Anda di halaman 1dari 179

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

Mantan Guru Cemerlang Bahasa Melayu Gred Khas C


Tokoh Guru Kebangsaan 2016
Education Advisor LeapEd Services Sdn. Bhd
BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)

KEMAHIRAN MENULIS RESPON TERBUKA


(BAHAGIAN B)

Berkongsepkan:
“Merujuk Sebelum Menulis”
DOMAIN MENGIKUT KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
OLEH
LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

CIRI-CIRI PENULISAN A+

Bi Aspek yang Ditaksir Tugas Anda


l
1. Takrif karangan 1.1 Baca soalan dengan teliti untuk
menentukan kehendak soalan.

1.2 Kenal pasti kata kunci soalan.

1.3 Tulis rangka karangan.

1.4 Senaraikan isi karangan mengikut


kehendak soalan.

1.5 Menyesuaikan isi karangan, iaitu memilih


atau memastikan isi karangan;
dicadangkan lima atau enam isi karangan
yang kukuh (ada unsur KBAT dan isi-isi
yang matang seperti di dalam buku ini)

2. Format karangan Di dalam setiap soalan tentu ada format yang


ditentukan seperti format jenis pendapat,
perbincangan, ceramah, pidato dan lain-lain.
Oleh itu, pastikan anda menulis karangan
tersebut mengikut format yang dikehendaki
3. Pendahuluan karangan 3.1 Sebenarnya terdapat banyak jenis
pendahuluan yang boleh anda manfaatkan.
Antaranya ialah jenis suasana, pendapat,
definisi, peribahasa dan lain-lain. (Sila lihat
contoh di dalam power point slide 32 – 44).

3.2 Panjang pendahuluan tidak seharusnya


melebihi kepanjangan setiap isi.
(Dicadangkan sekitar 55 – 60 patah
perkataan)

4. Perenggan isi: 4.1 Untuk karangan respon terbuka


(Bahagian B) anda dicadangkan menulis lima
Terdapat dua cara yang atau enam isi sahaja dan panjang setiap isi
mudah untuk menulis dan dan huraian ialag sekitar 70 patah perkataan.
mengembangkan isi:
4.2 Pelajar harus memilih dan menyusun isi
1. Kaedah BORPIKA karangan mengikut keutamaan, iaitu di
(Borang Persembahan dahului denga isi-isiyang dianggap penting.
Isi Karangan) – Sila Sebelum mula menulis, anda dicadangkan
lihat di dalam buku 20 agar membuat lakaran perkembangan
Latihan KBAT 2021 sesuatu isi secara ringkas (merangka
Bahasa Melayu SPM karangan). Langkah ini penting untuk
Kertas 1) mengelakkan kehilangan idea semasa anda
menghuraikan isi karangan. Dengan adanya
2. Kaedah 5W = 1H (Sila perancangan yang rapi, anda tidak akan
rujuk power point slide ketinggalan maklumat penting dalam
45 – 70 dan slide 94 – penulisan bagi menghasilkan karangan yang
99) berkualiti.

4.3 Untuk memudahkan anda merangka


karangan, ada baiknya jika anda
menggunakan kaedah BORPIKA (Borang
Persembahan Isi Karangan atau kaedah 5W
+ 1 H.

5. Penutup 5.1 Anda hendaklah merumuskan isi yang


ditulis di dalam perenggan penutup dengan
Sila rujuk power point slide memberikan pandangan, cadangan atau
71 – 93) harapan.

5.2 Perenggan penutup tidak harus terlalu


pendek dan tidak terlalu panjang (sekitar 50
patah perkataan).
5.3 Antara penanda wacana untuk
perenggan penutup sesebuah karangan
ialah: oleh itu, ringkasnya, pendek kata,
sebagai rumusan, sebagai menggulung,
kesudahannya, kesimpulannya, oleh yang
demikian, dapatlah disimpulkan, sebagai
penutup dan lain-lain.

6. Memanfaatkan stastik Untuk menjelaskan sesuatu yang berkaitan


penting dengan ‘jumlah’ seperti jumlah kematian
akibat kemalangan jalan raya, kematian
akibat Covid-19 dan lain-lain, kurang sesuai
jika ditulis ‘banyak’ atau ‘ramai’ tetapi ada
baiknya jika ditulis statistik (anggaran)
misalnya lebih kurang 5000 orang meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya setiap
tahun.

7. Pendapat tokoh berwibawa Di dalam modul ini saya sertakan 60 dan di


dalam buku siri 1, saya sertakan 112
pendapat dan kata-kata hikmat oleh tokoh-
tokoh yang berwibawa di dunia. Ada
baiknya, anda memasukkan sekurang-
kurangnya satu pendapat tokoh yang sesuai
dengan tema/domain karangan anda. Ini
akan memberi ruang kepada anda untuk
mengukuhkan perenggan yang anda tulis
dan sedap dibaca.

8. Ungkapan Indah Sila manfaatkan beberapa ungkapan indah


dan peribahasa di dalam penulisan anda. Di
dalam buku ini disertakan 200 ungkapan
indah dan 66 peribahasa yang sesuai dengan
domain yang dibincangkan.

9. Nilai murni Sila manfaatkan nilai murni yang anda


pelajari sama ada di dalam subjek Bahasa
Melayu dan subjek lain di dalam penulisan
anda.
10. Penanda wacana Untuk memastikan setiap ayat dan idea yang
ditulis agar berkesinambungan dengan ayat-
Sila rujuk power point slide ayat yang berikutnya, maka penggunaan
47 – 51. penanda wacana amat perlu dan berkesan.

11. Ejaan Ikut Sistem Ejaan Rumi Baharu, Dewan


Bahasa dan Pustaka.
Sila rujuk power point slide
100 - 117
12. Tatabahasa Sila patuhi Tatabahasa Dewan, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

13. Struktur ayat Pelbagaikan struktur ayat di dalam penulisan


anda. Anda disarankan agar banyak
membaca rencana dan karangan yang
berkualiti.

14. Keseimbangan perenggan Pastikan semua perenggan isi adalah


seimbang jumlah perkataannya manakala
perenggan pendahuluan dan penutup lebih
ringkas daripada perenggan isi.

Contoh:
Perenggan pendahuluan 60 perkataan
Perenggan Isi 1 75 perkataan
Perenggan Isi 2 75 perkataan
Perenggan Isi 3 75 perkataan
Perenggan Isi 4 75 perkataan
Perenggan Isi 5 75 perkataan
Perenggan Penutup 60 perkataan

20. Kematangan fikiran Isi-isi yang dikemukakan hendaklah mengikut


peredaran semasa. Masukkan unsur KBAT
di dalam penulisan anda. Di dalam modul ini
dan modul sebelumnya, saya telah sediakan
isi-isi, contoh dan huraian yang mempunyai
unsur-unsur kematangan fikiran dan KBAT.
Oleh itu, manfaatkanlah di dalam penulisan
karangan anda.

21. Tulisan 2.1 Tulisan hendaklah mudah dibaca dan


difahami oleh pemeriksa.
2.2 Setiap kesalahan dipadam atau
digariskan di tengah-tengah
perkataan atau ayat yang salah.
2.3 Tulisan yang sukar dibaca akan
menyukarkan pemeriksa memahami
keseluruhan kandungan karangan
anda.
SOALAN 1
DOMAIN : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

Sumber: Internet - BERNAMA

Graf di atas menunjukkan pengeluaran biobahan api dunia pada tahun 2021 hanya sekitar
40 bilion liter manakala pengeluaran bahan api fosil sekitar 180 bilion liter. Ini
menunjukkan, pelbagai usaha perlu digerakkan agar pengeluaran biobahan api
ditingkatkan.

Pada pendapat anda apakah faedah-faedah yang akan dinikmati oleh penduduk dunia
sekiranya penggunaan biobahan api dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

Berpandukan pendapat anda, tuliskan sebuah rencana yang bertajuk, “Selamatkan Dunia
dengan Biobahan Api.”

Tuliskan rencana anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350
hingga 500 patah perkataan.

1
Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apa itu biobahan api


- Faedah kepada penduduk dunia
- Keselamatan tenaga
- Pembangunan ekonomi
- Alam sekitar
- Keseimbangan tenaga
- Kitar semula

Merangka Karangan:
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

2
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan: Petikan Rencana

Mengapakah Kita Memerlukan Biobahan Api?

Teknologi pintar telah memberikan banyak manfaat, termasuk impak yang positif terhadap
persekitaran dan penambahbaikan ekonomi. Peranan biodiesel bukanlah untuk
menggantikan bahan api fosil tetapi untuk membantu mengimbangi dasar. Biobahan api
dihasilkan untuk menjadi pengganti yang ideal bagi memperluaskan ketahanan penggunaan
diesel. Matlamat utama biodiesel adalah untuk menyediakan keselamatan tenaga dan
memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Terdapat enam sebab mengapa kita
memerlukan biobahan api.

Mudah Digunakan
Salah satu sebab kita memerlukan biobahan api adalah kerana ia boleh digunakan pada
enjin, infrastruktur dan kenderaan pada masa ini tanpa memerlukan perubahan. Biobahan
api boleh disimpan, dibakar dan dipam dengan cara yang sama dengan bahan api diesel
petroleum. Ia juga boleh digunakan dengan bentuk campuran dan tulen dengan selamat.
Ekonomi bahan bakar akan mendapat manfaat dengan menggunakan biobahan api kerana
hampir sama dengan bahan bakar minyak dan dapat digunakan sepanjang tahun.

Walaupun kenderaan lama yang berusia lebih dari lima belas tahun memerlukan
penggantian saluran bahan bakar, biobahan api dapat menyebabkan saluran tersebut retak.
Biobahan api dapat melepaskan simpanan tangki bahan bakar. Pengguna akan dapat
menukar menggunakan biobahan api dan petroleum pada bila-bila masa sekiranya
diperlukan tanpa komplikasi.

Biobahan api memberikan keselamatan tenaga


Keselamatan tenaga adalah bekalan berterusan yang tersedia dan berpatutuan untuk
pengguna serta industri. Sebilangan besar risiko keselamatan tenaga adalah gangguan
bekalan bahan bakar fosil, kenaikan harga tenaga dan sumber bahan bakar yang terhad.

Banyak negara pada masa ini tertarik dengan idea penggunaan biobahan api daripada
sumber tempatan sebagai alternatif kepada bahan api. Negara ini termasuklah negara-
negara maju banyak bergantung dengan bahan api fosil.

Membina Pembangunan Ekonomi


Peningkatan pelaburan terhadap biobahan api akan menghasilkan perkembangan ekonomi
yang pesat. Hal ini bermaksud, peluang pekerjaan akan menjadi lebih banyak dan menjadi

3
sumber pendapatan baharu untuk petani dalam industri ini. Negara membangun akan
mendapat manfaat daripada perkembangan ekonomi kerana permintaan tenaga.

Permintaan dijangka akan meningkat sebanyak 8% kerana sumber tenaga baharu seperti
biobahan api dijangka akan memnuhi kehendak ini.

Gas Rumah Kaca dan Pengurangan Pelepasan


Di United Kingdom, kenderaan membawa lebih daripada satu perlima jumlah pelepasan gas
rumah kaca. Dengan kaedah pengeluaran yang sesuai, biobahan api akan mengeluarkan
jumlah ketara pelepasan gas rumah kaca berbanding dengan bahan api fosil yang dilepaskan
pada masa kini. Hal ini akan membawa kepada potensi dalam menangani cabaran yang kita
hadapi berkaitan dengan kualiti dan pelepasan bahan api.

Biobahan api juga terkenal dengan bahan bakar alternatif yang paling berjaya untuk
menyelesaikan pelepasan yang teruk dan kajian kesihatan di bawah Akta Udara Bersih EPA.
Biobahan api akan mengurangkan pelepasan sebatian karsinogenik sebanyak 85%.

Keseimbangan Tenaga
Keseimbangan tenaga bahan api adalah nisbah bagi jumlah tenaga yang diperlukan untuk
menghasil, mengilang dan mengedarkan, berbanding jumlah tenaga yang dilepaskan semasa
bahan api dibakar.

Semasa keselamatan tenaga menjadi topik perbualan masyarakat dan kerajaan di serata
dunia, biobahan api mempunyai keseimbangan tenaga yang tinggi berbanding bahan api
alternatif yang lain. Tanpa bekalan tenaga mampu milik yang stabil, ekonomi negara akan
meleset tanpa tenaga untuk memberi kuasa kepada tanaman, kenderaan dan
menghangatkan rumah.

Biobahan api boleh membantu keselamatan tenaga untuk menambah baik keseimbangan
tenaga melalui tenaga domestik. Tanaman digunakan untuk menghasilkan biobahan api bagi
menggantikan minyak mentah yang diimport. Biobahan api juga akan meningkatkan kapasiti
negara dalam mengurangkan minyak import.

Boleh Dikitar Semula dan Biodegradasi


Biobahan api terbukti dapat mengurangkan toksik yang dihasilkan diesel kerana ciri-cirinnya
yang kurang mengancam persekitaran dan mengurangkan kemusnahan. Biobahan api
didapati kurang toksik berdasarkan jadual garam kerana ia adalah minyak sayuran
semulajadi yang tidak beracun. Biobahan api juga lima belas kali kurang beracun daripada
spesies ikan biasa.

Biobahan api terbukti lebih selamat digunakan berbanding dengan bahan bakar petroleum
kerana kadar votaliti yang rendah. Jumlah tenaga yang tinggi menjadikannya bahaya
penyalaan secara tidak sengaja kerana bahan bakar akan menghasilkan wap untuk menyala.
Ia boleh dilakukan dengan lemak dan minyak yang berbeza, termasuk sisa minyak masak.
Minyak kitar semula akan meningkatkan nilainya dan menjadikannya lebih jimat.

4
Biobahan api akan membantu mewujudkan pelbagai faedah untuk pasaran yang
berkembang maju. Di Eropah, bahan bakar hijau digunakan di seluruh benua dan dijangka
berkembang menjelang 2020.

Bahan Rujukan: Poster

5
Bahan Rujukan: Mutiara Kata
1. Sains bukanlah apa-apa selain daripada memperhaluskan apa yang difikirkan setiap
hari. (Albert Einstein).
2. Manusia suka mengagumi, dan itulah benih kepada ilmu sains. (Ralph Waldo
Emerson)
3. Memanglah terdapat risiko dalam sesuatu pelan tindakan. Namun ia jauh lebih kecil
daripada kerugian yang dialami akibat berasa selesa tanpa sebarang tindakan. (John
F. Kennedy)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Mencari jalan (mencari akal atau idea ketika melakukan sesuatu)
2. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi (Sama taraf/sepadan)
3. Tepuk dada tanya selera (terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat
keputusan)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Momentum pertumbuan ekonomi negara
2. Mutiara berharga
3. Mewujudkan kemakmuran rakyat
4. Tanpa mempedulikan risiko dan implikasinya
5. Suatu usaha yang konsisten
6. Warga yang bersifat proaktif dan cekal sifatnya
7. Usaha sama dan kerjasama pintar
8. Yang akan digalas bersama
9. Tulang belakang kepada pertumbuan ekonomi negara
10. Nilai ketamadun dijadikan pedoman

6
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

MARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh
70 %

7
SOALAN 2
DOMAIN: BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Kedudukan Malaysia dalam EF English Proficiency Index (EF EPI) 2019 tidak mencerminkan
tahap kemahiran sebenar penguasaan Bahasa Inggeris rakyat di negara ini.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat
Hock berkata, walaupun Malaysia jatuh ke tangga ke-26 berbanding ke-22 pada tahun
sebelumnya, namun ia masih pada tahap memberansangkan.
Ini kerana, kata beliau, kaedah yang digunakan dalam kajian tersebut berkemungkinan tidak
bertepatan dengan sesetengah negara memandangkan Bahasa Inggeris bukan bahasa rasmi
negara berkenaan.
Sumber: Astro Awani, 12 Disember 2019

Kajian di atas menunjukkan tahap kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia
semakin merosot.

Anda diminta untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan ibu bapa di sebuah
sekolah di daerah anda tentang cara- cara untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran
berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Malaysia.

Tuliskan ceramah anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350
hingga 500 patah perkataan.

Menganalisis Soalan

Format Ceramah

Kata kunci - Penguasaan Bahasa Inggeris merosot


- Dalam kalangan pelajar di Malaysia
- Cara-cara meningkatkan puangasaan dan
kemahiran berbahasa Inggeris
- Ceramah untuk ibu bapa

8
Merangka Karangan:
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

9
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan: Petikan Rencana

Cara Menambah Baik Pertuturan Bahasa Inggeris

Apabila anda bertanya kepada seorang murid yang mempelajari bahasa tentang apakah
matlamat mereka, kebanyakan mereka akan menjawab “untuk menambah baik pertuturan
saya”. Semasa mempelajari bahasa asing, anda akan mendapati diri anda bertutur dengan
pelbagai jenis orang yang bertutur menggunakan bahasa ibunda – guru anda, pelayan di
restoran, pemandu teksi dan juga tuan rumah anda, maka penting untuk anda berasa
selesa. Seperti anda menambah baik penulisan, kemahiran mendengar dan kemahiran anda
yang lain, terdapat teknik yang anda boleh gunakan untuk menambah baik pertuturan
Bahasa Inggeris anda dengan cara yang tersasar. Berikut adalah lapan cara yang kami
gemari:

Bertutur, Bertutur, Bertutur

Mari kita memulakan dengan mengatakan bahawa, perkara ini bukanlah satu rahsia untuk
bertutur dengan lebih baik. Itu terlalu mudah, bukan? Secara asasnya, cara terbaik untuk
bertutur adalah – dengan bertutur! Pastikan anda sering bertutur dan dengan seberapa
ramai yang boleh. Adakah anda tinggal atau belajar di luar negara? Ambil kesempatan
dengan beribu-ribu orang yang menuturkan bahasa ibunda di negara yang anda diami
sekarang, seperti rakan, keluarga mereka, rakan sekerja anda, rakan sekelas, kakitangan di
kedai kopi, pasar raya, pejabat pos dan tempat lain yang anda kunjungi. Sekiranya anda
belajar di negara anda sendiri, tingkatkan masa latihan anda dengan berjumpa dengan rakan
sekelas anda di luar waktu kelas, mencari seorang rakan untuk bertukar bahasa atau
menyertai komuniti pelajar dalam talian.

Buat Refleksi Terhadap Perbualan Anda

Selepas perbualan tersebut berakhir, ambil sedikit masa untuk membuat refleksi.
Bagaimanakah ia berlaku? Sejauh manakah anda memahaminya? Adakah anda berasa
selesa dengan hal yang diperkatakan? Adakah anda menemui perkataan baharu? Tindakan
anda untuk memikirkannya dengan cara ini akan meningkatkan keyakinan anda untuk
bertutur pada masa akan datang (dan tetapkan perkara yang anda ingin tambah baik,
contohnya perbendaharaan kata yang anda tidak fahami).

10
Dengar dan Baca

Anda perlukan perkataan untuk bertutur, bukan? Masa di kelas adalah masa yang terbaik
untuk mempelajari perbendaharaan kata tetapi terdapat cara lain untuk anda meningkatkan
perbendaharaan kata anda: Tonton filem, dengar muzik, radio dan podcast. Baca buku,
majalah dan blog. Semasa mendengar dan membaca, cari ekspresi baharu dan menarik,
istilah slanga dan sinonim, tuliskan bahan baharu ini dan cari sebarang perkara yang sama
dengannya. Kesemua ini memberikan perkataan baharu untuk anda gunakan pada masa
latihan anda yang akan datang.

Bertutur di Telefon

Kebanyakan orang mendapati perbualan di telefon adalah mencabar. Mengapa? Kerana


semasa bercakap di telefon, kita tidak dapat melihat bahasa tubuh individu tersebut atau
melihat pergerakam mulut mereka, kedua-dua ini adalah alat komunikasi yang benar-benar
membantu. Untuk menjadi lebih yakin semasa berbual di telefon, mulakan dengan
perbualan ringkas dengan rakan – kemudian buat panggilan yang lebih mencabar seperti
membuat temu janji atau melontarkan pertanyaan. (Masa yang terbaik untuk menggunakan
tips ke-4 dan sediakan senarai soalan anda serta gunakan perbendaharaan kata yang
berguna bagi membantu anda bertutur semasa membuat panggilan ini!)

Pelajari Frasa, Bukan Perkataan

Tips lain untuk meningkatkan kefasihan anda bertutur adalah dengan menggunakan
pelbagai frasa, bukan perkataan. (anda mungkin telah menggunakan tips ini dalam bahasa
ibunda anda). Daripada bertanya “Hello, how are you today?”, gandingkannya dengan
memilih ekspresi lain seperti “What’s up, man?’ “Hey dude!” atau “How ya going, mate?”
(Tetapi hati-hati: Beberapa ekspresi akan menjadi tidak formal dan tidak sesuai dalam
beberapa situasi!)

Selamat Mencuba

Kenyataannya adalah, lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baharu apabila anda
seronok. Masukkan lawak jenaka semasa anda berlatih bertutur dengan bercakap sendiri,
menyanyi lagu Inggeris yang popular, melakukan tongue twisters (Cuba tongue twister kami)
atau lakukan satu minit “ucapan yang tidak dirancang tentang topik yang dipilih secara
rawak (seperti ular, kopi, India atau subjek lain seperti as “If I ruled the world, I would…”,
“Three surprising facts about me,” atau “Which came first, the chicken or the egg?”). Latihan
yang baik dan lucu.

Bahan Rujukan 2: Berita Astro Awani


Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak dapat dipertikaikan walaupun Bahasa
Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa global ini digunakan dengan

11
meluas dan perlu dikuasai terutama golongan pelajar yang akan meneroka bidang ilmu
dalam bidang pendidikan, seterusnya diaplikasi dalam dunia pekerjaan. Sekalipun
Pengajaran Pembelajaran Matematik dan Sains (PPSMI) tidak lagi digunakan, proses
menimba ilmu di universiti terutamanya memerlukan pelajar mempunyai penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik. Kajian ini mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar Tahun satu dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia,
seterusnya mengkaji adakah tahap penggunaan bahasa Inggeris seharian mempengaruhi
penguasaan para pelajar terhadap bahasa tersebut. Kajian ini merumuskan bahawa
penguasaan Bahasa Inggeris bagi pelajar Tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia
masih berada pada tahap sederhana dengan purata band MUET adalah band 2. Walaupun
kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dari segi lisan dan
bertulis dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak menghadapi masalah untuk membuat
rujukan, mendapat arahan dan mengendalikan peralatan yang menggunakan arahan dalam
bahasa Inggeris, menikmati hiburan seperti filem, permainan atas talian, menonton drama
dan sebagainya. Mereka sering merujuk kamus dan bersikap positif untuk meningkatkan
kemahiran berkenaan serta bersedia mengikuti kursus-kursus berkaitan sekiranya diberi
peluang.

Kedudukan Malaysia dalam EF English Proficiency Index (EF EPI) 2019 tidak mencerminkan
tahap kemahiran sebenar penguasaan Bahasa Inggeris rakyat di negara ini.Setiausaha Agung
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata,
walaupun Malaysia jatuh ke tangga ke-26 berbanding ke-22 pada tahun sebelumnya, namun
ia masih pada tahap memberansangkan.
Ini kerana, kata beliau, kaedah yang digunakan dalam kajian tersebut berkemungkinan tidak
bertepatan dengan sesetengah negara memandangkan Bahasa Inggeris bukan bahasa rasmi
negara berkenaan.
“Pertama kita tidak tahu bagaimana instrumen yang digunakan, kita hanya tahu dapatan
daripada mereka tetapi cara mereka menguruskan dan mengukur, kita tidak ada check and
balance (semak dan imbang).
“Kedua, seperti negara Singapura, Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi jika dibandingkan
dengan negara kita, di mana bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
“Jadi, mungkin dari segi (pengukuran) kita boleh lihat ada ketidakbolehpercayaan dan
kesahihan terhadap perbandingan (kajian) tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro
AWANI, pada Khamis. Beliau menambah beberapa industri di negara ini menunjukkan
penguasaan bahasa Inggeris yang memuaskan termasuk dalam industri perkhidmatan.
Bagaimanapun ujar beliau, tumpuan perlu diberikan dalam memperkasakan penguasaan
bahasa Inggeris di peringkat sekolah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Jadi, itu diberikan satu mesej penting dan jelas kepada rakyat negara ini bahawa sekiranya
kita mahu menjadi pemain di peringkat antarabangsa, kita tiada pilihan selain mesti
menguasai bahasa Inggeris secara formal,” katanya.
Malaysia jatuh ke tangga 26 dalam laporan EF EPI 2019 sebagai negara yang tidak
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

12
Singapura mempertahankan kedudukannya sebagai negara yang mempunyai piawaian
tertinggi di Asia, diikuti oleh Filipina, Malaysia, Hong Kong dan India.
Walaupun di tangga ke-26 di peringkat global, Malaysia masih berada di kedudukan ketiga
terbaik Asia selepas Singapura dan Filipina.
Lebih separuh dari negara Asia menyaksikan penurunan dalam penguasaan bahasa Inggeris
pada tahun ini.
Malah, laporan tersebut mendedahkan tahap bahasa Inggeris di rantau Asia tidak
menunjukkan perubahan walaupun banyak pelaburan dibuat di dalam sektor pendidikan
awam dan swasta.
Tahun ini, Sri Lanka menunjukkan penurunan drastik dalam tahap penguasaan bahasa
Inggeris diikuti Singapura dan Filipina.
Manakala, Taiwan, Myanmar dan Afghanistan menyaksikan peningkatan yang
memberansangkan.
Selain itu, China pula mengorak langkah daripada tangga bawah ke tahap sederhana dalam
penguasaan bahasa tersebut.
Kajian melibatkan 2.3 juta responden dari lebih 100 negara dan wilayah.
Sumber: Astro Awani, 12 Disember 2019

Bahan Rujukan: Mutiara Kata

1. Bahasa adalah pakaian kepada fikiran. (Samuel Johnson)


2. Mengabaikan Bahasa asing samalah dengan mengabaikan bahasa sendiri. (Goethe)

Bahan Rujukan: Peribahasa

1. Pantang berundur sebelum berjuang. (Tidak mudah berputus asa sebelum berjuang)
2. Membaca jambatan ilmu (Membaca dapat meluaskan pengetahuan)
3. Ilmu itu pelita hati (Manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya
tenteram)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah

1. Sajian minda
2. Saling melengkapi
3. Bakal pewaris negara
4. Beberapa kesilapan remeh
5. Berada dalam situasi dan kondisi yang serba salah
6. Berdasarkan standard
7. Beralih ke arah yang positif
8. Berada dalam zon selesa
9. Keselesaan ini tidak berpanjangan

13
10. Kesusahan ini dilalui dengan kesabaran dan kecekalan
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan M
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

ARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh
70 %

14
SOALAN 3

DOMAIN: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Kebelakangan ini pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia berkembang dengan


pesat sekali dalam sistem pendidikan Malaysia. Dalam pendidikan, multimedia adalah
gabungan antara grafik, teks, animasi, video dan bunyi. Interaksi ini akan membantu guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid lebih efektif (Jamalludin, 2003).
Sumber: Ahmad Moghni Salbani, 1 Gobi a/l Sinnaiah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia,
Universiti Sains Malaysia,

Dalam petikan di atas jelas bahawa pengkaji-pengkaji ini memperakukan bahawa


penggunaan multimedia dalam pendidikan amat diperlukan dan memberi manfaat kepada
pelajar.

Salah satu cabang multimedia dalam pendidikan ialah penggunaan animasi. Pada pendapat
anda, sejauh manakah penggunaan animasi boleh memberi impak kepada proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar?

Tuliskan pendapat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350
hingga 500 patah perkataan.

Menganalisis Soalan

Format Pendapat

Kata kunci - Multimedia dalam pendidikan


- Menarik perhatian pelajar
- Penggunaan animasi
- Memberi impak kepada pelajar
- Dalam proses pengajaran dan pembelajaran

15
Merangka Karangan:

Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

16
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan : Petikan Rencana

Adakah anda menyedari penggunaan animasi dalam pendidikan dan bidang profesional lain
telah menjadi trend pada masa kini? Perkembangan animasi telah menjadi satu alat
pengajaran dan pembelajaran dan kebanyakannya diterima oleh organisasi penting. Animasi
menawarkan proses pembelajaran atau pengajaran dengan cara yang menyeronokkan dan
menarik perhatian dan minat murid.

Kajian menyatakan, kanak-kanak atau orang dewasa lebih cenderung untuk belajar dengan
alat yang menarik atau interaktif. Animasi mempunyai kualiti magis untuk Kanak-kanak
cenderung untuk menonton siri kartun. Secara khususnya, ia berguna sekiranya mereka
tertarik dengan animasi yang kreatif dan mendidik. Malahan, sekiranya anda mampu; pergi
ke animasi khusus yang berkaitan dengan perkara yang anda ajari. Bantu mereka untuk
menumpukan terhadap fakta dan teknikal yang ditunjukkan dalam animasi tersebut.
Animasi interaktif juga berguna.

Animasi membantu menerokai dan membangunkan idea untuk merealisasikannya. Proses


animasi menyemai sikap positif murid dan pemikiran kretif. Mereka boleh mengambil
manfaat dengan animasi (dengan bantuan alat animasi “penggunaan tersedia” yang mudah
didapati) tentang teori yang ingin mereka sampaikan. Animasi perubatan berdasarkan diet
atau topik pembendahan, adalah yang paling banyak digunakan sebagai alat instruksional
bagi gologan professional perubatan atau pesakit mereka.

Menggabungkan animasi dalam tugasan projek adalah lebih efektif. Masalah yang mencabar
dan konsep dibentangkan menggunakan animasi ringkas kadang kala membuktikan pendidik
yang baik. Contohnya, pembentangan atau paparan slaid dengan animasi berfokus dan juga
menarik. Menghasilkan produk model maya dan mesin serta menunjukan aktiviti mereka
melalui animasi telah memberi impak yang besar dalam industri pembuatan.

17
Komunikasi dengan audiens penting dalam penjenamaan dan pemasaran. Oleh kerana
kebanyakan orang adalah pelajar visual, semasa melawat laman web anda, jika pelanggan
melihat animasi penjemaan, ia akan membangunkan hubungan yang mantap dan dalam.
Melalui iklan beranimasi, lebih mudah untuk membayangkan proses yang berlaku bukan
sekadar membaca tentangnya. Video beranimasi juga boleh mendorong klien anda untuk ke
laman web anda dan penting untuk pelanggan kekal di laman tersebut dengan lebih lama.

Grafik beranimasi media sosial adalah yang terbaik. Melangkaui reaksi yang menyeronokkan
dan momen kejutan, GIFs telah menjadi cara yang terbaik untuk berkongsi pengetahuan dan
maklumat. Oleh kerana ramai orang yang ingin berkongsi perkara yang bagus dan
menyeronokkan, perkongsian media sosial akan memberikan promosi percuma yang
memberi manfaat kepada jenama. Maka…. Boleh dikatakan bahawa, animasi mempunyai
pengaruh sebenar dalam kehidupan seharian kita.

Ia juga mempunyai tempat penting dalam industri Hiburan dan IT. Peningkatan penggunaan
animasi telah membuka laluan kepada ramai orang untuk menjana kehidupan dengan
menghasilkan video animasi yang menarik dan kreatif. Skop karier selepas membuat Latihan
animasi adalah tidak terhad. Dengan kemahiran latihan, anda boleh mendapatkan kerja
kretif dalam apa jua industri pada hari ini.

Bahan Rujukan: Apa itu animasi?

 Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah program wayang gambar dan
video.
 Animasi merujuk kepada paparan visual yang bersifat dinamik.
 Objek kelihatan hidup dan bergerak.
 Menzairkan fantasi manusia ke alam realiti.
 Animasi boleh menerangkan sesuatu konsep (dalam bentuk perkataan atau ayat)
yang sukar dengan lebih mudah untuk difahami.
 Menceriakan proses penyampaian.
 Sesuatu kelihatan lebih hidup dan realistik berbanding menggunakan teks.
 Penonton lebih fokus kepada isi kandungan yang disampaikan.
 Animasi membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
 Animasi digital mampu menyampaikan mesej dengan lebih pantas.

18
 Mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan dinamik.
 Pelajar dapat memetakan sesuatu konsep yang kompleks di dalam minda mereka.
 Membantu dalam proses pemahaman.

Bahan Rujukan: Mutiara Kata


1. Idea yang baik tidak akan membawa hasil secara mendadak. Ia harus digerakkan
dengan penuh keyakinan dan penuh kesabaran. (Hyman Rickover)

2. Imaginasi adalah permulaan bagi segala penciptaan. Anda akan membayangkan apa
yang anda mahu, kemudian anda akan menginginkannya, dan akhirnya anda akan
berusaha menciptanya. (George Benard Shaw)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan (Jika seorang mempunyai cita-cita, dia akan
berusaha dengan bersungguh-sungguh)
2. Bulat kata (Keazaman yang bersungguh-sungguh)
3. Cari akal (Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Dijalankan secara istiqamah
2. Pengajaran berteraskan pengetahuan
3. Eleman yang lebih fundamental
4. Era baru yang sarat dengan cabaran
5. Ghairah mengejar peluang
6. Harus berubah atau berisiko untuk rebah
7. Ilmu menjadi nadi dalam setiap urusan
8. Impak secara makro dan mikro
9. Instrument yang paling efektif
10. Kebangkitan media alternatif

19
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan M
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

ARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh
70 %

20
SOALAN 4
DOMAIN : ALAM SEKITAR

Wartawan Berita Harian, Rohaniza Idris mewawancara Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri
Tuan Ibrahim Tuan Man:
Penguatkuasaan sahaja tidak cukup dalam memastikan kes pencemaran sungai tidak berulang.
Pihak berkepentingan daripada sektor pertanian, perladangan, penternakan dan perikanan
pembalakan, selain industri serta penggerak projek perlu mempunyai kesedaran alam sekitar yang
tinggi, membudayakan self-regulation.
Setiap tindakan diambil perlu mengambil kira elemen kelestarian alam sekitar dan tidak
mementingkan keuntungan semata-mata. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan
penduduk atau masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam usaha membanteras
pencemaran sungai.
Dari segi penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974), JAS terus
mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas punca pencemar tertakluk kepada perundangan
berisiko menyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran sungai sebagai sumber
bekalan air.
Sumber: Berita Harian, 14 Mac 2021

Hasil wawancara di atas jelas menunjukkan bahawa masalah pencemaran alam sekitar dapat
ditangani sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan
bersungguh-sungguh.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara terbaik orang awam untuk memelihara alam sekitar.
Tuliskan pendapat anda selengkapnya.
Tuliskan pendapat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga
500 patah perkataan.

Menganalisis Soalan

21
Format Rencana

Kata kunci - Cara terabaik


- Orang awam
- Memelihara alam sekitar
- Tidak memotong rumput
- Aktiviti membersihkan pantai
- Berhenti menggunakan racun perosak
- Tanam pokok bunga dan pokok renek

Merangka Karangan:
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

22
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan: Petikan Rencana


Bagaimana Memelihara Alam Sekitar?

Prihatin terhadap persekitaran mungkin memberikan kebimbangan, tetapi adakah tindakan


yang boleh anda ambil untuk membantu memelihara alam sekitar? Mulakan dengan mencari
cara untuk melindung tanah dan air di kawasan komuniti dan kejiranan anda. Penting juga
untuk mengurangkan kesan karbon dan menjadikan pilihan makanan yang lestari. Anda boleh
memaksimumkan tindakan anda dengan meningkatkan kesedaran tentang cabaran
persekitaran setempat dalam kalangan rakan dan keluarga anda atau menyertai aktiviti lain
untuk melestarikan dasar pemuliharaan alam sekitar.

Berhenti memotong rumput


Rumput dan benih akan bercambah dan memberikan kehidupan kepada serangga dan
burung. Bunga liar akan mekar memberikan makanan kepada kumbang. Apabila anda
membiarkan rumput di laman anda tumbuh, anda telah mengurangkan tempat untuk
binatang dalam persekitaran semulajadi mereka.
 Anda mungkin perlu untuk tidak memotong sebahagian rumput anda atau anda
mungkin memotong bahagian rumput yang panjang.
 Bersedia untuk berkongsi sebab anda dengan jiran anda yang mungkin tidak
menyedari manfaat rumput yang panjang.
2.

Sertai aktiviti pembersihan pantai


Apabila kita membuang sampah, sampah ini selalunya akan kembali ke pantai kita,
memusnahkan habitat burung, ikan dan hidupan laut yang lain. Bantu dengan menyertai
aktiviti membersihkan pantai atau sungai .
 Sekiranya tiada pembersihan dijalankan di kawasan anda, pertimbangkan
untuk memulakannya. Apa yang anda perlukan untuk menjalankan program ini
adalah plastik sampah, sarung tangan getah dan sekumpulan sukarelawan yang
menyokong idea ini.
 Anda boleh memilih mana-mana tasik, sungai, anak sungai, lombong, paya,
pantai atau kawasan berair yang anda ingin bersihkan.
3.

23
Berhenti menggunakan racun perosak
Daripada menyembur racun perosak yang berbahaya kepada manusia, binatang
peliharaan, ikan dan burung, ubah suai persekitaran laman anda dengan cara yang dapat
menghalau serangga. Penyelesaian ini lebih mesra persekitaran .
 Cuba gunakan serangga bermanfat yang boleh mengawal populasi atau racun
semulajadi yang dihasilkan untuk menjadikan rasa tumbuhan yang tidak enak bagi
serangga. Anda boleh mencarinya di kedai bunga atau dalam talian.
 Racun seranga termasuklah insektisid, herbisid, biosid, fungisid dan
nematisid.

Tanam pokok atau pokok renek.


Dengan menanam pokok dan pokok renek yang sesuai dengan kawasan anda, anda akan
menjadi mesra ekosistem bukan melawan ekosistem. Tanya kedai bunga atau pertubuhan
peladang di tempat anda untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang kepelbagaian
pokok yang sesuai dengan kawasan anda yang mungkin akan meredupkan rumah anda.
 Menanam pokok yang sesuai dengan kawasan membantu menjimatkan
penggunaan air. Setelah tumbuh, air akan kurang atau tidak diperlukan untuk
kebanyakan tumbuhan ini.
 Anda akan meningkatkan kepelbagaian bio, memantapkan pendebungan dan
habitat burung di laman anda
4.

Periksa laluan air hujan anda. 


½ inci hujan di bumbung seluas 1000 kaki persegi menghasilkan kira-kira 280 gelen air yang
kemudian dapat anda gunakan untuk mengairi kebun anda, dan membersihkan barang-
barang di sekitar rumah anda. Sebilangan besar orang menggunakan tong hujan untuk
menakung air hujan mereka yang digunakan untuk pengairan. Anda boleh meletakkan tong
hujan tepat di bawah saluran air anda, atau anda boleh memasang pengalih yang menarik
air dari sistem saliran air anda.

24
 Air hujan tidak selamat untuk diminum; ia hanya boleh digunakan untuk
tujuan pengairan dan pembersihan.
 Menyimpan air hujan anda membantu melindungi alam sekitar dengan
mencegah limpahan air dari membawa sampah, nutrien, dan pencemaran lain ke
tasik dan sungai disekitarnya.

5.

Tanam bunga yang disukai lebah. 


Penanaman tumbuhan kecil dan pelbagai bunga yang mekar selama beberapa musim akan
membantu menyokong populasi lebah di kawasan anda. Terdapat banyak sebab lebah
sangat penting bagi ekosistem, termasuk pendebungaan pokok buah-buahan dan tanaman
makanan.
 Contoh yang digemari oleh lebah termasuk borage, cleome, cosmos, “bee-
balm” atau monarda, verbena dan zinnia.
 Herba yang sering terdapat pada lebah termasuk rosemary, daun thyme,
daun pudina, daun selasih dan semua jenis herba sage atau salvia.

Bahan Rujukan : Hasil Kajian

Kesan kemusnahan alam sekitar

Hakikatnya, kemusnahan alam sekitar akan membawa malapetaka dan bencana berterusan
buat kita semua kerana, persekitaran mempunyai kesan besar terhadap kehidupan manusia
khususnya daripada segi tahap kesihatan termasuklah kualiti hidup. Udara yang tercemar
akibat pelepasan gas rumah hijau oleh kenderaan bermotor dan industri misalnya telah
diakui memberi kesan terhadap sistem pernafasan manusia kerana, penyedutan bahan
pencemar ini berpotensi memberi kesan buruk ke atas paru-paru dan organ-organ badan
yang lain. Bahan pencemar udara seperti ozon, logam dan radikal bebas pula diketahui
berupaya merosakkan sel-sel tisu paru-paru. Lantaran itu, menurut kebanyakan penyelidik,
bahan partikel dalam udara menurunkan jangka hayat kerana pencemar seperti ozon
menjejaskan pernafasan seseorang, mencetuskan simptom asma dan menyebabkan
penyakit paru-paru dan jantung selain boleh menyebabkan ketidaksuburan. Kajian yang

25
diterbitkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika mendapati, pencemaran udara dapat
menurunkan tahap lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL), atau kolesterol baik dalam badan
yang menyebabkan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Kajian yang diterbitkan
dalam jurnal Nature Sustainability turut mendedahkan bahawa tahap pencemaran udara
yang tinggi dikatakan sebagai faktor yang meningkatkan kecenderungan untuk mengalami
keguguran secara senyap. Malahan, sekitar 36,000 rakyat Britain mati setiap tahun akibat
daripada kesan pencemaran udara!

Pencemaran sumber air

Berkaitan sumber air, pencemaran sungai menjejaskan kegunaan berfaedah dan memberi
risiko berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam. Ekoran pembangunan pesat
sehingga mencemari sumber air minuman, dianggarkan lebih 780 juta individu di seluruh
dunia tidak memiliki akses untuk air minuman yang bersih dan selamat, malahan hampir 2.5
bilion penduduk bumi tidak mempunyai perkhidmatan kebersihan mencukupi seperti bilik
air yang bersih. Akibatnya di seluruh dunia, lebih 2,000 kanak-kanak mati setiap hari
disebabkan penyakit cirit-birit berkaitan air dan tahap kebersihan yang tidak betul! Rakyat di
negara ini walaupun mengalami beberapa siri gangguan bekalan air belum lagi melalui
keperitan tiada bekalan air seperti yang ditanggung petani di India dan ada yang dilaporkan
bertindak membunuh diri sejak 1986 kerana tanaman serta ladang yang gagal diusahakan di
samping menanggung beban hutang. Di Cape Town, Afrika Selatan pula, krisis air yang
melanda bandar itu bermula 2015 memaksa kerajaan tempatan mengisytiharkan day zero
buat pertama kali pada 2017. Istilah day zero merujuk kepada kawalan bekalan air tahap
tujuh iaitu bekalan air ke rumah ditutup dan setiap individu hanya boleh mendapat bekalan
air sebanyak 25 liter sehari yang disediakan oleh kerajaan tempatan. Inilah ‘harga’ yang
terpaksa dibayar akibat kita berseteru dengan alam!

Kesejahteraan generasi masa hadapan

Masa depan alam sekitar, kualiti kehidupan sejagat dan kesejahteraan generasi masa
hadapan berada di tangan kita. Kita boleh membina masa depan yang lebih baik dan lebih
lestari dengan mengamalkan kehidupan sederhana yang memberi penekanan terhadap
memenuhi “keperluan” asas utama setiap manusia seperti tempat penginapan dan
makanan berbanding memenuhi “kehendak” yang tidak perlu seperti kereta mewah dan
gaya hidup berprestij! Justeru, Hari Alam Sekitar tidak seharusnya disambut begitu sahaja
tanpa wujudnya elemen untuk ‘menerap, mengajak dan mendidik’ masyarakat seluruhnya
secara berterusan untuk terus memelihara dan memulihara alam sekitar sejagat. Sudah tiba
masanya masyarakat Malaysia mengamalkan gaya kehidupan yang “mesra alam” secara

26
meluas dalam kehidupan seharian mereka di samping turut terlibat sama secara aktif dalam
usaha memelihara dan memulihara alam sekitar negara dan sejagat. Setiap anggota
masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-
masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Tidak ada makna
sambutan hari alam sekitar diraikan setiap tahun, namun kesihatan dan kesejahteraan alam
sekitar semakin merosot dan musnah akibat daripada tangan-tangan kita! "Hubungan
masyarakat dan alam sekitar sememangnya rapat, malah kedua-duanya saling memerlukan.
Namun, sekiranya alam sekitar musnah, maka yang rugi dan sengsara adalah masyarakat
keseluruhannya.” Justeru pelihara dan puliharalah alam sekitar kita demi kesejahteraan
manusia seluruhnya!

Sumber: Prof. Madya Dr Haliza Abdul Rahman merupakan Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial
Belia Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (BERNAMA)

Bahan Rujukan: Mutiara Kata

1. Alam semula jadi bersifat natural. Tidak ada kejahatan di dalam atom. Ia Cuma
wujud di jiwa manusia. (Adlai E. Stevenson)
2. Alam tidak pernah mencabuli undang-undangnya sendiri. (Leonardo da Vinci)
3. Anda akan lebih banyak belajar daripada hutan berbanding daripada buku.
(Persidangan Stockholm 1972)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Hati waja (tidak muda berputus asa)
2. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih (Jikalau ada kemahuan tentu ad acara
untuk melakukannya, jika tidak mahu pelbagai alasan diberikannya)
3. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang (sesuatu yang
dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Menimbulkan kegelisahan dan kegusaran
2. Menjadi iktibar kepada masyarakat
3. Menzahirkan pelbagai kepincangan
4. Mewujudkan rasa gerun
5. Pelanggaran undang-undang yang ketara
6. Alam semesta ciptaan Ilahi
7. Rebah sebelum waktunya
8. Segala-gala ini adalah realiti
9. Sudah jauh terpesong

27
10. Supaya mesej yang diterima jelas

BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan

28
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

MARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh
70 %

29
SOALAN 5
DOMAIN : PENDIDIKAN

Stoll dan Fink (1996) dalam bukunya ‘Changing our schools’ mendefinisikan kepemimpinan
berkesan itu adalah penentu dalam menggerakkan perubahan yang positif di sekolah atau dalam
sistem persekolahan.

Kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah penting untuk menggerakkan sesuatu
organisasi atau kumpulan bagi mencapai objektif dan matlamat mewujudkan sekolah yang berjaya.
Sumber: Berita Harian, 14 Mac 2021

Petikan kajian di atas menyatakan bahawa seseorang pengurus sekolah mestilah


berwibawa, kreatif, inovatif dan cekap dalam menguruskan perubahan kepada sesebuah
sekolah yang dipimpinnya. Sebagai peserta pertandinga pidato peringkat negeri, anda ingin
menyampaikan pidato yang bertajuk “Ciri-ciri Pemimpin Sekolah Abad ke-21”.

Sediakan teks pidato anda selengkapnya.

Tuliskan pidato anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga
500 patah perkataan.

Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Pemimpin sekolah Abad ke-21


- Cekap menguruskan sekolah
- Ciri-cirinya:
- Kejujuran dan integriti
- Keupyaan memperkasa
- Komunikasi dan kolaboratif
- Kreatif dan inovatif
- Komitmen, kecekalan, yakin dan positif

Merangka Karangan:

30
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

31
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

CIRI-CIRI PEMIMPIN SEKOLAH ABAD KE-21

Sekolah yang bagus dipacu oleh guru, Pengetua dan Ketua Sekolah yang sangat berminat
untuk membawa perubahan kepada kehidupan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Namun, cabaran kemajuan global dan teknologi Abad ke-21 telah memberikan tekanan
kepada pemimpin sekolah dan guru berbanding sebelum ini.
Bagaimanakah anda boleh menjadi Pemimpin Sekolah yang berjaya atau/dan
menggalakkan kepimpinan sekolah antarabangsa? Berikut adalah ciri-ciri yang saya percaya
anda perlukan untuk membangunkan usaha pada Abad Ke-21.

Kejujuran dan Integriti


Sebagai seorang pemimpin, anda perlu mengenali diri dan nilai diri anda. Wujudkan
sekolah yang selaras dengan nilai anda kemudian, tunjukkan contoh nilai anda dan nilai
sekolah anda kepada masyarakat anda. Buat komitmen peribadi untuk jujur dengan diri
anda dan pasukan anda sepanjang masa. Telus. Semai kejujuran dan integriti di sekolah
anda serta murid anda. Sekiranya anda membuat kesilapan, akuinya, bertanggungjawab
terhadap kesilapan tersebut, selesaikan dan belajar daripadanya. Sentiasa memegang kata-
kata dan janji anda.

Kemampuan untuk Memperkasa


Dengari suara guru dan murid anda. Pelajari bakat, minat dan kecenderungan mereka
kemudian agihkan sewajarnya. Perkasakan mereka untuk menggalas tanggungjawab bagi
tugasan dan projek. Bimbing mereka dan pastikan anda memuji pencapaian mereka.

Komunikasi, Kolaboratif dan Keterhubungan


Cari dan kongsi maklumat dan pengetahuan secara terbuka. Cari untuk difahami dan
memahami orang lain. Berhubung dengan dunia luar melalui blog dan media sosial serta
ikuti organisasi yang berkaitan dengan pendidikan antarabangsa. Berkolaborasi dengan
orang lain secara maya dan bersemuka bagi memastikan keputusan terbaik dibuat.
 

32
Positif
Sentiasa menggunakan pendekatan yang positif, proaktif dan prihatin. Luangkan masa untuk
bercakap dengan murid, guru dan ibu bapa. Kenali dan hargai mereka dengan membina
hubungan yang autentik. Pastikan anda menjaga kesihatatan, kesejahteraan dan tahap
tenaga anda.

Yakin
Yakin dan mudah didekati, meskipun hal ini merupakan prinsip pertama anda atau peranan
kepimpinan sekolah pertama anda dan mungkin anda berasa tertekan. Tonjolkan diri anda,
tanya soalan, hargai apa yang anda lihat dan berikan pujian terhadap amalan pengajaran
dan pembelajaran guru-guru yang efektif. Sebagai seorang pemimpin, anda akan
berhadapan dengan situasi yang sukar. Dalam situasi ini, sentiasa tenang dan yakin untuk
mengekalkan nilai moral dan keyakinan warga sekolah. Pastikan anda sentiasa fokus
terhadap matlamat strategik anda. Objektif utama adalah untuk memastikan semua orang
berkerja dan maju ke hadapan.

Komitmen dan Kecekalan


Menunjukkan komitmen yang tulen dan dedikasi adalah pendorong untuk guru dan murid
anda. Pastikan anda menghasilkan rancangan jangka pendek dan jangka panjang
berdasarkan visi strategik Abad Ke-21. 100% komited terhadap pencapan matlamat
penambahbaikan sekolah. Sesuaikan diri dengan situasi luar jangkaan yang berlaku
kemudian teruskan sehingga matlamat penting dicapai. Jangan berputus asa!
 

Kesediaan untuk Belajar, Tidak Belajar dan Belajar Semula


Jangan berhenti belajar! Peluang dan kemungkinan Abad Ke-21 adalah sangat
menyeronokkan dan memperkasakan anda serta warga sekolah anda. Bersikap terbuka dan
sesuaikan dengan growth mindset. Seth Godin menyatakan, “Sekiranya anda tidak
membuat perkara yang menakutkan anda, anda sebenarnya tidak belajar”. Hadiri bengkel
dan persidangan untuk belajar daripada pemimpin Abad Ke-21.
 

33
Keusahawanan, Kreatif dan Inovatif
Kemampuan untuk berfikir di luar kotak adalah kemampuan yang hebat. Kreativiti dan
inovasi adalah cara terbaik untuk menguruskan gangguan dan kompleksiti Abad Ke-21.
Memperkasakan murid dan guru untuk kaya dengan sumber, fleksibel, kreatif, untuk berfikir
seperti usahawan dan membina rakan kongsi di peringkat global serta sumber untuk berjaya
dalam dunia yang berubah. Bangunkan sekolah sebagai sebuah organisasi keusahawanan.
 

Intuitif
Belajar untuk mempercayai naluri anda. Kajian terbaru menunjukkan bahawa kita boleh
berjaya menyelesaikan masalah dengan mengikut naluri. Dengari naluri anda; ia lahir dari
kebijaksanaan dan suasana yang baik.

Kemampuan untuk memberi inspirasi


Berikan inspirasi! Dekati guru, murid dan ibu bapa dengan ucapan tentang kemungkinan
pendidikan abad ke-21, menekankan visi dan misi sekolah. Wujudkan semangat dan sikap
optimis untuk berkerjasama dalam menghasilkan hala tuju masa hadapan sekolah. Teruskan
fokus sepanjang tahun perkhidmatan anda.

Bahan Rujukan 2: Rencana

PENTADBIR sekolah adalah pemimpin yang bertanggungjawab mengatur strategi kejayaan


bagi sesebuah sekolah, dengan sokongan semua pihak termasuk guru, kakitangan sokongan,
pelajar, dan juga Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

Selain memainkan peranan penting sebagai pentadbir, pengurus dan juga pemimpin,
pengetua mahupun guru besar itu haruslah berjiwa besar dan bercita-cita tinggi.

Menjalinkan kerjasama erat dan saling menyokong di antara guru-guru pimpinannya bagi
memastikan objektif sebenar sekolah tercapai.

Disebabkan itulah seseorang pentadbir itu perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik
kepada kakitangan sokongan bawahannya.

Aspek lain yang digunakan sebagai tali ukur keberkesanan sesebuah sekolah itu ialah
kelakuan murid, kehadiran, sikap dan konsep kendiri (Mortimore et al., 1988; Teddlie dan
Stringfield, 1993).

34
Manakala Stoll dan Fink (1996) pula dalam bukunya ‘Changing our schools’ pula
mendefinisikan kepemimpinan berkesan itu adalah penentu dalam menggerakkan
perubahan yang positif di sekolah atau dalam sistem persekolahan.

Kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah penting untuk menggerakkan
sesuatu organisasi atau kumpulan bagi mencapai objektif dan matlamat mewujudkan
sekolah yang berjaya.

Pemimpin sekolah itu hendaklah memberikan perhatian kepada suasana tempat kerja yang
baik buat guru-gurunya, selain memainkan peranan besar dalam merangsang iklim
pembelajaran, menetapkan nada sekolah, tahap profesionalisme dan moral guru, serta
sentiasa perihatin terhadap masa depan pelajar.

Sementara itu, beberapa faktor lain turut digariskan, pemimpin sekolah yang berjaya itu
haruslah memberikan perhatian terhadap gaya kepimpinan, motivasi, kerjasama, dorongan
dan sokongan.

Ia sangat signifikan dengan kajian yang dilakukan oleh Sweeney (1982 - Research Synthesis
On Effective School Leadership,

Educational Leadership, Vol 39 (5), Feb 1982, m/s 346-352.), yang menjelaskan tentang
enam ciri kepimpinan pengetua atau guru besar cemerlang.

Enam ciri tersebut ialah, memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang
akademik, menyusun dan

menetapkan strategi pengajaran, menyedia dan mengekalkan suasana kondusif di sekolah,


kerap menilai pencapaian akademik pelajar, menyelaras program pengajaran dan
membantu serta memberi semangat kepada para guru.

Bagaimanapun, objektif untuk melahirkan seorang pemimpin yang cemerlang, berwibawa,


dihormati dan berkarisma akan gagal, sekiranya dalam diri seseorang itu ada tersimpan
sifat-sifat mazmumah yang merugikan.

Seorang pemimpin yang inginkan dirinya dihormati dan dipandang mulia di sisi ALLAH SWT,
haruslah berusaha membersihkan hati dan menyingkirkan sifat-sifat tercela yang ada dalam
diri.

Contoh pemimpin terbaik yang boleh diteladani adalah menerusi kepimpinan Rasulullah
SAW.

35
Al-Quran juga turut menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah teladan dalam
seluruh aspek kehidupan, termasuk dalam hal kepemimpinan.

Ia dijelaskan dalam surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya telah ada pada
(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat serta yang banyak mengingati ALLAH.

Nabi Muhammad SAW merupakan sosok pemimpin yang paling berpengaruh sepanjang
sejarah kehidupan umat manusia. Hal ini diakui oleh Michael Hart seorang penulis Barat
dalam bukunya “The 100, a Rangking of The Most Influential Persons in History”.

Nabi SAW memiliki sistem pengurusan yang tinggi dan baik dalam mengelola, mengatur,
dan menempatkan ahli pimpinannya dalam pelbagai posisi sesuai kemampuannya mereka,
sehingga berjaya membangunkan masyarakat madani yang cemerlang.

Maka, wujudkanlah daya saing yang baik dengan saling menyokong, adil, dan memberi
semangat antara satu sama lain, sehingga ia menjadi pemangkin kejayaan ke atas orang lain.
Justeru, bersyukurlah jika anda mempunyai barisan guru yang cemerlang, kreatif, rajin,
sentiasa berjiwa besar dan berusaha untuk memandaikan murid.

Guru itu bukanlah golongan yang dahagakan pujian, sebaliknya mereka perlukan kata-kata
rangsangan dan dokongan untuk meningkatkan profesionalisma dan produktiviti dalam
kerjaya.

Sumber:
* Sarina Mat Som ialah Wartawan GPS Bestari
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/91175/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Pemimpin-penentu-
kecemerlangan-sekolah

36
Bahan Rujukan: Mutiara Kata
1. Kepimpinan dan kesediaan untuk belajar sangat memerlukan antara satu dengan
yang lain. (John F Kennedy)
2. Seseorang yang hendak memimpin orang lain haruslah mahir memimpin dirinya
sendiri terlebih dahulu. (Philips Massinger)
3. Untuk menjadi pemimpin anda mestila mampu menyebabkan orang lain mahu
mengikut anda; tetapi tiada siapa akan mengikut anda jika mereka tidak tahu ke
mana anda menghala. (Joe Namath)

Bahan Rujukan: Peribahasa 

1. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi Lalang (merendah diri lebih
baik daripada bersikap sombong)
2. Cepat kaki, ringan tangan (Rajin dan cekap bekerja)
3. Kalau asal benih yanga baik, jatuh ke laut menjadi pulau (Orang yang berketurunan
baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah

1. Mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana


2. Mengangkasakan tamadun dunia Pendidikan
3. Menggalas tugas seharian
4. Menggunakan modus operandi yang serupa
5. Menggapai kecemerlangan
6. Merintis warisan paling agung
7. Objektif murninya
8. Memontun yang dicetuskannya
9. Mewujudkan rasa kekitaan
10. Pembangunan sahsiah murid

37
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

MARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh
70 %

38
SOALAN 6
DOMAIN : SUKAN DAN REKREASI

Berbasikal adalah aktiviti yang bukan sahaja murah, malahan selamat dan efektif untuk
menurunkan berat badan.  Bagi anda yang sering melakukan senaman di gim selepas waktu bekerja
atau pada waktu malam, anda boleh bertukar angin dan mencuba riadah berbasikal.  Sekurang-
kurangnya anda menunggang selama 150 minit seminggu.  Ia adalah aktiviti yang lebih baik
berbanding pengambilan pil diet yang mendatangkan keburukan daripada kebaikan semata-mata
mahu menguruskan badan.

Sumber: Internet

Petikan rencana di atas menerangkan tentang kebaikan aktiviti berbasikal untuk kesihatan
dan menurunkan berat badan.

Selaku pegawai di Pejabat Belia Daerah , anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang
bertajuk, “Manfaat Berbasikal Terhadap Kesihatan” kepada guru-guru dan pelajar di sebuah
sekolah di daerah anda

Tuliskan teks ceramah anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350
hingga 500 patah perkataan.

Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Kebaikan dan manfaat aktiviti berbasikal


- Untuk kesihatan dan menurunkan berat badan
- Merangsang kecerdasan otak
- Mengelakkan beberapa jenis penyakit
- Mengekalkan berat badan seimbang
- Meningkatkan jangka hayat
Mengurangkan tekanan

Merangka Karangan:

39
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

40
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

Manfaat Berbasikal Terhadap Kesihatan

Anda mungkin telah mengetahui bahawa berbasikal bagus untuk anda – apa jua senaman
lebih baik daripada langsung tidak bersenam, bukan? Tetapi, tahukah anda mengayuh
basikal memberikan manfaat kesihatan tambahan selain manfaat jasmani? Selain manfaat
menggunakan kayuhan anda untuk bersenam selama 50 minit setiap minggu seperti yang
disyorkan, terdapat banyak manfaat kesihatan lain terhadap tubuh anda dengan
meluangkan lebih banyak masa berbasikal. Berikut adalah tentang apa yang berlaku kepada
tubuh anda semasa anda berbasikal. 11 manfaat berbasikal terhadap kesihatan akan
membuatkan anda lebih gembira, sihat dan lebih banyak stoke untuk terus mengayuh.

Satu kajian yang dijalankan oleh Charles Hillman menunjukkan bahawa senaman
merangsang kecerdasan otak dan membantu mencegah penyakit Alzheimer dalam kalangan
warga emas. Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Pediatrics menunjukkan bahawa kanak-
kanak lebih banyak mendapat impak positif dengan berbasikal – dan senaman ini membantu
mengawal masalah gangguan defisit perhatian (ADD).

Satu kajian terbaharu mendapati bahawa kesihatan pesakit lutut dan osteoartritis
bertambah baik apabila berbasikal diperkenalkan dalam rutin mereka, membuktikan
bahawa apabila kita semakin tua, meluangkan masa dengan bersenam – meskipun hanya
beberapa minit sehari – memberikan manfaat yang besar.

Berbasikal juga baik untuk jantung anda -meskipun bukan hanya kerana anda gemar
berbasikal (satu sebab yang menarik!). Kajian terbaharu Medicine & Science in Sports &
Exercise yang mengambil masa selama lima tahun, terhadap 1,500 subjek. Mereka yang
kekal aktif setiap hari adalah 31 peratus kurang berisiko untuk menghidap penyakit darah
tinggi. Kajian lain oleh British Journal of Sports Medicine mendapati bahawa membuat
senaman berat boleh menurunkan tekanan darah tinggi sama seperti ubat preskripsi.
Jangan terus membuang ubat anda tetapi pertimbangkan aktiviti berbasikal dalam
rancangan senaman anda dengan kelulusan doktor.

Penurunan berat badan bukanlah satu perkara baharu yang memberi manfaat besar dalam
rutin berbasikal tetapi hal ini memerlukan konsistensi. Meskipun media sering kali
mempromosikan idea bahawa diet adalah satu-satunya cara untuk membuang lemak,
namun fakta sains membuktikan sebaliknya.

41
Kajian terbaharu menunjukkan bahawa, golongan wanita lebih tua yang menghidap diabetis
hanya dapat mengurangkan lemak viseral (lemak berbahaya yang meningkatkan risiko
masalah jantung seperti serangan jantung, strok dan diabetis tahap 2) sekiranya senaman
dan diet dimasukkan dalam rutin mereka. Selain itu, satu kajian yang diiterbitkan dalam
Journal of Hepatology mendapati bahawa senaman aerobik (seperti berbasikal) membantu
peserta yang mempunyai masalah obesiti dan berat badan berlebihan dapat mengurangkan
lemak viseral mereka.

Mengekalkan berat badan yang seimbang, bersenam dengan kerap dan diet yang konsisten
(seperti: sayuran hijau, protein lemak rendah dan bijirin yang sihat) membantu
mengurangkan risiko kanser. Satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of the American
Medical Association baru-baru ini terhadap hampir 14,000 orang lelaki dan menyimpulkan
bahawa, mereka yang mempunyai tahap kecergasan yang lebih tinggi di pertengahan usia
mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser paru-paru dan kolorektum.

Berdasarkan satu kajian pengayuh basikal Tour de France , berbasikal sebenarnya


meningkatkan jangka hayat pengayuh basikal. Secara purata, pengayuh basikal profesional
hidup sehingga 81.5 tahun berbanding populasi umum iaitu 73.5 tahun: kenaikan sebanyak
17 peratus!

Satu kajian lain mencadangkan bahawa, pengayuh basikal santai turut mendapat manfaat:
Bagi individu yang beralih menggunakan basikal daripada kereta, dianggarkan bahawa tiga
hingga 14 bulan jangka hayat mereka bertambah berbanding dengan orang biasa. Satu
kajian lain baru-baru ini menunjukkan bahawa, mengayuh basikal antara sepuluh hingga 60
minit sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 23 peratus.

Kajian tersebut mencadangkan bahawa anda memerlukan lebih kurang 20 jam seminggu
untuk melihat manfaatnya, bermaksud dengan hanya meluangkan masa selama tiga jam
dengan berbasikal pada kelajuan 10 hingga 12 mph setiap minggu membantu
mengurangkan risiko anda. Malahan, lebih banyak senaman lain turut membantu anda
memperolehi lebih banyak manfaat.

Umum mengetahui bahawa senaman boleh membantu mengurangkan tekanan, tetapi


kajian baru-baru ini oleh Lancet terhadap lebih sejuta peserta mengesahkan bahawa,
berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang mengurangkan tekanan. Pengayuh basikal
kurang 21.6 peratus untuk mengalami kesihatan mental yang teruk berbanding mereka yang
tidak berbasikal. Hal ini hanya berada di tempat kedua selepas sukan kumpulan (22.3
peratus) dan mendahului aktiviti aerobik dan gim lain. Dengan hanya menyertai kumpulan
pengayuh basikal akan membantu anda memperolehi manfaat sosial kesukanan dan
meningkatkan jumlah hari yang seronok dalam hidup anda.

42
Bahan Rujukan 2: Rencana

Berbasikal hobi sihat

Berbasikal adalah hobi yang sihat dan semakin popular dalam kalangan masyarakat.  Tidak
kira kanak-kanak, remaja atau golongan dewasa, aktiviti melibatkan basikal sering
digunakan untuk mendapatkan badan yang sihat dan cergas.

Ia juga sebagai cara terbaik untuk mengurangkan tahap tekanan bagi anda yang bekerja di
samping memperbaiki tahap kesihatan diri.

Setiap kali cuti hujung minggu, anda boleh melihat suasana berbasikal di taman-taman
rekreasi.  Anda juga boleh memanfaatkan laluan trek yang disediakan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).  Antaranya di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) yang
menyediakan trek 10, 20, 30 kilometer dan juga Bukit Cherakah, sebuah taman agrikultur
yang berkeluasan 1,295 hektar yang indah dan nyaman untuk ketenangan fikiran.

Selain itu anda juga boleh berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani Perdana,
Taman Kepong Metropolitan, Taman Saujana Hijau, Putrajaya, Taman Wetland, Putrajaya,
Laluan trek berbasikal Shah Alam dan Taman Cabaran Putrajaya.

Berbasikal adalah aktiviti yang bukan sahaja murah, malahan selamat dan efektif untuk
menurunkan berat badan.  Bagi anda yang sering melakukan senaman di gim selepas waktu
bekerja atau pada waktu malam, anda boleh bertukar angin dan mencuba riadah
berbasikal.  Sekurang-kurangnya anda menunggang selama 150 minit seminggu.  Ia adalah
aktiviti yang lebih baik berbanding pengambilan pil diet yang mendatangkan keburukan
daripada kebaikan semata-mata mahu menguruskan badan.

Semakin ramai yang menjadikan basikal sebagai gaya hidup baharu.  Ia juga turut digunakan
sebagai pengganti kepada kenderaan awam, motosikal atau kereta ke tempat kerja.  Selain
menjimatkan wang, anda juga boleh menjimatkan masa dari segi kesesakan lalu lintas.

Di Malaysia khususnya di negeri Melaka, kerajaan begitu menggalakkan penggunaan basikal.


Ia boleh membantu usaha membudaya amalan hijau bagi mengurangkan pelepasan karbon. 
Lorong untuk berbasikal turut disediakan kepada pengguna basikal.

Di negara paling maju, penggunaan basikal adalah amalan biasa seperti di New York,
Jerman, England dan Jepun.  Begitu juga dengan negara-negara membangun selain negara-
negara dunia ketiga.

Aktiviti berbasikal meningkat sewaktu pandemik

43
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan krisis COVID-19 telah menghentikan
perjalanan aktiviti dunia tetapi bukan aktiviti berbasikal.  Ia malahan semakin popular di
banyak bandar besar dunia.

Data Institute for Transportation & Development Policy (ITDP) mendapati jumlah mereka


yang melalui lalu lintas di Jakarta dengan berbasikal meningkat hingga 1,000% sewaktu
pandemik.  Selepas tamat perintah kawalan sosial, pada Jun lalu, ia meningkat sekitar
52,000 berbasikal melintasi 32 lokasi bebas kenderaan bermotor Jakarta.
Begitu juga trend di peringkat global.  Jumlah golongan berbasikal di kota Edinburgh,
Scotland menurut data dari Cycling Scotland mendapati meningkat 252% selama hari kerja
pada April lalu. Jumlahnya naik hampir dua kali ganda menjadi 454 peratus pada cuti hujung
minggu.

Seorang individu seberat 100 kilogram atau 220 paun yang mengayuh basikal ke tempat
kerja setiap hari akan membakar hingga 1,050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanan. 
Maknanya individu yang berbasikal mampu membakar sejumlah 5,250 kcal pada tubuhnya
dalam masa lima hari bekerja tanpa perlu mengamalkan diet berbahaya.

Kajian mendapati berbasikal boleh menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutama di


bahagian bahu dan pinggul.  Ia sekali gus dapat menghasilkan postur tubuh yang menarik
sepertimana yang diidamkan semua.

Justeru, marilah kita amalkan gaya hidup sihat kerana ia amat digalakkan oleh Islam.
Sesungguhnya kehidupan sihat adalah amanah dalam hubungan manusia dengan Allah SWT.

Sumber: Buletin SalamWebToday

Bahan Rujukan: Mutiara Kata


1. Kesihatan ada sempadannya; penyakit adalah jiran yang paling dekat. (Aeschylus)
2. Sembilan daripada sepulu penyakit kita bole dirawat dengan fikiran yang betul dan
cara hidup yang betul. (Henry Miller)
3. Kesihatan adalah kunci mutlak kegembiraan. (James Thomson)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Tepuk dada tanya selera (Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan hendaklahh
difikirkan dengan sebaik-baiknya)
2. Ala bisa tegal biasa (kerja yang sukar jika selalu dilakukan akan menjadi mudah)

44
3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan (Jika seseorang memmpunyai cita-cita, dia
akan berusaha dengan bersungguh-sungguh)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Membina kehidupan sempurna
2. Mewmbuat lonjakan berganda
3. Kepayahan itu bukan penghalang kejayaan
4. Berdasarkan standard
5. Batas waktu yang sempit
6. Acuan generasi baru
7. Aktiviti waktu senggang
8. Aktiviti yang beroriantasikan kesihatan
9. Beberapa strategi mungkin boleh dirangka
Langkah efektif

45
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

MARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh

46
70 %

47
SOALAN 7
DOMAIN : KESELAMATAN

Mykad berfungsi sebagai Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) yang memuatkan Sijil Digital dan
Kekunci Persendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan
secara elektronik seperti untuk tujuan:
 Pengesahan – orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda
 Pembuktian – tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
 Sulit – Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
 Integriti – tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

Ringkasan maklumat di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu menjaga kad
pengenalan mereka. Pada pendapat anda, apakah fungsi kad pengenalan (Mykad) kepada rakyat di
negara ini.
Tuliskan pendapat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga
500 patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apa itu Mykad?


- Faedah kepada pemiliknya
- Keselamatan nasional
- Melindungi identit
- Pekerjaan tidak sah
- Pilihanraya
- Dokumen terangkum

 Merangka Karangan:

48
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

49
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

 Kelebihan Kad Pengenalan Nasional

Kad pengenalan semakin menjadi kebiasaan di seluruh dunia. Banyak negara


melaksanakannya dengan dakwaan bahawa kad pengenalan ini akan membantu
meningkatkan keselamatan nasional dan antarabangsa. Kad ini juga penting dalam
memerangi kecurian identiti. Untuk memastikan kad ini 100 peratus tepat, kebanyakan
kad ini memasukkan biometrik, yang merupakan ciri fizikal yang mengenal pasti individu
dan menjadikan kad ini semakin sukar untuk dipalsukan.

 Kaitan Maklumat

Kad pengenalan membantu mengaitkan banyak maklumat dengan orang tertentu. Sebagai
contoh, kad pengenalan mungkin membawa maklumat seperti risiko kesihatan yang
dimiliki oleh seseorang individu, menurut University of Miami. Kad ini dapat diimbas dan
dicari di pangkalan data nasional apabila individu tersebut mengalami kecemasan
perubatan dan tiba-tiba terpaksa pergi ke hospital. Sekiranya pesakit sukar dikenali,
seperti ketika pesakit cedera parah atau tidak sedarkan diri, satu-satunya cara pesakit
dapat dikenali adalah melalui kad tersebut.

 Keselamatan Nasional

Kad pengenalan nasional dilaksanakan atas alasan keselamatan negara. Pegawai


pemerintah boleh menghalang individu yang tidak seharusnya berada di kawasan
tertentu, seperti individu yang dianggap sebagai ancaman keselamatan negara, daripada
melakukan tindakan tertentu seperti menaiki penerbangan. Kad pengenalan juga
membantu penguatkuasa undang-undang mengenal pasti individu yang disyaki melakukan
jenayah, menurut University of Miami. Kad pengenalan dapat membantu individu yang
memiliki kad tersebut dalam situasi penguatkuasaan undang-undang, memandangkan
individu ini dapat menunjukkan kad pengenalan mereka untuk membuktikan identiti diri
mereka.

 Kecurian Identiti

Kad pengenalan membantu memerangi kecurian identiti. Sekiranya sesebuah negara


mempunyai piawaian universal untuk kad pengenalan dan dapat mencegah pemalsuan
kad-kad ini, pencurian identiti menjadi lebih sukar kerana pemilik kad pengenalan dapat
membuktikan identitinya. Banyak perniagaan menghendaki pelanggan menunjukkan kad

50
pengenalan mereka ketika menggunakan kad debit atau kad kredit. Dengan kad
pengenalan yang dikeluarkan oleh negeri, beberapa negeri mungkin tidak menggunakan
langkah yang paling selamat untuk pemalsuan kad.

 Pekerjaan Tidak Sah

Kad pengenalan nasional kemungkinan akan digunakan untuk memerangi pekerjaan


haram. Pendatang tanpa izin tidak dibenarkan bekerja di banyak negara. Kad pengenalan
nasional yang asli akan membantu majikan mengenal pasti sama ada pemohon pekerjaan
sebenarnya adalah warga negara tersebut.

 Pilihanraya

Sebilangan rakyat mungkin cuba mengundi lebih daripada sekali dalam pilihan raya. Sering
kali, mereka tampil dengan watak fiksyen supaya calon mereka dapat memperoleh undian
tambahan. Kad pengenalan nasional menghalang identiti palsu, menurut Oxford Journals.

Bahan Rujukan 2: Rencana

 Fungsi Dan Kegunaan Mykad

Mykad merupakan ciptaan inovasi negara bagi meningkatkan kualiti dan gaya hidup melalui
kecanggihan teknologi Kad Pintar Kerajaan.
MyKad merangkumi aplikasi utama 8+1 (dalam cip) dengan akses yang pantas dan selamat
dalam menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan,
pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.

Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem


operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad
menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang
digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.

 Pelbagai Fungsi Dan Kegunaan Mykad

51
1. MyKad sebagai Kad Pengenalan Diri. Ia menyimpan maklumat-maklumat seperti:

 Nama
 Alamat
 Bangsa
 Status kerakyatan
 Agama (bagi yang Gambar beragama Islam)
 Minutiae cap jari

2. Mykad sebagai dokumen sah lesen memandu. Semua data lesen memandu seperti tarikh
luput, jenis lesen dan kategori lesen boleh di semak melalui Mykad (perlu lakukan
pembaharuan lesen melalui Mykad)

3. Mykad sebagai Pasport Sah untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen
Malaysia sahaja dengan menggunakan laluan “Autogate”

4. Mykad berfungsi sebagai Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) yang memuatkan Sijil
Digital dan Kekunci Persendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat
transaksi dilakukan secara elektronik seperti:

 Pengesahan – orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda


 Pembuktian – tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
 Sulit – Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
 Integriti – tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat

5. Mykad sebagai Kad Transit (Touch ‘N Go)

6. MyKad sebagai Dokumen Kesihatan yang menyimpan maklumat asas kesihatan seperti


jenis darah, alahan, organ implan, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga
terdekat.

7. MyKad sebagai e-Tunai di mana urusniaga serta transaksi MEPS Cash yang membolehkan
anda membuat bayaran tanpa tunai untuk jumlah tidak melebihi RM2,000.

8. MyKad sebagai Kad ATM di pemegang MyKad boleh menjalankan urusniaga perbankan di
mana-mana terminal ATM yang mempunyai logo MyKad

52
9. MyKad boleh digunakan sebagai Frequent Travellers Card (FTC) bagi kemudahan
perjalanan keluar masuk ke sesebuah negara tertentu secara berulang-alik dengan
menggunakan MyKad sebagai dokumen perjalanan, namun passport masih perlu dibawa.

10. Mykad sebagai Aplikasi e-Pasartani@FAMA yang merupakan satu sistem bersepadu


menggunakan MyKad sebagai platfom menyimpan data ke dalam cip bagi merekod data dan
maklumat peserta pasar tani FAMA.

11. Mykad sebagai aplikasi Pendaftaran Nelayan bagi mendaftar maklumat para nelayan.
Aplikasi ini mengintegrasi Sistem Rangkaian Informasi Perikanan (SIRIP) dan Card Lifecycle
Management System (CLMS), Jabatan Pendaftaran Negara.

12. Mykad sebagai Aplikasi MyPesara yang bertujuan bagi mengesahkan identiti seorang
pesara Kerajaan Malaysia atau tangggungan pesara (pasangan dan anak) atau penerima
pencen.

13. Mykad sebagai Aplikasi Orang Yang Kompeten (OYK). Aplikasi ini bertujuan menjadi
pelengkap bagi sijil OYK berasaskan kertas kepada aplikasi rekod elektronik mudah-alih.

14. Mykad sebagai Kad Ganjaran dan Diskaun melalui Program Jom Aktifkan Mykad oleh
MykadSmartShopper.

16. Mykad sebagai Dokumen Rasmi untuk program MyKasih

 Tahap Keselamatan Mykad


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari masa ke semasa telah menjalankan kajian
keselamatan dengan bantuan syarikat perunding keselamatan. Kajian terakhir telah dibuat
pada April 2010. MyKad atau sistem atau peralatan berkaitan telah disahkan pada tahap
keselamatan yang memuaskan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) dan
Multimedia Development Corporation (MDeC) sedang menyediakan proses pensijilan alat
pembaca kad yang bermula pada 30 April 2012. Jangan lupa… perbaharui Mykad anda!

53
Bahan Rujukan: Mutiara Kata

1. Nilai sesebuah negara, dalam tempoh jangka panjangnya, adalah nilai peribadi
orang-orang yang membentuknya. (John Stuart Mill)
2. Selagi kita tidak mampu menganggap diri kita seperti sebuah negara, jangan
haraplah kita akan dihormati. (Albert Einstein)
3. Peluang melahirkan pencuri (Francis Bacon)

Bahan Rujukan: Peribahasa

1. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis (selalu berwaspada dan berhati-hati)
2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (kita hendaklah berfikir
dahulu sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyesal pada kemudian hari)
3. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya (orang pendiam jangan disangka
bodoh atau penakut)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah

1. Menjadi iktibar kepada masyarakat


2. Meningkatkan integriti
3. Mengurangkan jenayah secara drastik
4. Masih alpa dan memandang ringan
5. Ledakan maklumat
6. Selaras dengan agenda negara
7. Sejarah mungkin berulang
8. Sesuatu yang drastik
9. Tonggak pembinaan dan pembangunan negara
10. Undang-undang kehidupan manusia

54
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

MARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh

55
70 %

56
SOALAN 8
DOMAIN : PENDIDIKAN

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam siaran akhbar bertarikh
12 Januari lalu menyentuh kesan penutupan sekolah kepada kemenjadian murid.

Kemahiran membaca, menulis, dan mengira akan terkesan; kesihatan dan kesejahteraan mereka
akan terganggu dan akses kepada pendidikan sangat bergantung kepada keberadaan dan prestasi
capaian internet di seluruh negara. Bilangan murid yang tidak bersekolah (out-of-school) juga akan
meningkat sebanyak 24 juta di seluruh dunia.

Sumber: Berita Harian, 21 Januari 2021


Pernyataan di atas tentu ada kebenarannya. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam
menyokong pembelajaran anak-anak mereka khasnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran
hanya berlaku di rumah agar mereka tidak ketinggalam dalam semua aspek kehidupan.

Tuliskan pendapat anda untuk dikongsi dengan pembaca di dalam ruangan “Minda Pembaca”
sebuah akhbar tempatan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apa itu Mykad?


- Faedah kepada pemiliknya
- Keselamatan nasional
- Melindungi identit
- Pekerjaan tidak sah
- Pilihanraya
- Dokumen terangkum

 Merangka Karangan:

57
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

58
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

Menyokong pembelajaran anak di rumah


 Tunjukkan sikap positif mengenai pendidikan kepada anak-anak anda.
Apa yang kita katakan dan lakukan dalam kehidupan seharian dapat menolong mereka
mengembangkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran serta membina
keyakinan diri mereka sebagai pelajar. Menunjukkan kepada anak-anak kita bahawa kita
sama-sama menghargai pendidikan dan menggunakannya dalam kehidupan seharian akan
memberikan mereka model yang hebat dan banyak menyumbang kepada kejayaan mereka
di sekolah. Di samping itu, dengan menunjukkan minat terhadap pendidikan anak-anak
mereka, ibu bapa dan keluarga dapat memupuk semangat dalam diri mereka dan
memimpin mereka ke pemahaman yang sangat penting - bahawa pembelajaran adalah
menyeronokkan dan bermanfaat serta berbaloi dengan usaha yang diperlukan.

 Galakkan anak anda membaca.

Membantu anak anda menjadi pembaca adalah perkara terpenting yang boleh anda lakukan
untuk menolong mereka berjaya di sekolah dan juga dalam kehidupan. Kepentingan
membaca tidak dapat disangkal. Membaca membantu kanak-kanak dalam semua mata
pelajaran sekolah. Lebih penting lagi, ia adalah kunci untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Ketahui lebih lanjut dalam petua dan aktiviti membaca yang menyeronokkan dan cara
membaca yang berkesan dan menyeronokkan dengan kanak-kanak.

 Bercakap dengan anak anda.

Bercakap dan mendengar memainkan peranan utama dalam kejayaan persekolahan anak-
anak. Melalui mendengar, ibu bapa dan ahli keluarga berbual dan melalui tindak balas
terhadap perbualan tersebut, anak-anak kecil mula menggunakan kemahiran berbahasa
yang mereka perlukan sekiranya mereka berjaya. Contohnya, kanak-kanak yang tidak
banyak mendengar perbincangan dan tidak digalakkan bercakap sering menghadapi
masalah belajar membaca, yang boleh menyebabkan masalah sekolah yang lain. Selain itu,
kanak-kanak yang belum belajar mendengar dengan teliti sering menghadapi masalah
mengikuti arahan dan memberi perhatian di kelas. Juga penting bagi anda untuk
menunjukkan kepada anak anda bahawa anda berminat dengan apa yang mereka katakan.
Talking With Your Child menawarkan beberapa idea hebat untuk menggunakan perbualan
bagi merangsang perkembangan bahasa.

 Galakkan anak anda menggunakan perpustakaan.

59
Perpustakaan adalah tempat pembelajaran dan penemuan untuk semua orang. Membantu
anak anda mengetahui tentang perpustakaan akan menjadikan mereka pelajar yang
berdikari. Ingatlah bahawa perpustakaan juga menawarkan tempat yang tenang untuk
pelajar menyelesaikan kerja rumah, dan sering dibuka pada waktu petang. Ketahui lebih
lanjut mengenai sumber untuk pelajar dalam Library Services for School-Aged Children.

 Galakkan anak anda untuk bertanggungjawab dan bekerja secara berdikari.

Memikul tanggungjawab dan bekerja secara berdikari adalah kualiti penting untuk kejayaan
sekolah. Anda boleh menolong anak anda mengembangkan kualiti ini dengan menetapkan
peraturan yang munasabah yang anda laksanakan secara konsisten. Jelaskan kepada anak
anda bahawa dia harus bertanggung jawab atas apa yang dia lakukan, baik di rumah dan di
sekolah, menunjukkan kepada anak anda cara membahagikan tugasan kepada beberapa
langkah kecil, dan pantau apa yang anak anda lakukan selepas sekolah, pada waktu petang
dan hujung minggu. Sekiranya anda tiada ketika anak anda pulang, beri mereka
tanggungjawab untuk memberitahu anda melalui telefon bagi membincangkan rancangan
mereka. Ketahui lebih lanjut dalam Encourage Responsibility, Independence, and Active
Learning.

 Galakkan pembelajaran aktif.

Kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang aktif dan juga pembelajaran yang tenang
seperti membaca serta membuat kerja rumah. Pembelajaran aktif melibatkan bertanya dan
menjawab soalan, menyelesaikan masalah dan meneroka minat. Pembelajaran aktif juga
dapat dilakukan ketika anak anda bermain sukan, menghabiskan masa dengan rakan,
bermain di sekolah, bermain alat muzik atau mengunjungi muzium dan kedai buku. Untuk
menggalakkan pembelajaran aktif, dengarkan idea anak anda dan beri respons. Biarkan
mereka bertanya soalan dan pendapat semasa anda membaca buku bersama. Apabila anda
mendorong cara ini di rumah, penyertaan dan minat anak anda ke sekolah akan meningkat.

Pada kebiasaannya, permulaan tahun adalah masa ibu bapa sibuk dengan persiapan anak ke
sekolah dengan membeli perkakasan alat tulis, baju dan kasut sekolah baharu bagi
menggantikan mana-mana yang sudah lusuh.

Tidak kurang juga ibu bapa yang mula menerangkan kepada si anak kecil mengenai
kepentingan bersekolah sebagai persiapan mental mengharungi tahun baharu
persekolahan. Guru pula bertungkus-lumus menyediakan prasarana dan alat bantu
mengajar serta rancangan pengajaran tahunan bersesuaian, bagi menyambut kedatangan
murid bagi tahun persekolahan baharu.

60
Namun, senario awal 2021 ternyata sangat berlainan. Tahun ini dimulai dengan perasaan
bercampur-baur — ketidakpastian, kerunsingan dan kebimbangan — dikongsi bukan sahaja
dalam kalangan ibu bapa, bahkan guru berdedikasi di seluruh negara.

Umum mengetahui, pendidikan ialah komponen pengalaman dan pengayaan terpenting


dalam menjamin kehidupan lebih baik pada masa hadapan untuk anak khususnya generasi
muda sekarang. Namun, komponen ini di ambang bencana, terancam oleh keadaan
sekarang yang kian mencengkam.

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama pengisytiharan darurat baru-


baru ini memperlihatkan komitmen serius kerajaan dalam menangani masalah penularan
COVID-19 yang kian meruncing di negara ini.

Berikutan pengumuman ini, sekolah diarah untuk ditutup, kecuali bagi calon peperiksaan
penting bagi 2020. Segala proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid lain, dijalankan
secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), sebagai alternatif pembelajaran
norma baharu.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan garis panduan PdPR sejak tahun lalu, yang
menggariskan tiga pendekatan, iaitu PdPR secara dalam talian bagi murid dan guru yang
boleh mendapat capaian internet; PdPR secara luar talian bagi murid dan guru di luar
kawasan liputan internet dan PdPR secara off-site yang dilakukan secara berpusat di pusat
komuniti atau mana-mana premis yang diisytihar sebagai pusat pemindahan.

Langkah kementerian dan kerajaan membataskan kehadiran murid ke sekolah mendapat


reaksi berbeza daripada masyarakat. Pelbagai keluhan ibu bapa mengenai pelaksanaan
PdPR muncul di segenap skrin media sosial.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan keikhlasan guru dalam melaksanakan


tanggungjawab mereka mendidik, pendekatan digunakan guru dan kualiti pengajaran
mereka. Naratif dengan nada sama juga dapat dilihat daripada kelompok guru.

Apa sahaja bentuk luahan itu, kedua-dua pihak sebenarnya mahukan perkara sama, iaitu
mendidik anak bangsa.

Keprihatinan kedua-dua belah pihak terhadap permasalahan arahan yang timbul kerana
kekangan terhasil daripada arahan kerajaan membataskan kehadiran murid ke sekolah
mempunyai asas.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam siaran akhbar


bertarikh 12 Januari lalu menyentuh kesan penutupan sekolah kepada kemenjadian murid.

61
Kemahiran membaca, menulis, dan mengira akan terkesan; kesihatan dan kesejahteraan
mereka akan terganggu dan akses kepada pendidikan sangat bergantung kepada
keberadaan dan prestasi capaian internet di seluruh negara. Bilangan murid yang tidak
bersekolah (out-of-school) juga akan meningkat sebanyak 24 juta di seluruh dunia.

Dalam perkara ini, guru dilihat sangat terkesan dengan perubahan demi perubahan yang
berlaku ketika era pandemik ini. Walaupun pihak kementerian mengeluarkan garis panduan
jelas, pelbagai elemen lain perlu diambil kira guru, apabila merancang sesuatu pelan
pengajaran pada masa ini.

Permasalahan seperti akses kepada internet dan peranti serta kualiti capaian internet
memainkan peranan penting dalam merancang sebuah rancangan pengajaran. Pada masa
sama, guru juga proaktif dalam mempelajari pelbagai jenis pelantar dan sistem serta aplikasi
web yang boleh membantu mereka bentuk proses pembelajaran supaya murid dapat
mencapai standard pembelajaran ditentukan.

Hakikatnya, mendidik bukan perkara mudah, lagi-lagi apabila perlu dilakukan dalam medium
perantara yang tidak menyokong banyak jenis interaksi.

Kebanyakan aplikasi tidak direka khusus untuk kegunaan dalam bidang pendidikan. Sebagai
contoh, Google Meet dan Zoom adalah medium direka khas untuk telesidang, tetapi ia
sering digunakan guru untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian.

Walaupun terdapat beberapa ciri boleh menyokong pembelajaran, ciri terbabit tidak akan
dapat mengimbuh pengalaman pembelajaran murid persis pembelajaran bersemuka.

Guru yang sebelum ini tidak bergantung kepada alat elektronik, kini terpaksa belajar cara
menggunakan pelbagai peranti dan pelantar, bagi menyediakan pelan pengajaran untuk
murid. Bagi yang memilih untuk menjalankan pengajaran secara luar talian, mereka pula
menghadapi masalah mereka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bersifat pembelajaran kendiri, yang membolehkan murid belajar dengan bimbingan
minimum daripada guru.

Ibu bapa juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan agenda
pendidikan negara ketika pandemik ini dapat berlangsung secara teratur dan sistematik.
Komitmen ibu bapa akan memastikan generasi muda kini tidak mengalami keciciran
akademik.

Seperti semua sedia maklum, persekolahan sebelum era pandemik memperlihatkan majoriti
masa murid adalah dalam pekarangan sekolah, tetapi keadaan sekarang menyebabkan
durasi berkenaan bertukar.

62
Murid sekarang meluangkan masa sepenuhnya di rumah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
ibu bapa untuk memastikan anak mereka bersedia dan bermotivasi untuk mengikuti PdPR.

Mengikut kajian UNICEF di Bulgaria, bancian mendapati ada risiko murid akan tidak
bermotivasi untuk belajar dan tidak akan mengikuti pembelajaran dalam talian. Hanya 20
peratus daripada ibu bapa dapat menyokong pembelajaran dalam talian, sedangkan lebih
50 peratus ibu bapa gagal berbuat demikian. Dalam kalangan 700,000 murid, 44 peratus
didapati menghadapi masalah kesihatan mental makin meruncing jika dibanding dengan
sebelum era pandemik.

Mampukah kita mengharungi pendidikan dalam talian di tengah-tengah kenaikan statistik


penularan COVID-19, sekali lagi?

Jawapannya boleh didapati pada setiap warga Malaysia. Jika kita saling memahami,
menghormati, bekerjasama dan bersungguh-sungguh bagi memastikan anak mendapat
pendidikan sewajarnya, serta membantu guru yang sedang bertungkus-lumus saban hari
dan waktu merancang dan menyediakan bahan pembelajaran kepada murid, nescaya
generasi muda akan mempunyai masa depan yang lebih cerah dengan usaha kita jayakan
ini. Malaysia Boleh!

Dr Mohd Hafiz Md Hanif

Pengarah Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Berita Harian, 21 Januari 2021

Bahan Rujukan: Mutiara Kata


1. Bergembiralah mereka yang digembirakan olehh anak-anaknya. (Euripides)
2. Jika anda boleh memberikan kepada anak anda hanya satu hadiah, pastikan hadiah
itu adalah didikan yang sempurna. (Bruce Barton)
3. Setiap kanak-kanak dilahirkan pintar. (R.Buckminster Fuller)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga (Seseorang yang berbuat
bakti dan jasa maka mereka akan dikenang walaupun setelah meninggal dunia)

63
2. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan (Jika seseorang mempunyai cita-cita, dia
akan berusaha dengan bersungguhh-sungguh)
3. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya (Mendidik seseorang wajar dilakukan
semenjak kecil)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Ketabahan dan kesabaran akan membuahkan nikmat yang tidak dapat dinilai
2. Sedikit tekanan boleh mendorong kita untuk memacu kejayaan
3. Zaman emas sudah berlalu
4. Yang berwibawa dan bermotivasi tinggi
5. Yang akan digalas Bersama
6. Ukuran kecemerlangan antara individu dengan individu
7. Untuk mengisi kekosongan
8. Usaha sama dan Kerjasama pintar
9. Tugas yang bolehh dilunaskan
10. Tiada faedahnya tuding menuding jari

BORANG SENARAI SEMAK

64
Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

MARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh
70 %

65
SOALAN 9
DOMAIN : EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed, dari Pusat Pengajian Perniagaan dan Ekonomi Universiti
Putra Malaysia, memuji langkah peniaga mendigitalkan operasi mereka dengan menyatakan
bahawa langkah itu bukan sahaja akan menghasilkan pendapatan berpotensi lebih tinggi tetapi
juga sejajar dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0 negara ini.

MyMerto 15 Januari 2021

Anda amat tertarik dengan pendapatn Prof Madya Dr Anuar Shah Bali bahawa perniagaan di dalam
talian akan mendatangkan keuntungan yang lumayan. Oleh itu, anda amat berminat untuk
memulakan perniagaan dalam talian. Bagi memulakan perniagaan itu, anda telah membuat
rujukan tentang cara terbaik dan berkesan untuk urusan perniagaan dalam talian.

Berpandukan rujukan tersebut, tuliskan dapatan anda yang bertaju.” Menarik Minat Pelanggan
untuk Mengunjungi Kedai dalam Talian.”

Tuliskan pendapat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga
500 patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apa itu perniagaan dalam talian


- Cara menarik pelanggan
- Kedai yang cantik
- Aktiviti media sosial
- Prihatin pelanggan
- promosi
mencari idola perniagaan dalam talian

 Merangka Karangan:

66
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

67
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

 Cara Terbaik Menarik Minat Pelanggan Untuk Kedai Dalam Talian Anda

Tidak kira sama ada anda sudah mempunyai kedai dalam talian atau anda baru memulakan
e-perniagaan anda – anda tidak akan berjaya sekiranya anda tidak dapat menarik minat
pelanggan ke e-perniagaan anda.
Pastinya hal ini sukar untuk dilaksanakan – menarik minat pengguna ke kedai dalam talian
mungkin sukar dan mengambil masa.
Untuk memudahkan proses ini, kami telah menyenaraikan lima cara paling efektif yang
boleh membantu anda untuk mendapatkan banyak trafik tanpa menggunakan bajet yang
besar.

 Kedai Yang Cantik

Pertama sekali yang sepatutnya anda lakukan adalah bertanya kepada diri anda sama ada
laman web itu menarik. Reka bentuk kedai dalam talian adalah penting kerana sekiranya ia
tidak menarik, pelanggan tidak akan berminat. Anda perlu sedar bahawa keputusan
pengguna untuk membeli selalunya dibuat dalam masa hanya tiga saat di laman web anda –
maka tanggapan pertama adalah penting. Sekiranya pelanggan anda tidak meminatinya,
mereka tidak akan membeli apa-apa dan tidak akan kembali ke laman web anda. Seperti
yang dikatakan oleh Patryk Pawlikowski,Ketua Pengarah Eksekutif platform Shoplo.com:
 
Laman web melambangkan perniagaan anda. Sebab itu, laman web anda perlulah menarik
dan profesional, terutamanya produk yang dijual memiliki ciri-ciri yang sangat estetik.
Sekiranya klien mencari sehelai baju yang cantik dan melawati sebuah laman web yang tidak
menarik, klien tersebut tidak akan membelinya. Pelanggan mempunyai beribu-ribu kedai
dalam talian untuk dipilih, mereka akan memilih kedai yang mempunyai reka bentuk yang
paling moden dan estetik. Alasannya adalah mudah: Kedai yang menarik dianggap lebih
dipercayai dan diyakini.

 
 Aktiviti Media Sosial

68
Media sosial merupakan salah satu saluran yang menyediakan promosi percuma. Sekiranya
anda membuat pengiklanan dalam jaringan, sudah tentu anda perlu membayarnya, namun
begitu media sosial adalah percuma dan juga akan memberikan banyak manfaat!
Kunci kejayaan dalam media sosial adalah dengan menyediakan kandungan yang hebat.
Anda perlu menjadi penarik dan menyerlah supaya orang lain mengikuti anda. Sekiranya
anda dapat melakukannya, anda akan mempunyai saluran pemasaran yang bagus tanpa
perbelanjaan kewangan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menarik minat pelanggan
menggunakan media sosial?
 membuat hantaran dengan kerap – sekurang-kurangnya setiap hari supaya
pelanggan anda tidak lupakan anda (tetapi bukan terlalu kerap – sekiranya anda
membuat hantaran dengan terlalu kerap, ia akan memberi kesan yang sebaliknya!)
 pelibatan pengguna: tanya soalan kepada mereka, balas komen mereka, cuba untuk
menarik minat mereka
 memilih saluran terbaik untuk perniagaan anda, tetapi sentiasa fokus terhadap
Facebook dan Pinterest kerana saluran ini menarik lebih banyak trafik ke kedai
dalam talian (FB: 55%; Pinterest: 25%)
 penggunaan grafik – hantaran dengan imej biasanya mendapat lebih daripada 50%
pelibatan berbanding imej lain

 Prihatin Pelanggan:

Cara lain yang akan membantu anda menarik minat pengguna adalah keprihatinan
pelanggan yang sangat baik. Sentiasa ingat: tiada promosi yang paling baik daripada
pelanggan yang berpuas hati. Jadikan pengalaman membeli belah di kedai anda sebagai
sesuatu yang tidak boleh dilupakan – tetapi hanya dengan cara yang positif. Kajian Forrester
menyatakan bahawa 45% penguna US tidak akan meneruskan transaksi dalam talian
sekiranya soalan atau kemusykilan mereka tidak diselesaikan dengan cepat. Bermakna,
sekiranya anda ingin menarik perhatian pelanggan, anda perlu membalas semua komen dan
inkuiri mereka dan sepantas yang boleh kerana respons yang cepat merupakan kunci
kejayaan dalam hal ini.
Jadi, ingat!
Jangan mengambil mudah tentang keprihatinan pelanggan. Satu kajian yang dijalankan oleh
McKinsey mendedahkan bahawa 70% pengalaman membeli-belah adalah berdasarkan
tentang perasaan pelanggan tentang layanan anda. Hasilnya, bukan produk atau iklan yang
penting – yang paling penting adalah khidmat pelanggan. Dan tugas anda tidak mudah –
manusia cenderung untuk berkongsi dua perkara yang negatif berbanding dengan perkara
yang positif.
Malahan, ada yang mengatakan bahawa kita memerlukan 12 pengalaman positif pelanggan
untuk menutup satu pengalaman negatif mereka. Oleh itu, pastikan semua klien anda
berpuas hati dengan perkhidmatan yang anda berikan.

69
Bersopan, membantu dan cekap, maka anda akan melihat pelanggan anda akan datang.
Percayalah, anda akan terkejut dengan kuasa pemasaran dari mulut ke-mulut.

 Promosi

Kita semua menggemari promosi dan diskaun. Kebiasaannya, bukan penjimatan RM5 ini
yang membuatkan kita gembira. Tetapi mekanisme psikologi yang bertanggungjawab
terhadap perasaan ini. Diyakini bahawa perkataan “percuma” akan membuatkan kita teruja,
yang merangsang emosi positif. Bagaimanakah anda menggunakan perkataan ini untuk
kedai dalam talian anda bagi menarik pelanggan?
Salah satu cara adalah dengan memberikan kos penghantaran percuma.
Seperti yang dikatakan oleh Patryk Pawlikowski dari Shoplo.com:
 Kebanyakan kedai kami menyediakan penghantaran percuma kepada klien dan ia berhasil.
Jumlah pembelian di kedai mereka meningkat dengan ketara. Beberapa kedai menawarkan
penghantaran percuma untuk harga tertentu – contohnya mereka yang membelanjakan
lebih daripada RM50. Cara ini adalah cara yang terbaik untuk menarik klien membeli lebih
banyak produk daripada yang mereka rancang untuk beli, hanya dengan tidak membayar
kos penghantaran. Bukan sahaja anda telah memberikan penghargaan istimewa kepada
pelanggan anda, tetapi anda juga dapat menjana lebih banyak jualan.
 
Cara lain adalah dengan memberikan kupon diskaun. Anda boleh memberikannya kepada
klien baharu untuk menggalakan mereka membuat pembelian pertama mereka.
Dicadangkan juga untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang setia dengan
tawaran istimewa, contohnya “Beli 2, percuma 1” atau “diskaun 20% untuk barangan
kedua”. Semua perkara ini akan membuatkan klien anda berasa gembira dan mendorong
mereka untuk membeli-belah di kedai anda.
Pemasaran E-mel
Akhir sekali, pemasaran e-mel. Kedua-duanya adalah murah dan penyelesaian yang efektif
untuk menarik pelanggan. Epsilon Branding Survey telah menunjukkan bahawa 54% orang
mempunyai sikap yang positif kepada syarikat yang menghantar e-mel kepada mereka.
Tambahan pula, 71% respondan menyatakan bahawa, semasa mereka membeli-belah,
mereka sentiasa mengingati e-mel yang dihantar oleh syarikat tersebut kepada mereka.
Keputusan ini menunjukkan kepentingan pemasaran e-mel.
Tetapi, apakah yang anda boleh lakukan?
Beberapa idea yang paling umum adalah:
 menghantar e-mel tentang produk baharu
 menghantar e-mel tentang diskaun dan promosi
 menghantar e-mel selepas pembelian dengan produk yang sama atau yang
dicadangkan, supaya pembeli teruja untuk membelinya sekali lagi
 menghantar e-mel kepada klien yang tidak lagi aktif di kedai anda berserta kupon
diskaun supaya mereka melawati semula laman web anda

70
 menghantar tips atau penggayaan yang berkaitan dengan produk anda – cara ini
akan memberi inspirasi kepada orang lain dan membuatkan mereka melawati kedai
anda

Seperti yang anda lihat, anda tidak memerlukan berjuta-juta untuk menarik pelanggan ke
kedai dalam talian anda. Perkara paling penting adalah untuk menjadi kreatif dan tahu
saluran untuk digunakan. Kini anda telah memperolehi pengetahuan, teruskan dan mula
mempromosikan kedai anda!

Bahan Rujukan 2: Petikan Akhbar

Kuala Lumpur: Meskipun ia bukanlah rahsia lagi bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) terkesan akibat pandemik Covid-19 dan disusuli Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
sejak Mac lepas, namun banyak PKS berjaya bertahan dengan mengendalikan perniagaan
mereka dalam talian.

Malahan dalam tempoh sebulan selepas PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac tahun lepas,
aktiviti perniagaan dalam talian meningkat 28.9 peratus, demikian menurut laporan berita.

Banyak PKS termasuk restoran, kedai runcit, pasar raya dan peniaga menawarkan pelbagai
jenis barangan dan perkhidmatan kepada pengguna, yang boleh diperoleh menerusi dalam
talian yang membolehkan mereka akses kepada pasaran yang lebih besar dan luas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PKS Malaysia, Rizal Nainy berkata, penyertaan e-
dagang dalam kalangan PKS meningkat sebanyak tiga peratus antara Mac dan Oktober 2020
berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Manakala antara 1 Mac hingga 31 Okt tahun lalu, sebanyak 373,213 entiti mendaftarkan
perniagaan mereka di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi kategori dalam talian.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengendali Restoran Muslim Malaysia, Datuk Jawahar Ali
memberitahu Bernama, lebih 2,500 restoran - atau 65 peratus daripada jumlah 4,250 ahli
seluruh negara - kini turut menjalani perniagaan dalam talian, dan menambah kata
pandemik Covid-19 sebagai 'dorongan' bagi mereka untuk membawa perniagaan mereka ke
platform digital.

 MEREKAYASA SEMULA PERNIAGAAN

Rizal menggesa pengusaha dan peniaga untuk maju dan serius mempertimbangkan bagi
menyesuaikan teknologi maklumat dan komunikasi kerana ia memainkan peranan penting

71
dalam mendorong pertumbuhan sektor PKS tidak hanya dari segi meningkatkan produktiviti
dan kecekapan tetapi juga dalam memperluas jangkauan pasaran mereka.

Bagi menyesuaikan diri dengan ekonomi digital secara keseluruhan, PKS perlu merekayasa
semula model perniagaan mereka untuk memastikan mereka mempunyai strategi, proses
dan infrastruktur perniagaan yang betul untuk menyokong transformasi digital, katanya.

"Ini menjadi semakin penting sekarang ini memandangkan pandemik yang masih dialami
mempengaruhi banyak perniagaan, terutama mereka yang belum menyesuaikan digitalisasi
dan belum menceburkan diri dalam e-dagang," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed, dari Pusat Pengajian Perniagaan
dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, memuji langkah peniaga mendigitalkan operasi
mereka dengan menyatakan bahawa langkah itu bukan sahaja akan menghasilkan
pendapatan berpotensi lebih tinggi tetapi juga sejajar dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0
negara ini.

Memetik penjualan satu hari yang luar biasa oleh pemain e-dagang Ali Baba dan JD.com
pada 11.11.2020 (festival membeli-belah global), beliau berkata, jumlah penjualan
gabungan mereka lebih tinggi daripada peruntukan Belanjawan 2021 Malaysia iaitu
RM322.5 bilion.

Untuk rekod, Ali Baba mencatatkan jualan bernilai RM230.89 bilion dan JD.com RM165
bilion pada 11.11.2020, yang meningkat sehingga RM395.89 bilion.

Oleh itu, pengusaha melaksanakan langkah tepat dalam memindahkan operasi mereka ke
ekosistem digital untuk memanfaatkan pasaran dalam talian yang menguntungkan, katanya.

 RAHMAT DI SEBALIKNYA

Anuar Shah Bali juga berkata, peralihan progresif e-dagang boleh memberi kesan besar
kepada pembangunan ekonomi negara dan memungkinkannya untuk menghadapi cabaran
ekonomi global.

"Jika lebih banyak PKS beralih kepada perniagaan dalam talian, mereka akan boleh
meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pada 2019, PKS
menyumbang 38.9 peratus KDNK dan 66 peratus pekerjaan dalam negara," katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan perniagaan dalam talian tahun ini dijangka meningkatkan
pertumbuhan KDNK, yang akan memastikan ekonomi Malaysia berada di landasan yang
betul untuk berkembang sebanyak 6.5 peratus hingga 7.5 peratus seperti yang disasarkan di
bawah Belanjawan 2021.

72
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang, Kamarul
Nizam Razak, menyifatkan wabak Covid-19 sebagai satu rahmat di sebaliknya dan berkata ia
telah memaksa peniaga untuk lebih berdaya tahan, berani dan kreatif dalam menyesuaikan
diri dengan suasana perniagaan semasa.

"Ramai peniaga menjalankan perniagaan menerusi dalam talian bagi meningkatkan hasil
jualan masing-masing dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan. Walaupun platform
digital telah memberi aliran pendapatan kepada peniaga, ia juga membantu syarikat
perkapalan dan penghantaran untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang
kehilangan pekerjaan," katanya.

Kamarul Nizam berkata, beliau sendiri terpaksa melakukannya dalam talian pada tahun
lepas selepas PKP dikuatkuasakan dan pada mulanya beliau mendapati ia agak sukar untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

"Cuba bayangkan, selama 20 tahun saya mengendalikan gerai menjual produk minuman di
pasar malam di Shah Alam. Kemudian, tiba-tiba saya terpaksa menukar arah dan beralih
menggunakan platform dalam talian seperti Facebook dan WhatsApp untuk mempromosi
produk saya.

"Meskipun margin keuntungan harian hanyalah kira-kira 20-30 peratus daripada yang saya
peroleh sebelum ini, tetapi masih sebagai peniaga kami perlu mengambil risiko yang kami
tidak pernah jangka sebelum ini," tambahnya lagi.

 STRATEGI PEMASARAN KREATIF

Seorang pensyarah Fakulti Pengkomputeran di Universiti Malaysia Pahang, Dr Rahmah


Mokhtar, pula menggesa peniaga agar melaksanakan strategi pemasaran kreatif untuk
menarik lebih ramai pelanggan kerana persaingan sengit dalam kalangan pemain e-dagang.

"Bagi perniagaan dalam talian, produk itu sendiri memerlukan visualisasi dan foto yang
boleh menarik pelanggan untuk ke laman web berkenaan. Contohnya, peniaga yang menjual
murtabak semasa bulan Ramadan perlu memuat naik gambar makanan yang lazat itu untuk
menarik pelanggan.

"Mengubah sudut foto produk anda juga suatu tindakan baik untuk menjadikan iklan itu
kelihatan lebih menarik. Jika anda tidak pandai dalam mengedit foto, anda boleh sahaja
mengupah orang yang mahir untuk melakukannya agar foto itu cantik dan memikat
pelanggan," katanya.

Beliau berkata, penggunaan hashtag atau # dalam laman media sosial juga penting untuk
membolehkan perniagaan seseorang menjangkau pelanggan yang disasarkan.

73
"Pengguna media sosial akan berhubung dengan perniagaan anda setiap kali mereka
menaip nama produk yang anda jual di kotak carian. Contohnya, jika anda menjual
murtabak, anda boleh menggunakan hashtags seperti #murtabak, #murtabakpekan atau
#murtabaksedap,"

My Metro: 15 Januari 2021

Bahan Rujukan: Mutiara Kata

1. Permulaan yang baik membawa hasil yang baik (Peribahasa Inggeris)


2. Memanglah terdapat risiko dalam sesuatu pelan tindakan namun ia jauh lebih kecil
daripada keerugiana yang dialamiakibat berasa selesa tanpa sebarang tindakan
(John F Kennedy)
3. Tidak ada sesiapa yang tahu apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang
sehinggalah dia mencubanya (Publilius Syrus)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Pantang berundur sebelum berjuang (Tidak akan berundur sebelum mencuba
dengan sedaya upaya)
2. Ada akal (ad acara untuk menyelesaikan sesuatu masalah)
3. Ilmu itu pelita hati (Manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya
tenteram)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Meniliti scenario semasa
2. Menempatkan di puncak kejayaan
3. Menerajui perniagaan
4. Menerja ke seantero dunia
5. Menerobos landskap baharu global
6. Menedepani reality baharu dunia yang pantas berubah dan berkembang
7. Menanam peerasaan taasub
8. Memutuskan rantaian masalah
9. Memperkemas strategi
10. Mempunyai jaringan hubungan yang luas

BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada

74
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

75
SOALAN 10
DOMAIN : PELANCONGAN

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kehadiran pelancong antarabangsa seramai 4.252 juta bagi
separuh tahun pertama tahun ini, menurun 68.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, sebagai perbandingan, Malaysia menarik seramai
13.3 juta pelancong antarabangsa dari bulan Januari hingga Jun 2019.

Katanya, perbelanjaan pelancong bagi separuh pertama 2020 adalah sebanyak RM12.5 billion, iaitu
penurunan sebanyak 69.8 peratus berbanding RM41.6 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Sumber: Berita Harian, 8 September 2020

Berdasarkan petikan berita di atas, jelas menunjukkan bahawa industri pelancongan negara telah
mengalami kemerosotan yang begitu membimbangkan akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan dan syarikat-syarikat
pelancongan untuk menarik kembalik kedatangan pelancong selepas berakhirnya wabak Covid-19.

Tuliskan pendapat anda selengkapnya.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Mengapa industri pelancongan merosot?


- Kaedah inovatif menarik kehadiran pelancongan
semula
- Mempromosi pelancongan antarabangsa
- Pelancongan digital – kandungan yang menarik
- Jaringan rangkaian yang betul
- Kerjasama dengan negara-negara jiran

 Merangka Karangan:

76
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

77
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

 Mempromosikan Pelancongan Antarabangsa


Sekiranya anda akan mengembangkan pelancongan bagi destinasi anda, anda harus berfikir
besar. Terdapat banyak kemungkinan pelancong di kawasan berhampiran anda, jadi untuk
menambah jumlah pengunjung anda, anda harus tahu cara memasarkannya secara
global.Namun, itu adalah cabaran besar yang memerlukan rangkaian dan kepakaran yang
betul. Sekiranya anda ingin mempromosikan bandar, negeri, atau negara anda di peringkat
antarabangsa, ada baiknya anda mempunyai rakan yang tepat yang dapat membantu anda
menarik pelancong dari seluruh dunia.

 Pemasaran Pelancongan
Sekiranya anda telah lama bekerja di bidang pelancongan, anda akan mengetahui betapa
banyak perubahan landskap dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Itulah sebabnya anda
memerlukan wakil pemasaran yang dapat menavigasi perubahan ini dengan anda. CWW
(connectworldwide) menggabungkan pengetahuan dan pengalaman kami untuk membantu
anda menggunakan pemasaran pelancongan yang inovatif untuk menarik pelancong dari
seluruh dunia.

 Pelancongan Digital
Apabila orang merancang perjalanan, mereka beralih ke teknologi dan internet. Begitu juga,
ketika anda membina strategi pemasaran anda, inovasi digital mesti menjadi keutamaan jika
anda ingin menjadi berkesan dan menjangkau lebih jauh.

Di CWW, kami memahami cara menggunakan alat ini untuk menarik pelancong ke destinasi
anda. Sama ada melalui laman web yang responsif, cemerlang, pengiklanan dalam talian
yang strategik, atau aplikasi mudah alih yang berguna, kami dapat membantu anda
mempromosikan destinasi anda melalui laman web dan membawa dunia kepada anda.

 Kandungan yang menarik

78
Setiap destinasi mempunyai kisah untuk diceritakan. Itulah yang menarik minat pelancong
yang ingin menceritakan kisah mereka sendiri. Mereka mahu pergi ke suatu tempat yang
menarik yang dapat mereka sampaikan kepada rakan mereka. Itulah sebabnya sangat
penting bagi destinasi anda untuk mempunyai gambar yang tepat dan menceritakan kisah
yang betul.

Di RPP, kami bekerjasama dengan wartawan, blogger, dan influencer setiap hari untuk
bercerita dan membuat kandungan menarik dan bermanfaat mengenai destinasi kerjasama
kami. Dan kami bekerjasama dengan rakan kongsi destinasi kami untuk mencipta
pengalaman yang memberi inspirasi kepada kisah-kisah itu sehingga dapat diterjemahkan ke
dalam kandungan luar biasa yang dapat dikongsi yang menjangkau khalayak antarabangsa.
Dengan bantuan kami, kisah destinasi anda dapat menjangkau khalayak yang tepat dan
mendapat sambutan oleh pencerita yang berpengaruh.

 Jaringan Rangkaian yang Betul


Ia bukan tentang perkara yang anda tahu, tetapi siapa yang anda kenali. Bekerjasama
dengan entiti pelancongan yang lain memberikan destinasi anda jangkauan yang lebih luas
dan kemampuan yang lebih kuat. Apabila anda menggabungkan usaha pemasaran, anda
mendapat lebih banyak keuntungan dan lebih banyak pendedahan. Tetapi sukar untuk
mencari dan berhubung dengan rakan kongsi yang tepat yang akan membantu anda
melakukan perkara ini, terutamanya pada skala global.

Di sinilah hubungan seluruh dunia memainkan peranan. Kami telah membentuk rangkaian
perkongsian antarabangsa dalam industri pelancongan selama bertahun-tahun. Kami
mempunyai jaringan rangkaian untuk membantu anda membina perkongsian strategik anda
sendiri, dan kami melangkaui amalan pemilihan rakan kongsi tradisional untuk memadankan
anda dengan rakan kongsi yang berpotensi dari banyak industri yang berbeza untuk
mewujudkan kesan yang lebih besar dan kelestarian yang lebih lama.

 Benarkan Kami Menghubungkan Anda dengan Dunia


Di connectworldwide, misi kami adalah untuk menghubungkan pengguna antarabangsa
dengan syarikat berkaitan perjalanan di seluruh dunia untuk menyokong matlamat
perniagaan destinasi anda. Sama ada anda ingin meningkatkan pendapatan, membina
jenama anda, mengembangkan bahagian pasaran anda, atau semua perkara di atas dan
banyak lagi, CWW adalah peneraju penjualan global dan pemasaran antarabangsa yang
dapat membantu anda menyusun strategi dan mencapai objektif anda.

79
Dengan 20 pejabat global, kami telah menyediakan penyelesaian penjualan dan pemasaran
yang inovatif dan berkesan kepada mereka yang bekerja di industri pelancongan di seluruh
dunia sejak tahun 2002. Kami terkenal kerana bekerjasama dengan pelanggan dan rakan
industri untuk mencapai tujuan yang sama.

Begitu juga, kami dapat membantu anda memenuhi matlamat anda untuk meningkatkan
kunjungan melalui promosi antarabangsa sementara anda membantu pelancong memenuhi
matlamat mereka untuk melakukan perjalanan, melakukan pengembaraan, dan melihat
dunia.

Bahan Rujukan 2: Petikan Akhbar

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kehadiran pelancong antarabangsa seramai 4.252 juta bagi
separuh tahun pertama tahun ini, menurun 68.2 peratus berbanding tempoh sama pada
tahun lalu.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, sebagai perbandingan, Malaysia menarik
seramai 13.3 juta pelancong antarabangsa dari bulan Januari hingga Jun 2019.

Katanya, perbelanjaan pelancong bagi separuh pertama 2020 adalah sebanyak RM12.5
billion, iaitu penurunan sebanyak 69.8 peratus berbanding RM41.6 bilion bagi tempoh sama
tahun lalu.

"Perbelanjaan per kapita turut mencatat penurunan sebanyak 5.3 peratus dari RM3,121.60
pada tahun 2019 ke RM2,956.10 pada tahun ini.

"Sepuluh pasaran utama ke Malaysia adalah Singapura (1,541,820), Indonesia (702,082),


China (401,285), Thailand (348,133), India (153,873), Brunei (135,593), Korea Selatan
(118,594), Jepun (73,201), Australia (72,103) dan Filipina (64,311)," katanya.

Tambahnya, sektor pelancongan negara telah merekodkan perkembangan negatif bagi


setiap pasaran mengikut rantau iaitu pasaran jarak dekat atau ASEAN (-69.1 peratus),
pasaran jarak sederhana (-69.0 peratus) dan pasaran jarak jauh (-58.8 peratus).

"Ketibaan pelawat harian di Malaysia pula mencatatkan sejumlah 1,712,140 pelancong dari
bulan Januari hingga Jun 2020, iaitu penurunan sebanyak 64.2 peratus berbanding dengan
4,782,587 orang yang telah melawat Malaysia bagi tempoh sama pada tahun lalu.

80
"Penurunan yang ketara bagi jumlah ketibaan pelancong dan pelawat harian ini adalah
disebabkan oleh faktor penutupan pintu-pintu sempadan Malaysia berikutan penularan
pandemik COVID-19.

"Selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus COVID-19 sebagai


satu pandemik pada 11 Mac, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang melarang kemasukan pelancong antarabangsa sejak 18 Mac lalu,"
katanya.

Agensi pelancongan itu berkata, kesan pandemik kepada sektor pelancongan turut dilihat di
luar sempadan Malaysia, di mana negara-negara ASEAN lain juga merekodkan penurunan
mendadak dari segi pencapaian pelancongan.

Menurut sumber dari Pacific Asia Travel Association (PATA), negara-negara jiran termasuk
Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia, juga mencatatkan pertumbuhan negatif
disebabkan larangan perjalanan antarabangsa yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam
usaha membendung penularan pandemik di negara masing-masing.

Layari Statistik Tourism Malaysia untuk mendapatkan info lanjut berkenaan statistik
pelancongan negara.

Sumber: Berita Harian, 8 September 2020

Bahan Rujukan: Mutiara Kata


a. Modal adalah sebahagian daripada kekayaan yang digunakan untuk mendapatkan
lebih banyak kekayaan (Alfred Marshall)
b. Tentukan hala tuju perniagaan anda atau ia akan memandu anda (Benjamin
Franklin)
c. Dalam dunia perniagaan moden, adalah tidak bermakna jika anda cuba mengekalkan
keaslian kreativiti anda, melainkan anda dapat menjual apa yang anda cipta.
Pengurusan tidak mengharap untuk mengenal apa-apa juga idea yang baik
melainkan ia diketengahkan oleh jurujual yang cekap (David M Ogilvy)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Habis berkelahi ingat silat (Suda selesai sesuatu perkara, baru teringat akan cara
menyelesaikannya)
2. Habis kapak berganti beliung (seseorang yang rajin dan kuat bekerja)
3. Lebuh sempit kuda menyepak, jalan licin tebing berkelok (Kesulitan dalam
melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu)

81
Bahan Rujukan: Ungkapan Indah
1. Jaringan komunikasi
2. Keadaan bertambah getir
3. Keberkesanan pelaksanaan
4. Kebulatan tekad
5. Kelompok sasaran yang tersendiri
6. Kembali pada landasan
7. Kepintaran mengurus konflik
8. Kepayahan itu bukan penghalang kejayaan
9. Bencana menjadikan kita lebih kreatif
10. Kualiti kerja dan kualiti produk

82
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

83
84
SOALAN 11
DOMAIN : ALAM SEKITAR PENCEMARAN PLASTIK

Gambar di atas menunjukkan sampah sarap termasuk plastik yang berpotensi mengancam
persekitaran dalam bentuk pencemaran udara, air dan darat.

Melihatkan keadaan ini anda berhasrat untuk menulis sebuah rencana yang bertajuk, “Cara
Mengatasi Pencemaran Plastik Terhadap Alam Sekitar.” Untuk disiarkan di dalam sebuah majalah
terkemuka di negara ini.

Tuliskan rencana anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga 500
patah perkataan.

Menganalisis Soalan

85
Format Rencana

Kata kunci - Isu pencemaran plastik masa kini


- Mesra kedai
- Jangan guna botol air
- Lupakan bekas pakai buang
- Mendidik para peniaga
- Libatkan diri
- Kitar semula

 Merangka Karangan:

Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

Bahan Rujukan

86
Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana
 Kesan Serius Pencemaran Plastik

Semasa populasi dunia terus meningkat, maka jumlah sampah yang dihasilkan oleh manusia
juga meningkat. Gaya hidup di-mana-sahaja memerlukan produk yang mudah dipakai buang
seperti tin soda atau botol air, tetapi pengumpulan produk ini telah membawa kepada
peningkatan jumlah pencemaran plastik di seluruh dunia. Oleh kerana plastik terdiri
daripada bahan pencemar toksik utama, ia berpotensi untuk mengancam persekitaran
dalam bentuk pencemaran udara, air, dan darat

 Mengganggu Rantaian Makanan

Oleh kerana plastik terdapat dalam saiz besar dan kecil maka pencemaran plastik boleh
mempengaruhi organisma terkecil di dunia seperti plankton. Apabila organisma ini
keracunan kerana pengambilan plastik, hal ini akan menyebabkan masalah pada haiwan
yang lebih besar yang bergantung kepada organisma sebagai sumber makanan yang
menyebabkan banyak masalah di sepanjang rantaian makanan. Ini bermaksud bahawa
plastik yang terdapat di dalam ikan yang dimakan oleh ramai orang pada setiap hari akan
menjejaskan kesihatan manusia.

 Pencemaran Air Bawah Tanah

Pemuliharaan air sudah menjadi kebimbangan di beberapa tempat dari California hingga
beberapa bahagian di India, tetapi air di bumi berada dalam bahaya besar kerana buangan
plastik dan sampah. Sekiranya kita melihat tempat pembuangan sampah, bayangkan apa
yang berlaku setiap kali hujan kemudian bayangkan sampah-sampah ini menjadi air
minuman kita? Tentu sekali air bawah tanah dan takungan terdedah kepada kebocoran
toksin persekitaran. Sebilangan besar pembuangan sampah dan pencemaran yang memberi
kesan kepada lautan juga berpunca daripada plastik. Ini membawa kesan yang buruk kepada
banyak spesies laut, yang boleh memberi akibat kepada mereka yang memakan ikan dan
hidupan laut sebagai nutrien.

 Pencemaran Di Darat

87
Apabila plastik dibuang ke tempat pembuangan sampah, plastik-plastik ini akan berinteraksi
dengan air dan membentuk bahan kimia berbahaya. Apabila bahan kimia ini merembes ke
bawah tanah, ia akan merosakkan kualiti air. Angin membawa dan memendapkan plastik
dari satu tempat ke tempat lain dan meningkatkan jumlah sampah di darat. Plastik juga
tersangkut pada tiang, lampu isyarat, pokok, pagar, menara dan sebagainya akibatnya
haiwan yang datang di sekitarnya mungkin akan terperangkap dan mati lemas.

 Pencemaran Udara

Selain itu, pembakaran plastik secara terbuka akan menyebabkan pencemaran persekitaran
hasil daripada pembebasan bahan kimia beracun. Udara yang tercemar semasa dihidu oleh
manusia dan haiwan akan menjejaskan kesihatan khasnya masalah yang berkaitan dengan
sistem pernafasan.

 Plastik Membunuh Haiwan

Walaupun terdapat banyak iklan TV selama bertahun-tahun yang menunjukkan penyu, itik
atau ikan lumba-lumba yang terperangkap dalam tin dan plastik namun barang-barang ini
masih digunakan dan dibuang dengan banyaknya setiap hari. Sama ada jumlah plastik yang
banyak telah mengusir haiwan atau bahan toksik telah meracuni mereka yang pasti
pencemaran plastik banyak merosakkan ekosistem dunia.

 Penyelesaian Yang Efektif Untuk Plastik Mesra Kedai

Bag plastik pernah menjadi satu kemudahan moden tetapi ia boleh digantikan secara efketif
dengan menggunakan bag yang boleh diguna semula, yang kebanyakannya mudah dilipat
supaya senang dibawa. Fikirkan tentang berapa banyak bag yang biasanya kita bawa dari
kedai barangan runcit dan darabkannya dengan berapa kali kita membeli barangan runcit.
Terlalu banyak plastik! Bawa bag dan gunakannya semula sekerap yang boleh jika kita
memiliki bag ini.

 Jangan Gunakan Botol Air

Manusia perlu minum air dengan banyak setiap hari dan botol air plastik telah menjadi satu
cara terbaik untuk mengekalkan hidrasi sepanjang hari. Namun, kebanyakan botol plastik
digunakan sekali sahaja dan ini bermaksud, setiap kali seseorang menghabiskan air dalam
botol tersebut, botol itu akan terus dibuang. Kini banyak syarikat yang menjual botol air
yang boleh diguna semula sebagai ganti, untuk mengurangkan penggunaan plastik dan
pengurangan terhadap kebocoran botol.

88
 Lupakan Bekas Pakai-Buang

Kita tentu akan terperanjat dengan bilangan plastik yang digunakan untuk menghasilkan
bekas makanan. Kita rasa bekas minuman di kedai kopi dibuat daripada kertas? Ia selalunya
dilapisi dengan plastik untuk penebatan (tuangkan secawan kopi pada kadbod dan lihat apa
yang akan terjadi). Bekas makanan, penutup dan perkakas plastik adalah mudah diganti
dengan bekas yang boleh diguna semula, yang akan mengurangkan sisa buangan makanan
dengan ketara.

 Mendidik Para Peniaga

Bincang dengan restoran dan perniagaan setempat tentang pilihan yang mereka ada untuk
menggantikan barangan dalam paket, penyimpanan dan bag. Kebanyakan syarikat telah
mula menghasilkan pengganti plastik yang rendah kos, seperti perkakas buluh untuk
menggantikan plastik.

 Libatkan Diri

Selain itu, berbincanglah dengan pengamal undang-undang dan libatkan diri dengan pihak
berkuasa pada apa jua peringkat, dan kita akan melihat berapa banyak kumpulan
berkepentingan khas yang telah berjaya sehingga kita tidak perlu bergantung pada plastik.
Galakkan penghasilan barang dan usulkan cara lain sekiranya ada.

 Kitar Semula Semua Benda

Cuba pilih barang plastik yang tidak boleh dikitar semula dan barang yang boleh dikitar
semula, supaya anda boleh mengasingkan barang yang tidak boleh diguna semula. Periksa
semua barang sebelum anda membuangnya, kerana kini banyak barang yang boleh diguna
semula.

Ingat bahawa, oleh kerana plastik tidak boleh dilupuskn dengan mudah (atau tidak boleh
dilupuskan langsung), kitar semula plastik bermakna ia masih plastik, hanya digunakan
untuk tujuan yang berbeza. Oleh itu, anda sebenarnya tidak mengurangkan penggunaan
plastik, meskipun dalam proses kitar semula.

89
Bahan Rujukan 2: Rencana

 Cara ini boleh bantu kurangkan penggunaan plastik!

PENGGUNAAN bahan berasaskan plastik memang tidak dinafikan banyak memberi manfaat


terutamanya daripada segi kos kerana ianya lebih murah.
Tetapi tanpa disedari ia mendatangkan pelbagai masalah yang tidak berpenghujung
sehingga merosakkan alam sekitar kerana sikap segelintir daripada kita yang memandang
ringan isu persekitaran apabila membuang botol, pembungkus makanan dan beg plastik
sesuka hati.

Belum terlambat untuk kita sama-sama mengubah situasi itu dan ia perlu bermula daripada
diri kita sendiri dalam memastikan masalah sisa plastik ini tidak lagi menjadi masalah yang
boleh memudaratkan kehidupan harian.

Portal Eat This turut menyenaraikan lapan kaedah yang boleh diamalkan dalam


mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.

1. Katakan tidak pada penyedut minuman plastik


Permulaan yang baik adalah menolak penggunaan penyedut minuman plastik kerana
tanpanya anda juga masih boleh menghirup minuman.

Jika tidak selesa apa kata berbelanja sedikit dengan membeli penyedut minuman besi atau
pun kertas yang kini banyak dijual.

2. Guna semula botol minuman


Antara alternatif lain, cuba guna semula botol plastik air mineral yang anda beli daripada
terus dibuang. Bukan susah benar hendak mencuci botol dan mengisi air.

3. Beli tumbler sendiri


Kebanyakan kedai kopi kegemaran anda menggunakan cawan plastik - Apa kata laburkan
sedikit wang anda dengan membeli tumbler untuk mengisi kopi kegemaran anda. Kan
nampak bergaya!

4. Bawa sudu, garfu sendiri


Jujurnya ia memang melecehkan tetapi membawa sendiri sudu dan garfu anda sebenarnya
memberi lebih banyak kelebihan termasuk isu kebersihan.

5. 'Tapau' guna bekas sendiri


Contoh paling terbaik adalah kafe di IKEA yang menggunakan polisi bawa bekas sendiri jika
ingin 'tapau' makanan. Mengapa tidak amalkan juga jika ke restoran lain?

90
6. Bawa beg kitar semula
Sentiasa simpan beg kitar semula di dalam kereta atau masukkan ke dalam beg kerana kita
tidak akan tahu bila memerlukannya.

7. Tolak penggunaan beg plastik


Jika ke pasar raya, kita sendiri perlu bertegas untuk tidak menggunakan beg plastik
walaupun ditawarkan oleh juruwang ketika membayar. Tambahan pula sekarang setiap beg
plastik dikenakan caj 20 sen.

8. Tinggalkan tabiat minum minuman berkarbonat


Kebanyakan soda menggunakan botol plastik. Apa kata tinggalkan tabiat minum air
berkarbonat. Alam sekitar terjaga, badan anda juga bebas penyakit.

Bahan Rujukan: Mutiara Kata


1. Kita hanya boleh meramalkan sesuatu selepas ia berlaku (Eugene Ionesco)
2. Penderitaan merupakan satu-satunya benih kesedaran (Fedor Dostoevski)
3. Api menguji emas, malapetaka menguji manusia (Seneca)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Habis manis, sepah dibuang (Bila tidak berguna lagi dibuang sahaja)
2. Gulai terlampau serai maung rasanya (Perbuatan yang berlebih-lebihan akhirnya
akan menjadi sia-sia)
3. Bagai aur dengan tebing (Tolong-menolong antara satu sama lain)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Umpama haiwan berteknologi dalam belantara konkrit.
2. Usaha sama dan Kerjasama pintar
3. Tidak tulus mengikut jalan yang lurus
4. Tragedi merupakan pengajaaran
5. Undang-undang kehidupan manusia
6. Wahana pembinaan manusia yang beradab tinggi
7. Yang akan digalas Bersama
8. Yang disogokkan kepada ahli masyarakat
9. Menzahirkan rasa kecewa
10. Menzahirkan global yang aman Makmur

91
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan 
3 Pendahuluan karangan 
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa? 
Impak? 
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa? 
Impak? 
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa? 
Impak? 
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?

Impak?

8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?

Impak?

9 Penutup (Penanda wacana penutup)

10 Memanfaatkan statistik penting

11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa 
13 Nilai murni 
14 Penanda wacana 
15 Ejaan 
16 Tatabahasa 
17 Tanda baca 
18 Struktur ayat 
19 Keseimbangan perenggan 
20 Kematangan fikiran 
21 Tulisan 
22 Jumlah perkataan 

MARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh
70 %

92
SOALAN 12
DOMAIN : JATI DIRI

Plato merumuskan bahawa seseorang dianggap berkeperabadian mulia sekiranya mempunyai ciri-
ciri berikut:
 Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoal.
 Mempunyai kejujuran dan keikhlasan dari segi nilai.
 Sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan dan menghindari keburukan.
 Berpegang kepada prinsip.
 Tidak mengharapkan balasan daripada apa yang dilakukan.
 Sedia menerima kesusahan dengan tenang
Sumber: Internet
Ringkasan maklumat di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu mempunyai
keperibadian mulia . Pada pendapat apakah cara-cara untuk melahirkan seseorang insan yang
berkeperabadian mulia.

Tuliskan pendapat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga
500 patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apa itu keperabadian mulia


- Cara-cara melahirkan insan berkeperabadian mulia:
- Rajim membaca
- Bekerja dengan bersungguh-sungguh
- Dengar dan belajar
- Menyertai kelas
- Aktif dalam aktiviti masyarakat setempat

 Merangka Karangan:

93
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

Bahan Rujukan

94
Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

 Menjadi Individu Yang Lengkap

 Mereka yang petah bercakap biasanya adalah pencerita yang hebat dan mereka boleh
berbual tentang pelbagai topik. Apabila anda berpengetahuan dan banyak membaca,
perbualan ringkas akan menjadi lebih daripada satu peluang untuk menghabiskan masa.
Malahan, ia adalah cara yang mudah untuk mengadakan perbualan yang menarik dengan
klien dan rakan sekerja.

Sekiranya anda melabur dalam pembangunan peribadi, anda akan menjadi seorang
usahawan yang unggul yang memiliki kebijaksanaan, pengalaman dan menarik. Berikut
adalah lapan cara untuk mempelajari serba sedikit tentang pelbagai perkara dengan hanya
memperuntukkan masa selama beberapa minit sehari.

 Membaca selama 20 minit setiap hari. 

Seperti kata pepatah, “orang yang gemar membaca adalah seorang pemimpin”. Pilih satu
atau dua buku tentang subjek yang menarik yang anda tidak begitu tahu. Baca buku fiksyen
dan bukan fiksyen. Sekiranya jadual anda sibuk atau kadang-kala anda tidak boleh memberi
tumpuan pada penghujung hari anda, membaca pada awal pagi atau semasa waktu makan
tengah hari.

 Membuat pelbagai tugas semasa ke tempat kerja.

Podcast dan buku audio boleh membantu anda menghabiskan masa dalam trafik atau
semasa dalam keretapi – dan pada masa yang sama, mengajar anda sesuatu perkara. Kajian
podcast dan buku audio tersedia tentang topik yang ingin anda pelajari. Baca ulasan dan
muat turun beberapa bahan ini ke telefon pintar anda. Malahan, perjalanan yang pendek
juga akan memberikan anda cukup masa untuk belajar satu atau dua perkara baharu.

 Dengar dan belajar.

Anda mungkin cenderung untuk meninggalkan perbincangan kumpulan sekiranya ia


berkaitan dengan topik yang anda tidak tahu. Tunggu dan dengar. Tanya soalan. Berikan
pandangan anda berdasarkan pengalaman dan sudut pandangan anda yang unik.

 Daftarkan diri ke kelas. 

95
Banyak badan-badan yang menawarkan kelas pendidikan orang dewasa dalam pelbagai
topik daripada melukis, penulisan kreatif sehingga bahasa asing. Kelas ini selalunya kecil,
tidak mahal dan akan memberikan anda peluang untuk menerokai bidang yang anda minati.
Sekiranya bandar atau negara anda tidak menawarkan kelas, hubungi kolej komuniti atau
univerisiti setempat.

 Hadir ke acara di kawasan anda.

Kemungkinan besar, kawasan rumah anda mempunyai pelbagai kumpulan yang sering
berjumpa atas sebab sosial atau profesional. Kebanyakannya berfokuskan terhadap satu
perkara: industri atau kerjaya, budaya atau minat yang sama. Daftarkan diri anda dan hadir
ke acara ini sekiranya anda mempunyai peluang. Ia adalah peluang untuk menjalinkan
hubungan baharu dan mempelajari sesuatu yang baharu.

 Melawat muzium atau pusat kebudayaan

Ambil kesempatan daripada pameran sejarah atau budaya di kawasan anda. Lawati muzium
yang berfokuskan tentang kawasan yang anda tidak tahu. Sekiranya anda mempunyai
sebarang soalan, kebanyakan muzium mempunyai pengajar yang sangat berpengetahuan
dan akan seronok untuk berbual dengan anda atau membawa anda melawat di sekitar
muzium.

 Keluar dari zon selesa anda.

Sekiranya anda mencari peluang, terdapat beribu cara untuk bertemu dengan kenalan
baharu dan mempelajari perkara baharu. Ambil kesempatan atas pengetahuan jiran anda,
rakan sekerja dan kenalan yang mereka berikan. Tanya soalan dan bersikap ingin tahu.
Sekiranya sesuatu topik menimbulkan minat anda, cari seorang yang pakar berserta soalan
tertentu. Dunia ini penuh dengan kejutan; anda hanya perlu membuka mata anda.

Bahan Rujukan 2: Grafik

96
Bahan Rujukan: Mutiara Kata
97
1. Hanya ada satu sudut di dalam semesta ini yang boleh anda perbaiki; ia adalah diri
anda sendiri (Aldous Huzley)
2. Untuk mengenali dirinya, seseorang itu harus menjalankan pendakwaan ke atas diri
sendiri (Albert Camus)
3. Penipuan yang paaling dahsyat ialaah menipu diri sendiri (Plato)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Awal dibuat, akhir diingat (Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah
difikirkan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu)
2. Bagai puyu di air jernih (senang hidupnya)
3. Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit (Membuat sesuatu pekerjaan tanpa
pengetahuan adalah sia-sia)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Jangan leka dan mudah terpesona
2. Jiwa manusia yang gersang dengan nilai-nilai murni
3. Implikasinya amat besar
4. Ilmu menjadi nadi dalam setiap urusan
5. Iman tergadai
6. Hanyalah setitis air di lautan
7. Budi bahasa yang menebal di dalam diri
8. Bertindak mengikut emosi
9. Berusaha keras mengilmukan diri
10. Bersikap lebih cakna
11. Bersikap profesional

BORANG SENARAI SEMAK

98
Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan
 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

99
SOALAN 13
DOMAIN : PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Menurut Knassel, Meed dan Rosetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat
dikenalpasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali juga sebagai “The Three Es” iaitu pekerjaan,
memberi kuasa dan keseronokan. Kemampuan seseorang menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran baru merupakan kunci utama bagi mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam
masyarakat workaholic seperti bangsa Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran
sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai "employability fever” di mana
ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi
menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati

Sumber: Internet, 28 Mac 2019

Di dalam petikan di atas, penulis memberikan contoh tentang semangat rakyat Jepun untuk terus
belajar demi kelangsungan masa depan mereka dalam sesuatu bidang pekerjaan dan untuk
mencapai kepuasan dalam hidup.

Pada pendapat anda, apakah manfaat yang diperolehi oleh seseorang jika mereka terus belajar
walaupun setelah mereka bekerja.

Tuliskan pendapat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga
500 patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apa itu pembelajaran sepanjang hayat


- Faedah yang diperolehi:
- Mengembalikan motivasi diri
- Mengiktiraf minat dan matlamat peeribadi
- Menambah baik kemahiran dan profesional
- Meningkatkan keyakinan diri

 Merangka Karangan:

100
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

Bahan Rujukan

101
Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

 Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran sepanjang hayat adalah bentuk pendidikan pembelajaran usaha diri yang
berfokuskan pembangunan peribadi. Meskipun tiada standard yang ditetapkan untuk
pembelajaran sepanjang hayat, secara umumnya adalah merujuk kepada pembelajaran
yang berlaku di luar institusi pendidikan formal seperti sekolah, universiti atau
kursus.Pembelajaran sepanjang hayat tidak semestinya perlu terikat dengan pembelajaran
tidak formal. Penerangan yang terbaik adalah secara suka rela mencapai kepuasan diri
dengan mempunyai tujuan. Bermakna, dengan mencapai kepuasan diri akan menghasilkan
pendidikan formal atau tidak formal. Bagaimanakah anda dapat menyesuaikan pembelajaran
sepanjang hayat.

 Mengenal pasti minat dan matlamat peribadi anda

Pembelajaran sepanjang hayat adalah tentang anda, bukan tentang orang lain dan tentang
apa yang mereka inginkan. Buat refleksi tentang apa yang menjadi minat anda dan apakah
gambaran masa hadapan anda. Sekiranya kemajuan kerjaya anda adalah minat peribadi
anda, maka terdapat cara untuk menyertai pembelajaran arah-diri bagi mencapai matlamat
ini. Sekiranya mempelajari sejarah adalah minat anda, maka terdapat cara untuk menerokai
minat ini dengan lebih mendalam.

 Senaraikan tentang apa yang ingin anda pelajari atau apa yang anda mampu lakukan.

Setelah anda mengenal pasti apa yang memotivasikan anda, terokai tentang minat tersebut
secara khusus atau matlamat yang ingin anda capai. Kembali kepada contoh yang kami
berikan tentang seseorang yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sejarah,
kemungkinan ini adalah keinginan untuk memperkembangkan pengetahuan tentang sejarah
Malaysia. Atau kemungkinan minat ini sangat kuat untuk dia mengambil Ph.D. sebagai
matlamat yang diimpikan.

 Kenal pasti cara anda untuk melibatkan diri dan sumber yang ada.

Mencapai matlamat peribadi adalah bermula dengan mencari cara untuk memulakannya.
Membuat kajian dan membaca tentang minat dan matlamat tersebut boleh membantu

102
mendapatkan cara untuk mempelajari minat tersebut. Berdasarkan contoh minat dalam
bidang sejarah: dia hanya perlu mempelajari dengan lebih mendalam tentang masa sejarah
tersebut yang boleh didapati dalam buku di perpustakaan, blog, majalah dan podcast
tentang subjek tersebut atau pergi ke muzium dan menghadiri kuliah.

Individu yang ingin mendapatkan Ph.D dalam bidang sejarah sebagai matlamat peribadi
boleh membuat kajian tentang program di univerisiti yang boleh dilakukan separuh masa
atau secara dalam talian, serta langkah yang perlu diambil untuk mencapai tahap doktor
falsafah ini.

 Menstrukturkan matlamat pembelajaran dalam kehidupan anda.

Menyesuaikan matlamat pembelajaran yang baharu dalam kehidupan anda yang sibuk
memerlukan banyak pertimbangan dan usaha. Sekiranya anda tidak memberikan masa dan
ruang untuk hal ini, ia tidak akan terjadi. Hal ini akan membawa kepada putus asa atau terus
menghentikan inisiatif pembelajaran tersebut.

Rancang bagaimana keperluan inisiatif pembelajaran baharu ini boleh disesuaikan dalam
kehidupan anda atau apa yang anda perlukan untuk menjadikannya kenyataan. Contohnya,
sekiranya mempelajari bahasa baharu menjadi matlamat pembelajaran, bolehkan anda
meluangkan sama selama satu jam setiap hari? Atau adakah 15 minit sehari lebih realistik?
Memahami masa dan ruang yang anda boleh berikan terhadap matlamat pembelajaran
boleh membantu anda untuk meneruskan matlamat ini untuk jangka panjang.

 Berikan Komitmen

Memberikan komitmen terhadap keputusan anda untuk inisiatif pembelajaran baharu ini
merupakan langkah terakhir yang penting. Sekiranya anda menetapkan jangkaan yang
realistik dan mempunyai motivasi diri untuk merenung dengan mendalam, berikan
komitmen anda dan hindarkan daripada sikap suka memberi alasan.

Contoh pembelajaran sepanjang hayat

 Membina kemahiran baharu (contohnya, menjahit, memasak, pengaturcaraan,


ucapan umum, dsb.)
 Pembelajaran kendiri (contohnya, mempelajari bahasa baharu, membuat kajian
tentang topik yang diminati, melanggan podcast, dsb.)
 Mempelajari sukan atau aktiviti baharu (contohnya, menyertai seni
mempertahankan diri, ski, belajar cara bersenam, dsb.)

103
 Mempelajari penggunaan teknologi baharu (alat pintar, aplikasi perisian baharu,
dsb.)
 Memperolehi pengetahuan baharu (mengambil kursus kepentingan diri melalui
pendidikan dalam talian atau kursus berasaskan bilik darjah)

 Manfaat pembelajaran sepanjang hayat

Menggabungkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kehidupan anda boleh memberikan


banyak manfaat jangka panjang, termasuk:

1. Mengembalikan motivasi diri

Kadang kala kita terperangkap dalam melakukan sesuatu perkara hanya kerana kita perlu
melakukannya, seperti pergi berkerja atau membersihkan rumah. Mencari perkara yang
memberikan inspirasi kepada diri anda akan membawa anda kembali mengawal kehidupan
anda sebagai satu peringatan bahawa, anda benar-benar boleh melakukan perkara yang
anda inginkan dalam kehidupan.

2. Mengiktiraf minat dan matlamat peribadi

Memulakan perkara yang memajukan diri anda dapat mengurangkan kebosanan,


menjadikan hidup lebih bermakna dan boleh membuka peluang untuk masa hadapan. Anda
tidak akan tahu ke mana minat tersebut akan membawa diri anda sekiranya anda fokus
terhadap minat tersebut.

3. Menambah baik kemahiran peribadi dan profesional

Semasa kita sibuk mempelajari kemahiran dan memperolehi pengetahuan baharu, kita juga
membina kemahiran berharga lain yang membantu dalam kehidupan peribadi dan
profesional. Hal ini kerana kita menggunakan kemahiran lain untuk mempelajari sesuatu
yang baharu. Contohnya, belajar menjahit memerlukan penyelesaian masalah. Belajar
melukis melibatkan pembangunan kreaativiti. Pembangunan kemahiran juga melibatkan
kemahiran interpersonal, kreativiti, penyelesaian maslaah, pemikiran kritis, kepimpinan,
refleksi, penyesuaian dan sebagainya.

4. Meningkatkan keyakinan diri

104
Mempunyai banyak berpengetahuan atau berkemahiran dalam sesuatu perkara dapat
meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan peribadi dan profesional.

 Dalam kehidupan peribadi kita, keyakinan ini boleh didapati dalam bentuk kepuasan
dalam memperuntukkan masa dan usaha untuk pembelajaran dan
penambahbaikan, yang memberikan kita rasa kepuasan dalam mencapai sesuatu
perkara.

 Dalam kehidupan profesional, keyakinan diri ini adalah dalam bentuk kepercayaan
kita terhadap pengetahuan kita dan keupayaan untuk mengaplikasikan apa yang kita
telah pelajari.

Bahan Rujukan 2: Petikan Akhbar


 Kerajaan lancar portal Pembelajaran Sepanjang Hayat

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 07 November 2019

PUTRAJAYA - Sebuah portal Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang berperanan sebagai
pusat sehenti bagi semua portal PSH dari pelbagai kementerian dilancarkan hari ini.

Portal PSH yang boleh diakses menerusi pshnasional.moe.gov.my akan menjadi platform
menyelaraskan segala maklumat berkaitan di peringkat nasional.

Selain itu, ia membantu memudahkan komuniti awam, akademik dan industri untuk
membuat rujukan mengenai pelaksanaan dan program-program PSH di negara ini.

KPM sebagai penyelaras pelaksanaan PSH di peringkat nasional kementerian itu akan terus
berusaha memastikan impak dan keberhasilan tinggi PSH.

"Kita akan melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk 14 kementerian, agensi


kerajaan, wakil NGO (badan bukan kerajaan) dan industri serta pihak-pihak berkepentingan
lain," katanya.

Beliau berkata, bilangan penyertaan dalam program PSH sejak tahun 2017 sehingga Ogos
2019 adalah seramai 6.9 juta peserta.

"Tiga pembekal utama PSH adalah KSM (Kementerian Sumber Manusia) seramai 2,914,424
peserta, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) seramai 930,240 peserta dan diikuti dengan
dan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) seramai 900,868 peserta.

"Melalui penyertaan dalam program PSH ini, pelbagai lapisan masyarakat dapat meningkat
pengetahuan, kemahiran dan sikap seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan

105
kepada pekerja asing," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Pembelajaran
Sepanjang Hayat di sini.

Persidangan PSH merupakan satu agenda nasional dalam membudayakan pembelajaran


sepanjang hayat di negara ini.

Bahan Rujukan: Mutiara Kata


1. Terdapat dua jenis pelajaran. Yang satu mengajar bagaimana hendak membina
kehidupan dan yang satu lagi, bagaimana hendak hidup. (James Adams)
2. Pengetahuan tidak mungkin mengatasi pengalaman (John Locke)
3. Dunia adalah makmal bbagi mereka yang ingin tahu. (Martin H. Fischer)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Bagai lebah menghimpun madu (sangat rajiin)
2. Rajin dan usaha tangga kejayaan (Jika seseorang itu berusaha, sudah tentu dia
akan berjaya)
3. Seperti anai-anai makan kayu (mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan
rajin)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Selaras dengan agenda negara
2. Semua tindakan disandar pada budi bicara
3. Sikap dan tekad untuk berjaya
4. Tidakboleh lagi terikut-ikut dengan kelaziman
5. Terus menapak jauh
6. Ukuran kecemerlangan antara individu dengan individu
7. Upaya kesabaran perlu ada
8. University ialah menara ilmu
9. Wadahh pembinaan manusia yang beradab tinggi
10. Usahlah menghukum diri lantaraan tidak dapat memenuhi impian

106
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan
 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

107
SOALAN 14
DOMAIN : KESIHATAN - TEKANAN

Tekanan atau depresi sebenarnya penyakit mental biasa dihidapi dalam kalangan masyarakat kini.
Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 264 juta manusia daripada semua
kategori umur menghidap penyakit depresi yang majoritinya wanita.

Depresi juga penyebab utama kecacatan di seluruh dunia dan penyumbang utama punca penyakit
global. Sungguhpun penyakit ini tidak lagi ganjil dalam kalangan masyarakat, ia bukan boleh
dipandang remeh dan dijadikan norma.

Sumber: Berita Harian 24 Januari 2021

Berdasarkan petikan rencana di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah tekanan atau depresi
amat berbahaya jika tidak dikawal dari awal. Sebagai seorang pengamal perubatan, anda diminta
untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan kakitangan sebuah jabatan bagi menerangkan
tentang cara-cara menghindari tekanan di tempat kerja.

Tuliskan ceramah anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga 500
patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apa itu tekanan/depresi?


- Cara-cara menghindarinya:
- Mengagihkan tugas
- Susun tugas ikut keutamaan
- Hindari sifat suka beertangguh
- Rancang jadual kerja dan mulakan awal
- Rehat sebentar
- Hindarkan menjadi orang yang serba tahu
(multitasking)
 Merangka Karangan:

108
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

Bahan Rujukan

109
Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana
 TEKANAN ATAU STRESS

Mungkin kita kerap merasa tertekan dengan beban kerja yang datang bertalu-talu. Kerja
yang harus diselesaikan terlalu banyak tapi masa dan tenaga seolah-olah tidak mengizinkan.
Biasanya, tekanan kerja berkait rapat dengan kegagalan kita menguruskan masa dengan
berkesan dan sistematik. Oleh itu, strategi pengurusan masa harus dikuasai oleh individu
yang ingin melarikan diri daripada tekanan dan stres di tempat kerja.

1) Mengagihkan tugas:
Terdapat segelintir pekerja yang tidak pernah menolak segala tugas yang diamanahkan
kepada mereka. Mereka merasakan berpotensi dan berpengetahuan untuk melaksanakan
tugas tersebut dengan cemerlang dan berkesan. Namun demikian, mereka terlupa,
sebenarnya tugas tersebut boleh diagihkan kepada pekerja yang lain dengan sedikit
bimbingan dan pemantauan.

2) Menyusun atur tugas mengikut keutamaan:


Mulakan hari anda dengan memilih tugas yang perlu disegerakan dan diselesaikan pada hari
yang sama. Lupakan sejenak tentang tugas-tugas yang boleh dilaksanakan pada keesokan
harinya. Elakkan membebankan otak anda daripada memikirkan semua kerja pada satu
masa.

3) Hindari sifat suka bertangguh:


Penangguhan adalah salah satu daripada elemen yang menjejaskan produktiviti.
Penangguhan bermakna kita telah membuang masa, kos dan tenaga yang berharga. Sifat
bertangguh akan menyebabkan kita akan menghadapi masalah peribadi dan dunia kerjaya
kita.

4) Rancang jadual kerja:


Sediakan buku nota atau kaedah lain untuk menyenaraikan semua tugas dalam fikiran kita.
Buat senarai “Wajib Diutamakan”, sebelum permulaan hari. Pilih tugasan yang boleh
dicapai dengan sempurna. Pengurusan masa yang berkesan biasanya memerlukan anda
berfikir tentang tugas-tugas di tempat kerja, rumah dan peribadi.

5) Berehat sebentar:

110
Tekanan sering terjadi apabila kita menerima lebih banyak tugasan daripada kemampuan
kita. Akibatnya, tubuh kita mula letih dan menjejaskan produktiviti. Oleh itu, pastikan kita
berehat dan bersantai sebentar apabila minda dan tenaga kita mula terasa letih dan tidak
mampu menyerap tekanan.

6) Tetapkan tarikh akhir (Deadlines):


Apabila kita mempunyai tugasan yang diamanahkan, maka tetapkan tarikh akhir yang
realisitik berdasarkan perancangan yang sistematik dan kemampuan kita. Cabar diri sendiri
untuk menghadapi cabaran yang mungkin kita hadapi.

7) Hindari multitasking:
Kebanyakan daripada kita merasakan bahawa multitasking adalah cara yang cekap untuk
merealisasikan sesuatu tetapi sebaliknya adalah lebih baik kita memfokuskan dan
menumpukan perhatian pada satu perkara sahaja. Hakikatnya, multitasking adalah
penghalang kepada produktiviti dan harus dielakkan demi meningkatkan kemahiran dan
pengurusan masa.

8) Mulakan awal:
Kebanyakan orang yang berjaya mempunyai satu sifat yang sama iaitu mereka memulakan
hari mereka seawal mungkin. Sifat ini akan memberi mereka lebih masa untuk duduk,
berfikir dan merancang hari mereka. Apabila kita bangun awal, kita pasti lebih tetnang,
kreatif dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Bahan Rujukan 2: Rencana

Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan
yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban, tekanan,
kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Secara umumnya,
stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.

Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi
yang mencabar, bahaya atau menakutkan. Tahap stres biasanya bergantung kepada
beberapa faktor seperti tempoh stres yang dialami dan bagaimana individu tersebut
menangani stres tersebut. Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang
menghidapi stres yang berpanjangan. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit
berbahaya atau masalah yang berpanjangan. 

111
 Bahan Rujukan: Mutiara Kata

1. Bilik gelap manakah yang lebih gelita daripada hati sendiri? Penjara manakah yang
lebih ganas daripada diri sendiri? (Nathaniel Hawthorne)
2. Hanya ada satu sudut di alam semesta ini yang boleh anda perbaiki; ia adalah diri
anda sendiri (Aldous Huzley)
3. Ingatlah, tiada siapa yang boleh menyebabkan anda berasa rendah diritanpa restu
anda sendiri. (Eleanor Roosevelt)

 Bahan Rujukan: Peribahasa

1. Mencegah adala lebih baik daripada mengubati (sesuatu perkara yang buruk dapat
dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal)
2. Seperti air di dalam kolam (orang yang bersifat tenang)
3. Ikut hati mati, ikut rasa binasa (orang yang mengikut nafsu akan musnah akhirnya)

 Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Ada kepedihan yang tidak tertangggung dalam jiwanya
2. Ada keharuan yang melambai dada
3. Air mata berleteran dari lubuk kesedihan
4. Peningkatan mendadak
5. Pendidikan jiwa yang berkesan
6. Pendekatan drastik
7. Perlu dikaji dan diperhalusi semula
8. Sesuatu yang diredai Allah SWT
9. Sikap dan tekad untuk berjaya
10. Sifat toleransi menjadi subur

112
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan
 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

113
SOALAN 15
DOMAIN : INTEGRITI- TINGKAH LAKU

Sumber: Gurindam Melayu


Berdasarkan gurindam di atas, jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dari zaman dahulu
begitu mementingkan tentang tingkah laku mulia.
Setelah anda mengkaji dan mendalami gurindam tersebut, anda berhasrat untuk menulis sebuah
rencana yang bertajuk, “Tingkah Laku Mulia” untuk disiarkan di dalam sebuah akhbar tempatan.
Tuliskan rencana anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga 500
patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

114
Format Rencana

Kata kunci - Maksud tingkah laku mulia


- Bagaimana untuk mencapainya?
- Menghargai nilai kasih sayang
- Bersikap positif
- Kod etika diri sendiri
- Merendah diri
- Bersangka baik dengan orang lain
- Sudi memaafkan

 Merangka Karangan:

Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

115
Isi 4

Isi 5

Penutup

116
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

 Tingkah Laku Mulia

Kebanyakan kita memperlekehkan nilai tingkah laku. Kita sibuk dengan aktiviti seharian.
Secara fakta, tingkah laku adalah perkara paling penting dalam kehidupan kerana tanpa
tingkah laku, kita bukanlah siapa-siapa. Meskipun kita mempunyai nilai yang tinggi dalam
sesuatu perkara, tetapi kerana tingkah laku yang tidak baik, kita tidak akan dipandang oleh
masyarakat.

Seorang yang baik adalah seseorang yang memberikan kasih sayang, kebahagiaan,
ketenangan, kebaikan, kemanusiaan, kesabaran dan setia serta cekal dalam semua perkara.
Mereka adalah seseorang yang menunjukkan kawalan diri dan mempertimbangkan
kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri. Mereka adalah seorang kawan yang baik,
pendengar yang baik dan yang menunjukkan integriti dan akauntabiliti terhadap diri dan
orang lain. Individu ini tidak menghakimi dan tidak mempunyai rekod menentang orang lain
tetapi memaafkan dan memahami orang lain.

Jadilah seorang yang bersikap proaktif. Kita cenderung untuk membuat kesimpulan
bahawa selagi kita tidak melakukan perkara yang buruk (mencuri, memfitnah, berbohong,
dsb.) maka itu bermakna anda adalah orang yang baik, tetapi ia lebih daripada itu. Dengan
mengelakkan tingkah laku buruk, anda telah membuka langkah besar untuk menjadi
seseorang yang lebih baik, tetap sebenarnya untuk menjadi baik, anda sebenarnya
melakukan perkara yang baik dan bukannya mengelakkan melakukan perkara buruk.

Seterusnya, tentukan makna "baik" bagi diri anda. Secara teras, anda harus menentukan
kod etika anda sendiri, dan yang penting anda mematuhinya dengan apa yang anda percaya
yang menjadikan anda seseorang yang baik. Kadang-kala, ini mungkin bertentangan dengan
apa yang orang lain percaya tentang kebaikan, dan mereka mungkin menuduh bahawa anda
salah atau jahat. Pertimbangkan pandangan mereka - sama ada mereka tahu sesuatu yang
tidak anda fahami, dalam hal ini anda mungkin boleh mempelajari sesuatu dari mereka dan
"mengemas kini" moral anda, atau mungkin pengalaman mereka terhad, yang bermaksud
anda tidak harus mengambil pandangan mereka dengan serius.

Kemudian, pentingkan keseimbangan. Kesukaran untuk menjadi seseorang yang baik, akan
membuatkan kita mudah untuk kembali membuat perkara yang tidak baik. Namun,

117
sebarang bentuk ekstrimisme membawa kepada minda tertutup, satu kualiti yang ditemui
berdasarkan apa yang kebanyakan tentang perbuatan yang tidak baik. Oleh itu, amalkan
mengelak daripada menjadi ekstrimisme:

Bagus untuk bersikap rendah diri dan baik, tetapi tidak baik untuk bersikap terlalu
merendah diri dan baik sehingga anda membiarkan orang lain mengambil kesempatan
terhadap diri anda, sehingga satu tahap yang memudaratkan kesihatan fizikal dan emosi
anda, atau membuatkan anda kurang prihatin, tidak meluangkan masa dan memberi
perhatian kepada keluarga anda.

Bagus untuk menjadi seorang yang positif, tetapi tidak bagus untuk menjadi terlalu positif
sehingga anda mengabaikan risiko dan menutup mata terhadap sesuatu kesalahan, tidak
pernah belajar daripada keputusan yang tidak baik kerana anda sentiasa “positif” bahawa
perkara ini akan berkesan pada masa akan datang

Bagus untuk menjadi seorang yang jujur, tetapi tidak bagus untuk menjadi terlalu jujur
sehingga anda menyakiti perasaan orang lain tanpa sebab, mengancam privasi seseorang
atau mencegah seseorang daripada mendapatkan jawapan yang mereka perlukan untuk diri
mereka

Bersangka baik dengan orang lain tanpa memperjudikan keselamatan anda (seperti
menaiki kereta dengan sekumpulan orang yang anda baru sahaja kenali), bersangka baik
dengan orang yang anda jumpa dan bertindak sewajarnya. Sekiranya anda Nampak
seseorang melakukan perkara yang tidak wajar, fikirkan tentang perkara yang mereka
sedang hadapi dalam konteks kehidupan mereka – jangan membuat kesimpulan terlalu
awal. Cuba mencari apa yang memotivasikan mereka untuk berkelakuan tidak baik dan
sekiranya tidak wajar, tunjukkan mereka kesannya dengan berkomunikasi dengan baik. Pada
kebanyakan masa, membantu orang lain menjadi lebih baik, berfikiran terbuka dan dengan
cara yang tidak keterlaluan boleh membantu anda untuk belajar dan menjadi individu yang
lebih baik.

Memaafkan adalah ciri-ciri individu yang baik. Mereka melepaskan rasa dendam, marah
dan sakit hati. Mereka tidak membenarkan toksik untuk mengganggu kebahagian hidup
mereka dan memberikan kebahagian kepada orang lain. Mereka memberikan kasih saying
tanpa rasa untuk membalas dendam. Mereka bukanlah orang yang boleh dipijak tetapi
sedar bahawa semua orang membuat kesilapan.

Individu yang baik menghormati orang lain tetapi rasa hormat ini hadir kerana mereka
menghormati diri mereka. Mereka menghargai nilai diri mereka, perasaan mereka serta
orang lain. Mereka mendengar dengan teliti kerana pendapat dan perasaan mereka penting.
Mereka terbuka terhadap kepelbagaian pandangan dan pendapat tanpa membuatkan anda

118
berasa rendah diri arau menghakimi anda secara tidak adil. Mereka mungkin tidak bersetuju
dengan anda, tetapi mereka menangani perbezaan tersebut dengan hormat.

Terdapat beberapa tips untuk menjadi individu yang baik mengikut cara anda sendiri.
Pertama, percaya bahawa tindakan anda mempengaruhi orang lain. Apabila orang lain
melihat anda berbuat perkara baik, mereka akan diingatkan untuk menjadi lebih positif dan
bertindak dengan lebih positif.

Kedua, elakkan menipu sekiranya boleh. Dengan pengecualian menipu untuk melindung
perasaan orang lain, memberitahu perkara sebenar adalah lebih mudah daripada menipu.
Dan memaksa diri anda untuk sentiasa bersikap jujur bermakna anda akan memberi
motivasi kepada orang lain untuk membuat pilihan yang lebih baik semasa berhadapan
dengan dilemma kehidupan. Ketiga, ingat tentang perkara yang anda syukuri dan baik
terhadap diri anda. Sekiranya anda membuat kebaikan anda akan mendapat kebaikan.

Bahan Rujukan: Mutiara Kata

1. Pekerti yang baik akan melahirkan suasana kejiranan yang baik (Confucius)
2. Adab yang baik dibentuk daripada sedikit pengorbanan (Ralph Waldo Emerson)
3. Orang yang beradab harus pandai menghormati kepercayaan orang lain, walaupun
kepercayaan itu tidak sesuai dengan kepercayaannya (Hamka)

Bahan Rujukan: Peribahasa

1. Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang (Orang yang pandai
membawa diri, di mana-mana pun pergi tentu hidupnya selamat)
2. Pandai menyelam air dangkal (orang yang pandai membawa diri)
3. Ke tengah boleh ke tepi pun boleh (seseorang yang pandai menyesuaikan diri)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah

1. Hidup bukanlah untuk berhiba


2. Hidup di dunia ini sekali cuma
3. Humbanlah sebarang prasangka
4. Hidup dikuak tenang dan damai
5. Hati yang liat kerana dipenuhi titik noda dan dosa
6. Ilmu menimbus lubang kejahilan
7. Kedegilan yang memeningkan
8. Kerana gurau jadi sengketa

119
9. Bersiasah dan berjiwa halus
10. Lembut tutur bicara

BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

 MARKAH:

120
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

121
SOALAN 16
DOMAIN : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

Objektif Kawalan Penyakit Berjangkit

1. Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian akibat jangkitan penyakit berjangkit supaya
ia tidak menjadi ancaman kepada kesihatan awam.
2. Menggalakkan cara hidup sihat, langkah pencegahan yang sesuai, pengesanan dan rawatan
segera, pemantauan berterusan dan perkhidmatan rehabilitasi yang sesuai.
3. Menggalakkan pernyertaan masyarakat umum di samping kerjasama pelbagai agensi/sektor
ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dan prihatin.

Sumber: Jabatan Kesihatan Selangor

Objektif kawalan penyakit berjangkit seperti yang digariskan oleh Jabatan Kesihatan adalah untuk
mengurangkan kejadian penyakit berjangkit dan kematian, menggalakkan cara hidup sihat dan
menggalakkan penyertaan masyarakat umum untuk melahirkan masyarakat yang sihat.

Berpandukan objektif tersebut, anda diminta untuk menulis sebuah rencana yang bertajuk,
“Pencegahan dan Pengawalan Penyakit.”

Tuliskan rencana anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga 500
patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit


berjangkit.
- Cara menanganinya:
- Kebersihan air
- Pengurusan kes yang betul
- Segera mendapatkan rawatan
- Vaksin
- Pemprosesan makanan

122
 Merangka Karangan:

Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

123
Bahan Rujukan

Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana


o Pencegahan dan Pengawalan Penyakit

Pencegahan dan pengawalan penyakit bergantung kepada bagaimana masyarakat


menangani sisa buangan manusia. Sekurang-kurangnya 2.5 bilion manusia di negara
membangun kekurangan sistem yang mencukupi untuk membuang sisa mereka. Bagi
golongan miskin di kebanyakan negara membangun, sisa buangan dibuang di sekitar rumah
mereka dengan kerap yang mengancam kebersihan isi rumah, dengan hubungan secara
langsung dengan manusia atau dibawa masuk ke rumah dan dapur oleh kanak-kanak,
haiwan setempat atau serangga.

Kebersihan air bukan satu-satunya masalah; kepentingan bekalan air yang mencukupi untuk
kebersihan isi rumah tidak boleh dinafikan lagi. Membasuh tangan selepas peninjaan dan
sebelum menyediakan makanan adalah asas pengawalan penyakit, namun meskipun hal ini
telah difahami, membasuh tangan adalah satu perkara yang mustahil tanpa bekalan air yang
cukup.

Menambah baik kualiti air minuman, memastikan pembuangan kumbahan yang betul dan
menyediakan lebih banyak bekalan air untuk kegunaan peribadi dan kebersihan domestik
adalah kunci untuk mencegah dan mengawal wabak seperti cirit-birit (termasuk taun),
tifoid, penyakit cacing guinea, skistosomiasis dan giardiasis.

Kemajuan teknologi dalam pembekalan air, sanitasi, penyaliran dan pengurusan


pembuangan sisa pepejal dalam beberapa tahun kebelakangan ini menyediakan
penyelesaian yang berkesan - kos yang boleh disesuaikan dengan keadaan setempat dan
memberi sumbangan besar dalam menambah baik kesihatan dan keadaan persekitaran.
Kebersihan peribadi adalah sangat penting dalam mencegah pencemaran dalam makanan
dan air minuman.

124
Pengurusan kes yang betul, sama ada di rumah dan di kemudahan kesihatan, dapat
mengurangkan kematian akibat wabak akut dan penyakit cirit birit untuk semua peringkat
umur.

Hal ini boleh dicapai dengan pencegahan penyahhidratan di rumah dengan jumlah cecair
yang meningkat yang menyediakan makanan atau susu ibu secara berterusan.
Penyahhidratan boleh dirawat dengan menggunakan garam penghidratan oral dan
penggunaan cecair intravena untuk penyahhidratan teruk. Antibiotik hanya boleh diambil
untuk disenteri dan kes-kes taun yang teruk.

Penyakit taun yang sudah tentunya dikaitkan dengan kemiskinan, cenderung berlaku apabila
terdapat jumlah penduduk yang ramai dengan sanitasi yang tidak mencukupi dan air
minuman yang selamat. Oleh itu, strategi jangka panjang untuk mencegah penyakit taun
adalah dengan penghapusan faktor-faktor yang membolehkan penularannya, terutamanya
dengan menambah baik bekalan air dan sanitasi.

Merawat pesakit dengan terapi penghidratan adalah asas bagi usaha kesihatan masyarakat
untuk mengurangkan kematian yang disebabkan oleh penyakit taun. Semasa kecemasan
akut, menyediakan air minuman yang bersih, sanitasi asas dan pembuangan sisa manusia
dengan selamat adalah intervensi penting untuk pencegahan. Imunisasi tidak begitu
memberi manfaat dalam wabak seperti ini.

Sistem air minuman yang selamat dan kemudahan pembuangan kumbahan yang
mencukupi penting untuk mencegah tifoid. Penjagaan kebersihan yang ketat penting
semasa menyediakan makanan, seperti bekas penyimpanan salad yang betul dan
penyimpanan bahan makanan beku yang lain.

Meskipun terdapat vaksin namun vaksin tidak memberikan perlindungan sepenuhnya. Oleh
kerana peningkatan pelbagai jenis bakteria penentang, terdapat keperluan yang lebih
banyak untuk vaksin yang tahan lama dan lebih efektif. Penyelidikan dalam bidang ini masih
berterusan.

Menggunakan teknologi pemprosesan makanan seperti pempasteuran, pensterilan,


penapaian atau penyinaran; dan paling penting adalah mendidik penyedia makanan dengan
prinsip penyediaan makanan yang selamat. Mendidik pengguna dan penyedia makan
penting untuk mencegah penyakit cirit-birit.

Vaksin hepatitis A disyorkan kepada penyedia makanan. Tetapi kerana kosnya yang tinggi, ia
tidak digunakan secara meluas. Berikutan hal ini, kerjasama antara sektor penting. Tanpa
kerjasama antara sektor, kesihatan dan pencegahan penyakit tidak dapat direalisasikan.
Tanggungjawab dalam menyediakan makanan yang selamat seharusnya dikongsi antara
kerajaan dengan industri makanan, dari pengeluar sehingga peruncit.

125
Tetanus tidak akan dapat dibasmi kerana kulatnya menyebabkan ia sentiasa kekal dalam
persekitaran yang mendedahkan risiko jangkitan. Namun, ia boleh dibasmi sebagi masalah
kesihatan masyarakat – bermakna dengan mengurangkan insiden kepada kurang daripada 1
kes bagi setiap 1,000 kelahiran di setiap daerah yang berlaku jangkitan.

Hal ini memerlukan imunisasi bagi ibu mengandung dan semua wanita yang melahirkan
anak di kawasan yang berisiko tinggi. Amalan kebersihan melahirkan anak juga elemen
pencegahan utama dan dipromosikan melalui kempen WHO “Clean Delivery”.

Bayi yang lahir dari ibu yang telah diberi imunisasi mempunyai imunisasi semula jadi
sehinggan 12 minggu. Wanita memerlukan dua dosis vaksin untuk mendapatkan tiga tahun
perlindungan dan lima dos yang merangkumi tindak balas imunisasi maksimum sepanjang
tahun-tahun mereka melahirkan anak.

Di dunia impian kita, kita menginginkan sanitasi yang cukup untuk semua. Tetapi, dalam
dunia sebenar, hal ini tidak berlaku dan mengawal daripada membasmi jangkitan parasit
bawaan-tanih akan terus menjadi matlamat realistik.

WHO mempromosikan penggunaan dadah dos-tunggal dengan kerap, selamat, murah dan
berkesan untuk melawan jangkitan kuman usus. Kajian menunjukkan bahawa, dalam
kalangan populasi yang berisiko, kebanyakan kuman merebak melalui sebahagian kecil
populasi. Hal ini menunjukkan bahawa, mengenal pasti dan merawat kumpulan yang
dijangkiti adalah lebih menjimatkan kos.

Bahan Rujukan: Mutiara Kata

1. Kesihatan tidak bergantung pada keadaan, tetapi pada fikiran (Mary Baker)
2. Kesihatan ada sempadannya; penyakit adalahh jiran yang paling rapat (Aeschylus)
3. Kekayaan sebenar adalah kesihatan, bukannya kepingan emas atau pun perak
(Mahatma Ghandi)
4.

Bahan Rujukan: Peribahasa

1. Daripada segenggam jadi segantang (daripada sedikit lama-lama menjadi banyak)


2. Sediakan paying sebelum hujan (berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana)
3. Nasi sudah menjadi bubur (Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diubah kembali)

126
Bahan Rujukan: Ungkapan Indah

1. Sisa pengalaman lalu


2. Mengatur segala urusan dengan bijaksana
3. Mengambil langkah responsive
4. Mengambil Langkah drastik
5. Mengelakkan kesan yang lebih memudaratkan
6. Mengambil iktibar
7. Menggambarkan sikap
8. Menggugat keutuhan masyarakat
9. Menghadirkan keajaiban
10. Menghapuskan prasangka

BORANG SENARAI SEMAK


127
Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan
 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

128
SOALAN 17
DOMAIN : PENTADABIRAN - KEPIMPINAN

Konsep kepimpinan melalui teladan yang diterapkan di dalam sesebuah organisasi membuatkan
setiap ahli dapat melihat dan mengamalkan konsep tersebut sama seperti sikap yang ditunjukkan
oleh pucuk pimpinan.

Sumber: Itulis - Internet

Petikan di atas menerangkan tentang konsep, “Kepimpinan Melalui Teladan”. Pada pendapat
anda, apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin agar orang bawahan dan para
pekerja dapat turut sama mengamalkan dan membudayakan konsep tersebut.

Tuliskan pendapat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga
500 patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apakah maksud Kepimpinan Melalui Teladan


- Apakah ciri-cirinya:
- Ada inisiatif / menangani konflik
- Pemikiran kritis
- Mendengar secara efektif
- Sentiasa memberi motivasi
- Berdisiplin/positif
- Mengagih tugasan secara adi

 Merangka Karangan:

129
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

Bahan Rujukan

130
Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

 Menambah Baik Kemahiran Kepimpinan

Kemahiran kepimpinan memainkan peranan besar dalam pembangunan kerjaya. Kemahiran


teknikal hanya sekadar kemahiran teknikal sahaja. Bagi membantu anda bergerak maju
dalam kerjaya anda, anda mungkin memerlukan kemahiran insaniah, seperti kebolehan
untuk menjadi pemimpin yang baik. Oleh itu, kemahiran kepimpinan dianggap penting yang
boleh membantu anda untuk berjaya dalam bidang kerjaya anda. Anda mungkin akan
diambil berkerja atau dinaikkan jawatan sekiranya anda berjaya dalam peranan memimpin
dalam kerjaya atau kehidupan seharian.

Hanya sesetengah orang sahaja yang berbakat sebagai pemimpin. Kebanyakan daripada kita
perlu melatih diri untuk menjadi pemimpin yang baik dan sebab itu pembangunan
kepimpinan adalah penting. Terdapat banyak jenis kepimpinan yang berbeza dan terdapat
banyak set kemahiran yang membantu anda menjadi pemimpin yang berjaya.

 Mengambil Inisiatif

Kebanyakan ketua hanya akan memberi tugas kepada kakitangan yang tahu apa yang
mereka lakukan. Sebab itu penting untuk secara sukarela menggalas tanggungjawab yang
melangkaui jawatan semasa anda. Fokus terhadap kompetensi pembelajaran di luar bidang
pengetahuan utama anda. Jangan lupa, lebih banyak kerja yang anda buat, lebih banyak
anda belajar. Belajar dengan lebih banyak dan menggalas tanggungjawab dengan baik akan
membantu anda mengambil peranan kepimpinan di tempat kerja anda.

 Pemikiran Kritis

Untuk kerja yang berrpofil tinggi, anda perlu menjadi pemikir kritis. Pemimpin yang baik
boleh melihat masalah yang akan datang. Mereka juga boleh membangunkan cara untuk
mencegah masalah sebelum ia berlaku. Pemimpin yang baik juga jelas tentang potensi
peluang dan mengambil peluang untuk kebaikan syarikat dan kakitangan.

 Mendengar Secara Efektif

131
Salah satu kemahiran yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah mendengar. Tanpa
kemahiran mendengar, anda tidak boleh mendapatkan maklum balas daripada orang lain
dan memahami tentang apa yang ahli pasukan gemar tentang projek yang mereka sedang
laksanakan. Maklum balas adalah kunci. Untuk mendengar secara efektif, anda perlu
mengekalkan hubungan mata, mengelakkan gangguan dan memberi respons sewajarnya.
Jangan lupa, komunikasi bukan sekadar komunikasi lisan. Jaga bahasa tubuh dan pergerakan
untuk menentukan apa yang sedang dikatakan oleh orang lain.

 Memberi motivasi kepada orang lain

John Quincy Adams pernah mengatakan: “Sekiranya tindakan anda memberi inspirasi
kepada orang lain untuk mempunyai cita-cita, belajar dengan lebih banyak, melaksanakan
sesuatu perkara dengan lebih banyak dan menjadi lebih baik, maka anda adalah seorang
pemimpin”.

Seorang pemimpin sebenar mempengaruhi orang lain secara positif. Apabila kakitangan
atau rakan sekerja berputus asa dengan cita-cita dan minat mereka, seorang pemimpin yang
sebenar akan memotivasi dan mendorong mereka. Bagaimanakah pemimpin memberi
motivasi kepada orang lain? Pertama, mereka tahu apa yang diperlukan dan diinginkan oleh
individu tersebut. Contohnya, sekiranya seorang kakitangan tidak mempunyai motivasi
kerana dia rasakan usaha kerasnya tidak diiktiraf, seorang pemimpin yang baik akan
bercakap dengan individu tersebut dan memberikan penghargaan yang selayaknya diterima
oleh individu tersebut.

Kadang-kala, seseorang tidak mempunyai motivasi kerana mereka menghadapi kesukaran,


penat melakukan perkara yang sama berulang-kali, atau berasa kecewa kerana mereka tidak
diminta untuk terlibat. Sebagai seorang pemimpin, anda seharusnya bercakap dengan
kakitangan dan tanya mereka apa yang sedang berlaku…dan beri dorongan kepada mereka
untuk mencari cara melibatkan diri.

 Disiplin

Disiplin diperlukan untuk mencapai matlamat. Meskipun anda mempunyai visi atau idea, ia
tidak akan berguna tanpa disiplin. Sekiranya anda ingin melaksanakannya secara efektif,
anda memerlukan disiplin. Contohnya, anda dan pasukan anda ingin menghasilkan satu
rancangan perniagaan untuk menarik minat pelabur. Anda mempunyai banyak idea untuk
rancangan perniagaan tersebut, tetapi tiada disiplin bagi memastikan anda berlatih untuk
membuat pembentangan. Semasa membentangkan usul tersebut, anda tidak akan
berupaya untuk menyampaikan objektif anda dengan baik kepada pelabur. Hasilnya,
pelabur tidak berminat dengan usul anda. Ole itu, untuk menjadi seorang pemimpin yang
baik, anda memerlukan disiplin diri dan memastikan orang lain dalam pasukan anda juga
berdisiplin.

132
Tahu Cara untuk Mengagihkan Tugasan

Menurut Theodore Roosevelt, “Eksekutif yang bagus adalah mereka yang cukup bijak untuk
memilih individu yang baik untuk melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan dan
menahan diri mereka untuk tidak campur tangan semasa individu ini melakukan tugas
tersebut”.

Seorang pemimpin yang berjaya tidak akan melaksanakan pengurusan mikro. Agihkan tugas
kepada kakitangan anda dan biarkan mereka rasa mereka diperkasakan. Sekiranya anda
melakukan hal ini, mereka akan rasa lebih terlibat dan mempunyai lebih banyak peluang
untuk membina kemahiran baharu. Mengagihkan tugas akan membolehkan anda untuk
fokus terhadap matlamat yang anda perlu untuk capai. Sekiranya anda adalah ketua projek,
anda masih bertanggungjawab terhadap tugas tersebut. Sebab itu penting untuk memantau
projek yang sedah diagihkan.

 Menangani konflik

Pemimpin perlu tahu cara untuk menangani individu yang sukar dan menyelesaikan konflik.
Sekiranya seorang kakitangan tidak melaksanakan tugas dengan baik dan menunjukkan
sikap negatif di tempat kerja, pemimpin perlu untuk campur tangan dan menegur individu
tersebut secara individu. Pemimpin perlu bersikap jujur dan telus. Hal ini memerlukan
keberanian. Bukan mudah untuk membincangkan masalah atau memecat seseorang, jadi
ingat untuk sentiasa mendengar cerita kakitangan anda sebelum anda membuat
kkesimpuan dan mengambil tindakan.

 Menjadi Pengikut

Pemimpin seharusnya belajar untuk menghargai nilai ahli pasukan, belajar daripada mereka
dan menggalakkan ahli pasukan untuk belajar daripada mereka. Pelajari tentang perkara
yang anda tidak tahu daripada individu yang pakar dalam bidang tersebut.

 Kesimpulan

Kemahiran kepimpinan yang baik adalah penting untuk pembangunan kerjaya. “Kunci
kejayaan kepimpinan pada hari ini adalah untuk mempengaruhi orang lain, bukan
menunjukkan kuasa”, kata Ken Blancard. Sekiranya anda ingin menambah baik kemahiran
kepimpinan anda, fikirkan tentang tindadkan yang anda boleh ambil untuk menjadi lebih
berpengaruh. Sekiranya anda sudah menjadi seorang pemimpin, fikirkan tentang bagaimana
annda boleh mempengaruhi orang lain.

133
Bahan Rujukan: Mutiara Kata
1. Kepimpinan dan kesediaan untuk belajar sangat memerlukan antara satu sama lain
(John F. Kennedy)
2. Insan yang hendak memimpin orang lain haruslah mahir memimpin dirinya terlebih
dahulu (Philipa Massinger)
3. Untuk menjadi pemimpin anda mestilah mampu menyebabkan orang lain menhu
mengikut anda; tetapi tiada siapa akan mengikut and ajika mereka tidak tahu ke
mana anda menghala (Joe Namath)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Tak berpucuk di atas enam (Sangat sombong dan memandang rendah kepada orang
lain)
2. Dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengan cakap orang, terjun masuk
lubuk (Sesuatu pekerjaan itu hendakla difikirkan sendiri masak-masak sebelum
dikerjakan dan jangan seskali mendengar cakap orang)
3. Baik membawa resam padi daripada membawa resam Lalang (Merendah diri lebihh
baik daripada bersikap sombong)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Menjadi penanda aras
2. Menjadi rujukan masyarakat
3. Menjadi nilai tambah
4. Menampilkan kualiti yang tersendiri
5. Mencambahkan kreativiti
6. Menambat hati serta minda orang bawah
7. Memaami aspirasi para pekerja
8. Medium komunikasi maya
9. Tidak cepat emosi
10. Tidak diucap sembarangan

134
BORANG SENARAI SEMAK

Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan

3 Pendahuluan karangan 
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa? 
Impak? 
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa? 
Impak? 
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa? 
Impak? 
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa? 
Impak? 
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa? 
Impak? 
9 Penutup (Penanda wacana penutup) 
10 Memanfaatkan statistik penting 
11 Pendapat tokoh berwibawa 
12 Ungkapan indah/ Peribahasa 
13 Nilai murni 
14 Penanda wacana 
15 Ejaan 
16 Tatabahasa 
17 Tanda baca 
18 Struktur ayat 
19 Keseimbangan perenggan 
20 Kematangan fikiran 
21 Tulisan 
22 Jumlah perkataan 
MARKAH:

Markah Markah Peratus


dapat penuh
70 %

135
SOALAN 18
DOMAIN : BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak
perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis
menceritakan dari pengalamannya yang tersendiri – bukan sebaliknya hanya melaporkan
peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar,
menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

Sumber: Azmah Nordin

Ada yang berpendapat bahawa manulis karya kreatif hanya membuang masa dan khayalan kosong
semata-mata tetapi anda berpandangan sebaliknya. Tentu sekali pendapat Azma Nordin di atas
boleh dijadikan panduan bahawa penulisan kreatif bukanlah cakap-cakap kosong semata-mata.

Nyatakan pendapat anda, mengapa penulisan karya kreatif amat penting dalam kehidupan kita.

Tuliskan pendapat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga 500
patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Apa itu penulisan kreatif?


- Kepuasan kepada pengarang
- Mengembangkan imaginasi
- Menampilkan pengalaman
- Memperkembanagkan wawasan
- Penggunaan bahasa yang kreatif
- Melestarikan khazanah sastera

 Merangka Karangan:

136
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

Bahan Rujukan

137
Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana

 PENULISAN KREATIF

Definisi karya kreatif:


Karya kreatif (cerpen, drama, novel dan puisi) merupakan wahana pengucapan pengarang
atau penyair untuk menghantar idea, mesej atau perutusan, tanggapan atau tafsiran dan
kesan emosi terhadap sesuatu peristiwa dan isu yang tercetus dalam kehidupan masyarakat.
Menerusi kerya kreatif inilah seseorang pengarang atau penyair melontarkan kritikan
terhadap masyarakatnya.

Kepuasan kepada pengarang:


Penulisan karya kreatif akan memberi kepuasan, keseronokan dan kenikmatan kepada
pengarangnya. Sekali gus pula ia akan memberikan nilai yang sama kepada penggunanya
atau pembacanya.

Mengembangkan imaginasi:
Penulisan karya kretif merupakan wahana kepada pengarang mengembangkan
imaginasinya dan ikut berfikir secara kritis tentang sesuatu isu, insan, masyarakat,
pengalaman dan gagasan.

Menampilkan pengalaman:
Menerusi penulisan karya kreatif seseorang pengarang berkesempatan meluahkan dan
menampilkan pengalaman-pengalaman aneh, pandangan baru, rangsangan dan perjuangan
memperoleh sesuatu dengan bijaksana dan wajar.

Memperkembangkan wawasan:
Penulisan karya kreatif berupaya memperkembangkan wawasan seseorang atau melahirkan
perilaku kemanusiaan dalam menghadapi cabaran hidup. Di samping itu, pengarang
berpeluang menyumbang atau memperkenalkan pelbagai pengalaman yang bersifat sejagat
kepada pengguna/pembaaca dan hubungan dua hala antara insan dengan alam serta makna
yang tersirat di sebaliknya.

Berketerampilan dalam menggunakan bahasa:


Berupaya melatih seseorang itu berketerampilan dalam menggunakan bahasa dan sekali gus
memantapkan penggunaan bahasa kepada khalayk pembaca. Dengan ini, sesuatu bahasa
itu akan sentiasa berkembang dan hidup segar.

Kelestarian khazanah sastera:

138
Hasil daripada penulisan karya kreatif merupakan sumbangan utama dan penting bagi
kelestarian serta penyebaran bahkan faktor penerusan kepada warisan khazanah atau aset
sastera daripada satu generasi ke generasi lainnya.

Bahan Rujukan 2: Rencana

 APA ITU PENULISAN KREATIF

Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir,
gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis
menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri – bukan sebaliknya hanya melaporkan
peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar,
menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

Tapi apa itu Penulisan Kreatif?

Penulisan adalah suatu bentuk kebebasan untuk setiap insan yang menulis. I
membebaskan kita daripada identiti massa yg kita lihat di sekeliling kita. Di mana
akhirnya, penulis akan menulis bukan untuk menciptakan hero/watak utama tidak yang
melanggar nilai2 murni sejagat, tapi untuk menyelamatkan diri sendiri – untuk
kelansungan hidup sebagai individu.

Penulisan, biar dalam genre apa sekali pun, memang agak sukar, tapi berbaloi – anda
akan mendapat keputasan yang tiada taranya, setiap kali sesebuah karya itu selesai
digarap. Menjadi seorang insan kreatif kadangkala agak sukar, mencabar pada ketika-
ketikanya, tp juga menyeronokkan.

Bagaimana Hendak Memulakannya?

Betulkah, seperti tanggapan ramai, bahawa jika seseorang itu sudah membaca banyak
cerpen ataupun novel, mereka sudah boleh menghasilkan sebuah karya penulisan
kreatif?

Ada ramai juga yang percaya; oleh kerana kebanyakan daripada kita `petah di dalam
minda’ dan bukan buta huruf, maka tidak perlu ada tempoh percubaan jika kita mahu
memahirkan diri dalam pertukangan penulisan kreatif. Ramai yang berfikir begitu,
sehinggalah dia cuba menghasilkan novel pertamanya. Seperti sebuah perabot,
mempunyai keperluan tertentu, syarat pembinaannya yang perlu dipelajari
(merancang, mengenal pasti stye dan jenis kayu yang dikehendaki, menyukat,
menggergaji-bentukkan, menukul-pakukan, membarnish-kilatkan dan sebagainya).
Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh

139
terus menghasilkannya sendiri – sama juga macam kita sudah duduk di atas banyak
kerusi, tidak bermakna kita semua boleh buat kerusi, bukan?

Bagaimanapun, jika anda ingin sekali menghasilkan karya tanpa sebarang panduan
daripada yg lebih mengetahui caranya, tak salah kiranya kalau mencuba; tapi janganlah
terlalu kecewa, andainya usaha pertama anda tidak sebaik yang anda harapkan. Sama
juga macam seorang tukang kayu yang mungkin mendapati kerusi pertama yang
ditukanginya, tidak sesempurna yang diharapkan. Mungkin kaki kerusi itu bergoyang2
atau tempat melabuh punggung di kerusi itu senget sebelah. Banyak buku2 yang
cenderung membina penulis2 baru . Seeloknya anda baca buku2 itu dihasilkan oleh
mereka yang benar2 giat menulis, samada cerpen ataupun novel, kerana anda
mahukan pengalamannya sebagai seorang cerpenis dan novelis. Selain daripada
mendapatkan tips daripada penulis2 berpengalaman – saya, misalnya.

Sebelum menghasilkan novel, saya cadangkan anda memulakan karya yang ringan
sedikit. Menghasilkan cerpen dahulu. Apabila anda sudah menghasilkan cerpen, anda
sebenarnya sudah boleh menulis novel. Untuk novel pertama dan kedua, elok juga
anda memulakan dengan penulisan yang ringan sedikit juga. Misalnya, novel kanak-
kanak dan remaja – sekadar untuk mendapatkan pengalaman. Selepas siap (tak payah
tunggu terbit, asal dapat kelulusan pun ok) saya yakin anda sudah punya cukup
keberanian untuk mengorak lang dan menghasilkan novel dewasa pula. Untuk
menghasilkan novel dewasa pertama – nanti kita boleh bincang, ok?

Namun, andainya anda akhirnya hanya termenung berjam-jam, menatap skrin


komputer yg tidak memaparkan apa2 pada muka surat ms worda anda tu, kenapa tulis
saja idea/cerita yang anda fikirkan hingga menggerakkan menghampiri komputer anda
sebelumnya. Ini adalah sebagai satu latihan ringkas, mengarah kepada penulisan yang
sebenarnya. Jangan terlalu memikirkan tentang tata bahasanya, jalan ceritanya,
watak2nya, suasananya ataupun mutu penulisannya (kerana anda belum lagi mahu
menghantar manuskrip anda kepada pihak penerbit ketika ini kan?). Bila anda sudah
dapat melihat idea atau ilham cerita anda di dalam bentuk `hitam/putih’, ia akan
memberikan anda semacam semangat untuk memikir-kembangkan cerita anda itu
dalam bentuk novel.

Bahan Rujukan: Mutiara Kata

140
1. Kita hidup di sebuah dunia fantasi, dunia yang penuh ilusi. Tugas kita yang paling
payah ialah mencari realiti.
(Iris Murdoch)

2. Imaginasi adalah permulaan bagi segala penciptaan. Anda akan membayangkan apa
yang anda manu, kemudian anda akan menginginkannya, dan akhirnya anda akan
berusaha menciptanya.
(George Benard Shaw)

3. Tanpa mengetahui kuasa kata-kata, adalah mustahil untuk mengenali manusia.


(Confucius)

Bahan Rujukan: Peribahasa

1. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan (jika seseorang mempunyai cita-cita, dia
akan berusaha bersungguh-sunggu)

2. Memerah otak (berfikir dan belajar bersungguh-sungguh)

3. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain (apabila bersabar melakukan


sesuatu akhirnya akan berhasil juga)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah

1. Kalimahkeramat
2. Keanekaragaman
3. Implikasinya amat besar
4. Impak besar
5. Gunakanlah kapasiti ke tahap maksimum
6. Dijalankan secara istiqamah
7. Bersifat holistik komprehensif dan ideal
8. Berikteraksi dengan efektif
9. Masi terbelenggu dengana cara berfikiran sempit
10. Medium yang digunakan

BORANG SENARAI SEMAK


141
Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan

 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

142
SOALAN 19
DOMAIN : KESELAMATAN - BULI

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) harap Kementerian Pendidikan
dapat mengutamakan usaha menyemai sikap saling menghormati dan menghargai dalam kalangan
pelajar sebagai pendekatan holistik mengekang gejala buli serta keganasan.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia penting memandangkan kaji selidik Tabung
Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan bahawa tujuh daripada
10 kanak-kanak di negara ini bimbang mengenai isu buli.

Sumber: Berita Harian 30 Jun 2018

Tan Sri Lee Lam Thye begitu bimbang dengan peningkatan kes membuli di sekolah-sekolah pada
waktu ini. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan di dalam
sebuah akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah, “Buli: Ibarat Api dalam Sekam”.

Tuliskan rencana anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga 500
patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Definis buli


- Senario buli di sekolah-sekolah
- Kesan buli
- Mengapa mereka membuli?
Cara-cata mengatasi budaya membuli

 Merangka Karangan:

143
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

Bahan Rujukan

144
Bahan Rujukan : Petikan Rencana

 BULI

Definisi buli:
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka yang
lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Buli juga bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal
yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan
perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.
Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta
boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan
ketidakselesaan kepada orang lain.

Aktiviti membuli:
Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar,
menendang, menarik rambut, atau mencubit. Buli fizikal boleh membawa kepada kematian
sekiranya melibatkan keganasan melampau manakala buli mental lebih kepada ejek-
mengejek, mengusik dan menghina. Mangsa buli akan mengalami kesan dalaman iaitu
masalah psikologi, hilang keyakinan diri, tiada matlamat hidup, rasa takut, mencederakan
diri sendiri sehingga hilang semangat untuk hidup. Secara umumnya perlakuan buli lebih
cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki sama ada secara individua tau
berkumpulan.

Senario membuli:
Masalah disiplin yang semakin menjadi-jadi di sekolah berakibat daripada sistem sekolah
yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengetepikan aspek sukan,
kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan membawa kepada budaya buli.
Peranan ibu bapa dan guru-guru amat penting untuk memantau kawan-kawan kepada anak-
anak mereka dan memastikan mereka tidak terjebak dengan geng buli. Guru-guru harus
membantu memberitahu ibu bapa jika ada yang tidak kena dengan anak-anaka mereka.
Di sekolah, anak-anak kita berkelakuan tidak sama dengan kelakuan di rumah. Kalau di
rumah, piijak semut pun tak mati maka ibu bapa tidak percaya jika ada antaranya anak-
anaknya terlibat dengan kes buli. Bila ditanya pada anak-anak yang terlibat maka alas an-
alasan seperti kesibukan ibu bapa yang mengabaikan mereka. Kes buli yang tidak
dibendung akan mengakibatkan penglibatan pelajar-pelajar dalam gengsterisme pula.

Kesan buli:

145
Pembuli – kesan luaran:
- Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar mereka akan menjadi penjenayah.
- Bertindak agresif apabila dewasa seperri merogol, merompak, mendera anak isteri
dan lain-lain.
Dibuli – kesan luaran:
- Mereka akan membalas dendam kepada orang lain dengan tujuan untuk
mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.
- Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.
Kesan dalaman:
- Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan
sesuatu demi membahagikan orang lain, ponteng sekolah dan sebagainya. Selain itu,
ada juga yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana mersakan diri mereka tidak
berguna.

Mengapa mereka sering membuli:

- Faktor rakan sebaya.


- Memperlihatkan rasa tidak puas hati.
- Pernah menjadi mangsa buli.
- Gangguan personaliti seperti antisosial dan merasakan diri mereka tidak pernah
bersalah.
- Gagal mengendalikan emosi dengan baik.
- Lemah dalam pembelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
- Penceraian ibu bapa.
- Terlalu dimanjakan oleh ibu bapa.
- Sekadar mahu berseronok.
- Berasa bosan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
- Guru yang mengamalkan sikap pilih kasih.
- Ingin menunjukkan kekuatan dan kehebatan diri.
- Media massa (elektronik, sosial dan media cetak) yang kerap memaparkan aksi,
pertuturan yang tidak sopan dan tingkah laku yang ganas.

Bahan Rujukan: Mutiara Kata

146
1. Anda tidak akan boleh berjabat dengan tangan orang yang menggenggam
penumbuk. (Indra Ghandi)

2. Semua jenayah adalah penyakit dan harus dirawat seperti pesakit(Mohandas


Ghandi)

3. Tidak ada undang-undang atau peraturan yang lebih berkuasa daripada tolak ansur.
(Plato)

Bahan Rujukan: Peribahasa

1. Melangkahi ular (melakukan sesuatu yang sangat berbahaya)

2. Melentur buluh biarlah waktu rebung (mengajar anak biarlah sejak kecil, apabila
besar tidak dapat diajar lagi)

3. Membuat diam-diam lepu (berpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk


membuat jahat)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah

1. Mahu mencipta kelainan dan menarik perhatian khalayak


2. Mampu berfikir secara kritikal dan rasional
3. Masa yang amat mencabar
4. Memperlekeh keupayaan pihak lain
5. Memulihkan persepsi negatif
6. Memperlekehkan keupayaan pihak lain
7. Memprogramkan minda
8. Mempunyai kelemahan-kelemahan yang perlu ditegur dan dinasihati
9. Pandangan pro dan kontra dipaparkan
10. Pelbagai kisah musibah

BORANG SENARAI SEMAK

147
Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan
 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

148
SOALAN 20
DOMAIN : PENDIDIKAN - MEMBACA

Budaya membaca di Malaysia masih berada di tahap yang kurang memberangsangkan. Golongan
remaja sekarang banyak menambah ilmu pengetahuan mereka dengan ilmu pengetahuan yang
berunsur ganas dan majalah yang berunsur negatif.Ini telah menyebabkan golongan ini tidak dapat
berfikir secara matang dan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Sumber: Toluna - Internet

Berdasarkan petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa golongan remaja di Malaysia masih belum
berminat untuk menjadikan membaca bahan-bahan yang berkualiti sebagai bahan bacaan mereka.
Sehubungan dengan itu anda sebagai juara pertandingan NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)
peringkat kebangsaan dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk, “Cara memilih dan
membaca buku yang berkesan.”

Tuliskan ceramah anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah di antara 350 hingga 500
patah perkataan.

 Menganalisis Soalan

Format Rencana

Kata kunci - Budaya membaca dalam kalangan remaja?


- Dapatkan cadangan daripada kenalan dan keluarga
- Ketahui apa yang kita suka
- Baca ulasan buku/kulit belakang
- Elakkan membaca buu yang tidak baik
- Jangan membaca kerana tertarik dengan penulisnya
semata-mata
- Ambil masa yang sesuai untuk membaca

Merangka Karangan:

149
Pendahulua
n
Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Penutup

Bahan Rujukan

150
Bahan Rujukan 1 : Petikan Rencana
MEMILIH BUKU UNTUK DIBACA

Dapatkan cadangan daripada kenalan dan keluarga:

Sebelum anda ingin membeli atau mencari buku untuk dibaca, ada baiknya anda meminta
cadangan dan pandangan daripada ibu bapa, keluarga malahan rakan-rakan anda. Jika ada
dua pendapat yang berbeza, ambil masa untuk mengemukakan soalan lanjutan agar buku
yang anda pilih memberi pulangan ilmu yang terbaik serta seronok dibaca.

Ketahui apa yang anda suka:

Bantu diri anda sendiri untuk mengenal pasti apa yang anda suka baca. Pilih yang terbaik.
Mungkin anda baru sahaja menonton televisyen tentang cerita penggembaraan dan anda
meminatinya, maka buku-buku yang berkaitan dengan penggembaran amat sesuai untuk
dibaca.

Baca ulasan buku dalam talian atau di kulit belakang:

Dewasa ini anda berpeluang untuk membaca ulasan sesebuah buku melalui dalam talian. Di
situ terdapat juga ulasan daripada ramai pembaca sama ada secara positif atau sebaliknya.
Selain itu, anda juga boleh membaca ulasan atau sinopsis di kulit belakang buku.

Jangan baca buku yang tidak baik:

Elakkan daripada membaca buku yang tidak elok dibaca seperti buku-buku yang berunsur
lucah, keganasan buku-buku yang tidak seronok dibaca. Buku-buku seumpama ini akan
menyebabkan anda mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang negative atau anda akan
bosan dan tidak meneruskan pembacaan. Akibatnya, anda akan kerugian masa, tenaga dan
wang ringgit.

Jangan membaca buku kerana penulis atau ramai pembacanya.

151
Tidak semua penulis hebat melahirkan buku yang hebat. Mungkin 99% buku yang ditulisnya
sebelum ini laris jualannya tapi mungkin juga buku yang anda ingin baca itu terlalu rendah
kualiti penulisannya. Mungkin ramai yang telah membaca buku tersebut tetapi mungkin
juga ramai yang telah kecewa membacanya.

Ambil masa untuk membaca sesebuah buku:

Buku yang tebal hingga beribu muka surat, buku-buku yang terlalu bombastik bahasanya
atau istilah-istilah yang asing bagi anda, ambillah masa untuk membacanya. Jangan tergesa-
gesa membacanya kerana mungkin anda kurang memahami dan menghayati buku tersebut.
Ambil masa untuk menamatkan pembacaan.

Baca buku pada masa yang betul:

Apabila anda ada masa yang terluang, bacalah buku-buku akademik dan bermaklumat
kandungannya. Jika anda dalam perjalanan sama ada menaiki bas atau kapal terbang,
bacalah buku-buku yang ringan seperti fiksyen, kisah penggembaraan dan mungkin juga
kisah-kisah kehidupan

Bahan Rujukan 2: Rencana

152
 Budaya membaca dapat melahirkan masyarakat yang cerdas,berdaya saing yang tinggi dan
produktif.

Ditutup
Budaya membaca boleh melahirkan insan yang mulia dan dengan membaca pemikiran
seseorang berkembang dan mempunyai imiginasi yang lebih tinggi dan boleh mengeluarkan
pendapat dan hujah yang baik. Orang yang kuat membaca ini mempunyai idea-idea yang
bernas dan secara tidak langsung mereka ini dapat membangunkan sesebuah negara dan
juga menjadi pemimpin yang berkalibar.

Bahan bacaan boleh didapati dalam berbagai bentuk seperti:


1.Bacaan Ilmiah dan tidak Ilmiah
2.Buku Motivasi
3.Novel
4.Majalah
5.Surat Khabar
6.Buku Digital
7.Membaca dalam talian
8.Bahan bacaan Linus-bagi pemulihan khas dan lain-lain.

Tetapi budaya membaca di Malaysia masih berada di tahap yang kurang


memberangsangkan.Golongan Remaja sekarang banyak menambah ilmu pengetahuan
mereka dengan ilmu pengetahuan yang berunsur ganas dan majalah yang berunsur
negatif.Ini telah menyebabkan golongan ini tidak dapat berfikir secara matang dan akan
ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Bahan Rujukan: Mutiara Kata

153
1. Orang yang tidak membaca buku-buku yang baik tidak mempunyai apa-apa
kelebihan ke atas orang yang tidak boleh membaca. (Mark Twin)

2. Buku yang baik adalah kawan yang baik, hari ini dan selama-lamanya.
(Martin F. Tupper)

3. Idea-idea untuk mengubah kehidupan selalunya datang kepada saya menerusi buku.
(Bell Hooks)

Bahan Rujukan: Peribahasa


1. Bertangguh itu pencuri masa (tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan
sesuatu kerana akan membazirkan masa)
2. Diam ubi berisi (dia orang yang berilmu/sedang berfikir)
3. Ilmu itu pelita hati (manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya
tenteram)

Bahan Rujukan: Ungkapan Indah


1. Memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan
2. Membimbing mereka memenuhi impian
3. Membina keutuhan bangsa
4. Kepentingan dunia dan akhirat
5. Kepincangan yang perlu dibetulkan
6. Jangkaan itu tersasar jauh
7. Imej seorang pelajar
8. Impak positif
9. Golongan pelajar yang berketerampilan
10. Ilmu menjadi nadi dalam setiap urusan

BORANG SENARAI SEMAK

154
Sila teliti borang senarai semak sebelum and amula menulis karangan. Setelah karangan
anda sempurna ditulis, sila semak sekali lagi berpandukan senarai semak ini. Jika ada
sesuatu yang tertinggal atau silap, pastikan anda membuat pembetulan dan
penambahbaikan.

Bil Aspek yang ditaksir Ada/Tiad Ulasan Guru


a
1 Takrif karangan
2 Format karangan
3 Pendahuluan karangan
4 Isi 1: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
5 Isi 2: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
6 Isi 3: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
7 Isi 4: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
8 Isi 5: Apa? Bagaimana? Mengapa?
Impak?
9 Penutup (Penanda wacana penutup)
10 Memanfaatkan statistik penting
11 Pendapat tokoh berwibawa
12 Ungkapan indah/ Peribahasa
13 Nilai murni
14 Penanda wacana
15 Ejaan
16 Tatabahasa
17 Tanda baca
18 Struktur ayat
19 Keseimbangan perenggan
20 Kematangan fikiran
21 Tulisan
22 Jumlah perkataan
 MARKAH:
Markah Markah Peratus
dapat penuh
70 %

155
Peribahasa dan Maksudnya

Bil Peribahasa Maksudnya


1. Ada hati Ada keinginan.
2. Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha.
3. Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik
sesuatu perbuatan.
4. Air muka a. Permukaan air
b. Rupa muka (yang membayangkan
sesuatu perasaan)
c. Maruah, harga diri
5. Air seni Air kencing, air kecil.
6. Akal yang sihat itu ada pada badan Orang yang sihat tubuh badan memiliki
yang cergas fikiran yang baik dan idea yang bernas.
7. Akar umbi a. Akar tunjang
b. Keseluruhan asas (sesuatu) yang
kukuh
c. Peringkat bawahan atau asas
dalam sesuatu kemuniti
8. Alah biasa tegal (kerana) biasas Segala kesusahan tidak akan terasa lagi
sesudah biasa mengalaminya.
9. Alah membeli menang memakai Tidak apalah mahal sedikit harganya asal
barang itu kuat (tahan dan sebagainya).
10. Alang-alang mandi biar basah setelah mula melakukan sesuatu
(alang-alang/ alang-alangan pekerjaan hendaklah dilakukan
berminyak biar licin, alang-alang/ bersungguh-sungguh hingga selesai.
alang-alangan berdakwat biar
hitam)
11. Alang-alang menyeluk pekasam, Kalau sudah terlanjur jahat biarlah
biar sampai ke pangkal lengan sampai beroleh hasilnya, Kalau sudah
melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu
diselesaikan.
12. Ambil langkah a. Mulai hendak berjalan
b. Mulai bertindak
13. Ambil (mengambil) berat Memberikan perhatian (minat, layanan)
yang istimewa (kepada atau terhadap
sesuatu atau seseorang)

14. Anak angkat a. Anak yang diambil dan dijadikan

156
seperti anak sendiri.
b. Satu pihak, kumpulan, kampong,
sekolah atau apa-apa sahaja yang
dinaungi dan dijaga kebajikannya.
15. Anak ayam disambar helang (bagai Seseorang kehilangan sesuatu secara
ayam disambar helang) tiba-tiba

16. Anak buah a. Orang yang termasuk dalam


sesuatu keluarga
b. Orang yang termasuk dalam
sesuatu pasukan atau terletak di
bawah tanggungjawab seseorang
c. Anak saudara
17. Anak dagang a. orang asing
b. perantau
18. Anak dipijak, dagang dijinjing (anak a. Menguruskan hal orang lain
dipangku dilepaskan, beruk di sedangkan hal sendiri diabaikan.
rimba disusui = anak di riba b. Mengutamakan kebajikan orang
diletakkan, kera di hutan disusui) luar (asing) sedangkan anak buah
sendiri tidak dipedulikan
19. Anak emas a. Anak abdi yang diambil jadi anak
angkat orang tuanya,
b. Anak yang diambil sebagai anak
oleh orang asing
c. Orang yang dikasihi oleh
seseorang yang lebih berkuasa
(diberi layanan istimewa)
20. Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit,
manis, suka duka)
21. Atas angin Negeri atas angin = Negeri yang
dipandang sebagai asal angin (seperti
India, Iran, Arab dan juga Eropah).
22. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik Menderita kesusahan meskipun berada di
di air mati kehausan negeri sendiri yang kaya raya
23. Ayam Tambatan Orang harapan
24. Bagaimana acuan begitulah Anak itu mengikut sikap dan supa ibu
kuihnya bapanya kerana faktor baka (bapa borek
anak rintik)
25. Bagai anjing buruk kepala (kepala Orang yang telah diketahui
busuk) kejahatannya, ke mana-mana ia pergi
dihinakan orang juga.
26. Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka
bertolong-tolongan.

157
27. Bagai ayam disambar helang Padi ditanam tumbuh lalang = untung
yang malang (seperti isteri atau
tunangan dirampas orang yang
berkuasa).
28. Bagai bulan dipagar bintang Bagai bulan (purnama) empat belas
a. Wajah perempuan yang cantik
b. Kecantikan makin terserlah
apabila dikelilingi orang yang
cantik
29. Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih.

30. Bagai kacang lupakan kulit = panas Orang yang lupa akan asalnya (orang
hari, lupa kacang akan kulitnya yang telah menolongnya dan lain-lain)
setelah menikmati kesenangan hidup.
31. Bagai kerakap tumbuh di batu, Keadaan hidup seseorang yang sangat
hidup segan mati tak mahu miskin dan melarat.
32. (Bagai) laying-layang putus tali Sudah putus harapan (bergantung pada
nasib).
33. Bagai minyak dengan air (minyak Orangg bermusuhan atau yang tidak
dengan air adakah bercampur) sehaluan mustahil dapat dicampurkan
jadi satu.
34. Bagai murai tercabut ekor Orang yang suka bercakap banyak.
35. Bagai pucuk (enau) dilancarkan Sangat laju dan luncur perginya
(diluncurkan)
36. Bagai (seperti) cincin dengan Sama padan, cocok benar.
permata
37. Bagai (seperti) menatang minyak Sangat dikasihi dan dipelihara dengan
yang penuh sempurnanya.
38. Bagai (seperti) rusa masuk tercengang-cengang, tidak tahu berbuat
kampung apa-apa di tempat yang baru dikunjungi.
39. Baik berjagung-jagung sementara Sementara menunggu sesuatu yang lebih
(padi belum masak) menanti pada baik, yang kurang baik pun boleh dipakai
masak dahulu.
40. Baik membawa resmi padi Seperti buah padi, makin berisi makin
daripada membawa resmi lalang rendah, jangan seperti lalang, makin
(baik membawa resmi padi, jangan lama makin tinggi = seperti ilmu padi,
membawa resmi lalang kian berisi kian tunduk = semakin berilmu
atau tinggi pangkat semakin
merendahkan diri (tidak sombong)
41. Baik sangka a. Rasa muhibah
b. Tidak menaruh sangkaan buruk
kepada seseorang
42. Bak (bagai) cendawan tumbuh Sesuatu yang terlalu banyak pada satu

158
selepas hujan masa.
43. Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup
44. Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan
untuk mencapai sesuatu.
45. Bawah angina Tempat angina datang (kepulauan
Melayu)
46. Belayar sambil memapan, Menganggap sudah memperoleh atau
(merapat) sambil belayar sekali memiliki sesuatu perkara yang belum
melakukan kerja, dua tiga maksud pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau
tercapai. Belum duduk sudah bergirang dahulu sebelum maksud
berlunjur tercapai.
47. Belut kena ranjau (getah) Orang yang cerdik kena tipu
48. Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan
sesuatu dengan harapan akan beroleh
kejayaan.
49. Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa yang
kuat.
50. Berakit-rakit ke hulu, berenang- Bersusah payah dahulu kemudian baru
renang ke tepian, bersakit-sakit bersenang-senang.
dahulu, bersenang-senang
kemudian
51. Berat mulut Berat bibir = tebal bibir (tidak suka
berkata-kata, pendiam)
52. Berat sama dipikul, ringan sama Baik buruk sama-sama dipikul
dijinjing (semuafakat)
53. Berat tulang Malas
54. Berbadan dua Hamil atau mengandung
55. Berbalik hati Berubah hati
56. Berdiri sama tinggi (tegak), duduk Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
sama rendah

57. Beri jalan a. memberikaan idea (cara ikhtiar


dan lain-lain)
b. Memberikan peluang kepada
orang lain untuk mendapat
keuntungan
58. Berkatalah benar walaupun pahit Berterus-terang demi kebenaran
walaupun mungkin menyakitkan hati
seseorang.
59. Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekali gus.
60. Bermurah hati a. Suka memberi, tidak kedekut.
b. Pengasih dan penyayang
61. Berpeluk tubuh (tangan) a. Berdakap (bersilang) tangan di

159
dada
b. Malas berusaha (bekerja)
62. Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan (seperti
orang muda melihat tunangnya diambil
orang).
63. Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan
menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-
berai, kita akan menjadi lemah.
64. Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan
menghasilkan kecemerlangan.
65. Bertangguh itu pencuri masa Melakukan kerja secara bertangguh akan
merugikan diri sendiri.
66. Bertepuk sebelah tangan Tidak mungkin percintaan atau
(bertepuk sebelah tangan tidak perselisihan terjadi daripada sati pihak
akan berbunyi) sahaja.
67. Bertikam lidah Bertengkar
68. Besar hati a. Bangga, gembira
b. Bongkak, sombong
69. Besar pasak daripada tiang c. Besar belanja daripada
pendapatan.
70. (Betapa) Berat mata memandang, Betapa juga susah orang yang melihat
berat lagi bahu memikul sesuatu kesusahan orang lain, terlebih
susah lagi orang yang menanggungnya.
71. Biar jatuh terletak, jangan jauh Berhenti bekerja dengan kemahuan
terhempas (terhentak) sendiri adalah lebih baik daripada
dipecat.
72. Biar mati anak, jangan mati adapt Tidak mengapa jika mengorbankan anak
asalkan adapt yang dipegang dipelihara.
73. Biar putih tulang, jangan putih Lebih baik mati daripada menanggung
mata (berputih tulang, jangan malu.
berputih mata = Lebih baik
berputih tulang daripada berputih
mata)
74. Biar titik jangan tumpah Biar menanggung kerugian kecil jangan
menanggung kerugian besar.
75. Bidan terjun a. Bidan yang dipanggil secara
mendadak )tidak diberitahu
terlebih dahulu)
b. Orang yang diminta melakukan
sesuatu pekerjaan secara
mendadak (kerana orang yang
sepatutnya tidak ada atau tidak
hadir)

160
76. Bintang timur (bintang barat, Binatang yang kelihatan terang pada
johar, kejora, pagi, suhrah) petang dan dinihari
77. Buah fikiran Pendapat
78. Buah hati Orang yang dikasihi, jantung hati.
79. Buah mulut Percakapan (perbualan) orang, buah
bibir.
80. Buah tangan a. Hasil pekerjaan
b. Barang yang dibawa daripada
perjalanan, oleh-oleh
81. Buat baik berpada-pada, buat jahat Membuat pekerjaan baik janganlah
jangan sekali berlebih-lebih, tetapi pekerjaan jahat
jangan sekali-kali dibuat.
82. Bulat air kerana pembentung, kata sepakat tercapai dengan mesyuarat.
bulat kata kerana muafakat (bulat
air oleh pembuluh, bulat kata oleh
muafakat)
83. Bulat hati a. Luruh hati
b. Teguh hati, sungguh-sungguh,
sudah mencapai kepastian
84. Bunga dedap (laksana bunga Orang yang elok dan tampan tetapi tidak
dedap, sungguh merah berbau berbudi.
tidak)
85. Buang belakang a. Lari (melarikan diri)
b. Tidak mahu tahu (mengenai
sesuatu)
86. Burung terbang dipipiskan lada Belum tentu lagi diperoleh sesautu, sudah
direka-reka akan gunanya.
87. Buta hati a. Tidak berhati perut, kejam.
b. Gelap fikiran (tidak
berpengetahuan)
88. Cahaya mata a. kilau mata, sinar mata
b. Kekasih, buah hati
c. Anak
89. Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri
sendiri
90. Campur tangan a. Mengambil bahagian dalam atau
mencampuri hal orang
(kejahatan dan lain-lain)
b. Terkait atau terlebih dalam hal
orang dan lain-lain
91. Carik-carik bulu ayam, lama-lama Orang yang bersaudara (sekaum) itu
bercantum juga (pula) tidak akan bercerai kerana perselisihan.
92. Celik komputer Arif atau tahu tentang komputer

161
93. Dalam tangan Dalam kekuasaan (kemampuan. Milik)
seseorang, sudah tentu dapat atau akan
diperoleh.
94. Dapat sama laba, cicir sama rugi Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat
keuntungan, maka keuntungan itu
diberikan sama rata dan jika sebaliknya,
kerugian akan ditanggung bersama-
sama.

95. Darah daging Anak atau orang yang mempunyai


pertalian darah.
96. Darah panas Pemarah, lekas marah
97. Darah seni Bakat semula jadi (yang diwarisi) dalam
bidang seni.
98. Dayung sudah di tangan, perahu a. Jika kedua-dua sama hajatnya,
sudah di air (apa digaduhkan, haruslah diperjuangkan terus
pengayuh sama di tangan, perahu supaya tentu siapa yang
sama di air) mendapat
b. Segala persiapan dan peluang
sudah tersedia, maka lakukanlah
apa-apa yang sepatutnya.
99. Diam-diam ubi berisi, diam-diam Diam orang yang berilmu itu berfikir,
besi berkarat (diam ubi lagi kental, sementara diam orang yang bodoh itu
diam besi lagi sentil = bukannya sia-sia sahaja.
diam penggali berkarat, melainkan
diam ubi berisi)
100. Di mana ada kemahuan, di situ ada Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita
jalan pasti akan beroleh cara untuk
mendapatkannya.
101. Di mana dumi dipijak, di situ langit Mematuhi peraturan dan lain-lain tempat
dijunjung yang didiami.
102. Disangka panas sampai ke petang, Disangka senang (baik dan lain-lain)
rupanya (kiranya) hujan (di tengah selama-lamanya tiba-tiba ditimpa
hari) kesusahan (bahaya dan lain-lain).
103. Duduk sama rendah, berdiri Sama taraf atau sejajar dengan orang
(tegak) sama tinggi yang sama sedarjat.
104. Durian runtuh (dapat durian Mendapat keuntungan dengan tidak
runtuh) disangka-sangka atau dengan bersusah
payah.
105. Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila
berlaku sesautu musibah.
106. Genggam bara api biar sampai jadi Jika melakukan pekerjaan yang susah
arang haruslah dengan sabar sehingga

162
mendapat nikmatnya nanti.
107. Gila-gila bahasa Rempang bahasa, kurang sihat sedikit
atau tidak panjang fikirannya (cepat
marah, pemberani, tidak malu dan lain-
lain perangainya).
108. Goyang kaki Bersenang-senang (hidup dengan tidak
bekerja).
109. Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam.
110. Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya
sahaja, setelah itu ditinggalkan.
111. Hancur hati Sedih, putus asa.
112. Harapkan sokong, sokong bawa Orang yang dipercayai itu sendiri yang
rebah (sokong bawa rebah) berkhianat kepada kita.
113. Harimau mati meninggalkan Orang yang berjasa itu akan selalu
belang, manusia mati disebut-sebut orang walaupun berapa
meninggalkan nama (gajah mati lama pin ia telah mati.
meninggalkan gading)
114. Hati gajah sama dilapah, hati Beruntung banyak sama-sama mendapat
kuman (tungau) sama dicicah) banyak, beruntung sedikit sama-sama
mendapat sedikit.
115. Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang
sebenarnya)
116. Hendak belajar berenang dapatkan Jika kita hendak mempelajari sesuatu,
itik, hendak belajar memanjat kita perlulah belajar daripada orang yang
dapatkan tupai pakar dalam hal tersebut.
117. Hendak seribu daya, tak hendak Jika dikehendaki bermacam-macam
seribu dalih ikhtiar boleh dijalankan dan demikian
kebaikannya.
118. Hidup dikandung adat, mati Waktu hidup hendaklah mengikut
dikandung tanah peraturan dan kebiasaan yang berlaku,
setelah mati terserahlah kepada Tuhan.
119. Hidup ini satu perlumbaan Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dan
berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu
tujuan.
120. Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat (miskin atau
selalu sakit-sakit).
121. Hujan emas di negeri orang, hujan Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik
batu di negara sendiri negeri sendiri. (Hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri, baik
juga di negeri sendiri = hujan keris
lembing di negeri kita, hujan mas perak di
negeri orang baik juga di negeri kita).

163
122. (Hutang) keliling pinggang Terlalu banyak hutang
123. Ibarat burung, mata terlepas Walaupun terpelihara baik tetapi tidak
badan terkurung mempunyai kebebasan.
124. Ibarat (seperti) melukut di tepi a. Ibarat dapat menolong kerana
gantang dirinya sendiri susah
b. Seseorang yang dipandang tidak
berguna oleh orang lain.
125. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji (Seperti telur dua sebandung), pecah satu
(satu) pecah semua pecah keduaduanya = Orang yang
semuafakat itu sama hidup sama mati
dan tidak berubah setianya.
126. Ikat pinggang (ikat perut) Mengurangkan makan kerana
kemiskinan.
127. Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan
untuk membuat keputusan yang bijak.
128. Indah khabar daripada rupa Khabar mengenai satu-satu perkara
biasanya dilebih-lebihkan (daripada
keadaan yang sebenarnya)
129. Isi hati Isi dada = isi perut = perasaan atau
fikiran.
130. Jantung hati Orang yang dikasihi.
131. Jauhari juga yang mengenal Hanya orang yang bijak sahaja yang
manikam dapat menilai sesuatu benda atau
perkara.
132. Jauh berjalan luas pandangan Orang yang banyak mengembara dan
(banyak pemandangan, lama hidup lama hidup itu tentu sekali banyak
banyak dirasai) pengalamannya dan luas
pandangannya.
133. Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang
diperdaya setapi sebenarnya tidak.
134. Kacang hantu Orang jahat.
135. Kais (mengais) pagi makan pagi, Pandangan hanya cukup untuk hidup
kain (mengais) petang makan sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan).
petang
136. Kaki ayam Tidak berkasut atau berselipar.
137. Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya.
138. Kaki minum Orang yang suka minum arak.
139. Kaki perempuan Orang yang suka berfoya-foya dengan
perempuan
140. Kaki tuak Orang yang suka minum tuak.
141. Kalau hendak melentur buluh Mengajar seseorang itu hendaklah ketika
biarlah dari rebungnya (Tatkala ia masih muda; kalau sudah besar, tidak
rebung tiada pepatah, ketika sudah akan berhasil lagi.

164
aur apa gunanya)
142. Kalau kail panjang sejengkal, Kalau pengetahuan (kebolehan) itu
jangan lautan hendak diduga sedikit, jangan hendak berbuat (melawan
dan laon-lain) sesuatu yang besar.
143. Kalau (jika) tidak dipecah (kan) Tidak akan tercapai cita-cita tanpa
ruyung manakan (di mana) boleh berusaha.
(men) dapat sagunya
144. Kalau takut dilambung ombak, Lamun takut dilanggar batang, jangan
jangan berumah di tepi pantai duduk di kepala pulau = jikalau takut
akan susah, jangan dibuat sesuatu
pekerjaan.
145. Kalau tiada angin bertiup, takkan Tidak mungkin sesuatu itu berlaku
pokok bergoyang = tak sebab (perkatakan orang dan lain-lain) jika
kerana angin, pokok kayu maukah tidak ada sebabnya.
bergoyang
146. (Kalau) tidak ada rotan, akar pun Kalau tidak ada yang baik sekali, yang
berguna/ jadi kurang baik pun berguna juga.
147. Kalau tidak berada-ada, tak akan Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang
tempua bersarang rendah tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.
148. Kancil juga lupakan jerat atau Orang mudah melupakan bahaya tetapi
pelanduklah yang melupakan jerat, bahaya tetap mengancam.
jerat tidak melupakan pelanduk
149. Kata dikota Janji mesti ditunaikan.
150. Kata-kata lebih tajam daripada Perkataan yang dituturkan lebih
mata pedang menyakitkan.
151. Kebudayaan Sendi Perpaduan Kebudayaan menjadi sandaran dalam
menyatukan sesuatu bangsa.
152. Ke bukit sama didaki, ke lurah Sepakat (seia sekata) ; bekerjasama
sama dituruni, ke laut sama melakukan sesuatu pekerjaan;
direnangi. (bukit sama didaki, lurah menanggung kesan bersama-sama
sama dituruni = ke bukit sama walaupun susah atau senang.
mendaki, ke lurah sama menuruni)
153. Kecil hati (jauh hati, merajuk hati) Berasa tersinggung.
154. Kecil jangan (tidak boleh) disangka Pengetahuan dan kelebihan itu tidak
anak, besar jangan (tidak boleh) khusus pada orang-orang tua sahaja
disangka bapa (selalu juga ada pada orang-orang
muda).
155. Kecil tapak tangan nyiru (saya) Menyatakan kasih atas nasihat atau
tadahkan pertolongan.
156. Kemenyan sebesar lutut, jika tidak Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang,
dibakar, tidak akan berbau jika tidak digunakan dengan betul tidak
akan mendatangkan faedah.
157. Keras lidah (lidah keras) Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan

165
dengan betul, telor.
158. Keras kepala Degil.
159. Ke sungai sambil mandi Sekali melakukan pekerjaan dua perkara
dapat diselesaikan.
160. Khabar angin Desas-desus, khabar yang belum sah,
gelagat bahawa sesuatu akan terjadi.
161. Kilat ikan di air burung di udara Cepat menangkap maksud cakap orang
sudah menyambar (ikan terkilat, (sebelum habis diperkatakan sudah dapat
jalan tiba) dijawab).
162. Kilat memancar hujan tak jadi Tanda rezeki akan tiba sudah jelas tetapi
akhirnya rezeki tidak juga muncul.
163. Kuah tumpah / tertuang/ a. Dikatakan mengenai anak yang
tertunggang ke nasi atau (ke mana dikahwinkan dengan kemahuan
tumpah kuah kalau tidak ke nasi) (anak saudara perempuan)
b. Sememangnya begitu, seudah
seharusnya, sudah sewajarnya
c. Sifat seorang bapa itu akan
diwarisi anaknya.
164. Lain lubuk lain ikan(nya) Lain negeri lain orangnya.
165. Langkah bendul a. Berkahwin dahulu daripada
kakak.
b. Memperisterikan adik sedangkan
kakaknya belum berkahwin.
166. Langkah kanan Mujur; nasib baik
167. Langkah kiri Sial (tidak beruntung).
168. Lapang dada Lega, gembira
169. Lembut hati Baik hati, elok perangai (budi bahasa),
sopan; mudah berbuat kebaikan.
170. (Lemak) manis jangan terus Yang nampak baik itu jangan lekas
ditelan, pahit jangan (terus) diterima dan yang nampaknya buruk itu
dibuang (dimuntahkan) jangan lekas ditolak (harus
dipertimbangkan dalam-dalam sebelum
sesuatu perkara diterima atau ditolak).
171. Lidah tidak bertulang a. Mudah berjanji dan mudah pula
mengubah janjinya.
b. Orang yang mengeluarkan celaan
dengan tidak berkira-kira
172. Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin
dengan meminta bayaran tinggi daripada
yang dihutangi.
173. Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah
mendapat kesenangan.
174. Mabuk laut Pening dan muntah-muntah dalam

166
pelayaran (dengan kapal atau perahu).

175. Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih


(berehat-rehat, melapangkan fikiran dan
lain-lain).
176. Makan untuk hidup bukan hidup Makan hanya untuk keperluan hidup,
untuk makan (cogan kata) tidak berlebihan.
177. Malu bertanya sesat jalan, malu a. Malu makan perut lapar
berdayung perahu hanyut. b. Kalau tidak mahu berusaha
tentulah tidak akan dapat
mencapai kejayaan.
178. Masa itu emas Masa sangat berharga
179. Masuk ke kandang kambing Menyesuaikan diri dengan masyarakat di
mengembek (membebek), masuk sekeliling
ke kandang kerbau kerbau
menguak
180. Mata hati Perasaan hati
181. Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana
ketiadaan idea.
182. Melanting menuju tampuk, Tiap-tiap usaha tentu adan maksudnya.
berkata menuju benar
183. Melenjar buluh biarlah dari Mengajar seseorang itu hendaklah ketika
rebungnya (tatkala rebung tiada ia masih muda, kalau sudah besar, tidak
dipatah, ketika sudah aur apa akan berhasil lagi.
gunanya)
184. Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan
melalui pembacaan.
185. Membanting tulang Bekerja keras (bermati-matian).
186. (Mem) bawa alamat Menandakan sesuatu akan berlaku.
187. (Mem) buka mata a. Meluaskan pandangan serta
pengalaman dengan melawat
tempat orang.
b. Menyedarkan, menginsafkan.
188. Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri.
189. Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada
kekacauan (perselisihan dan lain-lain).
190. Menapak baru setapak, mendaki Baru hendak belajar sesuatu atau baru
baru sekaki hendak memulakan sesuatu usaha.
191. Mencari akal (fikiran, jalan) Berusaha mendapat cara untuk mencapai
tujuan
192. Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha, idea
193. Mencolok mata a. Menyakitkan pandangan
b. Nampak jelas kelihatan benar.

167
c. Membangkitkan mara orang yang
melihat, menyakitkan hati,
memberi malu.
194. Mengambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan)
yang istimewa 9kepada atau terhadap
sesuatu seseorang).
195. Mengangkat bendera putih Menyerah kalah
196. Menunggu buah yang tak gugur Mengharapkan sesuatu yang tidak
(menunggu tanduk kerbau goyah) mungkin (berlaku tida dan lain-lain)
197. Menunjuk belang a. Memperlihatkan sifatnya (yang
sebenar).
b. Memperlihatkan kekuasaannya.
198. Merajuk pada yang kasih, manja Meminta sesuatu sepatutnya daripada
pada yang sayang, meminta pada orang yang sesuai atau orang yang akan
yang ada (merajuk kepada yang melayan kehendak kita.
kasih (sayang).
199. Mercu tanda Lambang kemegahan.
200. Muafakat membawa berkat Sesuatu kerja yang dilakukan dengan
persetujuan bersama akan menghasilkan
sesuatu yang baik.
201. Muka empat belas (tarik muka dua a. Hal orang sangat kecewa,
belas) kelihatan selalu kesal.
b. Tidak keraun air mukanya.
202. Mulut kena suap pisang buntut Bermuka-muka manis tetapi di belakang
kena cangkuk anak (mulut disuapi diumpat atau dibuatkan pekerjaan yang
pisang, pantat dikait dengan onak) mendatangkan bahaya dan lain-lain.
203. Mulut manis Lemah lembut dan baik tutur katanya.
204. Murah hati a. Suka memberi, tidak kedekut.
b. Pengasih, penyayang.
205. Nafas baru Semangat baru atau sumber baru
kekuatan yang memulihkan sesuatu
kegagalan atau memberikan keupayaan
baru.
206. Naik darah Menjadi marah.
207. Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak
dapat diubah lagi).
208. Orang baru a. Orang yang baru bekerja
b. Orang yang baru datang ke atau
tinggal di sesuatu tempat.
c. Orang yang baru berkahwin.
d. Anak yang akan atau baru
dilahirkan.
209. Orang berbudi kita berbahasa = Orang telah berbudi kepada kita wajar

168
kata hikmat dibalas dengan percakapan yang baik
dan sopan.
210. Orang mengantuk disorongkan Mendapat sesuatu yang sangat-sangat
bantal dikehendaki (diingini).
211. Otak batu (otak beku) Bodoh
212. Otak cair (cair otak) Pandai
213. Otak yang cerdas pada badan yang Dengan kesihatan yang baik, seseorang
sihat itu mampu mengemukakan fikiran yang
bernas.
214. Padang jarak padang tekukur Padang atau tanah yang luas dan kosong
(tidak dikerjakan).
215. Panas baran Panas bala = panas darah = cepat marah,
sangat pemarah.
216. Pandai makan pandailah simpan pandai berbuat jahat, harus pandai
menyimpan rahsia.

217. Pasang telinga Meneliti atau mendengarkan baik-baik


(percakapan, bunyi, dan lain-lain).
218. Patah tongkat berjeremang Terus berusaha (tidak pernah putus asa).
219. Pecah perang a. Mula terlibat dalam peperangan
b. Pekelahian bermula.
220. Peluh dingin (seni, sejik) Peluh yang sejuk ketika ketakutan atau
sakit tenat.
221. Pemuda harapan bangsa, pemudi Anak muda menjadi orang yang
tiang negara. diharapkan untuk membangunkan
negara pada masa depan.
222. Pening-pening lalat Pening-pening pikat = berasa pening-
pening sedikit.
223. Perang dingin a. Perang secara saling menggertak,
belum menggunakan senjata lagi
untuk menyerang dsb.
b. Bergaduh dengan tidak bercakap
(suami isteri dan lain-lain).
224. Pijak semut tak mati (semut dipijakPerihal jalan seorang perempuan yang
tidak mati, gajah diharung baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan
bergelimpangan = semut terpijak tidak terlalu cepat).
tidak mati, alu terharung patah
tiga)
225. Pilih kasih Mengasihi (memihak) sesuatu pihak,
berat sebelah dalam membuat keputusan
dan lain-lain.
226. Pinang pulang ke tampuk Sudah cocok benar (sudah pada
tempatnya).

169
227. Pucuk dicita ulam tiba (hendak Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang
ulam pucuk menjulai) diharapkan.
228. Putus asa Habis harapan (tiada harapan lagi)
229. Redah gunung tinggi harapan Dipakai untuk menyatakan besarnya
harapan.
230. Rendah hati Suka merendahkan diri, tidak angkuh
(sombong), baik hatinya.
231. Rezeki kalau secupak takkan jadi Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh
segantang (kalau secupak tidak diubah lagi.
boleh jadi segantang)
232. Ringan langkah Suka berkunjung (melawat dan lain-lain).
233. Ringan mulut (lidah) a. Peramah, lancer dan fasih tutur
katanya, suka bercakap.
b. Cerewet (banyak mulut).
234. Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas
235. Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia kan beroleh rezeki.
236. Rupa tak dapat diubah, perangai Perangai seseorang dapat diubah
dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi
fizikal akan tetap sama.
Lawannya : Rupa dapat diubah, perangai
tak dapat diubah.
237. Salah adat Tidak mengikut adat.
238. Sambil berdendang, biduk ke hilir Melakukan dua pekerjaan serentak.

239. Sambil menyelam, minum air Sambil melakukan sesuatu perkara ada
perkara lain turut dilakukan bersama.
240. Sampai hati Sampah hemat = berasa tidak segan-
segan lagi, tergamak melakukan sendiri.
241. Sayang di anak dilucuti, sayang di Yang disayangi itu janganlah dimanja-
negeri ditinggalkan manjakan.
242. Sayangkan (kashikan) anak tangan- Anak yang dimanjakan dan isteri yang
tangankan, sayangkan (kasihkan diuliti selalu itu akhirnya menjadi
bini ) isteri tinggal-tinggalkan sombong.
243. Sayang seribu kali sayang Kasihan sungguh, berasa besar sungguh.
244. Sebatang kara Seorang diri (tidak adan saudara-mara).
245. Sediakan payung sebelum hujan Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi
sesuatu yang kurang baik.
246. Sehelai sepinggang Pakaian yang ada pada tubuh sahaja,
miskin.
247. Sekali membuka pura, dua tiga Dengan melakukan satu pekerjaan
hutang berbayar (sekali banyak perkara dapat diselesaikan.
merengkuh dayung, dia tiga pulau
terlampau)

170
248. Sekali (jalan) terkena, dua kali jalan Seseorang hanya boleh ditipu sekali
tahu sahaaj kerana dia akan mengetahui tipu
helah tersebut jika dikenakan buat kali
kedua.
249. Seperti api dalam sekam [seperti Sesuatu yang berlaku dengan diam-diam.
api makan (dalam) sekam]
250. Seperti aur ditarik songsang membuat sesuatu kerja yang sangat
sukar.
251. Seperti (bagai) aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka
bertolong-tolongan.
252. Seperti (bagai) enau dalam belukar Tidak muafakat dalam sesuatu
melepaskan pucuk masing-masing perbincangan, hanya berpegang pada
pendapat masing-masing sahaja.
253. Seperti (bagai) hujan satuh ke pasir Kebaikan (pertolongan dll) yang sia-sia
(tidak berbalas).
254. Seperti embun di hujung rumput Tidak kekal dan segera hilang (kasih
sayang dan lain-lain).
255. Seperti harimau menyembunyikan Orang berpengetahuan yang
(menyorokkan) kuku menyembunyikan pengetahuannya.
256. (Seperti) ikan pulang ke lubuk Orang yang telah balik ke tempat asalnya
payahlah hendak merantau semula.
257. (Seperti) kera sumbang Orang yang takut (tidak gemar)
mencampuri orang ramai.
258. Seperti lembu (kerbau) dicucuk Orang bodoh yang menuruti perintah
(diatur) hidung (nya) orang.
259. Seperti lintah menghisap darah Orang yang mengenakan orang lain
untuk mendapat keuntungan yang lebih
(bayaran yang tinggi dll).
260. Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat (pantas
lagi cekap membuat kerja).
261. Seperti merak mengigal (seperti Menunjukkan lagak (pandai dll) bukan
merak mengigal di tengah hutan) pada tempatnya.

262. (Seperti) talam dua muka Perihal orang yang berbuat baik kepada
dua orang yang berseteru (untuk
keuntungan diri sendiri).
263. Sepoi-sepoi bahasa Perlahan-lahan atau lemah lembut
(tiupan angin), silir-semilir.
264. Setahun jagung (Umur setahun Seseorang yang masih muda, kurang
jangung; darah setampuk pinang) berakal.
265. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu,
akhirnya berjaya juga.
266. Setitik dijadikan laut, sekepal a. Daripada sedikit menjadi banyak

171
dijadikan gunung b. Sumber rezeki yang cekil
Sekepal menjadi gunung, setikit diusahakan supaya bertambah
menjadi laut banyak.
267. Singkat akal Tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik.
268. Suara hati Perasaan hati (untuk membezakan yang
baik dengan yang buruk).
269. Sudah terhantuk baru terngadah Sesudah terkena (mendapat kesusahan
(tengadah) dan lain-lain) baru beringat; orang yang
lambat menyedari kesilapan.
270. Tajam akal Mudah menangkap sesuatu atau
mengerti, pintar, cerdik.
271. Tak (tidak) lapuk dek hujan, tak Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun
(tidak) lekang dek panas zaman berubah.
272. Tali barut Orang yang menjadi pengintip
(penyampai rahsia dan lain-lain) orang
lain, barua.
273. Tangan kosong Berhampa tangan atau tidak mendapat
(membawa) apa-apa.
274. Tangan terbuka a. Suka menolong orang yang dalam
kesusahan, murah hati.
b. Dengan tangan terbuka = ikhlas
atau suka hati (menerima sesuatu
dan lain-lain).
273. Tangan yang menghayun Walaupun bersifat lemah lembut dan
(mengayun) buyaian mampu keibuan, wanita mampu
menggoncang dunia menyumbangkan tenaga dan idea untuk
membangunkan negara.
274. Tangkai jering Kedekut.
275. Tangkap maut Mengambil mana-mana yang sempat
(ada) sahaja.
276. Takkan lari gunung dikejar (hilang Tidak perlu bergopoh-gapah
kabut tampaklah dia) mengerjakan sesuatu yang sudah tentu
akan diperoleh.
277. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan Tempat berlakunya sesuatu peristiwa
pula termpat bermain pahit lagikan dikenang inikan pula
tempat berlakunya peristiwa manis.
278. Terang hati Terang fikiran = mudah mengerti
(belajar).
289. Terdengar guruh di langit, air Kerana mengharapkan sesuatu yang
tempayan dicurahkan (diharapkan belum tentu, barang yang tersedia
guruh di langit, air tempayan dilepaskan.
dicurahkan)

172
290. Tiada beban batu digalas (tiada Mencampuri perkara orang dan beroleh
beban dicari beban, pergi ke pulau kesusahan sendiri.
batu digalas)
291. Tidur-tidur ayam Tidur yang tidak nyenyak.
292. Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber
kekuatan (sesuatu perkumpulan,
pertubuhan dan lain-lain).
293. Tulang empat kerat Anggota badan (kaki dan tangan).
294. Tumbuk rusuk Perbuatan rasuah
295. Ukur baju di badan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih
sesuai dengan kebolehan kita.
296. Ular menyusur akas, tidak akan Kemuliaan seseorang yang berpangkat
hilang bisanya. tidak akan hilang kerana bergaul dengan
orang biasa atau merendah diri.
297. Umpama biawak bercabang lidah Tidak tetap perkataan, tidak boleh
(lidah bercabang, lidah biawak) dipercayai perkataannya.
298. Umpama (ibarat) telur sesangkak, Orang yang semuafakat itu sama hidup
pecah satu pecah semua(nya), sama mati dan tidak berubah setianya.
(seperti telur dua sebanding,pecah
satu pecah kedua-duanya)
299. Umpama lebah membuang sengat Orang yang meninggalkan sikap suka
mengata dan mengeji orang.
300. Yang bulat tidak datang bergolek Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang
yang pipih tidak datang melayang dengan sendirinya.
Lawannya : Yang bulat datang bergolek,
yang pipih datang melayang =
keuntungan (kemewahan dan lain-lain)
datang daripada berbagai-bagai punca.

173

Anda mungkin juga menyukai