Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK IMBaKUP

Teknik IMBaKUP merupakan antara teknik yang boleh memudahkan penghasilan karangan
penulisan A+ mata pelajaran Bahasa Melayu. semoga pencipta teknik ini dimurahkan rezeki.
bagi teknik ini, pelajar perlu menyoal diri sendiri bagi mendapatkan soalan yang diperlukan.
namun begitu soalan yang ditanya tidaklah dimasukkan ke dalam penulisan. hanya jawapan
sahaja yang dinyatakan.

I = Isi (apa) - (1 ayat)


M = Mengapa - (2 - 4 ayat)
Ba = Bagaimana (contoh) - (1 - 3 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 1 - 3 ayat)
U = Ungkapan menarik (1 - 2 ayat)
P = Penegas (1 ayat)

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial

Isi:
- memberikan didikan agama

Mengapa:
1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif
yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
3. dapat membezakan permata dengan batu kelikir

Bagaimana:
1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya
2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah
kemungkaran

Kesan:
1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia

Ungkapan Menarik:
Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.”

Penegas:
Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.
Contoh perenggan isi yang lengkap

Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu
bapa perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak (ISI). Hal ini dikatakan
demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk
menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan
adanya didikan agama juga anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir kerana
mereka telah menjadikan agama sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada terjerumus
ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan
sebagainya. Tanpa agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat
kapal tanpa nakhoda (MENGAPA). Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan
sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa bapa haruslah
memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama yang mampu
mencegah kemungkaran (BAGAIMANA). Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan
agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala
sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk
modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat
ditangani (KESAN). Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa
agama akan lumpuh.” (UNGKAPAN MENARIK). Izharlah bahawa didikan agama yang mantap
merupakan antara wahana yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada
meruncing. (PENEGAS)

Latihan:

Hasilkan satu peta minda pemikiran tentang cara menangani isu penderaan, seterusnya
pilih satu cara dan hasilkan satu perenggan yang baik dengan menggunakan kaedah
IMBaKUP.

1. Isu penderaan kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan, walaupun
pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita tentang kanak-
kanak yang didera sering dipaparkan di media.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menangani isu penderaan dalam kalangan kanak-
kanak?

Anda mungkin juga menyukai