Anda di halaman 1dari 28

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1,

18000 KUALA KRAI, KELANTAN.


TEL / FAX: 09-9666162

BUKU
RUJUKAN

KATA
MAJMUK (2)
Nama : __________________________

Darjah : _______________
1
Siri Bahan www.galeri-A.com – Kata Majmuk (2)
pusat bandar 
bahagian di tengah-tengah sesebuah bandar yang menjadi tumpuan
orang.
Contoh: Kedai emas Encik Roslan terletak di pusat bandar itu.

rabun ayam 
tidak jelas penglihatan ketika senja atau pada waktu malam.
Contoh: Encik Lajis tidak berani untuk memandu kereta pada waktu
malam kerana beliau rabun ayam.

rabun dekat 
tidak jelas penglihatan bagi sesuatu yang dekat tetapi jelas
penglihatannya bagi sesuatu yang jauh.
Contoh: Gopal tidak dapat membaca surat khabar itu tanpa cermin
mata kerana matanya rabun dekat.

rabun jauh 
tidak jelas penglihatan bagi sesuatu yang jauh dan sebaliknya jelas
penglihatan bagi sesuatu yang dekat.
Contoh: Juriah tidak dapat membaca tulisan pada papan tanda di
seberang jalan itu kerana matanya rabun jauh.

racun rumpai 
bahan kimia yang berbisa untuk mematikan rumput-rampai.
Contoh: Pak Husin menyembur racun rumpai di dalam kebunnya yang
penuh dengan lalang itu.

racun serangga 
bahan kimia yang berbisa untuk membunuh pelbagai jenis serangga.
Contoh: Encik Leong menyemburkan racun serangga di dalam ladang
belimbing besinya itu untuk menghapuskan serangga-serangga.

rangka kereta 
casis atau bingkai utama bagi badan sesebuah kereta.
Contoh: Rangka kereta itu terpaksa dibetulkan semula selepas
terlibat dalam kemalangan itu.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 2


rokok daun 
sejenis rokok yang dibuat daripada pucuk nipah yang dikeringkan atau
dijemur.
Contoh: Pak Dollah, Encik Leman, dan Pak Abas sedang berbual-bual
sambil menghisap rokok daun di serambi rumah Pak Dollah.

rongga hidung 
lubang atau liang pada batang hidung.
Contoh: Bahagian tepi di bawah rongga hidung Sazwan berdarah kerana
terkena mata pen sewaktu dia bergurau dengan Raju tadi.

ruang tamu 
tempat yang lapang di dalam rumah atau bangunan yang menjadi tempat
tetamu duduk apabila berkunjung.
Contoh: Ruang tamu rumah Puan Saidah sungguh cantik dan selesa kerana
luas dan lengkap dengan pelbagai perabot dan hiasan yang tersusun rapi.

rukun negara 
asas dan prinsip kenegaraan Malaysia yang mengandungi lima prinsip utama.
Contoh: Setiap warganegara Malaysia harus menghayati prinsip-prinsip
dalam rukun negara.

rumah batu 
bangunan atau binaan untuk menjadi tempat tinggal atau kediaman yang
diperbuat daripada konkrit (batu dan simen).
Contoh: Keluarganya tinggal di sebuah rumah batu di taman perumahan
itu.

rumah pangsa 
rumah yang dibina bertingkat-tingkat dan berpetak-petak.
Contoh: Dia tinggal di tingkat lima, rumah pangsa itu.

rumah panjang 
rumah yang panjang dan didiami oleh beberapa keluarga yang biasanya
banyak terdapat di daerah pedalaman Sarawak.
Contoh: Kanang anak Langkau dilahirkan di sebuah rumah panjang di
daerah Nanga Maluan, Sarawak.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 3
rumah sakit 
bangunan tempat merawat orang sakit atau hospital.
Contoh: Ayah membawa adik yang demam itu ke rumah sakit untuk
mendapatkan rawatan.

rumah teres 
rumah kediaman yang dibina berderet-deret memanjang.
Contoh: Projek pembinaan rumah teres dilaksanakan ke seluruh
negara adalah untuk memberi peluang kepada golongan yang
berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

rumput ternak 
rumput yang ditanam atau dikhaskan untuk menjadi makanan binatang-
binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kuda dsb.
Contoh: Kawasan bukit-bukit itu telah dibersihkan untuk dijadikan
tapak tanaman rumput ternak bagi projek lembu tenusu itu.

sabit rumput 
sejenis pisau yang melengkung untuk memotong rumput.
Contoh: Pak Jamal sedang mengasah sabit rumput di halaman
rumah.

sabun mandi 
sabun yang wangi yang digunakan untuk membersihkan badan.
Contoh: Sabun mandi yang digunakan oleh Haslina untuk mandi itu
berbau sangat wangi.

sabut kelapa 
kulit yang berserat daripada buah kelapa.
Contoh: Serat daripada sabut kelapa boleh dibuat tali, berus, dan
penyapu sampah.

sagu hati 
wang atau hadiah dsb. yang diberi kepada seseorang sebagai tanda
penghargaan atas penyertaan, jasa dsb.
Contoh: Dia hanya mendapat hadiah sagu hati dalam pertandingan
melukis poster itu.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 4


sahabat karib 
kawan atau rakan yang paling rapat atau akrab sekali.
Contoh: Zainal ialah sahabat karib Lokman.

sakit tekak 
berasa tidak enak atau pedih atau perit di bahagian tekak kerana
terlalu banyak bercakap, melaung dsb.
Contoh: Cikgu Razi berasa sakit tekak selepas mengendalikan
aktiviti-aktiviti dalam perkhemahan itu kerana terpaksa banyak
menggunakan suara.

saku baju 
bahagian yang berlubang dan berjahit di bawah yang menjadi tempat
menyimpan sesuatu pada baju atau kocek baju atau pokek baju.
Contoh: Saku baju sekolah Azlan penuh dengan pen, pensel, dan
gula-gula.

saku seluar 
bahagian yang berlubang dan berjahit di bawah yang menjadi tempat
menyimpan sesuatu pada seluar atau kocek seluar atau poket seluar.
Contoh: Wang syiling yang dimasukkan ke dalam saku seluarnya
telah tercicir kerana saku seluarnya itu bocor.

sambal tumis 
makanan pedas yang diperbuat daripada cili yang dikisar atau ditumbuk,
asam, dan perencah-perencah berkaitan yang digoreng atau ditumis
dengan minyak.
Contoh: Nasi lemak biasanya dimakan dengan sambal tumis bilis.

sampan kolek 
sejenis perahu kecil yang tidak menggunakan layar.
Contoh: Pekebun itu membawa hasil tanamannya dengan menaiki
sebuah sampan kolek untuk menyeberangi sungai itu.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 5


sampul surat 
kertas yang berlipat dan bersarung untuk mengisi surat yang hendak
diposkan.
Contoh: Dia memasukkan borang permohonannya itu ke dalam sampul
surat besar.

sangkar burung 
bekas atau tempat yang berjaring-jaring untuk mengurung burung
peliharaan.
Contoh: Encik Ah Meng membela seekor burung tiung di dalam sebuah
sangkar burung yang besar dan cantik.

santan kelapa 
air perahan isi kelapa yang diparut yang berwarna putih berlemak.
Contoh: Untuk memasak gulai atau sayur lemak, kita perlu
menggunakan santan kelapa.

sapu lidi 
alat yang digunakan untuk membersihkan lantai, halaman dsb. daripada
sampah-sarap dan habuk yang diperbuat daripada lidi daun kelapa dsb.
Contoh: Mak Leha membersihkan halaman rumahnya itu dengan sapu
lidi.

sapu tangan 
kain kecil berbentuk empat persegi untuk mengesat atau mengelap tangan,
muka dll.
Contoh: Dia sentiasa membawa sapu tangan apabila pergi berjalan
untuk mengelap peluhnya yang keluar.

sarang burung 
tempat kediaman burung untuk tidur dan bertelur dsb.
Contoh: Sarang burung tempua sangat unik dan agak sukar untuk
diambil.

sarang tebuan 
tempat kediaman sekawan tebuan untuk berkumpul dan membiak.
Contoh: Dua orang penduduk kampung sedang menjolok sarang tebuan
itu untuk menghalau tebuan-tebuan itu supaya tidak membahayakan
orang yang lalu-lalang di situ.
Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 6
sarung tangan 
kain atau getah atau plastik yang menyaluti jari-jari dan tapak tangan
hingga pangkal lengan.
Contoh: Doktor-doktor dan jururawat-jururawat biasanya memakai
sarung tangan apabila merawat penghidap AIDS.

sawah padi 
kawasan atau tempat yang rata dan agak rendah dan mudah digenangi air
untuk menanam padi.
Contoh: Di negeri Kedah banyak terdapat kawasan sawah padi yang
amat luas.

sekam padi 
Kulit-kulit padi yang keluar selepas padi dimesin, dikisar atau ditumbuk
untuk mengeluarkan berasnya.
Contoh: Sekam padi yang dibakar boleh dibuat baja pertanian.

sekolah agama 
sebuah sekolah yang menggunakan kurikulum yang berteraskan mata-
mata pelajaran agama.
Contoh: Ustaz Ismail mendapat pendidikan awalnya di sebuah sekolah
agama di kampungnya sebelum melanjutkan pengajian tinggi di
Universiti Al-Azhar, Mesir.

sekolah menengah 
sekolah untuk murid-murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
Contoh: Selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah nanti,
Rahayu berhasrat untuk melanjutkan pengajian tinggi di luar negara.

sekolah rendah 
sekolah untuk murid-murid darjah satu hingga darjah enam.
Contoh: Murid-murid sekolah rendah yang miskin disediakan sarapan
pagi oleh pihak sekolah masing-masing di bawah Rancangan Makanan
Tambahan (RMT).

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 7


sekolah vokasional 
sekolah yang kurikulumnya dikhususkan atau berteraskan bidang-bidang
kemahiran untuk sesuatu pekerjaan.
Contoh: Banyak sekolah vokasional didirikan di seluruh negara untuk
melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan.

selamat malam 
ucapan untuk melahirkan harapan agar aman sentosa atau sejahtera atau
semoga berada dalam keadaan selamat sepanjang malam itu (ucapan pada
waktu malam sewaktu mula-mula bertemu).
Contoh: Mei Wah mengucapkan selamat malam kepada ibu dan ayah
sebelum dia masuk ke bilik tidurnya itu.

selamat pagi 
ucapan untuk melahirkan harapan agar aman sentosa, sejahtera atau
semoga berada dalam keadaan selamat sepanjang pagi itu (ucapan pada
waktu pagi sewaktu mula-mula bertemu).
Contoh: Murid-murid Tahun Lima Cempaka bangun dan mengucapkan
selamat pagi kepada Cikgu Vellu yang masuk ke kelas mereka itu.

selamat petang 
ucapan untuk melahirkan harapan agar aman sentosa, sejahtera atau
semoga berada dalam keadaan selamat sepanjang petang itu (ucapan pada
waktu petang waktu mula-mula bertemu).
Contoh: Nathan mengucapkan selamat petang kepada Cikgu Kadir
sewaktu mereka bertemu di pasar minggu itu.

selamat tengah hari 


ucapan untuk melahirkan harapan agar aman sentosa, sejahtera atau
semoga berada dalam keadaan selamat (diucapkan pada waktu tengah hari).
Contoh: Murid-murid Tahun Enam Akmal memberikan ucapan selamat
tengah hari kepada Puan Reena Kaur apabila beliau masuk ke kelas itu
pada waktu pelajaran terakhir.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 8


selipar Jepun 
sejenis alas kaki bertali yang berpecah dua ke tepi kanan dan kiri kaki.
Contoh: Lebai Samad hanya memakai selipar Jepun pergi ke surau
yang berdekatan dengan rumahnya itu.

seluar panjang 
pakaian berkaki yang dipakai dari aras pinggang ke bawah (ke kaki) atau
seluar yang panjang kakinya.
Contoh: Ruslan pergi ke pasar raya untuk membeli sehelai seluar
panjang.

seluar pendek 
pakaian berkaki yang dipakai dari aras pinggang ke hujung paha atau
seluar yang pendek kakinya.
Contoh: Semua pemain badminton memakai seluar pendek semasa
berlawan.

semut api 
serangga kecil yang merayap berwarna merah dan sangat sakit apabila
digigitnya.
Contoh: Adiknya menjerit kesakitan apabila digigit oleh semut api.

semut hitam 
serangga kecil yang merayap yang agak besar berwarna hitam yang
tinggal di dalam lubang tanah.
Contoh: Banyak semut hitam membuat sarang di dalam tanah di tepi
pagar itu.

senapang angin 
sejenis senapang yang melepaskan penabur dengan tekanan angin atau
udara.
Contoh: Pak Yusuf menembak burung gagak itu dengan selaras
senapang angin.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 9


senapang patah 
senapang yang patrumnya atau pelurunya diisi dari pangkal laras yang
boleh dilipat-lipatkan.
Contoh: Pak Hitam membawa selaras senapang patah semasa pergi
ke kebunnya di kaki bukit itu.

senduk nasi 
alat untuk menceduk nasi yang besar melengkung di hadapan dan kecil
tangkai atau pemegangnya.
Contoh: Emak menceduk nasi di dalam periuk itu dengan senduk
nasi.

sepatu getah 
kasut atau kaus yang diperbuat daripada getah yang agak panjang
hingga paras betis.
Contoh: Semasa mencuci longkang di sekeliling rumahnya itu, Encik
Ismail memakai sepasang sepatu getah.

sepatu kulit 
kasut atau kaus yang diperbuat daripada kulit haiwan yang dipakai
untuk melindungi kaki.
Contoh: Sepatu kulit yang baru dibelinya itu telah hilang ketika dia
meletakkannya di tempat letak kasut di masjid itu.

serbuk kopi 
benda yang berbutir-butir halus daripada biji-biji kopi yang dikisar
atau dimesin yang menjadi bahan minuman.
Contoh: Air kopi o yang diminum oleh Pak Jamal itu adalah
daripada serbuk kopi tulen.

serbuk teh 
butir-butir halus daripada daun-daun teh yang dikisar atau dimesin
menjadi bahan minuman.
Contoh: Serbuk teh yang digunakan oleh Puan Dahlia untuk
menyediakan minuman petang itu berasal dari Cameron Highlands.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 10


serkap rotan 
alat untuk memerangkap ikan di dalam air supaya mudah ditangkap yang
diperbuat daripada rotan atau alat untuk menyungkup atau mengurung ayam,
itik dsb yang diperbuat daripada rotan.
Contoh: Dia mengurung ayam jantan itu di dalam sebuah serkap rotan.

serunai buluh 
alat bunyi-bunyian daripada buluh yang ditiup untuk mengeluarkan bunyi-
bunyi yang merdu atau alunan lagu.
Contoh: Gembala kambing itu sedang meniup serunai buluh sambil menjaga
kambing-kambingnya meragut rumput.

sikat rambut 
alat bergigi-gigi halus untuk mengemaskan atau merapikan rambut.
Contoh: Selepas mandi, Aini mengemaskan rambutnya dengan sebilah
sikat rambut plastik.

simpang tiga 
tempat jalan bercabang atau berpecah kepada tiga hala yang berlainan.
Contoh: Di simpang tiga jalan itu terdapat lampu isyarat.

siput babi 
sejenis siput darat yang agak besar.
Contoh: Banyak pokok sawi yang ditanam oleh Mak Leha telah dimakan
oleh siput babi.

sirih junjung 
sejenis pokok memanjat yang daunnya berasa agak pedas yang disusun dan
dijunjung di atas kepala.
Contoh: Gadis-gadis cantik itu membawa sirih junjung dalam suatu
istiadat tradisional bagi mengiringi rombongan Perdana Menteri itu.

sirih pinang 
suatu tanda peminangan atau barang-barang yang menjadi kebiasaan dibawa
untuk melamar seseorang perempuan.
Contoh: Keluarga Kahar telah membawa sirih pinang ke rumah Encik Agus
sebagai tanda untuk melamar anak gadisnya itu.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 11


songkok hitam 
pakaian kepala yang diperbuat daripada baldu yang berwarna hitam dan
dipakai oleh orang lelaki.
Contoh: Semasa mengenakan baju Melayu dan bersamping, songkok hitam
juga tidak ketinggalan.

sotong kurita 
sejenis hidupan laut yang lunak, bertulang belakang lembut, dan berjanggut.
Contoh: Sotong kurita amat enak jika digoreng berlada.

stesen bas 
tempat atau pusat perhentian bas-bas untuk mengambil dan menurunkan
penumpang-penumpang.
Contoh: Ramai penumpang sedang menunggu bas di stesen bas itu untuk
ke destinasi masing-masing.

stesen kereta api 


tempat khas bagi kereta api berhenti untuk mengambil dan menurunkan
penumpang-penumpangnya.
Contoh: Stesen kereta api itu penuh sesak dengan orang ramai yang
ingin pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

subang telinga 
alat perhiasan yang dipakai pada cuping telinga atau anting-anting.
Contoh: Subang telinga yang dipakai oleh pengantin perempuan itu sangat
cantik dan mahal harganya.

suku bangsa 
golongan bangsa yang menjadi bahagian kepada bangsa yang besar.
Contoh: Pada Zaman Jahiliah, suku bangsa Arab suka berpuak-puak dan
bermusuh-musuhan.

surat perjanjian 
surat pengakuan antara beberapa pihak untuk menerima dan bersetuju
tentang sesuatu perjanjian yang dibuat.
Contoh: Encik Kudus menandatangani surat perjanjian pinjaman
perumahan di hadapan saksi-saksinya itu.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 12


surat sumpah 
surat pengganti surat beranak yang hilang yang dikeluarkan oleh
kerajaan.
Contoh: Dia menggunakan surat sumpah untuk membuat kad
pengenalan baharu kerana surat beranak asalnya telah hilang.

susu getah 
cairan berwarna putih yang menyerupai susu yang keluar daripada
pokok getah apabila batangnya ditoreh.
Contoh: Pak Ayub sedang mengandar dua buah baldi besar yang
berisi susu getah dari kebun getahnya itu.

susu lembu 
susu yang diperoleh daripada lembu apabila diperah.
Contoh: Susu lembu segar amat berkhasiat dan enak diminum.

susu segar 
susu yang diperoleh daripada binatang ternakan yang belum diproses
serta dicampur dengan bahan-bahan lain.
Contoh: Gurdev Singh amat gemar minum susu segar.

susu tepung 
susu dalam bentuk tepung setelah diproses.
Contoh: Keluarga Puan Lina menggunakan susu tepung untuk
menyediakan minuman bersusu kepada anak-anaknya.

tanah gambut 
sejenis kawasan tanah yang banyak mengandungi karbon daripada
tumbuh-tumbuhan yang reput.
Contoh: Tanaman nanas dan koko amat sesuai diusahakan di
kawasan tanah gambut.

tanah pusaka 
tanah sepeninggalan si mati untuk diwarisi oleh ahli-ahli keluarga si
mati yang masih hidup.
Contoh: Hassan dan Harun bersetuju untuk memajukan tanah
pusaka mereka itu.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 13


tanda bacaan 
simbol atau lambang yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai erti dan
fungsi tertentu seperti koma, noktah dsb.
Contoh: Beberapa orang murid mengabaikan tanda bacaan yang betul
apabila menulis ayat-ayat dalam karangan mereka itu.

tandas awam 
tempat untuk orang ramai atau orang awam membuang air kecil dan air
besar.
Contoh: Tandas awam yang disediakan oleh pihak berkuasa di tepi
stadium itu tidak dijaga kebersihannya.

tanduk kerbau 
sepasang benda keras yang runcing di hujung yang tumbuh di kepala
kerbau.
Contoh: Replika burung yang terletak di atas almari itu diperbuat
daripada tanduk kerbau.

tanduk lembu 
sepasang benda keras yang runcing di hujung yang tumbuh di kepala lembu.
Contoh: Sebelah daripada tanduk lembu itu telah patah.

tanduk rusa 
sepasang benda keras yang bercabang-cabang yang tumbuh di kepala rusa.
Contoh: Hulu pisau itu diperbuat daripada tanduk rusa.

tangan kanan 
tangan yang sebelah kanan atau pembantu utama dalam sesuatu urusan atau
organisasi.
Contoh: Kita makan nasi dan memegang makanan-makanan lain dengan
tangan kanan.

tangan kiri 
tangan sebelah kiri kita.
Contoh: Kita dilarang memberikan sesuatu kepada seseorang dengan
tangan kiri.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 14


tapak rumah 
kawasan tanah yang menjadi tempat membina rumah.
Contoh: Tapak rumah Encik Latiff sangat luas dan amat rata.

tarik tali 
hela-menghela oleh dua orang atau dua kumpulan orang dengan
menggunakan tali.
Contoh: Dalam acara tarik tali itu, pasukan pesara guru telah
berjaya menjadi juara.

tayar bas 
lingkaran getah yang berisi angin yang dipasang pada roda bas.
Contoh: Tayar bas itu perlu diganti kerana keadaannya sudah
hampir licin.

teh susu 
minuman yang diperbuat dengan menggunakan serbuk teh dan
dicampurkan susu.
Contoh: Teh susu yang disediakan Mak Mah itu sungguh manis
rasanya.

telur ayam 
benda yang berbentuk lonjong mengandungi lembaga anak yang
dikeluarkan oleh ayam betina hasil daripada proses persenyawaannya
dengan ayam jantan.
Contoh: Telur ayam itu sudah digoreng oleh kakak.

telur burung 
benda yang berbentuk lonjong mengandungi lembaga anak yang
dikeluarkan oleh burung betina hasil daripada proses persenyawaannya
dengan burung jantan.
Contoh: Semasa memanjat pokok rambutan itu, Amin menemui
beberapa biji telur burung di dalam sarangnya di atas pokok itu.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 15


telur itik 
benda yang berbentuk lonjong mengandungi lembaga anak yang
dikeluarkan oleh itik betina hasil daripada proses persenyawaannya
dengan itik jantan.
Contoh: Salleh sedang mengutip telur itik di dalam reban itiknya
untuk dijual di pasar tani.

telur penyu 
benda yang berbentuk bulat seperti bola pingpong dan agak lembik
kulitnya yang dikeluarkan oleh penyu betina hasil daripada
persenyawaannya dengan penyu jantan.
Contoh: Telur penyu boleh diperoleh dengan banyaknya di pantai
Rantau Abang, Terengganu pada musim penyu bertelur di pantai itu.

tempat tidur 
sesuatu ruang atau bahagian yang tertentu atau dikhaskan untuk tidur.
Contoh: Tempat tidurnya bersih, kemas, dan amat selesa.

tempat tinggal 
kawasan atau rumah yang didiami atau kediaman seseorang.
Contoh: Tempat tinggal Talib jauh dari bandar.

tempurung kelapa 
lapisan kulit yang keras yang melindungi isi buah kelapa.
Contoh: Tempurung kelapa tua boleh dibuat barang-barang kraf
tangan.

tepung beras 
beras yang dikisar atau dimesin hingga menjadi debu putih atau tepung.
Contoh: Kuih talam itu diperbuat daripada tepung beras.

tepung gandum 
biji-biji gandum yang dikisar atau dimesin hingga menjadi debu putih atau
tepung.
Contoh: Bahan utama untuk membuat kek dan biskut ialah tepung
gandum.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 16


tepung pulut 
debu putih atau tepung daripada beras pulut yang dikisar atau
dimesin.
Contoh: Buah melaka diperbuat daripada tepung pulut.

tepung sagu 
debu putih atau debu daripada tepung sagu yang dijemur kering.
Contoh: Tepung sagu dan ikan digunakan untuk membuat
keropok.

terima kasih 
ucapan untuk melahirkan rasa syukur dan penghargaan atas
sesuatu kebaikan atau budi yang diterima.
Contoh: Amir mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Saleha
kerana sudi datang menziarahi ibunya yang sakit.

tiang bendera 
batang kayu, besi atau simen yang didirikan tegak untuk
mengibarkan bendera.
Contoh: 'Jalur Gemilang'dan bendera negeri berkibar begitu
megah di tiang bendera di hadapan pejabat itu.

tikar mengkuang 
alas duduk atau alas tidur yang diperbuat daripada anyaman
daripada daun mengkuang.
Contoh: Tikar mengkuang yang dianyam oleh nenek itu sungguh
halus dan cantik buatannya.

tikar pandan 
alas duduk atau alas tidur yang diperbuat daripada anyaman daun
pandan.
Contoh: Tikar pandan lebih lembut rasanya daripada tikar
mengkuang apabila diduduk.

Siri Bahan Zoom-A - Kata


17
Majmuk
tiket bas 
kertas atau kad kecil yang menjadi bukti bahawa pembayaran telah
dibuat untuk menaiki bas.
Contoh: Encik Sulaiman membeli tiket bas itu di kaunter tiket untuk
pergi ke Kuala Lumpur.

tolok hujan 
alat untuk mengukur atau menyukat kadar ketinggian hujan.
Contoh: Tolok hujan digunakan untuk mengira jumlah hujan di
sesuatu tempat atau kawasan.

tombol pintu 
pemutar atau pemegang untuk membuka pintu.
Contoh: Tombol pintu rumahnya itu diperbuat daripada tembaga.

topeng kertas 
sesuatu yang dipakai untuk menutup muka yang berupa muka orang atau
binatang dll yang diperbuat daripada kertas.
Contoh: Kanak-kanak itu memakai topeng kertas yang berupa muka
'Batman'.

topi besi 
tutup kepala yang berbagai-bagai bentuk dan rupa yang diperbuat
daripada besi untuk dipakai oleh askar.
Contoh: Askar-askar berkuda dalam filem itu memakai topi besi
apabila hendak pergi berperang.

toreh getah 
menggores kulit batang pokok getah dengan pisau khas untuk
mengeluarkan susu getahnya.
Contoh: Kerja toreh getah di estet-estet getah biasanya dijalankan
oleh kaum wanita.

Siri Bahan Zoom-A - Kata


18
Majmuk
tudung kepala 
sesuatu yang digunakan untuk menutup bahagian kepala dan muka
yang biasa dipakai oleh orang perempuan.
Contoh: Rokiah memakai tudung kepala berwarna merah jambu.

tudung periuk 
sesuatu yang digunakan untuk menutup periuk.
Contoh: Tudung periuk itu terangkat dan bergerak-gerak
apabila nasi yang ditanak itu mula mendidih.

tudung saji 
penutup makanan di atas meja yang diperbuat daripada daun
mengkuang, plastik dll.
Contoh: Hidangan di atas meja itu ditutup oleh emak dengan
tudung saji.

tukang besi 
orang yang mahir membuat barang-barang atau pelbagai peralatan
daripada besi.
Contoh: Tukang besi itu sedang menempa sebilah parang di
bengkelnya itu.

tukang emas 
orang yang mahir atau pandai membuat barang-barang kemas dll
daripada emas.
Contoh: Rantai leher dan gelang tangan emas yang dipakai oleh
Datin Mahani itu dibuat oleh tukang emas yang terkenal di
bandar itu.

tukang jahit 
orang yang pekerjaannya mengambil upah menjahit pelbagai jenis
pakaian.
Contoh: Baju kebaya yang dipakai oleh Puan Jamilah itu dibuat
oleh seorang tukang jahit yang termasyhur.

Siri Bahan Zoom-A - Kata


19
Majmuk
tukang kasut 
orang yang mahir atau pandai membaiki dan membuat pelbagai jenis kasut.
Contoh: Tukang kasut di kaki lima itu sedang tekun membaiki kasut
pelanggannya.

tukang kebun 
orang yang bekerja menjaga kebersihan dan menceriakan kawasan rumah,
sekolah atau pejabat dll.
Contoh: Tukang kebun sekolah itu sedang mencabut rumput-rampai di
sekitar pokok-pokok bunga di hadapan pejabat sekolah.

tukang masak 
orang gajian yang kerjanya memasak.
Contoh: Restoran itu menjadi tumpuan orang ramai kerana tukang
masaknya amat pandai memasak.

tulang belakang 
tulang yang beruas-ruas dari tengkuk hingga punggung di bahagian
belakang atau seseorang yang menjadi harapan sesuatu kumpulan dan
memberi kekuatan kepada sesuatu kumpulan.
Contoh: a. Nathan menjadi lumpuh setelah tulang belakangnya patah
akibat terlibat dalam suatu kemalangan.
b. Encik Mokhtar menjadi tulang belakang kepada persatuan peladang
di daerah itu.

tulang kering 
tulang betis di hadapan.
Contoh: Tulang kering Atan retak akibat berlanggar dengan Salman
dalam perlawanan bola sepak itu.

tulis tangan 
mencatat atau menulis sesuatu dengan menggunakan pen, pensel dll atau
dengan tangan.
Contoh: Oleh sebab ingin cepat, dia menyiapkan kerja kursusnya itu
dengan hanya tulis tangan.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 20


tutur kata 
bahasa percakapan seseorang.
Contoh: Kita mesti menggunakan tutur kata yang baik dan halus apabila
bercakap dengan ibu bapa kita.

ubat batuk 
ubat untuk menyembuhkan penyakit batuk.
Contoh: Ibu pergi membeli ubat batuk di farmasi itu untuk
menyembuhkan batuk adik itu.

udang galah 
hidupan air yang berkulit keras beruas-ruas, berkaki sepuluh, dan
berjanggut serta bersepit di kepala.
Contoh: Semasa menjala di dalam sungai itu, Pak Dollah banyak
mendapat udang galah.

udang harimau 
sejenis udang yang kulitnya berbelang-belang.
Contoh: Udang harimau boleh diternak di dalam kolam khas.

ular kapak 
sejenis ular kecil dan agak pendek yang berwarna hitam dan amat berbisa.
Contoh: Pekebun itu nyaris-nyaris dipatuk oleh seekor ular kapak
semasa dia sedang membersihkan kebun kelapa sawitnya itu.

ular sawa 
sejenis ular besar yang bertubuh berbatik-batik yang boleh membelit
mangsanya dan tidak begitu berbisa.
Contoh: Seekor anak kambing sedang dibelit oleh seekor ular sawa di
kebun datuk Azhar.

ular tedung 
sejenis ular yang amat berbisa dan boleh mengembangkan kepala dan
tengkuknya.
Contoh: Anak lembu Pak Leman telah mati kerana dipatuk oleh seekor
ular tedung.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 21


ulat bulu 
ulat yang badannya berbulu dan apabila seseorang terkena bulunya akan
berasa gatal dan perit.
Contoh: Dia tergaru-garu kerana terkena ulat bulu semasa memanjat
pokok tadi.

umbut kelapa 
pangkal pucuk kelapa yang lembut dan boleh dimakan.
Contoh: Pak Darus menebang pokok kelapa di belakang rumahnya itu
untuk mengambil umbut kelapa.

urat darah 
saluran kecil di dalam tubuh sebagai alat untuk membawa atau mengalirkan
darah ke seluruh tubuh.
Contoh: Urat darah Pak Hasni kelihatan timbul yang menandakan beliau
kuat bekerja.

urat saraf 
tisu yang menjadi alat perasa di dalam diri atau tubuh badan.
Contoh: Urat saraf pemuda yang cedera parah itu semakin lemah
kerana dia mengalami pendarahan yang serius.

wakil rakyat 
orang yang dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya untuk menjadi
jurucakap di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri.
Contoh: Wakil rakyat bagi kawasan itu sentiasa mengambil berat
tentang masalah dan kesulitan yang dialami penduduk kawasannya itu.

waktu rehat 
tempoh masa tertentu untuk berehat atau menghilangkan kepenatan.
Contoh: Pada waktu rehat, Aziah dan Rozita selalu pergi ke
perpustakaan sekolah untuk membaca surat khabar atau meminjam
buku.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 22


waktu sembahyang 
ketika atau masa yang tertentu atau telah ditetapkan untuk sembahyang
atau solat.
Contoh: Jamil sentiasa menjaga waktu sembahyangnya supaya dia tidak
tertinggal untuk menunaikan sembahyang lima waktunya itu.

wang kertas 
alat tukaran yang sah dan mempunyai nilai tertentu yang dibuat daripada
kertas.
Contoh: Wang kertas negara kita mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
terjamin.

wang syiling 
alat tukaran yang sah dan mempunyai nilai tertentu yang dibuat daripada
logam.
Contoh: Ahmad menyimpan wang syilingnya di dalam sebuah tabung
logam.

yuran masuk 
wang yang dibayar berkala atau pada waktu yang tetap dan jumlah tertentu
untuk memasuki sesuatu persatuan, kelab, institusi dll.
Contoh: Yuran masuk untuk menjadi ahli kelab kebudayaan itu agak
tinggi.

yu rimau 
sejenis ikan laut daripada kumpulan jerung yang berbelang-belang tubuhnya.
Contoh: Sekumpulan nelayan pukat jerut itu berjaya menangkap yu rimau
yang terperangkap di dalam pukat mereka.

yu todak 
sejenis ikan laut daripada kumpulan jerung yang muncungnya panjang dan
badannya agak tirus.
Contoh: Dua orang penyelam di dasar laut berbangsa Eropah itu telah
tercedera kerana diserang oleh dua ekor yu todak sewaktu mengadakan
penggambaran di dasar laut.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 23


zip seluar 
alat yang bergerigi untuk mengancing seluar, iaitu tanpa menggunakan
butang.
Contoh: Puan Hasnah sedang menjahit zip seluar anaknya untuk
menggantikan zipnya yang telah rosak.

zon bebas 
kawasan yang tidak terikat kepada peraturan-peraturan biasa atau
kawasan yang terkecuali daripada syarat-syarat tertentu.
Contoh: Para pelancong dari Pantai Barat Semenanjung sedang asyik
membeli-belah di zon bebas cukai Pengkalan Kubor, Kelantan.

zon panas 
kawasan atau lingkungan di permukaan bumi yang berada di sekitar garisan
lintang 0 atau berdekatan Khatulistiwa yang bersuhu tinggi sepanjang
tahun.
Contoh: Malaysia, Singapura, dan Filipina ialah antara negara yang
terletak di zon panas dunia.

Zoo Negara 
kawasan atau taman tempat berbagai-bagai jenis binatang dipelihara dan
dijaga untuk tontonan atau dilihat orang ramai atau pengunjung-
pengunjungnya yang terbesar di negara ini.
Contoh: Pada musim cuti sekolah, Zoo Negara menjadi tumpuan murid-
murid untuk melihat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di situ.

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 24


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan
gambar di bawah.

1    __________ berkibar dengan megahnya di Dataran


Kemunting, Kuantan.

A Pasar Budaya
B Jalur Terbilang
C Jalur Gemilang
D Padang Merdeka
2   Pak Abu terbaca kisah penangkapan anak saudaranya di
__________.

A surat kiriman
B khabar angin
C surat khabar
D buku cerita

3    Semua orang menginginkan kehidupan yang __________.


A suka hati
B aman damai
C gagah berani
D perang dingin

4…Jali, anak Pak Mahmud dipelihara oleh Encik Hasyim sebagai


__________.

A anak piatu
B anak sulung
C anak angkat
D anak penakan

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 25


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan
gambar di bawah.

1    __________ berkibar dengan megahnya di Dataran


Kemunting, Kuantan.

A Pasar Budaya
B Jalur Terbilang
C Jalur Gemilang
D Padang Merdeka
2   Pak Abu terbaca kisah penangkapan anak saudaranya di
__________.

A surat kiriman
B khabar angin
C surat khabar
D buku cerita

3    Semua orang menginginkan kehidupan yang __________.


A suka hati
B aman damai
C gagah berani
D perang dingin

4…Jali, anak Pak Mahmud dipelihara oleh Encik Hasyim sebagai


__________.

A anak piatu
B anak sulung
C anak angkat
D anak penakan

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 26


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan
gambar di bawah.

1    __________ berkibar dengan megahnya di Dataran


Kemunting, Kuantan.

A Pasar Budaya
B Jalur Terbilang
C Jalur Gemilang
D Padang Merdeka
2   Pak Abu terbaca kisah penangkapan anak saudaranya di
__________.

A surat kiriman
B khabar angin
C surat khabar
D buku cerita

3    Semua orang menginginkan kehidupan yang __________.


A suka hati
B aman damai
C gagah berani
D perang dingin

4…Jali, anak Pak Mahmud dipelihara oleh Encik Hasyim sebagai


__________.

A anak piatu
B anak sulung
C anak angkat
D anak penakan

Siri Bahan Zoom-A - Kata Majmuk 27


KOLEKSI TAJUK MOTIVASI BESTARI
PEDOMAN

TEROKAI ZOOM-A

Banyak lagi Siri Bahan


www.geleri-A.com akan terbit

Membeli sambil menderma


kepada Tabung ICT SKSYP(1)

Usaha anda Memperkasakan ICT


SKSYP(1) sangat dihargai

28
Siri Bahan www.galeri-A.com – Motivasi Bestari - PEDOMAN

Anda mungkin juga menyukai