Anda di halaman 1dari 6

MENULIS PERENGGAN PENUTUP -

Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan -


Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan -
Gunakan penanda wacana yang sesuai

Contoh :-

(i) Kesimpulannya, kita perlulah berhati-hati apabila menerima kedatangan pekerja asing kerana
pelbagai masalah sosial yang dibawa oleh mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterima
bekerja di sini.

(ii) Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjadi pengguan yang bijak dan bergabung
tenaga untuk membanteras inflasi.Ini sejajar dengan wawasan Perdana Menteri kita yang
berkeyakinan bahawa inflasi di Malaysia boleh mencapai nilai 0%.

(iii) Jelaslah kepada kita bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam usaha
membantu kerajaan membendung masalah inflasi merupakan masalah kita bersama. Masalah
inflasi tidak akan menjadi gawat dan membimbangkan sekiranya semua pihak mempunyai
kesedaran.

(iv) Natijahnya, sektor perindustrian bukan sahaja mendorong pertumbuhan ekonomi Negara
malah mengembleng tenaga belia ke arah penerokaan suatu bidang baru . Oleh itu, langkah-
langkah yang sewajarnya harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung pelbagai masalah
negatif dalam sektor ini untuk menjamin keutuhan dan kejayaannn sektor perindustrian di
Malaysia.

(v) Pada keseluruhannya, lawatan sambil belajar itu sungguh berjaya. Menurut beberapa orang
ahli yang ditemu ramah, mereka sedar bahawa kegiataan penubaan ikan merupakan satu cara
yang tidak bermoral. Sebaliknya , penternakan ikan di dalam sangkar perlu digalakkan bagi
mendapatkan hasil yang lumayan di samping dapat mengelakkan keracunan dan pencemaran
sungai.

PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN :

Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan :
1. Tentukan ayat-ayatnya berkait.
2. Ada kesatuan dan pertautan isi.
3. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih.
4. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contohnya: selain itu,
tambahan lagi, di samping itu, juga, seterusnya dan selanjutnya.

PERENGGAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA.
1. Perenggan pengenalan
2. Perenggan isi
3. Perenggan kesimpulan

PERENGGAN PENGENALAN :
Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pengenalan karangan respons terbuka iaitu :
1. Ayat rangsangan.
2. Ayat arah.

AYAT RANGSANGAN :
Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan. Kebiasaannya,
ayat 1 hingga ayat 4 pengenalan merupakan ayat rangsangan (AR). Ayat rangsangan tidak
membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi.

Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?
(AR1) : Dalam tempoh 10 tahun belakangan ini, peperangan telah berlaku di merata-rata
kawasan di dunia ini.
(AR2) : Peperangan ini melibatkan negara-negara yang berjiran atau negara-negara yang
mempunyai idealogi yang bertentangan.
(AR3) : Peperangan juga berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah kuasa besar yang ingin
menguasai negara kecil demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka atau amaran kepada
negara lain.
(AR4) : Dalam akhir abad yang lalu, negara Bosnia telah berperang dengan negara Serbia,
Amerika Syarikat telah menyerang negara Afganistan dan Iraq, dan banyak lagi.

AYAT ARAH :
Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat ini ialah ayat yang menjurus kepada
kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangan karangan.
Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

Ayat arah :
Kesemua siri peperangan yang berlaku ini sebenarnya banyak menimbulkan kesan yang negatif,
baik kepada negara mahupun kepada masyarakat dunia yang lain.

PERENGGAN ISI :
1. APAKAH AYAT TOPIK ?
Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat topik
mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok
tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis
dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan)
dalam sesuatu penulisan.

2. APAKAH AYAT HURAIAN ?
Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Isi sokongan pula
boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat,
statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau
menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah
berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan
dalam ayat topik menjadi dasar utama.

3. APAKAH AYAT PENYIMPUL ?
Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu :
1. Ayat yang menyatakan semula ayat topik.
2. Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.
3. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

4. MASUKKAN PERIBAHASA ATAU UNGKAPAN MENARIK YANG RELEVEN DENGAN TOPIK YANG
DISENTUH.
Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?
Contoh peribahasa/ ungkapan yang boleh digunakan:
1. Kalah jadi abu, menang jadi arang.
2. Jong pecah yu kenyang.
3. Kalau terbakar padang, maka terbakar belalang.
4. Air mata jatuh ke perut.

PERENGGAN PENUTUP :
Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi.
Penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumkan keseluruhan karangan dalam
satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakan tidak lengkap
atau tidak sempurna.

JENIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP:
1. Ayat kesimpulan umum
2. Ayat pendapat
3. Ayat cadangan
4. Ayat komen
5. Ayat penilaian
6. Ayat harapan
7. Ayat penutup

Ayat kesimpulan umum : Masalah disiplin.
Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam karangan murid di sekolah
disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga.

Ayat pendapat : Kesan peperangan.
Kesimpulannya, semua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian dunia ini banyak
membawa kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun kepada negara lain.

Ayat cadangan : Kesan peperangan.
Oleh itu, setiap pihak atau negara yang berkenaan mestilah mencari jalan yang terbaik atau
berunding supaya peperangan dapat dielakkan.

Ayat komen : Ulasan cerpen.
Cerpen ini mampu untuk memberikan kesedaran, khususnya kepada remaja, betapa kejayaan
dapat dicapai oleh sesiapa sahaja jika ada kesungguhan, kecekalan, semangat, dan kemahuan
yang tinggi.

Ayat penilaian : Kesan peperangan.
Jika langkah ini tidak diambil, negara di seluruh dunia akan menghadapi masalah atau menerima
kesan daripada peperangan tersebut.

Ayat harapan : Kepentingan perpaduan.
Jadi, rakyat harus sedar akan kepentingan perpaduan kerana sekali perpaduan itu runtuh, maka
susah untuk mewujudkannya semula.Ingatlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ayat Penutup: Kesan peperangan
Peperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa kebaikan
kepada mana-mana pihak seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu kalah jadi abu,
menang jadi arang.

Anda mungkin juga menyukai