Anda di halaman 1dari 1

PUNCA TANAH RUNTUH

Pendahuluan:
 Alam sekitar – mekanisme ciptaan Tuhan yang paling berharga
 Kini – khazanah alam diterokai dan dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya
 Berjuta-juta hektar hutan hujan tropika menjadi padang jarak padang tekukur
akibat kepupusan flora dan fauna
 Menatijahkan pelbagai bencana alam berlaku – fenomena tanah runtuh
 Kenal pasti punca sebelum mengambil jalan penyelesaian – kalau tiada angin
masakan pokok bergoyang

Punca:

1. Semula jadi - Jumlah taburan hujan - kadar penyerapan air yang tinggi
selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak-
tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi
lemah dan mudah runtuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi
kuantiti takungan atau larian air yang banyak- berlaku tanah runtuh terutamanya di
lereng-lereng bukit
2. Pembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan
dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang -Walaupun kos pembinaan mahal
dan tidak selamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut
keuntungan -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-
faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah
permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan - Tragedi Highland Towers yang genap
lima belas tahun lalu tidak dijadikan iktibar oleh pihak
pemaju
3. Aktiviti pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan
pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen
hakisan-Senario ini berlaku kerana aktiviti pemabalakan di negara kita ibarat cendawan
yang tumbuh selepas hujan-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung
atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

Penutup:

 harus bermuhasabah diri terhadap kejadian tanah runtuh yang mampu meragut
nyawa manusia yang tidak berdosa dalam sekelip mata
 alam perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan bukan dieksploitasi
dengan sesuka hati – menimbulkan kemurkaan Tuhan – menatijahkan pelbagai
bencana alam
 bersinergi – melestari dan memulihara alam sekitar demi kebaikan bersama

Anda mungkin juga menyukai