadap watak utama, secara langsung menimbulkan konflik dalam cerpen. Karakter anda sudah berada di dalam kekacauan besar. Ia akan membuat pembaca semakin tertanya-tanya, ada apa yang terjadi sebenarnya, bagaimanakah karakter tersebut akan mengatasi konfliknya. Pengenalan karakter, perlu dilakukansecara perlahan-lahan di bahagian cerita berikutnya.

Beri kejutan pada pembaca di akhir cerita. Hindari membuat akhir cerita yang mudah di ramal.Untuk menjaga keberkesanan cerita, sebuah cerpen cukup memiliki sekitar tiga watak utama saja kerana terlalu banyak watak boleh mengaburkan jalan cerita anda. Jangan terlalu terbawa-bawa untuk memaparkan perincian latar belakang tiap watak tersebut. Tentukan watak mana yang paling penting dalam mendukung cerita dan fokuskan padanya. Bahasa

Pada umumnya, cerpen bertolak daripada satu idea pokok. Bagi menyampaikan idea ini, adanya watak yang sesuai dengan perwatakannya yang khusus bagi membantu pengarang menampilkan gagasan yang pengarang mahu ketengahkan, Peristiwa daripada satu peringkat ke satu peringkat disusun dengan cermat. Ia dikenali sebagai plot.

Penceritaan disampaikan melalui sudut pandangan yang sebaik mungkin dengan memberi latar yang sesuai serta menarik kepada cerita. Penyampaian dari mula hingga ke akhir cerpen menggunakan bahasa. Kelemahan penguasaan bahasa akan melemahkan penggarapan tema. Cepen menjadi tawar dan hambar. Banyak aspek kejiwaan dan psikologi watak, tidak mampu dihuraikan dengan mendalam. Kelemahan bahasa menjadikan gambaran alam dan suasana pula menjadi tidak berkesan dan tidak mampu menimbulkan kesan keindahan. Dalam penghasilan karya cerpen pengarang perlu menguasai dengan baik apa yang disebut metafora, simili, hiperbola, inversi, alusi, analogi, personifikasi, imejan , perlambangan, dan lain-lain unsur bahasa.

Penguasaan bahasa boleh ditingkatkan melalui pembacaan. Penulis muda perlu banyak membaca karya-karya besar tokoh sasetrawan . Novel-novel seperti Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, novel Sungai Mengalir Lesu karya A. Samad Said atau novel Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Hj. Abdullah, atau Saudagar besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas atau Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Dato' Dr. Anwar Ridhwan dan lainlain. Selain membaca karya-karya kreatif, jangan abaikan membaca selalu buku tatabahasa. Buku Tatabahasa Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan buku panduan bahasa yang amat berguna. Selain itu, selalulah berdamping dengan Kamus Dewan untuk memantapkan penggunaan sesuatu kosa kata. Kris Mas menghasilkan buku Perbincangan Gaya Bahasa Sastera (DBP 1988). Buku ini amat menarik dalam membincangkan aspek gaya bahasa dalam karya sastera. Menurut Kris Mas, gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai, khususnya dalam tulisan atau karangan . Gaya bahasa juga dirujuk kepada gaya seseorang penulis menggunakan bahasa . Bagi Kris Mas, bahasa itu ialah perahu yang didayung oleh setiap sastrawan dan ditumpang oleh pembaca dalam pelayaran yang ingin mencari kebenaran . Dialog Jangan memandang ringan kekuatan dialog dalam mendukung karakter anda,sebaliknya dialog turut bercerita dan mengembangkan cerita anda. Jangan hanya menjadikan dialog sebagai

pelengkap untuk menghidupkan watak anda. Tiap kata yang di pertaruhkan dalam mulut watak anda juga harus berfungsi dalam memunculkan tema cerita.

Penutup Jangan biarkan pembaca hilang fokus pada akhir cerita anda. Pastikan konklusi diakhir cerita nda memuaskan, tetapi juga tidak mudah di ramal. Pembaca perlu jelas pada akhir cerita, tentang apa yang terjadi pada karakter tersebut. Akhir cerita yang berkesan akan selalu diingat oleh pembaca, Tunjukkan bagaimana watak utama anda akhirnya mengatasi masalah itu. Ada beberapa cerpen, penutup digunakan sebagai tempat menzahirkan pesanan yang ingin disampaikan penulis. Contoh: Kekuatan cinta, kebaikan mengalahkan kejahatan, kejujuran adalah kebijakan terbaik, pbersatu padu membawa kekuatan,dan sebagainya

Bibliografi Ahmad Kamal Abdullah Sejarah kesusasteraan Melayu, jilid II / Ahmad Kamal Abdullah...[et al.].--Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992

Ahmad Kamal Abdullah Sempena : himpunan esei penelitian oleh sarjana kesusasteraan Melayu antarabangsa / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah, Shamsuddin Jaafar, Ahmad Razali Yusof.- -Kuala Lumpur: DBP, 1994

Mustafa Mohamad Isa STPM kesusasteraan Melayu moden / Mustafa Mohamad Isa.--Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd., 1981

Mana Sikana Sejarah kesusasteraan Melayu moden : drama / Mana Sikana.--Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009

Hashim Awang Sejarah kesusasteraan Melayu moden : esei kritikan / Hashim Awang.--Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

S. Othman Kelantan Sejarah kesusasteraan melayu moden : novel / S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir.--Kuala Lumpur: DBP, 2003

Anda mungkin juga menyukai