Anda di halaman 1dari 4

Kumar ialah seorang pelajar yang sering tidak menumpukan perhatian semasa guru

mengajar dan tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. Dia juga sentiasa menggaggu rakan-
rakan yang sedang mengikuti pelajaran ada pelajar yang yang turut mengikuti tingkah laku dia.
Semasa memberi kerja kumpulan kelas menjadi riuh-rendah kerana Kumar dan beberapa
rakannya mula bercakap dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Apabila ditegur
Kumar bersikap biadap dantidak mengedahkan teguran gurunya serta terus keluar tanpa
kebenaran. Bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan murid seperti yang berlaku dalam
kes Kumar, para guru perlu menjadi tegas pada waktu tertentu.

‘Assertiveness skill allow you to communicate to students that you are serious
about teaching and about maintaining a classroom in which everyone’s rights
are respected’

(Carolyn M.Evertson,Edmund T. Emmer, Murray E.Worsham:153)

Pada pandangan ketiga-tiga orang tersebut, Model Disiplin Asertif membantu guru
mengajar dan menguruskan bilik darjah secara tersusun, efektif dan efesien serta memastikan
setiap murid dihormati di dalam kelas. Situasi ini boleh dikaitkan dengan Model Disiplin Asertif
Canter. Model Disiplin Asertif Canter telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun
1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka sendiri.

‘Many teachers believe that students should be involved in the rule setting, to promote
“ownership” and responsibility. Students are more likely to accept and respect rules they helped
design ‘(Schimmel,1997). Menurut beliau, guru percaya bahawa jika pelajar dilibatkan dalam
peraturan yang ditetapkan oleh guru, para pelajar akan dipengaruhi dengan peraturan tersebut;
Pelajar akan mula menghargai dan mematuhi peraturan tersebut. Ini cukup membuktikan bahawa
guru harus menetapkan peraturan-peraturan dalam kelas dan memastikan sentiasa dipatuhi oleh
para pelajar seperti yang dinyatakan oleh Canter dalam Model Disiplin Asertif Canter.

Guru menggunakan model ini sebagai suatu langkah penyelesaian bagi menangani
masalah disiplin pelajar di kelas seperti kes Kumar. Model ini berasaskan peneguhan terhadap
tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan. Guru perlu bersifat tegas terhadap peneguhan mereka. Dengan ini, guru
mengelakkan berlakunya kes seperti kes Kumar. Perbuatan ini mungkin memberi rasa tidak
selesa terhadap murid-murid lain dalam kelas . Pada masa yang sama, guru yang bersifat tegas
tidak selalunya menjadi penyelesaian bagi masalah tersebut, kerana bukan semua murid adalah
sama. Kadangkala, ada pelajar yang akan berasa takut dan segan apabila berkomunikasi dengan
guru yang bersifat tegas tersebut. Secara langsung, komunikasi dan hubungan antara guru
tersebut dan pelajar tidak baik. Oleh itu, guru perlu bertegas hanya pada masa yang diperlukan.

Effective teacher must have characteristics that include: a motivating personality with
enthusiasm, warmth, humour, and credibility; and an orientation to success (Cruickshank,1985).
Guru efektif perlu mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan oleh Cruickshank. Guru bersikap
tegas dapat mendisiplinkan pelajarnya yang bermasalah. Guru mampu menjalankan proses Pdp
tanpa gangguan. Guru asertif percaya bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang
terbaik untuk pelajar mereka. Dengan adanya disiplin asertif, interaksi di antara guru dengan
murid adalah positif dan secara berhormat apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang
sesuai dalam bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak
menggunakan perbuatan kasar, menyindir, ataupun bermusuhan. Selain itu, guru asertif
mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada
mereka, dan melayani setiap individu secara adil.

‘They model, set, and consistently enforce reasonable, broad rules( and the logical
consequence of breaking them) founded on mutual respect and the golden rule’,Weber
et.al(1983). Menurut beliau, pelajar perlu tahu tentang konsekuan yang akan dikenakan jika
mereka melanggar peraturan yang ditetapkan. Sebagai contohnya, guru perlu merangka sistem
ganjaran dan dendaan sebagai rujukan kepada murid mengenai tingkah laku yang baik dan
buruk. Guru juga harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar.

. Antara cara untuk mengaplikasikan model ini adalah, jangan layan sebab yang ingin
diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, guru perlu tentukan peraturan yang
hendak melaksanankannya dalam bilik darjah serta tentukan akibat negatif kerana tidak
mematuhi peraturan bilik darjah. Ini akan menyebabkan pelajar berfikir terlebih dahulu sebelum
melanggar peraturan yang ditetapkan oleh guru. Merujuk kepada Hierarki tindakan pembetulan
Canter, setiap hierarki disertakan dengan tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan oleh
guru dan guru perlu melaksanakan tindakan pembetulan mengikut kekerapan salah laku
ditunjukkan.

Menurut Cipani(1998), salah satu cara tindakan pembetulan canter adalah guru boleh
mengingatkan pelajar tentang peraturan. Contohnya, guru perlu memberi beberapa tanda
amaran iaitu, tegur pelajar terlebih dahulu sebelum memberi hukuman seterusnya terhadap
pelajar. Di samping itu, jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh
mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai,
misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

Selain itu, guru juga perlu menjadi seorang guru yang efektif dan pengurus bilik darjah
yang rasional. ‘Teachers are expected by society to control their classes’(Van Tassell,1999).
Pernyataan beliau cukup membuktikan bahawa guru perlu mengawal kelasnya semasa proses
pdp berlangsung. Sebagai pengurus bilik yang bijak, guru perlu menentukkan peraturan-
peraturan di dalam bilik darjah dan perlu sentiasa memantau serta memastikan murid mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Selanjutnya, bilik darjah yang mempunyai peraturan dan
persekitaran yang kondusif dapat membentuk murid yang berkualiti. Persekitaran bilik darjah
yang sesuai untuk pembelajaran akan menyebabkan masalah gangguan tingkahlaku pelajar
dapat diminimakan.

Pengurusan bilik darjah adalah proses pembentukkan suatu alam pembelajaran


serta usaha untuk membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah supaya menjadi
satu persekitaran yang kondusif dan efektif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Dengan
menyediakan persekitaran yang kondusif guru dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti yang
mampu mengharumkan nama negara di pentaksiran antarabangsa iaitu TIMMS dan PISA. Canter
juga menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang
tenang, kondusif dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan.

Oleh itu, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar supaya dapat
membentuk suatu persekitaran yang kondusif untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang efektif. Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik
dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap
tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris,
2009). Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerjasama dan
bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku . Ia adalah kerjasama di antara guru
dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan
pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam
belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon
Sang, 2011).
Guru yang berdemokrasi dan berautonomi dapat membentuk suasana kelas yang sihat.
Guru perlu mempunyai beberapa ciri yang penting supaya dapat membentuk murid yang
berdisiplin dan mampu memberi pengajaran yang kondusif. Seorang guru perlu mempunyai
kualiti peribadi yang merujuk kepada seorang guru yang begitu proaktif, yakin dan sentiasa
bersemangat sehingga mampu memotivasikan muridnya untuk belajar. Melalui ini, guru boleh
menanam nilai-nilai yang positif dalam diri murid supaya tidak terjebak dalam perkara yang
negatif. Guru yang peka dan sensitif akan keperluan muridnya, iaitu terhadap perbezaan cara
atau gaya pembelajaran mereka. Hal ini kerana tidak semua murid mampu menguasai
pembelajaran yang diajar. Oleh itu, guru berperanan mengubah suai cara pengajarannya
mengikut kesesuaian agar peluang pembelajaran adalah untuk semua murid.

Guru perlu bersikap peramah, mesra dan berusaha untuk mengenali muridnya supaya
dapat memperkukuh hubunganya dengan pelajar. Menurut Sardiman (2010) ,’Motivation is an
essential condition of learning’. Hasil belajar akan menjadi optimal , kalau ada motivasi. Makin
tepat motivasi yang diberikan, makin berhasil pula pelajaran itu. Motivasi dapat berfungsi sebagai
pemangkin usaha dan pencapaian prestasi. Seseorang akan berusaha kerana adanya motivasi.
Seterusnya, guru juga perlu melakukan penilaian dan pemantauan atas perkembangan murid
sekerap mungkin. Melalui ini, guru dapat memastikan prestasi yang ditetapkan dapat dicapai
tanpa gangguan seperti masalah disiplin. Tindakan ini, mampu meningkatkan pencapaian
negara kita dalam pentaksiran antarabangsa.

Sikap guru efektif harus memiliki konsep peribadi yang positif, memiliki empat kompetensi
dasar dalam pembelajaran, memilki watak yang kuat, dan selalu memiliki inovasi. Ciri- ciri guru
efektif di atas dapat memberi impak yang baik terhadap murid, dimana guru dapat melahirkan
komuniti yang berkualiti serta membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sosial. Dengan melaksanakan dan mengamalkan langkah-langkah
tersebut guru dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin. Ini kerana, disiplin merupakan cerucuk
utama pembangunan negara. Dengan adanya, disiplin kita mampu untuk mengadun satu
kombinasi usaha yang cukup padu agar nama Malaysia gah di seluruh pojok dunia. Melalui ini,
kita juga dapat melahirkan golongan remaja yang cerdik yang dapat menyempurnakan ciri-ciri
aspirasi pendidikan negara kita terutamanya dari segi aspek kualiti.

Anda mungkin juga menyukai