Anda di halaman 1dari 10

KARANGAN BAHAGIAN A

TEKNIK BARALISMAK 2
(BACA, RANGKA, TULIS dan SEMAK)

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang.
Panjangnya huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


Menumpukan perhatian
semasa guru mengajar
di dalam kelas

Membuat ulang kaji dan


latihan di rumah
Rajin Membaca

RANGKA KARANGAN:
PENDAHULUAN:
Tema: Pelajar Cemerlang
Kumpulan Sasaran: Para Pelajar
Bahasa Indah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tugasan: Ciri-ciri pelajar cemerlang
ISI JAWAPAN:
Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.
Membuat ulang kaji dan latihan di rumah
Rajin membaca buku
PENUTUP:
PENDAHULUAN

JENIS AYAT

TEMA

KUMPULAN
SASARAN
BAHASA
INDAH
TUGASAN

PENANDA WACANA

HURAIAN

Belakangan ini,
Marcapada ini,
Pada era globalisasi
kini,
Sejak akhir-akhir ini,
Sehubungan dengan
itu,
Dalam hal ini,
Dalam konteks ini,
Bak kata peribahasa,
Slogan,

isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh


masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara.

Persoalannya,

apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati


oleh para pelajar di negara ini?

para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi


untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi
seorang yang cemerlang.
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

ISI 1: MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR DI DALAM KELAS

JENIS AYAT

AYAT TOPIK

PENANDA WACANA

Pada pendapat
saya,
Pada pemikiran
saya,
Pada pandangan
saya

AYAT
HURAIAN

Hal ini demikian


kerana,

AYAT

Sebagai contoh,

CONTOH
BAHASA
INDAH
AYAT SIMPUL

Persis kata
peribahasa,
Tegasnya,

HURAIAN
antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian
semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.

para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan


oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang
gangguan.
kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan
semasa belajar di bilik darjah.
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai
diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan
semasa belajar.
apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada
pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah
menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

ISI 2: MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN DI RUMAH


JENIS AYAT
AYAT TOPIK

AYAT
HURAIAN
AYAT CONTOH

BAHASA
INDAH
AYAT SIMPUL

PENANDA WACANA

HURAIAN

Selain itu,

membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga


merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang.

Saya berpandangan
demikian kerana,

langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar


dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.

Tamsilnya,

setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari


untuk melaksanakan ulang kaji di rumah seperti yang pernah
disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi
pelajar.

Orang tua-tua ada


berpesan,

belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu dipraktikkan


oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka.

Jelaslah,

mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para


pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

ISI 3: RAJIN MEMBACA BUKU

JENIS AYAT
AYAT TOPIK

AYAT
HURAIAN

PENANDA WACANA

HURAIAN

Di samping itu,

ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin


membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan
buku rujukan

Dalam konteks ini,


Dengan ini,
Dengan kata lain,

para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dan


dapat menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan
dunia sains dan teknologi kini.

Misalnya,

Amalina seorang pelajar cemerlang SPM telah menjadikan


kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib
baginya untuk peperiksaan.

AYAT CONTOH

BAHASA
INDAH

Slogan,

membaca jambatan ilmu perlu dipupuk dalam jiwa setiap


pelajar untuk menjana generasi berilmu pengetahuan.

AYAT SIMPUL

Oleh itu,

budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar


yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam
pelajaran mereka.

PENUTUP
JENIS AYAT

AYAT
PANDANGAN
AYAT
CADANGAN
BAHASA
INDAH
AYAT
HARAPAN

PENANDA WACANA

HURAIAN

Tuntasnya,
Intihanya,
Walhasilnya,
Kesimpulannya,
Sehubungan
dengan itu,
Perkara ini secara
tidak langsung,
Orang-orang tua
ada berpesan,

terdapat banyak ciri pada seseorang pelajar cemerlang yang


perlu dimiliki oleh generasi muda pada hari ini.

Oleh itu,
Dengan ini,
Hal ini secara tidak
langsung,

hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan generasi yang


berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan
menjelang tahun 2020 nanti.

semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai


mungkin pelajar-pelajar cemerlang untuk membangunkan
negara kita pada masa akan datang.
alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar
agar dapat mencapai hasrat murni ini.

CONTOH KARANGAN LENGKAP:

Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa
di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk
berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya sangat mustahak diamalkan oleh para pelajar di negara ini. Persoalannya, apakah ciriciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?
Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh
guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak
kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa
memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran
guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting
seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para
pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga
jam sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar
motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para
pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para
pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan
seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang semasa
berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya,
Amalina pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya
untuk peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk
menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.
Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam pelajaran yang perlu
dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk melahirkan
seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang. Orang-orang
tua ada berpesan alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni
ini., .Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa
akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

KARANGAN BAHAGIAN B

TEKNIK MENGEMBANGKAN ISI (TEKNIK PENYOALAN)


Teknik asas ketika menulis ialah murid-murid perlu tahu bahawa karangan memerlukan kita menguasai lima
aspek utama iaitu :
Ayat 1 : Isi utama Apa? Ayat Topik ( T )
Ayat 2 : Mengapa? ii. Huraian Frasa 1 (F1)
Ayat 3 : Bagaimana? iii. Huraian Frasa 2 (F2)
Ayat 4 : Contoh/Peribahasa.
Ayat 5 : Ayat penegas iv. Penegasan/Rumusan Perenggan. (P)

Guru ingin memperkenalkan satu kaedah menulis perenggan isi yang senang diikuti dan digunakan apabila menjawab soalan
karangan jenis pendapat, perbincangan, atau fakta, mahupun jenis-jenis lain yang bercorak deskriptif. Malah jika dikuasai
dengan baik, kaedah ini juga dapat membantu calon menulis karangan-karangan jenis lain termasuk karangan jenis syarahan,
perbahasan, keperihalan, dan seumpamanya. Kaedah ini dinamakan Kaedah TFFP. Kaedah ini agak berlainan daripada
panduan-panduan yang pernah diketengahkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana penulisan ayat isi bagi sesuatu perenggan
dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:
i. Ayat Topik ( T )
ii . Huraian Frasa 1 (F1)
iii. Huraian Frasa 2 (F2)
iv. Penegasan/Rumusan Perenggan. (P)
Ayat Topik (T)
Ayat Topik ialah ayat untuk mengetengahkan isi bagi karangan. Isi pula ialah idea utama atau perkara penting yang merujuk
kepada soalan karangan yang ditulis. Pelajar dinasihati menggarisi kata kunci dalam soalan sebelum menyenaraikan isi
karangan. Amalan ini akan mengelakkan karangan yang ditulis itu terkeluar daripada tajuk perbincangan.
Ayat topik digalakkan untuk ditulis dengan memasukkan dua unsur penting dalam dua frasa. Frasa pertama menjadi fokus isi.
Frasa kedua pula merupakan pelengkap kepada fokus isi berkenaan. Ayat isi yang hanya menyertakan fokus sahaja tidak
begitu baik kerana tidak lengkap dan tidak menampakkan kematangan fikiran orang yang menulisnya. Cuba bandingkan
kedua-dua ayat yang yang berikut:
1(a) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen.
1(b) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.

2(a) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas.
2(b) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap
pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

3(a) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar.
3(b) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar di bawah
penyeliaan guru-guru.
Ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) lebih mantap kerana lebih jelas dan lengkap. Semasa membuat huraian, ayat 1(b), 2(b), dan 3(b)

memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan fikiran mereka. Lantaran, pelajar mempunyai lebih banyak
idea untuk dikembangkan. Perkara ini akan membantu pelajar untuk mengatasi masalah ketidakcukupan jumlah perkataan
dalam karangan.
Biasanya ayat topik atau isi utama ialah isi karangan yang telah ditetapkan oleh pelajar semasa membuat draf atau
perancangan menulis karangan. Cara inilah yang biasanya diajar oleh guru-guru di sekolah. Amalan merancang atau menulis
isi terlebih dahulu sebelum menulis adalah baik kerana mengelakkan pelajar daripada lupa. Jadi, pelajar dinasihati supaya
mengamalkan cara ini setiap kali menulis karangan. Yang penting, guru-guru perlu melatih pelajar supaya menulis ayat topik
yang terdiri daripada dua frasa yang boleh dihuraikan dengan lebih panjang.

Frasa 1 dan Frasa 2


Seperti yang disarankan, ayat topik hendaklah terdiri daripada dua frasa. Contohnya, cuba lihat ayat-ayat topik yang berikut:
i. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.
ii. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mencuri air.
iii. Langkah lain yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi krisis bekalan air adalah dengan mengawal penebangan hutan di
kawasan tadahan.
iv. Seterusnya, krisis bekalan air juga dapat ditangani dengan menggantikan saluran paip yang rosak dengan paip yang tahan
lebih lama.
Jika diperhatikan ayat-ayat topik yang disenaraikan, setiap ayat dibina dengan menggunakan dua frasa yang utama dan boleh
dihuraikan secara berasingan. Ayat (i) misalnya, Frasa 1 (F1) ialah melaksanakan kempen. Frasa 2 (F2) pula ialah yang lebih
berkesan.
Dalam ayat (ii) F1 ialah mengambil tindakan tegas, dan F2 pula ialah orang yang mencuri air. Semasa membuat huraian,
pelajar boleh menghuraikan kedua-dua frasa tersebut secara berasingan sebelum merumuskan kedua-dua dalam satu atau dua
ayat yang lengkap. Contoh-contoh boleh disertakan semasa menghuraikan kedua-dua frasa berkenaan. Begitu juga halnya
dengan isi-isi yang lain. Perkara penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah cara untuk membahagikan ayat isi mereka
kepada frasa-frasa yang dapat dihuraikan dengan sistematik.
Penegasan/Rumusan Perenggan (P)
Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan rumusan bagi perenggan berkenaan. Penanda wacana yang disesuaikan wajar
digunakan bagi menunjukkan bahawa perenggan tersebut telah ditutup dengan baik. Contohnya:
i. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.
ii. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis
air dapat ditangani secepat yang mungkin.
iii. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan perlu dikawal agar krisis air tidak terus mengancam kehidupan
masyarakat.
iv. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu disegerakan agar krisis air yang berlaku sekarang tidak berterusan.
Menulis perenggan isi
Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, maka pelajar boleh menulis perenggan mengikut kaedah yang dicadangkan
iaitu kaedah T, F1, F2, dan P. Dalam setiap perenggan, keempat-empat perkara tersebut perlu dititikberatkan supaya
perenggan yang ditulis itu lengkap dan menarik. Selain itu calon dapat menulis dalam jumlah perkataan yang lebih banyak.
Ayat (i) dapat dihuraikan dengan mudah apabila pelajar menghuraikannya mengikut frasa yang telah ditetapkan. Frasa 1
boleh dihuraikan seperti yang berikut:
Huraian F1 (melaksanakan kempen)
Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh
digunakan oleh menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan
televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga
wajar dilaksanakan.
Huraian F2 (yang lebih berkesan)

Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang
berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini tibalah masanya pihak-pihak nyang terbabit
bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan.
Kedua-dua huraian ini dicantumkan dalam satu perenggan bersama-sama ayat isi dan juga rumusan perenggan. Maka
perenggan tersebut akan menjadi sebuah perenggan yang lengkap seperti yang berikut.
Satu langkah untuk menjimatkan air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen merupakan cara
yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan untuk menyalurkan
maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang
sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan. Selama
ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan
melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini, tibalah masanya pihak-pihak yang terbabit bertindak
dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan. Jadi, dengan kempen yang lebih
berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat. (110 perkataan)
Dengan berdasarkan penjelasan yang diberi, pelajar-pelajar boleh mencuba untuk membahagikan ayat topik yang berikut
kepada F1 dan F2. Selepas itu cuba huraikan setiap frasa itu dengan jelas dan cantumkan huraian-huraian itu supaya menjadi
perenggan isi yang lengkap.
(Pelajar perlu menggunakan teknik penyoalan apa, kenapa, bagaimana)
a. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sisa toksik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________

Perenggan contoh
Ayat topik : Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan
terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
F1 : tidak ada tindakan yang tegas
F2 : terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
Huraian lengkap
Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli,
penjual, dan pengilang yang terlibat. Selama ini tindakan yang dilaksanakan bersifat mengikut musim. Pegawai yang
diamanahkan untuk bertindak memiliki sikap tidak ubah seperti pahat dengan pemukul. Tindakan hanya dilakukan dalam
tempoh yang terhad. Selain itu tindakan yang dijalankan juga tidak begitu tegas dan hanya untuk memenuhi rutin kerja
pegawai-pegawai yang terbabit. Ada juga unsur-unsur penyelewengan yang berlaku sehingga menyebabkan gejala ini tidak
dapat diatasi. Satu bentuk tindakan yang menyeluruh patut dikuatkuasakan terhadap semua pihak yang menyebabkan gejala
ini berlaku. Tindakan patut dikenakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang bahan-bahan cetak rompak. Ketiga-tiga
golongan ini merupakan penyebab utama berlaku gejala tersebut. Tindakan terhadap satu pihak sahaja tidak akan
meninggalkan kesan yang diharapkan. Oleh yang demikian satu bentuk tindakan yang lebih tegas patut dilaksanakan meliputi
semua pihak yang terbabit dalam gejala ini. (140 perkataan)
Rasionalnya, jika satu perenggan isi mengandungi lebih daripada 100 perkataan, karangan calon sudah pasti dapat memenuhi
kehendak jumlah perkataan seperti dalam soalan. Oleh itu calon layak mendapat markah yang tinggi dengan syarat isi-isi
tersebut adalah mantap, bahasa baik dan bervariasi, menepati tajuk, dan dipersembahkan dengan baik. Selain itu contoh-

contoh dapat diberi dengan lebih banyak iaitu semasa menghuraikan kedua-dua frasa dalam ayat topik secara berasingan.
Maka cara ini dapat membantu calon mengatasi beberapa kelemahan dalam menulis karangan, terutama dari aspek jumlah
perkataan.

CARA MENULIS PERIBAHASA DALAM KARANGAN


Peribahasa yang sesuai harus diselitkan dalam karangan secara kreatif. Janganlah tulis cara-cara yang biasa sahaja.
Contohnya, dalam karangan Bahasa Melayu SPM , calon-calon boleh menulis peribahasa dengan cara-cara berikut.
1. Pepatah Melayu ada mengatakan, 'bersatu teguh bercerai roboh.'
2. Masyarakat berbilang bangsa di Malaysia seharusnya menghayati hakikat pepatah Melayu, 'bersatu teguh bercerai roboh'
agar perpaduan senantiasa terpelihara.
3. Rakyat Malaysia tidak harus mengalpakan pepatah Melayu, 'bersatu teguh bercerai roboh'.
4. Pepatah Melayu, 'bersatu teguh bercerai roboh' menyimpan makna yang cukup mendalam.

CONTOH HURAIAN ISI


Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya
Pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna
tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara
pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang
keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita
bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga
keselamatan di jalan raya.

PENDAHULUAN
Dalam era ledakan maklumat hari ini, isu
kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar di
media elektronik. Isu
ini bukan sahaja telah menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung
kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat.
Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan
penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau
ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung

(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

PENUTUP
Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah(isu) dapat ditangani secara bijaksana jika
semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau
melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu
ada jalan penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang
disepakati akan dapat menyelesaikan isu.. dan secara tidak langsung mampu melahirkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera.
Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme

Tiga buah pondok telefon dibakar, sampah sarap bertaburan di pusat rekreasi, dan tandas
awam diconteng dengan kata-kata lucah. Begitulah bunyinya tajuk-tajuk berita yang sering
dipaparkan di media massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam
masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus
pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, adakah pembangunan dan
kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalah?
Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat.
Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah. Tindakan segera lebih baik agar nasi tidak jadi bubur.
1. Gejala sosial yang melanda masyarakat di negara kita semakin serius dan memerlukan kerjasama yang
jitu untuk menanganinya.
Huraikan peranan yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menangani gejala ini.

Contoh Pendahuluan Gabungan Gejala Sosial


____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

RANGKA KARANGAN

Anda mungkin juga menyukai